TERKINI :

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan


http://utusandaily.blogspot.com/2014/11/4-hotel-paling-unik-di-malaysia.html

http://1.bp.blogspot.com/-4-OeBar0Z5E/VClwdCryreI/AAAAAAAAYmU/D45mzR3ZKHo/s1600/output_PvvRXl.gif

http://3.bp.blogspot.com/-X4oGprGPQ_o/U__aUw7F5ZI/AAAAAAAAYJs/I8RfxsvTg7U/s1600/paksu%2B1.gif
30/11/2014



Friday, January 25, 2013

Penjawat Awam - jangan anda selindung kerja jahat BOS anda...!!

Penjawat awam bantu PR
SAIFULLAH AHMAD
25 Januari 2013
IPOH -  Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan ada segelintir penjawat awam negeri Perak membantu mereka mendapatkan beberapa dokumen untuk didedahkan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penyaluran beberapa maklumat dan dokumen kepada pemimpin PR menunjukkan penjawat awam sudah hilang kepercayaan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, segala maklumat yang didedahkan berkaitan pemberian tanah dan konsesi adalah benar dan bukan rekaan semata-mata.

“Maklumat yang diterima sahih kerana ia diterima daripada penjawat awam yang ada sekarang ini berikutan hubungan kami baik dengan mereka semasa 11 bulan lalu dan mereka juga menghormati PR.

“Merekalah orang dalam yang memberikan maklumat kepada kami. Kerana mereka bersimpati kepada rakyat dan mereka tahu kami ada wibawa untuk mendedahkannya,” katanya ketika menjadi panel Debat Darul Ridzuan, di sini, kelmarin.

Mohammad Nizar berkata, jika hubungan PR dengan penjawat awam negeri Perak tidak baik kemungkinan besar mereka tidak dapat cungkil maklumat, surat-surat asal dan surat-surat kelulusan yang dibuat.

Beliau berkata, terdapat dokumen-dokumen yang telah disalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

“Seluruh dokumen yang didedahkan ketika Sidang Dun lalu adalah sahih. Jika tidak ia tidak akan didedahkan di luar sidang Dun.

“Jika dalam dewan mungkin kita ada immuniti tetapi di luar dewan, jika kita dedahkan dan jika tidak sahih ia akan dipersoal,” jelasnya lagi.

Beliau turut mendakwa sekurang-kurangnya 80 peratus penjawat awam di Perak menyokong PR kerana mereka sudah membuat perbandingan antara kepimpian PR dan BN.

Debat Darul Ridzuan dengan tajuk Nik Aziz Beri Rasuah kepada Ngeh Koo Ham, Zambry Buncitkan Kroni: Siapa Berdusta berlangsung kira-kira dua jam dengan panel dari PR diketuai Mohammad Nizar bersama Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Chang Lih Kang.

Manakala meja untuk wakil BN turut disediakan tetapi kosong berikutan tiada wakil yang hadir kerana sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah menyatakan pendirian untuk tidak akan melayan pelawaan berkenaan.

1 comment:

orangpencen said...

ha ha ha....geng mandeliar ni memang suka tabur fitnah, tapi bila ajak debat kecut dan sentot........alahai yeop.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...