TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan

http://www.koputra.my/koputra_my/images/banprod-pelancongan.jpg

22/09/2014
http://3.bp.blogspot.com/-X4oGprGPQ_o/U__aUw7F5ZI/AAAAAAAAYJs/I8RfxsvTg7U/s1600/paksu%2B1.gif
30/11/2014


Tuesday, January 29, 2013

Ibrahim Ali yang nak bakar Bible...Nik Aziz yang di temui Uskup Katolik Sebastian Francis...

Uskup temui Nik Aziz redakan ketegangan bakar Injil di P. Pinang

 Ahli parlimen bebas Pasir Emas, Ibrahim pada minggu lalu mencetuskan kontroversi dan bantahan daripada pemimpin gereja dan kumpulan bukan Islam apabila menggugut untuk membakar cetakan Injil berbahasa Melayu. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 28 Jan — Uskup Katolik Sebastian Francis mengadakan lawatan mengejut bertemu pemimpin utama PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena ulang tahun kelahiran ke lapan puluh dua tahun pemimpin PAS tersebut semalam di Pulau Pinang, lapor akhbar parti tersebut Harakah Daily hari ini — langkah yang dianggap bertujuan meredakan ketegangan antara penganut Kristian dan Islam melibatkan isu penggunaan kalimah “Allah”.

Uskup Pulau Pinang tersebut dilaporkan oleh laman berita PAS berkata negara perlu mencontohi Musyidul Am PAS tersebut yang bukan seperti pemimpin Perkasa, Datuk Ibrahim Ali atau penyokongnya yang berterusan mengapi-apikan sentimen berunsur kebencian.

Sebastian turut dilaporkan telah menghadiahkan Nik Aziz sebiji kek ulang tahun sebagai tanda pertemuan buat kali pertama kedua-dua pemimpin tersebut.

Selasa lalu, seorang paderi Anglican di Pulau Pinang telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah oleh pihak tidak dikenali untuk mengadakan upacara membakar Injil di Butterworth, yang dirancang berlaku semalam.

Ahli parlimen bebas Pasir Emas, Ibrahim pada minggu lalu mencetuskan kontroversi dan bantahan daripada pemimpin gereja dan kumpulan bukan Islam apabila menggugut untuk membakar cetakan Injil berbahasa Melayu.

Ahli politik dan paderi tempatan mengecam pemimpin Melayu berhaluan kanan tersebut dan mendakwa beliau cuba mewujudkan kebencian antara agama dan perbalahan lebih parah antara kedua-dua majoriti penganut di dalam negara tersebut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Jumaat lalu juga mengeluarkan teks rasmi khutbah mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan “musuh Islam” yang cuba mengelirukan mereka supaya mempercayai agama lain berkongsi tuhan yang sama.

Kenyataan tersebut nyata mengecewakan pemimpin gereja.

Muslim dan penganut Kristian di Malaysia berhadapan pertikaian dan perebutan menggunakan kalimah “Allah” dengan pihak satu lagi mendakwa ianya hanya ekslusif merujuk kepada tuhan umat Islam.

Selain itu, keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 mengatakan perkataan “Allah” tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan dalam seksyen bahasa Melayu akhbar mingguan itu, Herald.

Kemuncak isu tentang kalimah “Allah” kembali diperkatakan semula selepas sambutan Perayaan Hari Natal tahun lalu, apabila penganut Kristian meminta Putrajaya untuk membenarkan kalimah suci tersebut digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu tetapi kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.

Kumpulan gereja Sabah pada Jumaat lalu mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian telah diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Timur Malaysia dan menggunakan bahasa Melayu.

Hari ini, kumpula penganut Buddha menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah”.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...