TERKINI :

Sunday, December 30, 2012

TIADA JIHAD DI PALESTIN - Ust Azhar & Ust Asri "BANTAI" ulamak muda UMNO..!!!



Adakah kita berdosa jika kerajaan memerintah LULUS LESEN ARAK & JUDI ??


Fathul Bari takut nak berbahas dengan Ust Asri...


Adakah kali ini Fathul Bari berani menyahut cabaran yang di lontarkan oleh Sinar Harian. Debat sinar bertajuk Uli Amri bersama Dr. Asri.

Kali ini jugak Dr. Asri harap Fathul Bari jangan mencari sejuta alasan untuk melarikan diri.

Jikalau Fathul Bari berani mempertahankan pemimpin Umno sebagai Uli Amri sepatutnya beliau berani menyahut cabaran debat Sinar ni.. sama-samalah kita tunggu..

Jom kita tengok tempat REKRUT UNTUK MEMPERKASAKAN UMNO

ILMU (Institut Latihan Memperkasakan UMNO) 
Janda Baik BENTONG, PAHANG

  

Setpol MB Kedah tanya Ust Asri program dimana & siapa anjur yang halang di berucap..??



Azizan melawat dan rasmi ladang anggur di Projek Tasik Pedu siang tadi..!!!

Azizan kata projek ladang buah-buahan di pedu tidak perlu kajian tanah

KUALA NERANG, 30 Dis — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata hutan dara seluas 400 hektar berhampiran Tasik Pedu yang diteroka untuk dijadikan ladang buah-buahan tidak memerlukan kajian tanah.

Beliau berkata sebuah syarikat swasta yang diberikan tanah seluas 3.75 hektar untuk mengusahakan tanaman buah-buahan mendakwa kawasan tersebut sesuai ditanam dengan anggur.

Projek itu bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya kepada pemberita semasa ditanya sama ada kajian tanah perlu dilakukan untuk menentukan kesesuaian jenis pokok, selepas melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting, Pedu dekat sini, hari ini.

Pengondolan lebih 400 hektar hutan simpan sekitar Tasik Pedu dan Gunung Inas di Baling didedahkan media tempatan baru-baru ini kerana ia didakwa bakal menjejaskan alam sekitar dan hasil pertanian.

Sebelum itu, Pengurus Besar Kumpulan Ladang-Ladang PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) Rosli Saad dalam taklimatnya kepada Menteri Besar berkata hanya seluas kira-kira 221 hektar sahaja akan ditanam dengan pokok buah-buahan membabitkan 33 spesies.

Kenapa Menteri ada kuasa 'ARAHAN LANGSUNG' dengan by-pass Ketua Polis Negara..???

MyWatch persoal keperluan pegawai perhubungan PDRM Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 30 Dis — NGO pemerhati jenayah MyWatch hari ini menyeru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan keperluan Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohamad sebagai pegawai perhubungannya bagi Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

MyWatch mengatakan Hishamuddin (gambar) mempunyai seorang pegawai perhubungan dengan jawatan Timbalan Penguasa Polis (DCP) membolehkan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan langsung bagi pasukan polis, tanpa melalui Ketua Polis Negara (IGP).

“Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan PDRM tanpa menyampaikan arahan secara terus kepada IGP.

“Ini juga satu lagi bentuk pembaziran sumber polis dan tidak produktif,” kata Pengerusi MyWatch dalam satu kenyataan di sini.

Terdapat dua bahaya yang selalu mengancam politik

SELAMAT MENEMPUH TAHUN BARU MASIHI 2013 - SEMOGA DILINDUNGI DAN DIRAHMATI ALLAH YANG MAHA ESA.

Guru mengajar ku:-

Segala perkara yang diusaha oleh manusia sebahagiannya berkaitan dengan masalah individu yang mencakupi sebahagian kecil dari aktiviti -seperti mencari nafkah, kegiatan spiritual, hubungan perasaan, dan hubungan individualnya dengan berbagai hal, sementara bahagian yang lebih besar dan utama dari aktiviti manusia adalah kegiatan di tengah masyarakat yang dilakukan secara bersama-sama atau yang disebut dengan politik; iaitu politik ekonomi, politik sosial, politik ketenteraan, politik budaya, politik awam, politik pemerintahan dan politik internasional. Itu semua merupakan bahagian utama dari kegiatan manusia dalam kehidupannya.

Mengapa utama? Karena politik tersebut pada hakikatnya mengarahkan manusia kepada tujuan dan arah tertentu. Kebanyakan kegiatan manusia adalah aktiviti makro (besar) yang secara menyeluruh mengarahkan aktiviti individual hingga yang terkecil sekalipun. Agama berkaitan dengan keduanya, dalam usaha secara individu maupun di kancah politik yang cakupannya sangat luas dalam kehidupan manusia.

Najib semakin hari semakin gelabah biawak jadinya....

PM Najib panik biawak jadinya ....

Kalau tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak Jaikishan itu tidak benar, kenapa Najib harus panik macam biawak sehingga suruh Zahid Hamidi menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dengan nilai RM30 juta dan RM130 juta lagi untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd ? 
 "Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos,” kata Deepak di sini 
Antara yang menariknya mengenai akuan Deepak diatas itu ialah : RM8 juta untuk sumbangan politik.Rakyat ingin tahu sangat parti politik mana yang dapat sumbangan tersebut.

Najib , jika masih ada lagi kewibaan, sepatutnya jawab segala dakwaan Deepak yang melibatkan dirinya dengan skandal Surat Akuan Bala dan Pembunuhan wanita Monggolia Altantuya itu.

Blogger UMNO kencing Soi Lek

Soi Lek kecewa dengan blogger Umno, dakwa tidak beretika

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.

“Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.

“Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan,” jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut.

Mengaku Ahli PAS, Bawa Bendera PAS Tapi Wajah Tetap Sama Dan Berbau Lembu


WFAUZDIN NS

MAKA, diusunglah bendera-bendera PAS oleh lembu-lembu berserban yang mengaku ahli-ahli PAS di P.Pinang membantah permohonan Lim Guan Eng untuk menggunakan nama "Allah' di dalam kitab Kristian terjemahan Melayu itu.
Tebal mana pun serban mereka, jika sudah lembu semua kenal dengan bau lembu.

TV3 suku yang memang tugasnya mencari bangkai apa pun akan berselera dengan bangkai yang ditawarkan. Apa masalahnya dengan isu Kalimah Allah? Bukankah di P.Pinang di bawah Lim Guang Eng sekarang ini terdapat larangan penggunaan Kalimah Allah yang telah diwartakan? Jadi, apa yang lembu--lembu takut sangat?

Lim Guan Eng di dalam Konvensyen DAP baru-baru hanya menyuarakan kehendak penganut agama Kristian sahaja. Ertikata lain, Lim Guan Eng 'mohon' sahaja. Beliau tidak memaksa atau mengugut jauh sekali untuk menentang. Apabila Lim Guan Eng memohon, maka siapakah yang berkuasa menentukan permohonannya itu? Tidak salah untuk sesiapa jua memohon, tetapi perlu akur jika keputusan sudah dibuat.

Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai KEADILAN


Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN.

Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi.

Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri Yahya. Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.

Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.

Antara Hadi & Najib...siapa yang TAKUT dan TERTEKAN?

Antara Hadi & Najib... mai kita tengok bukti di bawah ni, siapa yang TAKUT dan TERTEKAN?


Oleh: Pak Dee Jantan (Pak Dee bukan Dee Pak)

Setelah diserang bertalu-talu dengan peluru kapur oleh media pro APCO, tiba-tiba Presiden PAS Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang muncul untuk beri penjelasan terhadap apa yang ditohmahkan itu. Cuma dia minta dibenarkan buat siaran langsung dalam RTM atau TV3. Mengapa siaran langsung? Sebabnya beliau tak mahu media BN putarbelitkan kenyataannya... kalau siaran tertunda maka nanti hanya mukanya saja muncul terkumat kamit tapi suaranya adalah dari pengulas yang memutarbelit ucapan itu. 
 
Satu lagi mengapa live, ialah kerana rakyat Malaysia dari semua peringkat tiap2 hari ikuti fitnah yang disiarkan dalam TV secara live jadi berpeluanglah golongan yang telah tertipu ini untuk dibetulkan balik fahaman mereka. Kalau buat live dalam internet, tak semua rakyat Malaysia akan berpeluang ikuti. Dalam hal ini Pak Dee kagum dengan keberanian tok guru untuk beri penjelasan apabila isu mengenai dirinya disensasikan.

AMANAT Hadi - Berilah Peluang Hadi Jelaskan dalam LIVE...

Amanat Hadi: Pas Pusat harap RTM, TV3 buka laluan
Wartawan Sinar Harian
30 Disember 2012
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Pas Pusat berharap kerajaan akan membuka laluan bagi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan menerusi media harus perdana selepas diserang berminggu-minggu berhubung isu Amanat Haji Hadi.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu Amanat Haji Hadi bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan ia menjadi polemik berterusan.

"Pas menyokong penuh hasrat Presiden untuk memberi penjelasan isu Amanat Hadi di media perdana  Pas menyokong penuh hasrat Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.

"Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden Pas untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu Amanat Hadi," kata beliau dalam satu kenyataan media.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...