TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan


http://4.bp.blogspot.com/-H0GC9VfAu3E/U02_9HYaflI/AAAAAAAAWpY/YUM83gGr5rw/s1600/output_jBUeae.gif
17/05/2014
http://4.bp.blogspot.com/-VEpDNrQ9Uwc/UwwvBfq4TqI/AAAAAAAAVz4/ifhXcpfIp9g/s1600/output_pvssyM.gif
03/05/2014
http://1.bp.blogspot.com/-WzeIRaLBrJw/UxbRid7hDaI/AAAAAAAAV60/TTGx1_VvVyQ/s1600/ubat+kuat.gif
07/05/2014


Thursday, February 21, 2013

Karnival lelong hartanah di Alor Setar 25 dan 26 Feb

20 Februari 2013

ALOR SETAR - Satu karnival lelong hartanah baharu dan terpakai, melibatkan lebih 100 pilihan, akan berlangsung di sini pada 25 dan 26 Februari ini.

Karnival itu, yang melibatkan kerjasama antara syarikat Property Power, Bank Islam Malaysia Berhad serta perunding dan penilai hartanah IM Global Property Consultants Sdn Bhd, akan diadakan di pekarangan Bank Islam (M) Bhd Kompleks Perniagaan Utama, Jalan Sultanah Sambungan bermula 9 pagi hingga 5 petang membabitkan hartanah seperti rumah, kebun, bendang dan tanah lot.

Pengarah Eksekutif Property Consultants Sdn Bhd Che Had Dhali berkata, karnival ini bertujuan memberi khidmat nasihat kepada orang ramai berkaitan hartanah selain menyediakan pelbagai pilihan baharu dan terpakai berdasarkan kategori harga, lokasi dan jenis hartanah serta memberi nasihat kewangan dan guaman.

Beliau berkata, karnival ini adalah inisiatif kepada mereka yang ingin memiliki rumah sendiri namun tidak mampu memandangkan harga rumah agak tinggi sejak kebelakangan ini.


"Antara objektif lain karnival ini dianjurkan ialah memberi kemudahan orang ramai untuk mendapatkan nilaian hartanah mereka bagi tujuan jualan, belian atau pembiayaan semula," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, Pengarah Property Power Murshida Mustafa meminta orang ramai yang ingin mendapat khidmat nasihat berkaitan hartanah mereka membawa geran pada hari karnival berkenaan.

"Selain memberi khidmat nasihat kepada orang ramai berkaitan hartanah, kami juga menyediakan lelongan istimewa khas kepada peminat lukisan dan barangan antik," katanya. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...