TERKINI :

Monday, February 4, 2013

Bekas Polis pulak naik angin sebab duit depa kena rembat..!!!

Dana diseleweng RM200,000, bekas polis ancam demonstrasi besar

KUALA LUMPUR 4 Feb: Sebanyak RM200,000 diseleweng Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri apabila siasatan persatuan itu mendapati wang tersebut dipindah ke akaun syarikat KT Solution Enterprise daripada Geran Bantuan Tabung Kebajikan dan Pentadbiran PBPM berjumlah RM500,000.
POLIS
Dedah Pengerusi PBPM Kuala Lumpur, Nasiruddin Mohamed, Shafie yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jelebu turut memalsukan tanda tangan semasa mengendalikan Mesyuarat Agung Negeri Kedah pada 15 Disember 2008.

Shafie juga menurut Nasiruddin terlibat menghantar dan memalsukan laporan berhubung Ahli Majlis Tertinggi PBPM kepada Pendaftaran Pertubuhan (ROS), malah mengatur kehadiran perwakilan haram dari Pulau Pinang ke mesyuarat berkenaan.
Nasiruddin berkata, KT Solution beralamat di Klang kononnya bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan geran tersebut serta bayaran komisen.
Beliau berkata, Shafie mengatur kehadiran perwakilan haram dari Pulau Pinang ke Perhimpunan Agung PBPM pada 24 Januari 2009 untuk mengundi dan memilihnya sebagai Presiden PBPM, walaupun PBPM Pulau Pinang dibubarkan pada 25 Jun 2008.
“Banyak penyelewengan Shafie dibuat laporan polis termasuk oleh Haji Ghaffur Md Yassin iaitu adik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tapi malangnya sehingga hari ini, tiada tindakan diambil terhadap Shafie.
“Penyelewengan ini juga berpunca kegagalan ROS menguatkuasa Undang-undang Tubuh Persatuan dan Akta Pertubuhan 1966 Undang-undang Negara yang patut mengambil tindakan terhadap pimpinan persatuan yang dipertikai jawatannya.
“Saya juga yakin ada ‘tangan ghaib’ yang melindungi penyeleweng ini seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kewangan, Penaung Kehormat, Tun Dr Mahathir dan Penasihat Tabung Kebajikan, Datuk Seri Dr Rais Yatim,” ujar Nasiruddin yang juga Naib Presiden PBPM Pusat pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini.
Turut hadir, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan 10 anggota PBPM.
Menurut Nasiruddin, Sijil Simpanan Premium Tabung Bangunan PBPM berjumlah RM221,418.07 hilang dan dicairkan walhal sijil asal yang dimiliki Ghaffur masih dalam simpanan PBPM.
“Bendahari PBPM, Mohd Hanafiah Abdul Manap dan Datuk Yusof Hamdain Diego iaitu bapa mertua Speaker Dewan Rakyat pernah membuat laporan tetapi tiada tindakan diambil.
“Ahli PBPM bersetuju sekiranya tiada tindakan diambil dalam masa terdekat, satu demontrasi besar akan diadakan,” katanya.

1 comment:

kuda hitam said...

tudia....bom sudah nak meletup ka?sia-sia saja penat dan sakit hampa duk belasah orang kat perhimpunan bersih ...punya duk jaga UMNO...hahah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...