TERKINI :

Sunday, December 23, 2012

Cikgu setiap tahun keluaq MAKTAB tetapi dok galak nak ambik dari INDIA nak buat apa kejadahnya..!!

Guru bingung dengan cadangan import guru bahasa Inggeris dari India
Oleh Zurairi AR


KUALA LUMPUR, 23 Dis — Rancangan Putrajaya untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India kelihatan ditentang oleh para pendidik yang meragui idea dari kerajaan untuk membantu pelajar menguasai bahasa tersebut.

Guru bahasa Inggeris tempatan dan kumpulan reformasi pendidikan ketika dihubungi The Malaysian Insider merasa gusar dengan apa yang mereka sifatkan sebagai “penyelesaian jangka pendek”, yang tidak akan membantu kelas berbilang kaum untuk mempelajarinya, kerana penggunaan loghat yang berbeza.

“Saya ingin bertanya, kenapa kita perlukan orang asing mengajar rakyat Malaysia?” kata Khairun Nisa yang mengajar bahasa tersebut di sebuah sekolah di Manjung, Perak.

Guru yang berusia 27 tahun itu berkata dakwaan kerajaan mengenai kekurangan guru bahasa Inggeris adalah mitos dan tidak masuk akal.

Inilah sebabnya DAP larang anggotanya menerima gelaran "datuk"

Karpal minta Tunku Aziz tarik balik kenyataan
Karpal Singh
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh
 
GEORGETOWN - Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini menggesa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk 'DAP's triumph of chauvinistic will'.

Beliau mendakwa dalam artikel itu yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, Tunku Aziz menyebut bahawa beliau (Karpal Singh) mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Tunku Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan semata-mata dengan tujuan dan matlamat untuk memburukkan saya pada pandangan orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

PAS Perak cabar Zambry supaya dedahkan jika PR salahguna kuasa..!!

PAS Perak cabar Zambry dedah PR salah guna kuasa

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Negeri Perak mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuktikan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR) negeri ketika memerintah Kerajaan selama sebelas bulan sebelum rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN).

Zambry mendakwa terdapat bukti itu ketika memberikan ucapan penggulungan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.

“Kami merasakan, sepanjang persidangan Dun Perak selepas rampasan kuasa sehingga sekarang, Datuk Seri Zambry sering memberikan ugutan akan membongkarkan salah guna kuasa terutamanya Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Oleh yang demikian, kami mencabar agar Datuk Seri Zambry mendedahkan salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Nizar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujar koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).


Sebenarnya, kata beliau Zambry terlalu bimbang pendedahan yang telah dibuat terhadapnya berkaitan salahguna kuasa yang telah dilaporkan kepada SPRM kerana ianya telah mengejutkan ramai pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

[Gempar] Anak mufti Kedah tidak dibenarkan mengajaq di masjid dalam negeri Perlis


Mulut Celupar : Muhyiddin Wajar Cermin Diri

oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan


Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bhawa orang Melayu yang menyokong UMNO adalah mungkar. Kenyataan Muhyiddin tersebut disiarkan oleh beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan Sinar Harian hari ini 23 Disember 2012.

DPPNK melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas. Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Apa yang patut difahami oleh Muhyiddin ialah kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bermaksud perjuangan UMNO yang berterusan menentang PAS khususnya di Kelantan dan berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan yang jelas melaksanakan dasar-dasar pentadbiran Islam adalah satu perbuatan yang mungkar. Ini kerana jika PAS diganti dengan UMNO di Kelantan, sudah pasti dasar-dasar mesra syariat yang diperkenalkan di Kelantan akan dirombak semula dan Kelantan akan kembali ditadbir sebagaimana negeri-negeri lain di bawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional.

[BONGKAR] Rupa-rupanya ada cerita tersirat antara UMNO & KULIM Hi-Tech..

ORANG MELAYU DIDUNGUKAN : Kisah Kejayaan Kulim dan NUR sebenarnya KEGAGALAN UMNO

Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle
 
ORANG MELAYU DIDUNGUKAN: Kisah Kejayaan Kulim dan NUR sebenarnya KEGAGALAN UMNO
Kulim Hi-Tech Park (KHTP), yang telah dibuka secara rasminya pada tahun 1996, merupakan hartanah komersial yang pertama menempatkan industry berteknologi tinggi di Malaysia. Taman ini dikhaskan untuk menempatkan perindustrian yang memerlukan bekalan kuasa tanpa gangguan. Terdapat banyak perindustrian beroprasi secara canggih yang tidak boleh menerima gangguan kuasa walaupun sekelip mata kerana ia mungkin mengakibatkan gangguan dalam proses pembuatan yang mahal. Jadi, apabila ada sebarang masalah dalam bekalan kuasa, syarikat-syarikat yang telah komited untuk menubuhkan kilang disitu berisiko kehilangan jutaan ringgit kerana ia akan memakan masa untuk memulihkan sistem yang kompleks dan memulakan pengeluaran semula.

Kulim, yang merupakan satu lagi 'ilham' bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, telah dilanda masalah sejak dari mula. Hanya beberapa syarikat sahaja yang telah mengambil tempat di 31 lot perindustrian untuk memberi pulangan ekonomi yang memuaskan kepada pemaju 5 loji janakuasa mini ini. 5 loji janakuasa yang diperlukan untuk memberikan kuasa kecemasan yang mencukupi tidak dibekalkan TNB tidak boleh berikan melalui grid talian kuasa utama. Dan 5 loji ini, walau pun tidak mampu membekalkan kuasa secara serentak, akan bersiap sedia 24 jam sehari. Oleh itu, ia adalah kos operasi menjadi sangat tinggi jika semua 5 sistem beroperasi tetapi tiada pulangan atau ianya tidak mencukupi kerana kuasa yang dijana akan menjadi sia-sia sahaja.

Jadi, selama bertahun-tahun, keadaan di Kulim adalah jenaka ayam dan telur, yang mana wujud dahulu? Tanpa loji janakuasa, tidak akan ada kilang pembuatan berteknologi tinggi. Namun tanpa kilang pembuatan berteknologi tinggi, 5 loji janakuasa tidak boleh dibina kerana kos akan menjadi terlalu mahal.

[GEMPAR] UMNO BN mula tarik GOLOK & PARANG untuk tawan DUN...!!!

dok semangat macam tak ketahuan punca nielah antara bibit-bibit pergaduhan antara kaum boleh tercetus tuu... yg dok main PARANG nie nek tetak siapa...?????????? awat BENGONG SANGAT BERPOLITIK nie... lawanlah guna HUJAH FAKTA & ANGKA... nak cari pemimpin yang terbaik sahaja bukan nak PERANG macam perang belanda / portugis serang melaka.....

Pesan Umar - Dunia Belum Kiamat Lawan Sampai Tamat

Umar hantar mesej 'semangat' dari kamar besi

 
KUALA LUMPUR: Aktivis 'Occupy Dataran', Umar Muhammad Azmi yang ditahan di Penjara Kajang sejak semalam menghantar mesej kata-kata semangat buat rakan-rakan yang 'berkampung' di luar penjara itu.

Mesej tersebut berbunyi "Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat," dikirim Umar kepada rakan-rakan melalui bapanya yang hadir melawatnya tengah hari tadi.

Sejak malam tadi lebih 50 aktivis mahasiswa 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sebagai tanda sokongan terhadap Umar.

Mamat UMNO panggil NIK AZIZ sebagai GILA BABI..!!


Muhyiddin pun sekadar guna BAHASA KIASAN iaitu CELUPAR tetapi kamu nie apa yang hebatnya menggelarkan orang GILA BABI... sehuduh-huduh NIK AZIZ di mata kamu iai ada anak murid sedang berlajar di Sekolah Agama kendalian beliau di PULAU MELAKA... dia ada KULIAH MINGGUAN di IBU NEGERI KOTA BHARU, dia jadi PEMIMPIN bagi sebuah Parti PAS yang mana berdaftar dan di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia...

Pemimpin atasan pun Main HARAM JADAH anak buah dia bawah patutlah hebiaq mulutnya... BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA...

Akhirnya UMNO Selangor mengaku Mereka Adalah "HANTU"

Umno Selangor mengaku rakyat sudah hukum mereka

KUALA LUMPUR: Jika isu 24 bidang tanah yang dibeli oleh pimpinan Umno Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak dikeluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.


Demikian tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.

Berikut tulisan beliau.

Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat SELANGOR pada pilihanraya 2008 yang lalu. Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama”.

UMNO begitu ‘defensive’ dalam banyak isu. Malahan isu-isu yang diwujudkan oleh UMNOlah yang menjadi penyebab keadaan negara jadi begini. UMNO yang memerintah sejak merdeka maka segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap UMNO dan komponennya. Bukan begitu?

Anwar: Usah remehkan minda politik orang kampung!

oleh Ahmad Lutfi Othman

Agak lama saya tidak menghadiri program politik di sebelah malam, terutama selepas serangan angin ahmar kedua, seminggu sebelum Ramadan lalu. Bagaimanapun, Syarahan Baling, malam Jumaat lalu, 10 Disember, di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya berjaya menarik saya ke sana. Saya terasa ada elemen nostalgik yang mengheret.

Demonstrasi Baling, 3 Disember 1974, mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, terutama dalam konteks perjuangan golongan bawahan tertindas, masyarakat petani di luar bandar, yang miskin dan hilang hak untuk sama-sama menikmati kehidupan berkualiti (sebenarnya sekadar untuk cukup makan-pakai-tempattinggal).

Baling juga simbol komitmen tinggi gerakan pelajar -- menjelang pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 -- menjuarai isu-isu rakyat, menyelami penderitaan dan ratap tangis kelompok terpinggir apabila inflasi melambung, harga getah menjunam dan elit penguasa bersikap tidak peduli.

Ia gabungan padu yang terjalin di antara mahasiswa, tenaga akademik dan juga penduduk kampung, bukan hanya di Baling tetapi juga kawasan sekitar, seperti Sik dan Kulim.

Amboi baru sekali diangkat jadi IMAM terus sound NIK AZIZ "CELUPAR"..!!!

Nik Aziz celupar, kata Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Umno Tan Sri MuhyiddinYassin
 
KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.
 
Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.
 
"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
   

Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia.... TAKZIAH

 
Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia hari ini pada usia 73 umur. Beliau meninggal dunia pada jam 4.45 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya.

Dr Lim menerajui Gerakan selama hampir tiga dekad sejak tahun 1980 sebelum berundur pada tahun 2007.

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri tenaga, air dan komunikasi sebelum bersara pada tahun yang sama.

Dr Lim dilahirkan di Perak dan berkelulusan dari Queens University Belfast, United Kingdom dengan sarjana muda perubatan dan pembedahan pada tahun 1964.

Beliau menyertai politik pada tahun 1968 dan menjadi pengerusi MCA Perak pengerusi pada tahun 1971, tetapi kemudian menyertai Gerakan pada tahun 1974.

Buku Karton NEGARAKU pulak...kompom KDN dok tidoq tak lena sekarang nie...!!

Bila agaknya buku 'NEGARAKU' yang dilancar Hishamuddin Rais ini akan disebu KDN?


Dulu.. oleh kerana satu laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku CARTOON -O-PHOBIA pejabat Zunar telah diserbu.

Pejabat tersebut yang terletak di Brickfields juga menempatkan Kafe Kartun telah diserbu oleh sepuluh anggota Polis daripada balai polis Brickfields bersama anggota KDN..

Berapa hari lagi agaknya Koleksi Kartun Satira Rakyat 'NEGARAKU' ini pula akan diserbu oleh pihak berkuasa yang ditunggangi UMNO?

Pelancaran buku Negaraku ini telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur &Selangor (KLSCAH) pada hari ini (Sabtu), 22 Disember jam 9.00 malam oleh aktivis rakyat Hishamuddin Rais.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...