TERKINI :

Friday, December 28, 2012

Sahabat Bengang kena saman di Hospital Putrajaya

Nukilan Zulaikha Ali,


Apakah perasaan kita jika kita sakit, lalu pergi mendapatkan rawatan di hospital dan apabila keluar, kita telah disaman? Sesiapa sahaja yang mengalami kejadian ini sudah tentu berasa amat terkilan. Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai lagi pesakit/pelawat Hospital Putrajaya.

Walaupun saya tidak pergi mendapatkan rawatan dan hanya melawat rakan saya yang sakit, namun saya tetap berasa amat terkilan apabila kereta saya disaman oleh pihak berkuasa. Saya lebih bersimpati dengan para pesakit yang disaman. Sudahlah sakit, disaman pula. Inilah yang berlaku kepada saya dan ramai lagi para pesakit/pelawat yang pergi ke Hospital Putrajaya. Kali pertama, kami disaman oleh pihak polis. Kali kedua pula disaman oleh pihak berkuasa tempatan Putrajaya.

Rakyat tentunya tidak menghalang, malah menyokong apabila pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang secara adil. Namun dalam hal ini, adalah jelas bahawa mereka tidak menggunakan timbang rasa dan budi bicara. Sebenarnya, kebanyakan orang yang pergi ke Hospital Putrajaya memang meletakkan kenderaan di tepi jalan. Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak menghormati undang-undang. Sebenarnya, mereka terpaksa berbuat demikian kerana kekurangan tempat letak kereta di Hospital Putrajaya. Malah jika kita pergi ke mana-mana hospital sekalipun, masalah kekurangan tempat letak kereta adalah antara masalah utama yang dihadapi.

Semoga PR nanti tak main teka-teki bab nie... TETAPKAN terus bila nak diadakan pilihanraya..

Muhyiddin: Biar tarikh PRU13 kekal teka-teki
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
PUTRAJAYA - Beberapa hari lagi menjelang tahun baru 2013, tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) masih menjadi teka-teki umum.

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk membuat teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU13.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi gambaran yang sangat jelas bahawa PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan.

"Bolehlah buat teka-teki tarikhnya bila... Seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat (umum tarikh sebenar), kita tak ada 'fun' lagi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda di sini hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata orang ramai, termasuk ahli politik harus bersabar menunggu pengumuman rasmi perdana menteri mengenai tarikh PRU13.

"Kita tahu perdana menteri akan putuskan, cuma tinggal bulan dan minggu sahaja (belum umum). Bila masa yang paling sesuai, saya fikir tunggu sahajalah," katanya.

Walaupun rangking dah menurun dari 60 ke 54..yg pasti Malaysia masih negara rasuah...!!!

Malaysia masih negara rasuah

Subky Latif,

BAIK Perdana Menteri mahupun para pimpinan SPRM dipercayai berbangga apabila mereka mewar-warkan CPI rasuah negara turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia dibandingkan dengan tangga ke 60 tahun sebelumnya.

Perdana Menteri Najib dan timbalannya menunjukkan rasa seronok menyebutkan negara sudah turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia. Ia dikira sebagai satu kejayaan dalam usaha negara memerangi rasuah.

Sebagai manusia dan orang Islam wajarlah kita bersyukur atas apa-apa kebaikan sekali pun sedikit. Jika Allah takdirkan kita berada di tangga ke 174 pun kita kena redha atas ketentuanNya.

Tetapi adakah Perdana Menteri dan SPRM sudah boleh berbangga sekadar turun tangga dari tahun lalu dan kini berada di tangga 54 saja?

Dengan ditransformasikan BPR kepada SPRM dan dengan segala kempen anti rasuah, kita masih jadi negara ke 54 saja. Ada 120 negara lagi yang lebih teruk rasuahnya. Adakah sudah berjaya dan patut seronok sangat?

Dengan segala gembar gembur yang dibuat, kerajaan BN belum berjaya kalau pun ke tahap rasuah sifar, biar antara 10 negara bebas rasuah di dunia.

Mengapa kita masih di tangga ke 54?

Tu dia aihh..Isa samad angkut merata peneroka untuk bagi bertembung dengan geng Oren...!!

Penyokong Felda Dan Isa Samad Akui Di Taja Hotel 5 Bintang


KUALA LUMPUR 28 Disember: Segelintir peneroka Felda yang ‘dipaksa’ berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.

“Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana,” katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Dailyyang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.

"JURI MAHARAJA LAWAK MEGA YANG PANAS"...!!!!

 
PANAS GEMPAR : Awie Wings dan kelab Panas

"Siapa tidak kenal Awie Wings..selain Amy Search, Awie juga diantara pelopor muzik Rock tanah air. Dan kini kita masih diperdengarkan dengan lagu lagu nyanyian Awie dan Wings, kita juga masih dipertontonkan dengan lakonan Awie.......dan kita masih BOLEH MELIHAT AWIE menjadi Juri dalam MAHARAJA LAWAK MEGA 2012.

Memang penulis antara peminat Awie kerana membesar dizaman rock kapak.....TAPI SAYANG.......HATI TERGURIS DAN TERSENTUH DENGAN APA YANG DIPAPARKAN INI .......Adakah BENAR INI MILIK AWIE?? ADAKAH BENAR APA YANG DIPAPARKAN SEMUA INI?

APAKAH PENGAKUAN AWIE DALAM KOSMO MEMBUKTIKAN SEMUA YANG DIPAPAR DAN TERDAPAT DALAM KELAB HIBURAN ITU BENAR?

Adakah Deepak sudah U-Turn..???

Deepak tarik saman terhadap Putrajaya, unit LTAT beli syarikatnya


Deepak, yang membuat pelbagai dakwaan mengenai urusan melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor
 Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hilang semenjak 13 Disember.


Deepak Jaikishan menarik kembali samannya terhadap Putrajaya diatas pelanggaran perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor dan pada hari sama, syarikat pelabur kerajaan membeli 80 peratus kepentingan dalam syarikat pembangunan hartanah milik peniaga permaidani itu dengan RM30 juta. Peniaga kontroversi yang membuat pelbagai dakwaan mengenai urusan melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hilang semenjak 13 Disember.

Akhbar The Star melaporkan hari ini bahawa seorang pegawai mahkamah mengesahkan ahli perniagaan kontroversi tersebut, melalui peguamnya, menarik kembali samannya tanpa kos dalam kes syarikatnya Astacanggih Sdn Bhd, yang menamakan syarikat kerajaan Tanah dan Harta Sdn Bhd, Awan Megah (M) Sdn Bhd dan syarikat penama Cebur Megah Development Sdn Bhd kerana didakwa melanggar perjanjian.

Peguambela Awan Megah Datuk Saseedharan Menon berkata permohonan bertulis telah dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dalam perbicaraan Hakim Zabariah Mohd Yusof perbincangan perkara itu dengan kedua-dua pihak berlaku di dalam kamar mahkamah semalam.

UMNO oh UMNO..pagi tadi buta ABC mai petang kena RABUN ANGKA pulak..!!!

Umno kena penyakit 'rabun angka'

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat Idris Ahmad menyifatkan Umno kini mengalami penyakit 'rabun angka' sehingga tidak tahu membezakan angka dengan yang sedikit, dan angka  yang dahulu dengan angka yang kemudian.

Beliau memberi contoh dalam isu tuduhan oleh Umno  Perak, kononnya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menganugerahkan tanah seluas 10,576 ekar kepada pemimpin DAP Perak.

Pemberian itu kononnya untuk memastikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

"Ini satu pembohongan dan fitnah yang besar kepada TG Nik Aziz dan PAS. Faktanya PRU 12 bertarikh 8 Mac 2008, sedangkan tanah ini dibeli oleh Nga Kor Ming  dan Datuk Ngeh Khoo Ham pada tahun 2012.

"Ini membuktikan pemimpin Umno rabun angka. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai cita-cita politik mereka, walaupun dengan fitnah dan pembohongan. Etika dan moral sudah tidak diambil peduli," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Musa Hasan lepas C4 lagik - Kali nie bab ORANG ATAS ada kawan dengan KONGSI GELAP pulak..!!!

Musa Hassan: Hubungan rapat ‘orang atas’ dan kongsi gelap penyebab peningkatan jenayah
Oleh Amin Iskandar

Musa berkata diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan, dan bukannya jenayah secara keseluruhan. – Gambar fail

PETALING JAYA, 28 Dis – Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

“Apabila penjenayah rapat dengan ‘orang atas’, yang teraniaya adalah masyarakat,” kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.

Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Orang kata UMNO BODOH hangpa terasa.. tapi jika tengok ke borang nie memang BODOH pun..!!!

Patut la puak Umno bodoh-bodoh belaka...

BORANG permohonan untuk menjadi ahli Umno mempunyai banyak kesalahan ejaan.. terlalu banyak kesalahan ejaan dan ayat di dalam borang tersebut. Kesalahan yang nampak amat bodoh sekali bagi parti yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu..



Agak lucu bila parti yang mengaku memperjuangkan Bangsa Melayu kononnya, parti yang menjerit slogan "Hidup Melayu!" di sana sini setiap hari, namun ejaan bahasa Melayu di dalam borang untuk menjadi ahli parti tersebut terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya.
Sukar diterima bila kesalahan terlalu banyak. Ini kesalahan yang tidak disengajakan atau kesalahan yang disengajakan dengan niat sabotaj? Betul-betul Fail! Kah kah kah...
Sumber - MiloSuam

Keputusan pilihanraya 'predictable' - Nasib hang la Najib oii..!!!

oleh Aspan Alias

Kadang-kadang terfikir juga mungkin sah BN itu akan sampai usianya dan akan hilang setidak-tidak beberapa tahun dari mentadbir kerajaan kita. Kalaulah Najib berani memanggil pilihanraya setahun yang lepas keadaan meruncing bagi beliau dan BN tidak akan sampai ketahap sekarang ini.. Dalam tempoh kurang dari setahun ini terlalu banyak isu yang timbul. Justeru usaha Najib untuk memberikan markah yang tinggi kepada BN telah terkandas kerana isu yang bertimpa-timpa dihadapi oleh parti pemerintah itu sekarang ini.

Jika kita bayangkan pilihanraya di adakan sepuluh bulan dahulu, tidak akan ada isu NFC yang telah menggemparkan rakyat. Jika PRU di adakan empat bulan yang lepas tidak akan timbul isu RM40 juta yang melibatkan Musa Aman dan sebagainya. Jika dipanggil pilihanraya 3 bulan yang lepas tidak akan timbul isu Deepak yang tampil membuat pengakuan penglibatan Najib dan isteri dalam kes Altantuya dan akuan bersumpah Balasubramaniam. Isu Deepak ini adalah isu yang amat sukar bagi Najib untuk menguruskannya kerana ia amat hampir kepada apa yang di perkatakan ramai di mana-mana sejak beberapa tahun dahulu.

Tetapi kita faham keputusan Najib untuk menangguhkan PRU itu ialah untuk menyediakan keadaan yang sesuai dengan pemberian BRIM dan berbagai-bagai imbuhan yang melibat rakyat yang ramai-ramai ini. Seboleh-bolehnya Najib mahu membeli perasaan rakyat dengan bermacam-macam hadiah tawaran untuk menyejukkan hati rakyat yang sudah sampai suhu kepanasannya ke peringkat optima.

Alahau CUEPACS dok mintak tangguh buat apa..mintak BATALKAN terus AES tuu senang cerita...!!!

Cuepacs buat usul gesa tangguh AES

27 Disember 2012
AES
Sistem AES
 
KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini sebulat suara mengusulkan kepada kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Kajian terperinci perlu dibuat kerana ada kamera yang dipasang di kawasan yang tidak mempunyai data kemalangan, kawasan yang kerap kemalangan pula tidak dipasang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Omar turut melahirkan rasa simpati terhadap pemandu jabatan kerajaan yang dipaksa membayar sendiri saman sedangkan mereka disaman kerana mematuhi arahan ketua yang menaiki kenderaan berkenaan.

Beliau memohon supaya saman had laju termasuk daripada AES dalam kes-kes seumpama itu dibayar oleh jabatan masing-masing.

Sekolah Agama Rakyat tidak pernah diabaikan oleh kerajaan negeri


ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah tidak pernah menafikan hak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berada di bawah Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) seperti yang dinyatakan oleh TV3 baru-baru ini. Malah, kerajaan negeri kini lebih prihatin dan mengambil berat berbanding pemerintah sebelum ini.

Pengerusi HESA, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, dakwaan TV3 bahawa kerajaan negeri Kedah mengabaikan sekolah-sekolah SAR adalah suatu pembohongan dan tidak benar.

“Kerajaan negeri kini adalah pemerintah yang berusaha bersungguh-sungguh membantu sekolah-sekolah agama dan sebelum dapat memerintah Kedah pun sudah berusaha ke arah itu.

“Selepas pentadbiran Kedah berubah, sekolah-sekolah SAR telah disatukan di bawah HESA. HESA ditubuhkan pada April 2008 dan terdapat 71 buah sekolah dibawahnya. Sekolah-sekolah ini sudah mendapat kira-kira RM4 juta selama empat tahun kerajaan negeri kini memerintah Kedah,” ujar beliau ketika ditemui.

Tambahnya, dakwaan bahawa Sekolah Agama Taufikiah atau Pondok Pakya tidak mendapat satu sen pun daripada kerajaan negeri adalah suatu penipuan kerana sekolah tersebut pada tahun ini sahaja menerima bantuan guru yang digaji oleh Majlis Agama Negeri Kedah berjumlah RM196,748.88.

Liga M - Std. Darulaman dibenarkan main malam

Liga M: 7 stadium dibenar guna waktu malam

27 Disember 2012
hamidin
Liga M: 7 stadium dibenar guna waktu malam

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi lampu hijau kepada tujuh buah stadium untuk menganjurkan perlawanan Liga Malaysia pada waktu malam selepas didapati mematuhi peraturan kecerahan 1,000 lux untuk lampu limpah seperti yang ditetapkan.

Tujuh stadium berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kelantan; Stadium Shah Alam, Selangor; Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan; Stadium Darul Makmur, Pahang; Stadium Negeri Sarawak; Stadium Darul Aman, Kedah dan Stadium Jalan Besar, Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, selain di tujuh stadium berkenaan, perlawanan perlu diadakan pada sebelah petang.

JKM buat pemutihan terhadap 6,755 penerima bantuan di sekitar daerah Kubang Pasu

Bantuan tidak bersifat kekal
Wartawan Sinar Harian
27 Disember 2012
Bantuan tidak bersifat kekal
Sumbangan basikal dan beg sekolah yang diadakan untuk anak penerima bantuan JKM.
 
JITRA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kubang Pasu akan melaksanakan proses pemutihan terhadap 6,755 penerima bantuan di sekitar daerah terbabit dari semasa ke semasa supaya membolehkan bantuan dapat diberikan sama rata.

Pegawai JKM Daerah Kubang Pasu, Mohd Shabrri Othman berkata, proses terbabit akan dilakukan memandangkan permohonan yang diterima meningkat setiap tahun dan purata untuk setiap bulan adalah kira-kira 250 permohonan.

Menurutnya, perkara ini membimbangkan pihaknya sekiranya pemohon yang benar-benar memerlukan bantuan tidak memperoleh bantuan yang dipohon dan inisiatif terbabit diambil supaya permasalahan ini tidak akan berlaku.

Takziah..2 pekerja maut timbus tanah di Sg Petani

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
27 Disember 2012
2 pekerja maut timbus tanah
Mayat kedua-dua mangsa ditemui tertimbus di lokasi kejadian.
 
SUNGAI PETANI – Dua pekerja kontrak maut manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Ambangan Heights dekat Sungai Lalang di simi ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan saluran kumbahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mangsa, P Morgan, 39, dari Taman Seri Bedong dan S Saravanan, 25, dari Taman Permai Bestari, Sungai Lalang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa dikenali Ng Jun Chuan, dipercayai majikan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Saksi kejadian, Ming Wei Toh, 51, berkata, ketika kejadian, empat pekerja termasuk dirinya sedang melakukan kerja-kerja memasukkan saluran kumbahan ke dalam tanah yang telah dikorek 10 meter. Majikan mereka, Ng Jun Chuan, 45, terselamat tetapi tercedera.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...