TERKINI :

Monday, December 24, 2012

Hujah sahabat berdebat dengan Ketua UMNO Cawangan dot dot dot.....!!!!

Anonymous said...

Baru2 ini sy berhujah dgn Ketua Cawangan Umno M***** S****** ...

Kasihan, beliau bukan saja tidak berkredibiliti dlm berhujah tp penuh dgn emosi dgn menyatakan or melayu akan mundur dan dijajah oleh org cina jika pakatan memerintah,disampimg itu beliau berkata banyak tanah2 org melayu akan dijual nt....

ha ha saya berhujah dgn fakta melalui Umno dasar DEB telah gagal memajukan org melayu kecuali kroni2 dlm Umno sendiri, manakala tanah2 rezab org melayu lebih dari 3 juta hektar separuh drpnya telah dijual atau digadai kepada kapitalis2 cina dengan bantuan Umno....

semua ini berlaku sejak 55 tahun Umno memerintah.... Jadi soalan mudah... apa yg UMNO lakukan selama 55 tahun ini? Beliau tidak tahu menjawab malah dengan emosi menyatakan orang melayu hanya akan berjaya dgn Umno,kasihan memang benar kata Tun Mahathir tiada lg pemimpin berkredibiliti yg akan masuk Umno sebab sikap Umno yg hanya mahukan pemimpin2 lembu supaya mudah dicucuk hidung....sedih kesian sgt dah UMNO nehhhhhhh

Pengarah Hutan Kedah membela Kerajaan Negeri bab aktiviti pembalakan di Pedu

Bukan salah Kerajaan Negeri Kedah
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
24 Disember 2012
Ku Azmi Ku Aman
Ku Azmi menunjukkan kawasan aktiviti pembalakan.

ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menolak projek penebangan hutan di Kedah seperti yang didakwa oleh media, baru-baru ini.

Pengarahnya, Ku Azmi Ku Aman berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak setuju dengan projek penebangan hutan di Kedah, sebaliknya hanya menolak sekiranya pembangunan di tanah tersebut.

Ku Azmi berkata, pihaknya juga tidak bersetuju sekiranya kawasan tersebut dibangunkan  dengan perladangan.

"Pembalakan bukan satu isu yang besar kerana perkara ini sudah diluluskan pihak kita, termasuk juga Exco Kerajaan Negeri. Ia meliputi secara menyeluruh dan bukan tertumpu hanya pada satu tempat.

"Ia juga sebenarnya tidak akan merosakkan kawasan perhutanan dan tidak akan mengakibatkan banjir," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Ku Azmi turut menegaskan bahawa, ia bukan salah Kerajaan Negeri sekiranya berlaku sebarang ancaman bencana alam, sebaliknya salah pemaju kerana tidak patuhi arahan yang digariskan.

"Memang ada kebenaran yang diberikan Exco Kerajaan Negeri. Dalam hal ini Kerajaan Negeri tidak salah, mereka hanya meluluskan projek.

"Kalau ada pihak yang nak menyaman, saman pemaju sebab mereka tidak ikut garis panduan. Ini semua hanya agenda pihak tertentu untuk memutar belitkan berita sebab pilihan raya umum kian hampir. Mereka saja buat isu.

"Kenapa harus salahkan Kerajaan Negeri sahaja dengan projek penebangan hutan.

"Kalau nak cari isu projek penebangan hutan banyak lagi ada contohnya Felda, dan Felcra. Kenapa tidak kepada mereka," katanya. [Read More]

Agak-Agak La Nak Bohong pun wahai TV3 oii.. Siapa yang sebenarnya tak beri bantuan kepada SAR..???

Lagi pembohongan... TV3 dakwa sekolah agama rakyat tidak dibantu walau satu sen!... agak2lah nak bohong pun
Oleh: Hafeez Azimi

Laporan Buletin Utama TV3 pada 22 Disember 2012 melaporkan kenyataan oleh seorang yang mendakwa pentadbir Sekolah Agama Rakyat (SAR) bawa sejak PAS memerintah Mac 2008, kerajaan negeri tidak pernah membantu SAR. Sumber itu memberi contoh Sekolah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya tidak pernah menerima satu sen pun, ulang 1 sen pun, ulang sekali lagi 1 cent pun bantuan dari kerajaan negeri pimpinan PAS.

Untuk makluman seluruh rakyat 1Malaysia, Sekolah Agama Taufikiah Padang Lumat pada tahun ini sahaja menerima bantuan guru yang digaji oleh Majlis Agama Negeri Kedah berjumlah RM196,748.88 sen (seratus sembilan puluh enam ribu, tujuh ratus empat puluh lapan dan sen lapan puluh lapan) setahun.

Di Kedah, selain dari Maktab Mahmud (milik penuh kerajaan negeri) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) terdapat 62 institusi yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah Islam, Maahad Tahfiz dan pondok. Mereka ini bergabung dalam badan yang dinamakan Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA). Di zaman BN memerintah Kedah dahulu, sebahagian besar dari institusi tersebut tidak pernah menerima walau satu sen pun dari kerajaan negeri. Hakni baru betul... 1 sen pun tak terima!

Namun di bawah pentadbiran PAS/Pakatan Rakyat, daripada 2008 hingga 2012; kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM3.58 juta kepada kesemua institusi yang bergabung di bawah SAR tersebut.


Jika ada pihak mendakwa SAR (sekolah rendah/menengah Islam, tahfiz, pondok) tidak pernah terima satu senpun dari kerajaan negeri maka itu PEMBOHONG BESAR namanya... adapun bohong/fitnah itu tidak layak dibuat oleh orang Islam. Ia menjadi Rukun Nombor 1 kepada sebuah pertubuhan politik yang mengambil syaitan dikenali sebagai rakan.

Ingat tak tahun lepas, PM Najib umum nak beri bantuan RM100 seorang kepada setiap pelajar sekolah. Tapi janji itu tak ditepati kerana seramai 5,048 pelajar dari 28 sekolah di bawah HESA di Kedah dinafikan hak mereka oleh kerajaan Pusat BN (yang ni tak masuk TV3). Kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM504,800 kepada semua pelajar yang dianaktirikan oleh BN Pusat itu.

Itu baru cerita SAR yang bukan milik kerajaan negeri, kerajaan negeri hanya membantu. Kalau yang menjadi milik penuh kerajaan negeri iaitu Maktab Mahmud yang terdapat di setiap daerah, kecuali Kubang Pasu, peruntukannya adalah seperti berikut:

2009 – RM26.5 juta


2010 – RM28.5 juta

2011 – RM30 juta

2012 – RM34.5 juta

Mengapa UMNO Perasan Mereka KAFIR?????

oleh Tulang Besi

Seperti semalam, masih tergiang di dalam telinga saya ucapan Arwah UStaz Fadzil yang berbunyi:

"Kita tak kata depa (mereka) kafir. Depa (mereka) yang perasan depa (mereka) kafir"

Kononnya "Amanat Haji Hadi" mengkafirkan UMNO. Padahal, bahagian "Amanat" yang merujuk kepada hukum kafir itu berbunyi:

Tak sebut pun nama UMNO dalam ayat di atas.

Tuan Guru Haji Hadi kata sesiapa yang mengamalkan "Politik Suku Agama Suku" dia adalah kafir. TG Haji Hadi kata sesiapa yang menganut fahaman SEKULARISMA itu menjadi kafir. 

Semua ulama dalam dunia mengakui bahawa menganut ajaran sekularisma menjadikan orang itu kafir.

Tak sebut langsung nama UMNO?????

Mengapa UMNO perasan mereka kafir ni???? Adakah UMNO mengaku mereka penganut SEKULARISMA?

Dalam dok beritahu macam nie pun masih banyak lagi yang percaya..!!!!

Jangan layan individu minta maklumat kad kredit

22 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dari sebuah bank tempatan dan meminta pengesahan transaksi kad kredit atau berkaitan tunggakan kad kredit.
  
Pengerusi Biro Aduan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Wilson Lau Hoi Keong berkata ini kerana panggilan itu mungkin daripada anggota sindiket penipuan kad kredit.
  
"Modus operandi sindiket itu ialah dengan menelefon mangsa dan mendakwa  sebagai pegawai bank dan memberitahu bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit yang perlu segera dijelaskan," katanya pada sidang akhbar di sini.
  
Beliau berkata pemanggil kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun pihak ketiga atas alsan untuk melindungi keselamatan wang itu dan transaksi tersebut dirahsiakan.
   
Katanya, setakat ini, pihaknya menerima 18 aduan daripada mangsa penipuan sindiket itu.

Muhyiddin 'macam anak kecil'

Pas pertahan Nik Aziz, dakwa Muhyiddin 'macam anak kecil'
JAMILAH HAMZAH
23 Disember 2012
Salahuddin Ayub
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Pemimpin kanan Pas mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, yang melabel Mursyidul Am Pas bermulut celupar, sebagai "anak kecil yang menangis apabila dipukul."

Sehubungan itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sebagai seorang pemimpin tertinggi negara, Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno tidak perlu bertindak seperti anak kecil apabila dipukul terus menangis.

Menurutnya, Muhyiddin seharusnya menggunakan kebijaksanaan apabila mengeluarkan kenyataan balas membidas Nik Aziz.

"Seharusnya Muhyiddin menjawab apa yang dikatakan oleh Nik Aziz secara "gentlemen."

"Bukan menjadi seperti anak kecil, apabila dipukul sedikit terus menangis.

"Umno kena balas balik dengan hujah-hujah (yang bernas) untuk nafikan apa yang dikatakan Nik Aziz jika tak betul, bukan menangis," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Belajarlah Sesuatu Dari Ng Suee Lim


PERIBADI YB                                                                                    

Saya tidak mengenali secara mendalam mengenai dirinya dan siapa dia. Sering juga saya konfius apakah dia wakil rakyat atau tidak, dan selalu juga bertukar apakah dia orang PKR ataupun DAP. Yang  saya tahu dia seorang yang mudah mesra dengan sesiapa saja. Wajah familiar dalam program-program besar Pakatan Rakyat.
Papan iklan Ng Swee Lim, ringkas dan tidak menunjukkan lagak.
Bila ada demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur dia sering muncul. Dan selalu pula terserempak dengan saya dan pernah berjalan seiringan bersama demostran Melayu lain sama-sama melaungkan slogan mengubar semangat untuk menjatuhkan UBN. Kadang-kadang berlari sama-sama dari curahan water cannon oleh 'polis cis.' Dia tidak kekok berada dalam kelompok Melayu.

Sehinggalah semalam, baru saya mengenali lebih dekat sosok ini. Mengenali mengenai perjuangan dan kerajinannya dalam perjuangan. Dia yang saya maksudkan oleh Ng Swee Lim, 43 Adun Sekinchan Selangor. Ng begitulah panggil rakan-rakannya, dia merupakan wakil rakyat DAP kawasan Sekinchan. Memenangi kawasan itu dua penggal -  2004 dan 2008.

Jawapan Ringkas SETPOL berkenaan bantuan ke Sek. Agama Taufikiah Padang Lumat


https://www.facebook.com/muhammadsanusi.mdnor/posts/524663644224835

Pengarah Hutan KEDAH menafikan apa yang di tulis dalam UTUSAN

Tak bohong kalu, bukan Utusex namanya...



Tercatat di muka hadapan Utusex Meloya kenyataan Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang kononnya berkata:

"Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Kenyataan tersebut tersiar dalam Utusex Meloya 22 Disember 2012. Pada pagi hari 23 Disember 2012, Ku Azmi datang bertemu YAB Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan pendirian sebenarnya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Memang musykil jugaklah macam mana pengarah hutan boleh menghadiri dan memberi pandangan dalam mesyuarat Exco.


Abih tu kenyataan sebenar Pengarah Perhutanan Kedah macam mana. Ini dia surat rasmi yang dikeluarkan dan ditandatanganinya sendiri. Adakah dokumen ini akan disiarkan oleh Utusex Meloya? Mustahil!

(BACA BAGI HABIS... JANGAN MALAS MEMBACA!!!)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...