TERKINI :

Wednesday, December 26, 2012

PAS Sanggah Guan Eng isu nama ALLAH.... Teringat UMNO atas Isu HUDUD dengan CSL dulu...!!!

Kalimah ALLAH: Tuntutan terus dicemuh
Wartawan Sinar Harian
26 Disember 2012
Dr Abdul Rani Osman
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman
 
SHAH ALAM - Pas Selangor mencemuh tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, isu kalimah ALLAH tidak boleh dijadikan polemik kerana sangat sensitif melibatkan umat Islam dan boleh menimbulkan ketegangan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

“Setiap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) perlu memikirkan sensitiviti agama Islam dan agama lain di negara ini serta dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan membelakangi keputusan mahkamah dan keputusan kolektif di peringkat Pusat.

Mahfuz: Gantung kes saman AES permainan politik p'raya?

Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE) Datuk Mahfuz Omar mendesak pihak kerajaan untuk menyatakan pendirian berhubung prosiding saman operasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang ditangguhkan oleh Pejabat Peguam Negara (AG).

Selain itu Mahfuz juga meminta AG menyatakan sebab terperinci berhubung arahan penggantungan prosiding tersebut.

"AG perlu spesifikkan apa yang menjadi sebab penangguhan prosiding yang dilakukan. Kerana untuk apa prosiding ditangguh tetapi saman tetap dikeluarkan?

"Kita juga mencabar kerajaan, bukan AG, supaya ambil tanggungjawab menyatakan pendirian jelas tentang perkara ini. Kerajaan tidak pernah lagi mengeluarkan kenyataan. Jangan gunakan AG," kata Mahfuz dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.

Apa kesudahan nasib dan cerita Stadium yang RUNTUH di Trengganu..???

Tragedi stadium runtuh terus jadi igauan
Oleh Syed Azman Syed Ahmad

Terlalu banyak telah diperkatakan tentang isu keruntuhan yang menimpa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Projek ’gajah putih’ kerajaan negeri Terengganu ini telah menelan kos hampir RM300 juta dan ia tidak dapat digunakan sehingga kini setelah hampir empat tahun struktur bumbungnya runtuh walaupun pelbagai laporan dan kajian telah dilaksanakan bagi mencari punca-punca kepada keruntuhan yang berlaku ini.


Pada Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini.

Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini telah di taklimatkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia.

Pada awal tahun 2012, kerajaan negeri juga turut  membelanjakan lebih RM2 juta bagi membayar firma perunding yang dilantik iaitu Tetuan Khairi Consultant bagi menyediakan laporan kajian akhir dan dikemukakan kepada pihak kerajaan negeri Terengganu.

Namun stadium bernilai hampir RM300 juta yang sepatutnya menjadi lambang kegemilangan sukan Terengganu ini terus di biarkan tanpa diurus dengan baik sehingga sekarang, mengakibatkan pelbaga kerosakan dan kecacatan yang amat ketara telah berlaku.

[PANAS] Apa sudah jadi dengan PEMUDA PAS...???

Ketua Pemuda PAS Pusat

Mukadimmah :

Hasil Ijtimak Tarbawi Pemuda Pas Malaysia ialah semua yg hadir & balik dengan fikrah yang jelas sejelas jelasnya.... yang tak jelas fikrah ialah Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dato' Dr Mujahid..... inilah nama2 yang pembentang kertas kerja sebut sebagai parasit dalam PAS.... sempoi la Pemuda harapan Pas ni..... yang ada stesyen minyak Petronas usahasama dengan Hassan Ali lagi la jelas fikrah.....

Fasa 1 :

Timbalan Presiden Pas Tuan Haji Mohamad Sabu disebut sebagai fikrah tak jelas oleh Pemuda Pas.... alasan??? pakat2 paham la... Jadual Tuan Haji Mohamad Sabu penuh di mahkamah krn didakwa oleh kerajaan Umno... meronda seluruh pelusuk negara dgn berbagai program Himpunan Kebangkitan Rakyat... program ceramah dan demonstrasi rakyat... nak habiskan masa dengan keluarga pun susah.. pernah menjadi Ketua Pemuda, menjadi Ahli Parlimen merata tempat... tak pernah lari dari perjuangan... tak pernah makan duit parti, tak pernah songlap duit rakyat, tak pernah duduk bersama UMNO.... itu pun masih tak jelas fikrah!!!

RAHSIA Kenapa missionary Kristian mahu sangat menggunakan nama ALLAH dalam Bible di Malaysia..??

PAS: Ganti ‘God’ dengan 'Tuhan' elak polemik

Friendly KEDAH Vs KELANTAN Malam nie - KFA Cekik darah penonton..!!!


Tu dia aihh Lambakan Graduan Pendidik pun masih tak selesai yang dok galak nak ambik guru dari india buat apa..??

.


PETALING JAYA, 26 Dis — Rancangan kerajaan untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India bukan jalan penyelesaian terbaik, kata pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini serta menggesa kerajaan menangani masalah lambakan guru terlebih dahulu.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, Nik Nazmi (gambar) berkata rancangan kerajaan tersebut tidak memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan kita.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) tidak memberikan alasan kukuh untuk mengimport guru-guru dari India ini.

“Adakah ia akan memberi nilai tambah kepada kualiti dan mutu pendidikan negara,” kata beliau.

Lambakan graduan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) masih lagi belum diselesaikan kini kerajaan mahu melaksanakan rancangan ini pula, kata Nik Nazmi lagi yang tidak menyokong sama sekali rancangan tersebut.

“Kerajaan sewajarnya mengutamakan graduan-graduan TESL tempatan berbanding dengan mengemukakan rancangan sedemikian.

Kali ini Ahmad Maslan pula melawak

oleh Aspan Alias

Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata BN akan merampas dua puluh kerusi Parlimen dari yang dipegang oleh Pakatan Rakyat sekarang ini dan terus memenangi pilihanraya dengan kekuatan 2/3. Telahan Ahmad Mazlan ini amat menggelikan hati banyak pihak.

Mereka hendak bertanya kepada Ahmad Maslan “di mana BN hendak cabutkan 20 kerusi itu?” Di sebaliknya pihak yang inginkan perubahan pula berkata Pakatan Rakyat lah yang akan dapat merampas setidak-tidaknya 20 kerusi dari BN. Masing-masing mempunyai perkiraan masing-masing, tetapi yang jelas UMNO serta BN sedang menghadapi zaman getirnya yang belum pernah di alaminya sejak merdeka.

Buat kali pertamanya pemimpin BN bercakap hendak merampas kembali kerusi dari Pakatan Rakyat, sedangkan sebelum ini untuk pembangkang mendapatkan kerusi dari BN adalah perkara yang sangat mustahil. Keadaan yang mereka alami sekarang ini merupakan fenomena yang sedang menghantui BN khususnya UMNO kerana jika orang Melayu berubah seperti yang kita jangkakan kali ini UMNO akan kehilangan banyak kerusi bukan sahaja di Semenanjung malahan di Sabah sendiri parti itu sedang dalam kemurungan.

Bagi orang Melayu untuk berhijrah menyokong PAS merupakan keberangkalian yang sangat besar. Kegagalan UMNO untuk memperkuatkan kedudukannya sudah menjadi perkara yang sangat susah untuk di lakukan sekarang ini. PAS yang umurnya tidak berapa tahun sahaja muda dari UMNO yang asal dahulu telah melalui segala pahit maung politik dan sekarang parti itu sudah menjadi parti matang dan berpengalaman luas untuk menghadapi rakyat di seluruh negara.

[Video] Mat Rempit UMNO BN macam haram jadah




Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar. Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini.

Sebarkan kepada rakan-rakan sahabat handai jiran tetangga, ayam itek lembu dan kambeng supaya mereka semua tahu bahawa parti samseng Umno akan menghuru-harakan negara ini jika mereka dibiarkan terus memerintah.

Mahasiswa dilarang berpolitik, mahasiswa berpolitik ditangkap masuk penjara. Mat rempit, kutu berahak dan samseng pula yang Umno bela untuk berpolitik maka jadilah politik kurang ajar, politik samseng, politik pukul orang, politik baling cat dan sebagainya.


ReJaM© "Ajak berdebat lari lintang pukang sembunyi belakang Rosmah... "

http://milosuam.blogspot.com/2012/12/rakaman-samseng-umno-serang-dan-tampar.html

[PANAS] KJ kena bayar kepada Anwar RM30K....

Kes Saman Anwar-Khairy Digantung, Khairy Diperintah Bayar Anwar RM30k

Putrajaya: 24 Dis - Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, digantung.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut sementara menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau memfailkan pembelaan dalam saman berkenaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Clement berkata mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keadaan khusus bagi menggantung perbicaraan itu seperti yang dinyatakan dalam permohonan Khairy.

Beliau berkata jika Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan itu tanpa menunggu keputusan rayuan Khairy, ia akan menjejas integriti rayuan dan menjadi sia-sia jika pemohon berjaya.

Najib cakap "MOHONG"

Hanya nak buat sedap ber'cakap' aje ameno nih

Apa maksud Rakyat Malaysia?

Bagi orang awam, Rakyat Malaysia ada setiap mereka yang disahkan oleh undang-undang negara yang mendiami di Malaysia atau merantau di luar negara untuk bekerja.

Tetapi bagi orang Umno, Rakyat Malaysia hanyalah mereka yang dari Umno, MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti yang jadi rakan kongsi mereka......selain daripada itu se'olah-olah' menjadi anak tiri kepada mereka.

Sebagai contohnya......kenapa rakyat di negeri Kelantan yang jelas merupakan Rakyat Malaysia dinafikan royalti minyak?

Kuasa Menteri dan Kuasa Pengarah Hutan mana lebih tinggi nie... ini dikatakan mencampur usrusan pegawai buat kerja..!!!

Kerajaan Kedah: Kerosakan projek Ladang Hutan di Pedu tidak seteruk dilaporkan Utusan
Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Kerajaan negeri Kedah mahu melaksanakan projek perladangan hutan di Tasik Pedu, dan kerosakannya tidak seteruk yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

“Pembangunan ladang hutan adalah projek yang dilakukan dikawasan hutan miskin. Kawasan yang dipilih adalah terdiri daripada kawasan hutan simpan yang dikelaskan sebagai kawasan hutan pengeluaran.

“Mana ada rosak teruk (kawasan pembalakan), Utusan ni pembohong, memutarbelit fakta,” kata Muhammad Sanusi Md Noor, setiausaha politik Menteri Besar Kedah ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Muhammad Sanusi lagi, kerajaan negeri masih belum menerima apa-apa surat dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk arahan berhenti projek pembalakan tersebut serta merta seperti dilaporkan oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia semalam.

“Kita tak dapat apa-apa surat dari kementerian, tak ada pun,” katanya.

Jangan dok fitnah Kerajaan Negeri..!!!

Bukan salah Kerajaan Negeri Kedah
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
24 Disember 2012
Ku Azmi Ku Aman
Ku Azmi menunjukkan kawasan aktiviti pembalakan.
 
ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menolak projek penebangan hutan di Kedah seperti yang didakwa oleh media, baru-baru ini.

Pengarahnya, Ku Azmi Ku Aman berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak setuju dengan projek penebangan hutan di Kedah, sebaliknya hanya menolak sekiranya pembangunan di tanah tersebut.

Ku Azmi berkata, pihaknya juga tidak bersetuju sekiranya kawasan tersebut dibangunkan  dengan perladangan.

“Pembalakan bukan satu isu yang besar kerana perkara ini sudah diluluskan pihak kita, termasuk juga Exco Kerajaan Negeri. Ia meliputi secara menyeluruh dan bukan tertumpu hanya pada satu tempat.

“Ia juga sebenarnya tidak akan merosakkan kawasan perhutanan dan tidak akan mengakibatkan banjir,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...