TERKINI :

Friday, February 8, 2013

Mangsa SOSMA pertama...dilihat SOSMA & ISA nie 2x5 jaa..!!

Pendakwa mangsa pertama Sosma hambur kata kesat di mahkamah

polis 1AMPANG 8 Feb: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dituduh di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) di Mahkamah Majistret Ampang tengah hari tadi kerana disyaki terlibat ‘menggalakkan perlakuan keganasan’

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012, antara jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di alamat DL11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang, Selangor.

Kenalannya, Halimah Hussein pula dituduh bersubahat di bawah akta yang sama, melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi, dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Yazid, Halimah serta pekerja Yazid, Hilmi Hafim ditahan semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), sekaligus menjadikan mereka mangsa pertama akta yang menggantikan ISA.


 Namun, Hilmi tidak dibawa ke mahkamah pagi tadi.

Sosma yang diwartakan pada Julai 2012 itu membolehkan individu ditahan selama 48 jam tanpa bantuan guaman, serta penahanan dilanjutkan sehingga 28 hari tanpa proses mahkamah.

Di bawah akta itu lagi, individu yang ditahan juga tidak dibenarkan diikat jamin sepanjang perbicaraan.

Yazid dan Halimah diwakili peguam Amir Hamzah Arshad, Fadiah Nadwa Fikri dan Afiq M Noor, manakala Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dibarisi Datuk Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof, dan Dusuki Mokhtar.

Yazid 1Isteri Yazid, Chomel Mohamad hadir ditemani seorang anak mereka.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh dan aktivis penyokong.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zulkifli. Zulyana kemudian memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Pada masa ini, Yazid ditahan di penjara Sungai Buloh, manakala Halimah pula di penjara Kajang.

Menurut Fadiah, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Hambur kata kesat dalam mahkamah

DPP Dusuki ketika mahkamah diberhentikan seketika menghambur kata-kata kesat kepada peguam Yazid dan Halimah, ekoran gagal menjawab soalan.

Amir Hamzah meminta Hanafiah memberikan tarikh penguatkuasaan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dipinda pada 25 Disember 2003.

Gagal menjawab soalan itu, pihak pendakwaan memohon Majistret untuk menghentikan prosiding selama 15 minit untuk mencari maklumat berkenaan.

“Soalan bertujuan memalukan (kumpulan pendakwa). It’s bulshit (ia mengarut)!” bentak Dusuki sebelum keluar meninggalkan mahkamah.

Selepas prosiding disambung semula, barulah Hanafiah memberikan tarikh penguatkuasaan, iaitu pada 6 Mac 2007.

Tamat prosiding, Dusuki menjelaskan ungkapan ‘bulshit’ sering digunakan sesama peguam ketika perbicaraan.

Beliau juga beralasan, kata kesat itu dilontarkan ketika marah.

Ini cubaan beliau menutup tingkah laku buruknya itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44629

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...