TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan


http://1.bp.blogspot.com/-WzeIRaLBrJw/UxbRid7hDaI/AAAAAAAAV60/TTGx1_VvVyQ/s1600/ubat+kuat.gif
07/09/2014
http://1.bp.blogspot.com/-PSXQm8gdB8M/U27scXFF43I/AAAAAAAAXBE/opeKQqKKodY/s1600/kedahlanie-mensdelayspray.gif
12/08/2014



Wednesday, January 2, 2013

Projek Ladang Charok Genting Bunga bakal jadi pengeluar buah-buahan terbesar




PADANG TERAP – Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga bakal menjadi pusat ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia apabila ianya siap kelak.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, selain membangunkan kawasan Charok Genting Bunga ini, ianya juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, terutama di kawasan Padang Terap.

“Di sebalik projek ini, orang Padang Terap tak tau, kita (kerajaan negeri) nak wujudkan peluang pekerjaan semasa ladang ini sedang dibangunkan dan selepas ianya siap, lebih daripada 300 peluang pekerjaan disediakan, dan saya galakkan orang tempatan untuk ambil peluang ini.

“Kawasan ini tak ada siapa bangunkan lagi, saya bangunkan, jika berjaya ini, kita akan buat lagi selepas dapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan juga kawasan hutan yang dibenarkan.


“Kalau jadi projek ini, ia akan menjadi ladang yang terbesar di Malaysia,” jelas beliau pada Majlis Penerangan Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga, di sini.

Tambah beliau, projek ini adalah selaras dengan keputusan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang mahukan jadikan Kedah sebagai Jelapang Makanan.

“NCER sekarang letak harapan pada Kedah untuk bangunkan sektor pertanian dan makanan.

“Projek ini juga dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk majukan dan kembangkan sektor pertanian seiring sektor pelancongan,” ujar beliau.

Menyentuh mengenai kesesuaian tanah untuk tanaman yang dirancangkan, beliau berkata, untuk buah anggur telah ada pengusaha untuk bangunkannya.

“Bagi buah anggur, kita dah ada pengusaha untuk usahakannya, dan beliau sendiri berkata kawasan ini yang paling sesuai untuk ditanam anggur,” ujar beliau.

Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan sejak Oktober 2010 dengan keluasan 885 ekar yang diberi hak pengunaan selama 30 tahun kepada Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

No comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...