TERKINI :

Tuesday, December 25, 2012

AES: Tiada perbicaraan, tapi diminta hadir

 
TAIPING: Perbicaraan kes pertama kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Perak semalam tidak berlaku ekoran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mendaftarkan kes tersebut di mahkamah.

Seramai 20 mangsa saman sistem tersebut diminta hadir ke Mahkamah Majistret Taiping semalam, dan hanya lima daripadanya hadir namun dimaklumkan bahawa perbicaraan kes terhadap mereka tidak ada.

Peguam mewakili mangsa, Asmuni Awi berkata, oleh kerana mahkamah mengatakan kes itu tidak didaftarkan bermakna kes itu tidak wujud.

Menurutnya, pihak JPJ sepatutnya memaklumkan lebih awal kepada mangsa saman tersebut agar tidak menimbulkan kesukaran kepada mereka

"Mangsa-mangsa saman yang yang hadir dari jauh seperti Pulau Pinang berasa sangat kecewa dan seolah-olah dipermainkan apabila mengetahui perbicaraan terpaksa dibatalkan.

Kenapa Umat ISLAM masih malas...34 minit jerrrrrr...!!!!

solat2

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jika dilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:

  • Subuh             : 2 rakaat
  • Zuhur              : 4 rakaat
  • Asar                 : 4 rakaat
  • Maghrib          : 3 rakaat
  • Isyak                : 4 rakaat

Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.

 

Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.

 

Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari.

 

Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.

 

Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat. 

 

Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.

Penjelasan Zizan...!!!!



Post sebelum ini Zizan Raja Lawak Turut Serta Halau Mazidul Akmal elah memdapat komen seorang pembaca Jerung Jepun memberikan situasi sebenar kenapa Zizan turut serta berada di hadapan Sri Pentas hari ini.

PLEASE SHARE: TUDUHAN BUAT ARTIS DAN PELAWAK POPULAR ZIZAN RAZAK ADALAH FITNAH DAN DISALAH ERTI.

Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi.

Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan. Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.

BN Rampas 20 Kerusi Pakatan - Duduk merapu apanya Mat Maslan oi.. Bubar sahaja parlimen tuu..!!

BN Rampas 20 Kerusi Pakatan: Ramalan Rabun Mat Maslan

ULASAN PETANG                                                                                                               

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan meramalkan UBN akan berjaya merampas 20 kerusi milik Pakatan Rakyat dan sekaligus akan memperolehi majoriti 2/3 di parlimen. Kerusi yang bakal dirampas ialah lima kerusi milik PAS, lima milik DAP dan 10 milik PKR.

Menurutnya kemunasabahan pencapaian itu berpandukan kepada kerusi-kerusi milik Pakatan Rakyat sebelum ini bermasalah apabila wakilnya keluar meninggalkan parti. Sekali dengar kenyataan Ahmad Maslan itu agak mengejutkan juga, tetapi bila membaca laporan itu sampai habis menyebabkan orang tersenyum sendiri kerana ramalan itu hanya ilusi oleh seseorang yang baru menikamti 'air' kekuasaan.

Kata Ahmad Maslan kemungkin itu berlaku sekiranya tidak berlaku cah keting di dalam parti berkenaan dan ia juga dibantu oleh calon boleh menang (winnable candidate) yang dikemukakan oleh UBN serta disumbangkan oleh kepimpinan Najib Razak.

Kalau itu bentuk dan gaya ramalan Ahmad sesiapa pun boleh membuat ramalan seperti itu. Sepuluh ramalan sehari pun boleh dilakukan, bukan saja setakat 20 kerusi 50 kerusi boleh dilakukan. Pihak Pakatan Rakyat juga boleh menyatakan mereka akan menang lebih 30 kerusi yang dimiliki oleh UBN sekarang.

Setakat hendak sebut jumlah kerusi dari PAS, PKR dan DAP, Pakatan Rakyat juga boleh berbuat demikian. Apakah kalau Pakatan Rakyat mendakwa mereka akan merampas 14 kerusi parlimen di Sabah dan 10 kerusi parlimen di Sarawak, manakala tujuh atau lapan kerusi di Johor di samping menambahkan satu di Pahang, satu Melaka dan dua di Perak?

Pukulan yang tepat singgah ke Najib..!!!

Oleh Selana Tay


Sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh Ahad, 16hb Disember 2012 telah melaporkan Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai berkata, "The Opposition only thinks about chaos. A vote for them is a vote for riots, disturbances and demonstrations".

Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia ia bermaksud "pihak pembangkang hanya berpikir perihal huru-hara. Satu undi untuk mereka ialah satu undi untuk rusuhan, kacau-bilau dan tunjuk perasaan."

Kenyataan PM Najib diatas jelas menunjukkan bahawa beliau sedang bertungkus-lumus cuba mempengaruhi minda rakyat bahawa pihak pembangkang ialah puak yang jahat. Adakah beliau telah kehabisan idea yang bernas untuk berhujah dengan fakta dalam usaha beliau untuk mendapat sokongan rakyat?

Dimanakah perlaksanaan konsep 'kesederhanaan' yang selalu diuar-uarkan oleh beliau?

Adakah kenyataan diatas ini dibuat oleh beliau sebab beliau kurang yakin BN akan memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam pilihanraya yang akan datang nanti?

7 Peluru untuk 'menangkis & menembak' UMNO/BN

7 Perkara Menjadikan Momokan UBN
SELAM RASA



Ada tujuh perkara yang sering dibangkitkan oleh UBN dan ianya dijadikan momokan kepada rakyat agar menolak Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan di negara ini. Perkara ini diulang-ulang dan ditaburkan kepada rakyat dalam berbagai bentuk menerusi pelbagai saluran. Penyampai pula dari peringkat pemimpin tertinggi hinggalah kepada penyokong Umno di kedai-kedai kopi atau gerai canggung di kampung dan desa.

Tujuh perkara ini diasak betul-betul kepada rakyat terutamanya yang tidak begitu celik IT dan warga tua di kampung-kampung. Mereka yang menerima pandangan hanya dari satu lorong (one way) dan tidak mempunyai otak kreatif terus mempercayainya.

Cuba sama-sama kita renung dan kaji tujuh perkara ini sejauh manakah kebenaran dan kesahihannya. Saya akan membuat matemetik politik berhubung perkara ini dengan memberi jawaban seringkas mungkin.

Tapisan Calon - depa kata sekoq pon tak lepas jika calon UMNO di tapis..!!!

Lawak UMNO
oleh Aspan Alias


Ura-ura UMNO hendak menghantar senarai nama calon-calon parti itu ke SPRM dahulu merupakan isu yang agak menarik juga. Jika begitu elok kita alu-alukan usaha itu kerana kata pemimpin besar UMNO ia akan memastikan calon-calon yang bakal diturunkan nanti adalah bersih dari elemen rasuah.

Tetapi yang lebih menarik lagi boleh kah Najib dan ramai pemimpin yang lain yang sedang berkuasa dapat menjadi calon nanti? Bagaimana dengan Menteri-Menteri Besar sekarang pula? Kalau di siasat betul-betul berkemungkinan Najib, Muhyiddin dan ramai lagi Menteri-Menteri yang lain tidak layak menjadi calon kali ini.

Sebut Sahaja Pengistiharan Harta - MP BN tidak yakin dengan POLIS menjaga keselamatan awam & negara..!!

Ong berkata pengisytiharan harta juga dilakukan dalam MCA sendiri. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) berkata pengisytiharan harta secara terbuka oleh calon pilihan raya mungkin membahayakan keselamatan mereka, dengan menjangkakan pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah negara.

Ahli parlimen BN mengatakan calon boleh dipastikan bersih dengan mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib, yang juga pengerusi BN berkata calon dari gabungan partinya akan ditapis oleh SPRM - pengumuman yang dikatakan oleh seteru politiknya di Pakatan Rakyat (PR) sebagai publisiti semata-mata.

Sesetengah ahli parlimen PR hari ini dilaporkan mangatakan jika calon BN mengisytiharkan harta secara terbuka mereka akan dilihat lebih berkredibiliti, dan berkata tugas SPRM untuk menghapuskan rasuah, dan bukan menapis calon pilihan raya dengan rekod kewangan meragukan.

PETRONAS akan di letakan bawah J/Kuasa PARLIMEN bila PR memerintah nanti

Pakatan mungkin potong dividen tahunan Petronas RM30 billion kepada Putrajaya

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memotong dividen tahunan Petronas RM30 billion kepada Putrajaya jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum akan datang, menurut laporan portal berita perniagaan Bloomberg.com hari ini.

PR bercadang untuk menetapkan dividen Petronas kepada negara berdasarkan peratus keuntungan syarikat yang ditetapkan, dan dengan ini membenarkan syarikat petroleum negara itu untuk membuat lebih pelaburan di luar negara yang dijangka memberi lebih banyak keuntungan, kata pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).

“Petronas seharusnya diuruskan secara komersil sepenuhnya,” katanya kepada Bloomberg semasa menerangkan cadangan Anwar, yang merupakan ketua umum PKR.

Menurut Bloomberg, pentadbiran PR akan mengadakan jawatankuasa peringkat parlimen di Dewan Negara untuk meningkatkan ketelusan terhadap Petronas, yang sekarang ini melapor terus kepada perdana menteri.

Isu Omar - DBKL yang sememangnya menyekat dan tidak mengendahkan hak kebebasan bersuara rakyat.

Rakyat nak pendidikan percuma dihumpan ke penjara, inilah wajah sebenar Umno-BN

Rakyat nak pendidikan percuma dihumpan ke penjara, inilah wajah sebenar Umno-BN

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menempelak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengheret aktivis mahasiswa, Umar Mohd Azmi ke mahkamah walaupun beliau tidak melakukan sebarang jenayah. Pengerusinya, Safwan Anang berkata, inisiatif melampau DBKL ini menunjukkan kepada rakyat kelemahan kredibiliti badan penguatkuasa tersebut.

“Umar tidak melakukan apa-apa kesalahan dan kes ini tidak menjadi masalah jika DBKL tidak membawanya ke mahkamah.

“Tindakan ini nyata mengesahkan bahawa penguatkuasa awam seperti DBKL yang sememangnya menyekat dan tidak mengendahkan hak kebebasan bersuara rakyat.

“Hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan kebenaran tidak sepatutnya disanggah,” kata Safwan ketika dihubungi.

Umar adalah salah seorang peserta protes ‘Occupy Dataran’ April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 Jumaat lalu, kerana didakwa kononnya menghalang pegawai awam menjalankan tugas.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Dalam perbicaraan kes, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan memberi penangguhan terhadap hukuman penjara setahun ke atas Umar.

Namun, Hakim, Amelia Tee J mengenakan beberapa syarat serta ikat jamin turut dinaikkan dari RM1,000 kepada RM5,000.

Umar turut diminta menghadiri prosiding rayuan berikutnya untuk mengelak dari melakukan kesalahan yang sama.
Umar diwakili peguam, Syahredzan Johan dan Puspawati Rosman.

Menurut Safwan, Umar dibebaskan pada 3 petang tadi dengan ikat jamin RM5,000 oleh bapanya.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menempelak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengheret aktivis mahasiswa, Umar Mohd Azmi ke mahkamah walaupun beliau tidak melakukan sebarang jenayah. Pengerusinya, Safwan Anang berkata, inisiatif melampau DBKL ini menunjukkan kepada rakyat kelemahan kredibiliti badan penguatkuasa tersebut.

“Umar tidak melakukan apa-apa kesalahan dan kes ini tidak menjadi masalah jika DBKL tidak membawanya ke mahkamah.

“Tindakan ini nyata mengesahkan bahawa penguatkuasa awam seperti DBKL yang sememangnya menyekat dan tidak mengendahkan hak kebebasan bersuara rakyat.

“Hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan kebenaran tidak sepatutnya disanggah,” kata Safwan ketika dihubungi.

Umar adalah salah seorang peserta protes ‘Occupy Dataran’ April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 Jumaat lalu, kerana didakwa kononnya menghalang pegawai awam menjalankan tugas.

Menyekat Jelajah Oren..Antara perkara "BURUK BN" sedang dilakukan oleh mereka sendiri...!!!

Malaysia aman, mengapa Jelajah Oren diserang

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam pihak yang menghalang konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ sehingga mencederakan dua peserta konvoi tersebut serta memecahkan cermin kereta sebuah pacuan empat roda.

“DPPM menganggap tindakan seperti ini adalah suatu tindakan tidak bertamadun oleh golongan yang tidak mahu menerima kebenaran serta menghargai ruang demokrasi yang ada dalam negara ini,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, DPPM percaya tindakan provokasi tersebut telah terlebih dahulu dirancang bagi mewujudkan insiden keganasan yang tjuannya adalah untuk mengugut rakyat agar tidak berani bangkit menyatakan kebenaran.

Beliau berkata, ia mungkin juga bagi menutup segala kepincangan yang berlaku supaya rakyat tidak tahu isu sebenar yang berlaku di dalam Felda.

Tangki akan diganti sebelum Tahun Baharu Cina

ALOR SETAR – Masalah kebocoran tangki dan paip air di Flat Tongkang Yard, di sini dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina pada tahun hadapan apabila projek pemasangan paip dan gantian tangki air berkenaan siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB. Mohamad Nasir Mustafa berkata, projek tersebut melibatkan sebanyak 210 unit rumah yang mengalami kerosakan setelah didiami lebih 20 tahun lamanya.

“Kita akan cuba gunakan semua saluran yang ada untuk bantu penduduk di sini tanpa mengira fahaman politik. Kita dah ambil kira semua masalah penduduk di sini, cuma statusnya sekarang adalah sudah selesai atau belum masalah tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa meninjau masalah penduduk di sini bersama Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pejabat Perumahan Negeri Kedah, baru-baru ini.

Menurutnya, akhir-akhir ini pihaknya telah pun menyelesaikan satu masalah penduduk di sini yang merungut mengenai tangki najis yang tersumbat, bau busuk dan sebagainya.

Hikmah raikan pelajar cemerlang UPSR



KODIANG - Persatuan Nur Hikmah (Hikmah) meraikan seramai 40 pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) 2012 pada satu majlis Hari Wanita Sejahtera dan Anugerah Cemerlang UPSR Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, baru-baru ini.

Mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar di sekitar DUN Kota Siputeh yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2012.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB. Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM50 kepada setiap pelajar.

Penolong Pengarah Program, Aisyah Don berkata, tujuan majlis itu diadakan adalah untuk mengiktiraf kejayaan pelajar-pelajar yang telah berjuang habis-habisan untuk mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...