TERKINI :

Tuesday, January 29, 2013

Semoga Nasa berbahagia menjadi gonggongan Najib dan Rosmah

Anwarista/Parasit vs Ulama Gonggongan Najib

Itulah hakikat Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Satu waktu dahulu, beliau adalah pemimpin kepada sebuah gerakan Islam yang disegani di seluruh dunia.

Kata-kata beliau mempunyai makna. Unjuran dan cadangan beliau mempunyai kredibiliti.

Beliau dihormati pihak kawan mahupun lawan.

Dalam bidang dakwah, suara beliau cukup disegani. Kemana sahaja beliau pergi, beliau akan ditatang, diangkat serta diangkat oleh para penyokong parti yang rata-rata ikhlas memperjuangkan Islam itu.

Di peringkat antarabangsa, beliau menjadi rujukan kepada ramai pemimpin2 Islam seluruh dunia. Beliau dianggap sebagai pimpinan contoh dan pejuang Islam yang tulin.

Namun, semua itu rupanya tidak boleh menjadi ukuran. Rupanya godaan keduniaan itu lebih kuat berbanding dengan ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak.

Beliau telah sanggup menjadi alat kepada parti sekular lawan terutamanya sejurus selepas PRU2008. Parti UMNO berada dalam keadaan kucar kacir serta tunggang langgang.

MAsanya cukup baik bagi PAS untuk memberi pukulan maut kepada UMNO.

Namun, UMNO telah mampu menggunakan agen2 mereka di dalam PAS terus berjaya mengadakan pertemuan2 sulit bagi membincangkan penubuhan kerajaan campuran PAS-UMNO.

Seterusnya idea KERAJAAN PERPADUANG dipopularkan di kalangan pimpinan PAS Pusat demi menjayakan perancangan UMNO bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Beliau menjadi agen kepada usaha tersebut. Beliau memacu serta menebar agenda tersebut ke seluruh pelusuk Malaya. Dan, kalau tidak disebabkan penolakan mentah2 idea tersebut oleh Tok Guru Nik Aziz, nescaya PAS sekarang ini sudah pun berada dalam kerajaan campuran bersama UMNO yang dipanggil KERAJAAN PERPADUAN MELAYU.

Begitu komited and bersemangat NAsa serta rakan2 nya memacu idea perpaduang bersama dgn UMNO ini. Sedikit pun beliau tidak kesah tindakan beliau itu telah memecah belahkan PAS sekaligus memberi ruang kepada UMNO untuk membina semula kekuatan mereka.

Nama Anwar Ibrahim telah difitnah dan dicerca oleh kumpulan beliau sekalipun pada hakikatnya Anwar Ibrahim tidak pernah mengaapa-apakan Ustaz NAsaruddin Mat Isa mahupun rakan2 seperpaduang beliau. Mereka2 yang menentang idea perpaduang dengan UMNO digelar sebagai "ANWARISTA" ataupun "PENJILAT ANWAR"

Tanpa disedari Nasa dan kuncu2nya itu sendiri sebenarnya adalah gonggongan Najib dan Rosmah. Mengata orang dia yang lebih.

HUJJAH USANG DIULANG KEMBALI

Nasaruddin Mat Isa sedang mengulangi semula semua hujjah usang beliau berkaitan hubungan PAS dan DAP. Pada hakikatnya, semua hujjah beliau telah pun dijawab dan dibahas di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Tiap kali Nasaruddin gagal untuk mempertahankan gagasan beliau supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersama dengan UMNO.

Adapun serangan beliau kepada DAP juga menampakkan kebodohan beliau kerana DAP yang sama itu jugalah yang beliau sokong dan tatang sewaktu PAS berada dalam Barisan Alternatif. Kenapa komplen sekarang wahai Nasa dan tidak dulu?

DARI ULAMA TERSOHOR KEPADA ULAMA GONGGONGAN NAJIB

Semoga Nasaruddin Mat Isa berbahagia menjadi gonggongan Najib dan Rosmah. Hilang sudah segala kekuatan dan kegerunan musuh terhadap beliau.

Dahulu, Allah SWT bersama dengan beliau.

Sekarang ini, pelindung beliau bukan lagi Allah SWT tetapi Najib dan Rosmah.

Bahagialah kamu wahai Nasaruddin Mat Isa

TULANG BESI


Posted By Tulang Besi to Malaysia Waves

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...