TERKINI :

Friday, February 8, 2013

Untuk geng kayuh gerek - 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2013'

MBAS anjur 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2013'

7 Februari 2013

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan kerjasama Tourism Malaysia Kedah dan Menara Alor Setar akan menganjurkan program kayuhan basikal 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2013' yang akan diadakan pada 15 Feb ini, sempena ulang tahun kesembilan MBAS.

Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad berkata pihaknya menyasarkan 800 peserta menyertai program riadah itu yang menyediakan dua kategori jarak kayuhan iaitu sejauh 16 Km dan 21 Km.

"Kita mengenakan yuran penyertaan RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi golongan berumur 18 tahun ke bawah. 500 peserta yang membuat pengesahan awal akan diberikan sehelai baju-T," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata penyertaan dibuka kepada orang ramai terutamanya penduduk di sekitar bandar raya ini.

"Kita turut menerima penyertaan dari penduduk di negeri Perlis dan Pulau Pinang," katanya menambah, kini 365 peserta mengesahkan kehadiran.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di Bahagian Pelancongan MBAS, kaunter tiket Menara Alor Setar dan pejabat pelancongan negeri sebelum tarikh tutup 14 Feb ini, katanya.

Pelbagai acara lain turut disusun sepanjang sambutan bermula 10 hingga 19 Feb itu, antaranya ekspo jualan, cabutan bertuah, persembahan pentas, pertandingan memasak dan forum wacana ilmu, katanya. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...