TERKINI :

Saturday, December 29, 2012

PR bohong kata boleh turunkan harga minyak.. Ini hujahnya...!!


Hari ini kita buat pulak perbandingan dgn negara asia barat....seperkara yg jelas kat sini satu harganya adalah sangat2 murah dan kedua walaupun murah kerajaannya tetap juga menyediakan pilihan jenis minyak untuk rakyatnya pilih....nanti ada pulak cacais akan cakap mana boleh bandingkan negara pengeluar minyak dunia dgn Malaysia..

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia.

Amacam ada berani bagi Presiden PAS 1 jam On Air kat TV untuk jelaskan Amanat Beliau..!!

Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi
Wartawan Sinar Harian
29 Disember 2012
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan memberi beliau peluang siaran secara langsung sejam menerusi RTM untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang kembali menjadi polemik semasa.

Selain RTM, Abdul Hadi turut meminta rangkaian Kumpulan Media Prima terutama TV3 juga memberinya peluang yang sama.

Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.

“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,” kata beliau selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, pagi tadi.

Penyakit ROGOL semakin kritikal dalam negara kita...!!!


Hebat Malaysia dari antara negara ISLAM Arab, UAE & Indonesia kita duduk di No. 2...!!


Cerita Lawak S/U UMNO pada petang ini...!!!

Tengku Adnan: Semua bakal calon BN PRU ke-13 bebas rasuah dan jenayah

PUTRAJAYA, 29 Dis — Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Beliau berkata bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan

Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah.

“Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan persekolahan, uniform Rela, ramah mesra bersama pemimpin dan pesta jom makan durian di sini hari ini.

Selain itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat.

“Kita mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti. Kita mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat,” katanya.

Mengenai muka baru dan calon wanita yang bakal bertanding dalam PRU Ke-13 nanti, Tengku Adnan berkata “itu rahsia parti”.

UMNO BN mengharapkan isu KAFIR MENGKAFIR akan menumbangkan PAS seperti PRU 1986

Cikgu Non tersalah masuk usrah yang ahli-ahlinya jahil murakab?


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Terasa semacam kita kembali berada di tahun 80an apabila isu kafir mengkafir ditimbulkan semula. Solat dua imam, nikah dua kali, tak makan sembelihan orang Umno - adalah antara isu yang berlegar di tahun 80an. Orang yang berpeluang mengikuti perkembangan politik tahun 80an dapat menyaksikan bagaimana isu kafir mengkafir dimainkan habis-habisan oleh media propaganda BN sehingga menyebabkan PAS kalah teruk PRU 1986. Di Parlimen PAS hanya mendapat satu kerusi yang dimenangi oleh Haji Nik Abdullah Arshad di Pengkalan Chepa.
Di saat PAS ditolak-tolak mentah-mentah oleh masyarakat bukan Islam pada masa itu, maka Umno hanya perlu pastikan PAS tidak diterima oleh orang-orang Melayu. Maka isu kafir-mengkafir terbukti sangat berkesan memberikan imej buruk terhadap PAS, yang hasilnya Umno dan BN menang besar dalam PRU.
Hari ini, Umno ditolak oleh bukan Melayu. Maka keperluan untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya undi Melayu tentulah lebih menekan BN. Jika formula isu 'kafir mengkafir' berkesan tahun 80an maka Umno percaya ia juga masih berkesan hari ini. Sebab itulah isu itu dimainkan secara besar-besaran. Cuma bezanya isu yang disensasikan itu hanyalah catatan bahan sejarah 30 tahun lalu. Sebahagian besar pengundi muda hari ini belum lahir atau masih terlalu kecil untuk memahami politik. Isu yang cuba disensasikan media BN itu nampak mengada-ngada, dibuat-buat dan tiada kena mengena dengan generasi hari ini. Setakat ini belum ada catatan bahawa bahan sejarah mampu mempengaruhi pengundi sehingga ke peringkat menentukan kerajaan memerintah. Rakyat umumnya lebih berminat untuk ambil tahu isu kebajikan, perjalanan kehidupan seharian, harga barang, kos hidup, pendidikan, sosial, cabaran semasa dan sebagainya.

Muhyiddin sanggup dalamkan LAUT CHINA SELATAN untuk politik banjir di pantai Timur...

Muhyiddin akan dalamkan Sungai Golok

Berapa kaki nak didalamkan Sungai Golok tu?
Sungai Golok akan di dalamkan jika  BN memerintah negeri Kelantan. Itulah janji Muhyiddin Yassin kepada Kelantan dalam siri lawatan beliau ke pantai Timur Semenanjung yang di landa banjir sejak lima hari yang lalu. Kalau begitulah keadaannya Sungai Golok tidak akan di dalamkan selepas pilihanraya yang akan datang ini.
Bagaimana pula janji-janji beliau bagi penduduk Kemaman yang juga tenggelam oleh kerana banjir ini. Di Kemaman air banjir kerana air laut begitu tinggi dan tidak dapat mengalirkan air sungai di Kemaman dan itu lah yang menyebabkan Kemaman di tenggelami air bah.
Kita berharap Muhyiddin akan berjanji kepada rakyat di Kemaman yang kerajaan BN akan mendalamkan Laut Cina Selatan bagi air sungai di Kemaman itu mengalir dengan cepat ke laut. Tidak tahu pulak jika Muhyiddin boleh mendalamkan Laut Cina Selatan sehingga ke Sabah dan Sarawak untuk mengelak banjir dan air bah berlaku di negeri-negeri tersebut.
Dalam keadaan rakyat menghadapi banjir pun, Muhyiddin bermain politik dan janji beliau untuk mendalamkan Sungai Golok jika BN memerintah Kelantan melambangkan kepada kita mentaliti pemimpin kedua tertinggi negara itu berfikir dan bagaimana beliau memberikan persepsi terhadap demokrasi. Tidak ada kerja lain selain dari kerja politik walaupun rakyat sedang menghadapi kesusahan kerana banjir itu.
Di Britain sekarang pun banjir juga termasuk di Wales tetapi tidak pula Perdana Menterinya David Cameron atau Timbalannya, Nick Clegg meminta rakyat untuk mengundi kerajaan campuran Conservative dan Liberal Demokrat itu kerana kerajaan campuran iu juga telah membantu rakyat di England dan Wales yang sedang mengalami banjir sekarang ini. Mereka tidak melukah di tempat yang genting seperti yang dilakukan oleh Muhyiddin terhadap rakyat Kelantan dalam menghadapi banjir besar ini.

Siapa yang masih menggunakan logo halal bukan daripada Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan dikenakan tindakan selepas 1 Januari nanti

Denda berkuat kuasa 1 Januari
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 28 Dis. - Mulai Januari ini, logo dan ungkapan halal seperti ditanggung halal, makanan orang Islam, bufet Ramadan dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan serta memperdayakan orang Islam adalah dilarang.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, syarikat pengeluar, pengedar makanan atau barang-barang yang masih menggunakan logo dan ungkapan halal bukan daripada Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan dikenakan tindakan.

Katanya, penguatkuasaan larangan itu berikutan tempoh peralihan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang diberikan selama setahun bakal tamat pada 31 Disember ini.

“Perintah ini telah memberikan tempoh peralihan selama satu tahun kepada semua makanan atau barangan yang telah berada di pasaran.

Hangpa tak payah dok pikiaq banyak la SPR oi.. Selesaikan dulu 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0... semuanya elok aihh..!!!

Bersih 2.0: 8 tuntutan sudah cukup jika ditunaikan

SHAH ALAM - Meskipun akur dan setuju bahawa tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mengemukakan tuntutan yang menyeluruh dengan menyentuh perubahan struktur pilihan raya negara, namun untuk masa yang singkat, lapan tuntutan yang dikemukakan sudah memadai.

Malahan menurut Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah, lapan tuntutan itu juga gagal dilaksanakan sebaiknya oleh suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan mengendalikan pilihan raya di negara ini.

"Dengan lapan tuntutan ini juga SPR gagal untuk menyelesaikan tuntutan daripada Bersih. Kenapa hendak cakap tentang reformasi pilihan raya untuk jangka masa panjang?," katanya.

"Sekarang ini contohnya ada proses yang baru, dakwat kekal tetapi belum mengumumkan prosesnya kepada orang awam. Patutnya sudah keluar di televisyen sekurangnya di RTM1 dan 2. Proses akan jadi lambat. Orang akan tanya soalan dan sebagainya.

"Ada kemungkinan besar tak dapat habiskan jumlah pengundi di kawasan itu jika undi berakhir jam 5 petang," ujar beliau lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

MAJIKAN buat MAGIC dalam bab GAJI MINIMA... last yang RUGI ialah PEKERJA...!!!


Isu Kelab Malam Pertama di Shah Alam Kantoi lagi... sebenarnya diluluskan LESEN KAFETERIA sahaja..!!!

Pencacai Kantoi: Shah Alam Masih “Bebas Disko”, Kafe Bukan Kelab Malam


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik (‘live band’).

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti ‘live band’ tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti ‘live band’.

“Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu,” tegas Shahrin sewaktu dihubungi TVSelangor.

Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007.

KFATV : Rakaman - KEDAH vs KELANTAN

SEPARUH MASA PERTAMA



Kalimah ALLAH di baca terbalik.. boleh pikiaq nak bagi elok sikit tak..???


[Kantoi] UTUSAN jika cerita kena kat UMNO terus buat cerita nak cover line..

Tengok neh !! Utusan oh utusex mcm sial....



Isi cerita sama tapi tajuk ada kelainan.Apa yang nak diceritakan bukalah isu  besar cuma apa yang nak diperkatakan sikap akhbar utusan bila kena dekat batang idung dia bila mana seorang ketua Umno didapati bersalah oleh mahkamah kerana rasuah tajuk cerita pun molek bunyinya.
Berbeza pula dengan portal Malaysiakini  ditulis detail segala kejadian dan pernama serta parti persalah.
Hari ini Utusan cukup lembut gaya penulisan ,cuba melindungi keahlian persalah sebagai Ketua Umno Pandan.Cuba bayangkan jika persalah ini ketua Cabang Pandan..
Apa akan jadi kepada tajuk utama utusan pada hari itu ? dan agak agak korang la  berapa hari berapa malam utusan akan spin cerita ini...
ha ha ha ....Utusan oh utusan macam sial.....~ batuvskayu
 
 

Memang Artis Jenis nie suka sokong UMNO pun...

Artis Kesayangan Umno Ni Buka Nite Club 

Pengakuan Awie (Kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA): Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut.


Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah ~kosmo

Mana MKK, JKKKP, AHLI MAJLIS, ADUN, AHLI PARLIMEN...kawasan belah ALOQ SETAQ nie..hangpa tengok sat Mak Cik nie..!!!

Mengemis untuk sara dua anak
Mengemis untuk sara dua anak
Siti Ani Syafinas bersama dua anaknya menunjukkan keadaan dalam rumah yang berselerak.
 
ALOR SETAR - Seorang ibu tunggal terpaksa hidup mengemis demi menyara dua anak perempuannya kerana kesempitan hidup selepas ditinggalkan suaminya beberapa bulan lalu.

Siti Ani Syafinas Mat Saad, 30, berkata, demi mencari sesuap nasi bagi diri dan anak-anaknya, dia terpaksa ketepikan perasaan malu agar anak-anaknya, Siti Syazwani Athirah Abdul Murah, 5, dan Nurul Zulaikha Amirah, 3, tidak kelaparan.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di bandaraya Alor Setar, namun terpaksa berhenti september lalu, kerana terpaksa menjaga Syazwani yang dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.

“Memandangkan sudah tidak bekerja dan bercerai, saya kehilangan sumber pendapatan untuk menyara hidup kami anak-beranak,” katanya.

Berapa lama PAS nak simpan ahli yang selalu beraksi macam 'si anjing Umno' ni?

Bukan sekali ni Ust Hafiz Nordin buat kelaku macam 'si anjing Umno' macam ni tapi dah banyak kali. Malah dia banyak kali berceramah sepentas dengan Dr. Hasan Jati, membelasah PAS. Yang paling aku geram bila dia dengan bangga bagitau yang dia masih lagi ahli PAS yang berdaftar.

Hafiz Nordin bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang beraksi macam 'si anjing Umno'
Harakahdaily melaporkan: 
KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi. - Hrkh
Memang betul PAS Pulau Pinang tak terlibat dengan demonstrasi tu dan memang betul 
Ust Saleh Man tak tau pasai demonstrasi tu.

Tapi sangat jelas ada bendera PAS berkibar megah dalam demonstrasi tu dan sebagai Pesuruhjaya Ust Saleh Man tak patut sangat berlepas tangan macam tu.

Ini baru jadi KETUA UMNO CAWANGAN & AHLI MAJLIS.. dah kantoi RASUAH...macamana pulak yang atas-atas lagi nuu..???

Rasuah: Ketua Umno Pandan dijel 8 tahun, denda hampir RM1 juta
NORAWAZNI YUSOF
28 Disember 2012
Ketua Umno Pandan, Abd Ghani Ismail
Ketua Umno Pandan, Abd Ghani Ismail
 
KUALA LUMPUR - Ketua Umno Pandan, Abd Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 tuduhan menerima rasuah RM193,512 enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Abd Ghani.

Beliau juga mengarahkan hukuman penjara sembilan  tahun dan dua bulan terhadap Abd Ghani sekiranya dia gagal membayar denda RM977,560.

Abd Ghani, 46, yang ketika kejadian adalah seorang ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didapati bersalah atas tuduhan memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob sebanyak RM24,189.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...