TERKINI :

Saturday, December 22, 2012

Menjawab persoalan dari PENYOKONG UMNO kenapa SPRM tak siasat pemimpin UMNO..!!!

oleh King Jason
Ada inbox dari mungkin penyokong umno,katanya " kalau pemimpin umno terbukti SKANDAl,kenapa SPRM tak siasat mereka.sebab tu semua fitnah pembangkang nak jatuhkan pemimpin umno!" ~ katanya macam tak bersalah jer kat inbox gua..

Gua jawab lah.. 

Ni contoh.Ko kuli sebuah syarikat. Ko nampak Bos ko buat maksiat kat hotel mana2lah.. besoknya ko selisih dgn bos ko kat pejabat.. Ko berani tak buat pengumuman bos ko skandal sekian sekian? ko lapor skandal tuh.
So risikonya.. jika ko lapor kejadian tu.. rasa2nya ko kena pecat kerja ker tak? 99% kemungkinan ko akan di pecat !!

Dalam hal SPRM tak buat siasatan...untuk makluman.. SPRM adalah dibawah Jabatan Perdana Menteri sama seperti SPR !!

SO Perdana menteri Malaysia adalah BOOS kepada SPRM dan juga SPR !

Jika BOOS besar ni dikantoikan. agak2 ketua SPRM kena ugut tak? sama seperti SPR.. sebuah badan yang sepatutnya bebas dan NUTRAL di bawah PARLIMEN NEGARA / bawah Yang di pertuan Agung negara.

SPR harus NUTRAL selaku badan yg menguruskan pilihanraya. Namun akibat SPR duduknya dibawah JPM maka boosnya ialah Perdana Menteri Malaysia. Agak2 SPR ni nak buat pilihanraya yg ADILkah jika BOOSnya tu arah dia "kamu harus pastikan BN menang PRU nanti"

Jelas tak kat sini?
Ada inbox dari mungkin penyokong umno, katanya " kalau pemimpin umno terbukti SKANDAl, kenapa SPRM tak siasat mereka...... sebab tu semua fitnah pembangkang nak jatuhkan pemimpin umno!" ~ katanya macam tak bersalah jer kat inbox gua..

Gua jawab lah..

Ni contoh.Ko kuli sebuah syarikat. Ko nampak Bos ko buat maksiat kat hotel mana2lah.. besoknya ko selisih dgn bos ko kat pejabat.. Ko berani tak buat pengumuman bos ko skandal sekian sekian? ko lapor skandal tuh.

So risikonya.. jika ko lapor kejadian tu.. rasa2nya ko kena pecat kerja ker tak? 99% kemungkinan ko akan di pecat !!

Versi 2 : Khir Toyo sampai sekarang tak kena PENJARA apa cerita... Rakyat pulak kena segera..!!!???


Mintak Pendidikan PERCUMA kena penjara... tapi ROGOL budak di BEBAS kan..!!!


 
Siswa 'Occupy Dataran' dihukum penjara sebulan

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Setahun 134 kali , sebulan dalam 11 kali kena rompak... perghhhh hebat sungguh di negara yang aman nie..!!!

10 kali dah kena, buat laporan tak? Dah buat laporan, penguatkuasa buat surveillance tak? sampai kena 10 kali.... hairan .... negara paling selamat,... tak payah jaga orang politik, jagalah orang awam.... penguasa yang budiman......

134 kes jenayah berlaku setahun di kedai tersebut, ini bermakna setiap bulan 11 kes jenayah berlaku. 

Dengar pun dah takut....Oh negara ku 1Malaysia yang aman dan tenteram ! hidup umno, yang mati rakyat !

Tak serik walaupun 10 kali dirompak dalam dua tahun...
Pada Rabu lalu KK Supermart Holdings Sdn Bhd dilaporkan memberitahu media bahawa ia telah berdepan dengan 134 kes jenayah dalam masa setahun - separuh daripadanya dirompak.

NONEMungkin perkara itu akan menjadi pengalaman yang menakutkan tetapi tidak bagi kakitangan kedai serbaneka KK
Supermart, Hasem Magrabali, dari Bangladesh yang mendakwa sudah berdepan dengan kejadian dirompak lebih daripada 10 kali.

 "Sudah biasa. Saya tak takut. Buat apa nak takut. Satu hari kita akan mati juga," katanya yang sedang bertugas di kedai serbaneka tersebut di Jalan Besar, Serdang - antara yang sering menjadi sasaran rompakan.

"Saya pernah diletak pistol di kepala. Orang tunjuk parang. Tapi apa saya boleh buat. Saya bagi sajalah apa yang mereka mahu," kata Hasem ketika ditemui Malaysiakini semalam.

Dengan wajah yang tenang, Hasem, 29, memberitahu, sebagai pekerja warga asing, beliau tidak dapat membuat apa-apa melainkan menyerahkan wang apabila diminta oleh perompak.

Renungan bersama... Anak Ohh Anak...!!!

Renungan bersama...


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

Bukti Malaysia di kelilingin & ditakluki oleh "Pemimpin Penyamun"..!!!



King Jason

Selepas digelar negara paling rasuah kedua di dunia,Malaysia juga dikenali sebagai negara yg paling banyak melarikan wang ke bank2 di luar negara dan tersenarai dalam carta kedua dunia juga.. Tahniah..

Selepas bekas PM Tun Madey juga membanggakan Malaysia dengan jolokan ketua negara KEDUA terkaya di dunia.. Tahniah Malaysiaku..

Terbukti kini bahawa BN lah punca hubungan MALAYSIA - INDONESIA menjadi "KEROH"..!!

Susilo ajak Malaysia elak insiden hina bekas presiden

21 Disember 2012

JAKARTA - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono telah mengajak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk bersama-sama mencegah berulangnya insiden penghinaan terhadap presiden ketiga Indonesia B.J. Habibie.

"Saya sampaikan kepada Pak Najib marilah kita cegah hal begini terus terjadi," kata Susilo sebagaimana dipetik agensi berita Antara, pada Jumaat.

Presiden Indonesia, yang bercakap pada sidang akhbar di Lapangan terbang Halim Perdanakusuma di sini sekembali dari lawatan kerja ke Malaysia dan India, merujuk kepada tulisan seorang bekas menteri kabinet Malaysia, yang disifatkan sebagai telah menghina Habibie.

Menurut beliau, Najib telah menyatakan bahawa tulisan itu tidak mewakili suara kerajaan Malaysia atau parti Umno yang merupakan tonggak Barisan Nasional (BN) selaku parti pemerintah pada masa ini.

"Memang disampaikan kepada saya,...itu pandangan seseorang yang katanya disampaikan menyusul pertemuan Bapak Habibie dengan salah seorang tokoh politik di Malaysia," kata Susilo.

Laporan Antara menyebut bahawa Presiden Indonesia itu memahami bahawa Malaysia bakal menghadapi pilihan raya umum, sehingga banyak isu menjadi sensitif.

Pemalas Boleh Mengukuhkan Umno

Oleh Idris Ahmad

Pemalas ialah sifat mazmumah (keji), yang tidak patut ada di dalam diri orang Islam, lebih lagi kepada ahli Pas yang memikul risalah perjuangan yang besar. Nabi SAW telah mengajar kita berdoa kepada Allah supaya penyakit ini tidak melekat di batang tubuh kita.

Sebagaimana doanya "Ya Allah jauhkan aku daripada ditimpa penyakit lemah dan malas, dan jauhkan aku dari kalangan orag yang dibeban hutang".

Islam tidak akan berkembang jika mereka yang terdahulu merupakan orang yang malas. Semua Nabi-Nabi yang diutuskan Allah seorang yang rajin dan tekun di dalam kerja mereka. Pas juga tidak berkembang pesat sehingga hai ini jika orang yang terdahulu dari kalangan mereka yamg malas.

Tidak ada istilah menganggur dalam menjalankan tugas perjuangan. Malahan mereka bekerja siang malam untuk menyebarkan risalah Allah di atas muka bumi ini.

Sebagaimana dinyatakan oleh Nabi Noh AS yang dicatat di dalam al-Quran "Aku berdakwah kaum aku siang malam, tetapi tidak bertambah malahan mereka lari daripada aku". (Nuh 71:5)

Qudwah kita ialah para Rasul, kerana mereka merupakan ikon yang palng unggul dan paling rajin di kalangan manusia.

Kita jangan jadi penganggur dan pemalas di dalam parti. Sebenarnya banyak kerja yang boleh kita lakukan. Jangan apabila sebut kerja di dalam parti hanya ceramah sahaja atau perlu berada di saf hadapan sahaja. Buatlah kerja asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada parti dan jamaah. Apa yang penting ikatan kita dengan jamaah. Duduklah di dalam apa posisi sekali pun. Jangan menjadi manusia yang rajin mencari kesalahn parti, tetapi malas bekerja.

Umno Makin Terdesak, Gagal Pecahkan Pakatan Rakyat

Oleh Litmohd


Jelas, Umno semakin buntu berdepan dengan Pakatan Rakyat biarpun baru selesai perhimpunan agong mereka yang dilihat sebagai tapak akhir melancarkan serangan habis-habisan terhadap Pakatan Rakyat.

Perhimpunan parti assobiyah Umno kuno itu yang merupakan tonggak pemerintahan negara ini, sepatutnya menjadi medan mengoreksi diri seterusnya membentangkan wawasan dan strategi untuk kecemerlangan negara dan rakyat di masa hadapan sebaliknya menjadi medan pemimpin mereka memaki hamun dan membelasah musuh politik.

Ia situasi yang begitu menggambarkan yang Umno sedang berada di dalam kelemasan kerana sudah di hujung usia.

Mereka mencipta momemtum semangat maki hamun musuh politik itu sebelum perhimpunan lagi sehingga seolah-olah lupa kebejatan yang mereka lakukan sepanjang lebih lima puluh tahun memerintah.

Sedangkan mereka melangkah ke perhimpunan itu dengan menggalas seribu macam skandal dan penyelewengan terutama rasuah dan pembunuhan.

Sememangnya perwakilan telah pun diberi amaran lebih awal agar tidak membangkitkan isu-isu yang boleh menelanjangkan kebejatan mereka itu.

Tumbangkan Dinasti BN Dengan Angka

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Dalam politik Malaysia angka sering menjadi perhatian ramai. Angka-angka yang diterbitkan oleh media-media massa di Negara ini sama ada media bercetak atau media di alam siber memberi banyak makna.

Bercakap tentang angka sudah tentu Sharizat dan keluarganya mendahului. Kita percaya angka RM 250 juta yang diamanahkan untuk digunakan bagi pembelian lembu tetapi disalahguna bagi membeli kondominium adalah angka keramat bagi kejatuhan dinasti Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.

Angka boleh memberi petunjuk bagaimana kaum keluarga ahli politik Baraisan Nasional bergelumang dengan kemewahan hidup dengan wang rakyat. Lihat sahaja pendedahan yang dibuat oleh pegawai bank yang mengesahkan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz Majid iaitu kakak kepada penyanyi Sheila Majid.

“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank dalam perbicaraan tuntutan nafkah sebanyak RM 400 juta oleh Shahnaz.

Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada bulan Januari 2012 ; RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM880,958.91.

Najib Menteri Kewangan 'terbaik' negara.........

Wang Haram RM200b: Najib Menteri Kewangan 'terbaik' negara


1. Pendedahan yang dibuat oleh Global Finance Integrity (GFI) bahawa Malaysia mencatatkan pengaliran keluar modal haram berjumlah USD 64.38 billion pada tahun 2010 adalah sesuatu yang sangat mengejutkan ramai pihak. Jumlah ini meletakkan Malaysia pada tangga ketiga jumlah wang haram terbesar di belakang China dan Mexico.

2. Apa yang tidak mengejutkan kita ialah usaha kerajaan menyekat media arus perdana dari membuat pendedahan lanjut. Ianya adalah satu tindakan sia-sia apabila mengambilkira pandangan PM sendiri di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa masyarakat kini didorong oleh teknologi ICT dan menjadikan mereka khususnya golongan muda lebih bermaklumat.

3. Kita juga boleh menjangkakan bahawa kerajaan akan segera menempelak angka GFI ini sebagai menyimpang. Ianya berdasarkan kenyataan dangkal PM tahun lepas yang menyangkal angka GFI tahun 2000 - 2009 sebanyak RM 662.6 billion lalu mendedahkan angka rasmi kerajaan yang kononnya jauh lebih kecil iaitu sebanyak RM 135.4 billion bagi tempoh yang sama.

Najib PM "KAKI HUTANG"...!!!

Hutang RM500b: 3 tahun Najib atasi 5 PM terdahulu



(Gambar: Mohamad menandatangani plak perasmian Pasti 
dan Surau As-Sakinah di Kampung Gong Tengah, Merang.)


SETIU: Kerajaan Pakatan Rakyat bakal menanggung bebanan hutang melebihi RM500 bilion jika Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan Pakatan Rakyat dapat Putrajaya pun tidak seronok sebab negara ini di ambang bankrap.

Ini kerana, katanya, hutang negara kini mencecah lebih RM500 bilion di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Alahai, tanahku disapu orang….”............ HIDUP MELAYU...!!!!

22 December 2012


BILA ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim membongkar perihal UMNO dan kerabatnya MCA, Gerakan dan MIC menyapu 24 bidang tanah di Selangor. Itu bukanlah perkara yang menghairankan sangat. Kita pun sudah maklum akan perangai juak-juak UMNO-BN itu. Kalau tak disapunya tanah, boleh juga disapunya pasir.

Tetapi paling mengecewakan, sudahlah tanah disapu, dibeli pula dengan harga yang amat murah. Disangka nak buat pusat aktiviti masyarakat, tapi bila disemak, ada yang sudah dikondokan, ada yang langsung tak diapa-apakan malah dibiarkan kosong.

Terkini, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh pula membongkar perihal tanah milik UMNO Puchong tak dibayar cukai. Sudahlah tanah itu disapu dengan harga amat murah, cukai pula tak mampu dibayar. Apa nak jadi ni….

Kalau dulu skandal tanah ini disabit dengan beberapa kerat pepimpin tinggi BN Selangor seperti Dr Khir Toyo, kali ini habis satu kapal terpalit.

Jangan Lupa malam ini FINAL PERR : Kedah Vs Perak

 

Jom penyokong hijaukuning kita semua kita pi sokong pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah dalam aksi Final menentang Perak. Sokongan penyokong bakal menyemarakkan lagi saingan kali ini.

PULUN KEDAH PULUN!

*Tiada siaran langsung. Tiket Terbuka RM8 Astaka RM15

Antara yang berlaku di PONDOK PAK YA semalam... baguih baguih...mai la taboq lagi apa yang ada tuu..!!!

Alhamdulillah... inilah faedahnya bila PAS kuat

Lawatan Sambil Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kedah adalah untuk 'meminta nyawa' dari rakyat negeri ini ada jugak faedahnya. Perkara yang tak pernah berlaku sewaktu PAS jadi pembangkang di Kedah dahulu ialah, bantuan datang dari kerajaan Pusat untuk sekolah agama dan maahad tahfiz. Kini apabila PAS kuat dan dapat memerintah negeri, BN merasa kedudukan mereka tergugat maka bantuan pun datang untuk sekolah agama. Jadi sapa kata bila PAS kuat maka rakyat tak dapat faedah?

(Turut hadir menyambut kedatangan Muhyiddin ialah bekas Timbalan PJ PAS Kedah, Dato' Haji Mohd Muslim Othman... terima kasih Dato' dengan depa ni kena 'berlakon' sikit, tak apa yang penting manfaat untuk sekolah agama)
 

Trajedi SP - Disebabkan Pakat Naik Syeih Tak Ketahuan Punca.. Akhirnya ada 'hikmah' yang tersirat..!!

Alhamdulillah!!! Hikmah di sebalik cerita 'Rusuhan India-Melayu' di Sungai Petani

(foto hiasan)

Oleh: Saiburi Sudin

SS ke Kulim kelmarin ada urusan keluarga, kebetulan jumpa rakan India, Annamalai yang merupakan MKK di kawasan Padang Serai. Berborak hampir setengah jam di kedai nasi kandaq bersama beberapa rakannya, semuanya India.

"Ada hikmah rupanya cerita Hindu gaduh sama Melayu di Sungai Petani.." kata Malai. Nak tergelak SS, sejak India PKR ni berkawan dengan PAS dah pandai sebut 'hikmah'... sejauh mana dia faham hikmah tu SS pun tak tau.

Puak UMNO sedang syok tak sangka bila MUHYIDDIN jadi Imam Maghrib.... NAJIB bila lagik..??

Gambar Muhyiddin Jadi Imam Solat Tersebar..


Gambar muhyiddin jadi imam solat tersebar..najib bila lagi? Tak akan lah nak jadi makmum je.. Sekali sekala bolehlah try jadi imam.

Pak Lah pun pernah jadi imam solat.. Gambar ni menunjukkan muhyiddin lebih berkelayakan dari najib. Ada sesuatu yang boleh di tonjolkan oleh muhyiddin. Itu mungkin yang dikatakan oleh orang umno.

Najib mungkin makin tertekan dengan pesaingnya muhyiddin. Ini kerana sudah ada orang umno berani bersuara untuk menggantikan najib.Najib dilihat sebagai pm paling gagal oleh umno dan rakyat malaysia.

PAS dah ajak MAJLIS FATWA bermuzakarah bab AMANAT nie dah lama dah..!!!

Pemuda Pas mahu muzakarah isu Amanat Hadi
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
21 Disember 2012

SHAH ALAM - Pemuda Pas Pusat mengajak Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah mengenai isu Amanat Hadi yang kembali dimainkan oleh pelbagai pihak.

Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, isu itu perlu diselesaikan segera kerana tidak mahu rakyat keliru dengan pelbagai dakwaan daripada pelbagai pihak khususnya Umno.

“Kita mahu Majlis Fatwa ambil peranan kerana isu Amanat Hadi ini kembali dimainkan walaupun sudah dijelaskan sebelum ini.

“Sehubungan itu Pemuda Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan Majlis Fatwa agar perkara itu dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Semalam, Pemuda Pas telah menghantar surat jemputan bermuzakarah dan diterima oleh wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...