TERKINI :

Friday, December 21, 2012

Amanat Haji Hadi dan Rintihan BN SELANGOR Kepada DAP

Kita baca berita rintihan Mohd Zin Mohamed Penyelaras BN Selangor kepada DAP…
Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.
“Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.
“Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf,” katanya.
Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.
Menurutnya, beliau yakin dakwaan-dakwaan itu tidak lebih daripada bersifat putar belit politik dan ia tidak sama sekali akan mengganggu tumpuan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Tak ada mengganggu dan kita menghadapi pelbagai isu dan halangan dan kita tahu itu satu putar belit politik yang dilakukan pihak DAP,” katanya lagi. – Malaysiakini

MohdZin 
Kita ingin bertanya kepada Mohd Zain, bagaimana isu Amanat Haji Hadi yang telah berlalu lebih 30 tahun diungkit hebat UMno BN ketika ini lebih-lebih lagi oleh akhbar balaci Utusan Malaysia dan TV3.

Ketika ini, hari-hari balaci Utusan Malaysia memainkan isu tersebut. Beberapa muka surat akhbar tersebut dikhaskan untuk Haji Hadi dibalun. Tak terperasankah Mohd Zin dengan akhbar tersebut. Mungkin Mohd Zin sendiri juga tak lalu membaca Utusan Malaysia.

Pembohongan besar Utusan Malaysia dalam isu pembalakan di Tasik Pedu


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Saya telah membuat penjelasan berhubung isu pembalakan di Kedah yang kononnya telah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar, khususnya di Tasik Pedu. Perkara sangat penting yang diberitahu ialah setitik pun kesan air pembalakan tidak masuk ke mana-mana kawasan takungan air di negeri ini.

Malangnya selepas penjelasan yang dibuat itu, media-media BN terus memainkan isu tersebut secara besar-besaran, khususnya Utusan Malaysia dan TV3. Mereka memulakan tuduhan dengan mendakwa bahawa pembalakan di kawasan tadahan di Pedu menyebabkan Empangan Pedu dan Empangan Muda menerima kesan pencemaran yang teruk.

Akhbar penipu itu melaporkan, pencemaran kedua-dua kawasan itu dijangka bertambah kronik selepas ini memandangkan kerajaan merancang mewujudkan pusat agropelancongan dengan menanam pokok buah-buahan di situ.

Lagi akhbar itu (Utusan 20 Disember 2012 halaman 11) memetik satu sumber yang berkata, “Apabila pokok buah-buahan itu mula ditanam akan berlaku proses larut resap sisa baja dan racun setiap kali selepas hujan ke dalam Tasik Pedu yang hanya dipisahkan oleh sebatang jalanraya. Inilah cerita sebenar tetapi jika saudara sangsi sejahmana kebenaran, cabar pihak terbabit dengan syarikat berkenaan membuat sumpah laknat menafikan penyelewengan ini jika mereka berani.”

Harussani Jadilah Mufti Agama, Bukan Mufti Melayu......

Oleh Idris Hj Ahmad

Tan Sri Harussani Zakaria diharap dapat menjadi mufti Islam, bukan Mufti Melayu, supaya kewibawaan beliau dihormati. Persepsi umumnya beliau lebih banyak mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat daripada mengkritik Umno seolah-olah Pakatan Rakyat ini merbahaya kepada Melayu.. Lebih malang lagi pada fahaman beliau mesti mempertahankan Melayu dan bersatu atas nama Melayu.

 Salahkah Pas dan Pakatan Rakyat menetang Melayu perasuah, pengkhianat, penindas sesama bangsa. Doktrin yang beliau pegang, amat memburukkan Islam di kaca mata orang bukan Islam. Manhaj mana yang beliau rujuk?.
 
Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahului Arab daripada Islam. Peperangan yang baginda bertempur ialah sesama Arab dahulu, sebelum baginda melawan Parsi dan Rom. Walau pun baginda menyatakan di dalam hadisnya "Pemimpin mesti di kalangan Quraish". Baginda menyebut hadis ini apabila ketika itu orang Arab yang kuat, apabila mereka berpegang dengan Islam. Apabila Arab sudah lemah, syarat ini tidak terpakai lagi. Sejarah tercatat yang membebaskan Baitul Maqdis ialah Salahudin al-Ayyubi dari bangsa Kurdis, bukan Arab.

Wang derma Palestin pun kerajaan Melaka lesapkan....!!!


UTUSAN kantoi lagi nak menipu hari ini... tobat-tobat la Utusan oi..!!!


Apa untung nya Melayu jika UMNO tewas....

Soalan nya ialah apa untung nya Melayu jika UMNO tewas, bukan apa rugi nya mereka kalau UMNO tewas


Pemilihan anggota CEC dalam DAP tiba2 jadi isiu yang hangat. Mengapa demikian? DAP bukan parti komponen BN. MCA yang sama usia dengan UMNO tidak ada bangsa Melayu. MIC pun demikian juga. UMNO pun tidak ada bangsa Cina. Persoalan pokok nya, janganlah kita hendak memaksakan nilai yang kita pegang keatas parti lain. Tahulah DAP dan Melayu dalam DAP membuat adjustments nya. Yang paling penting DAP bersama PAS dan PKR mahu menumbangkan UMNO yang rasuah, korap dan penindas bangsa sendiri. Amat benar kata Zaaba 80 tahun yang lebih, penindas yang zalim sekali ialah dari kalangan bangsa sendiri.

Apa pasal orang Melayu yang beragama Islam mahu meletakkan masa depan, keselamatan mereka, rezeki mereka kepada UMNO? UMNO hanya sebuah parti politik dan tidak boleh menyamai Tuhan. Dan orang Melayu sudahpun insaf bahawa tanpa UMNO, mereka tetap boleh hidup bahkan menikmati kehidupan yang lebih baik daripada bergantung kepada UMNO.

Orang Melayu di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang dan Perak sebelum rampasan kuasa oleh UMNO hanya perlu bertanya- adakah kehidupan mereka dibawah PR lebih baik dari kehidupan dibawah UMNO? Jika jawapan nya ya, maka mereka sudah bertemu dengan jawapan kepada samaada Melayu akan rosak binasa jika UMNO tewas. Mari kita berhenti dari diperbudak budakkan oleh UMNO dan ditakutkan oleh UMNO supaya mempercayai bahawa tanpa mereka, Melayu akan binasa.

Benarkah Peniaga Melayu Ditindas Di Pulau Pinang?

 

Dalam menjalankan tugas harian sesebuah kerajaan tempatan, tindakan harus diambil terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang. Namun demikian, apa-apa tindakan yang diambil pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang selalu diputar-belit sebagai penindasan terhadap orang Melayu,sedangkan tindakan yang diambil tidak pernah disasarkan ke atas peniaga Melayu semata-mata.

Mengikut perangkaan MPPP, pada tahun 2009 tindakan telah dikenakan terhadap 1,737 penjaja Cina, 815 penjaja Melayu dan 247 penjaja India kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Pada tahun 2008 pula, 1,082 penjaja Cina, 785 penjaja Melayu dan 196 penjaja India dikenakan tindakan.

Jelas tiada unsur perkauman dalam tindakan yang telah diambil. Tambahan pula, biasanya pemilik gerai yang terpaksa diroboh akan ditawarkan tapak alternatif yang berdekatan.

Sebelum memilih, pandanglah segala-galanya dengan mata hati

oleh Aspan Alias

Pilihanraya mahu tidak mahu akan sampai juga. Samada penggal kali ini penggal yang penuh atau sebaliknya ia akan sampai juga. Seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, pengundi atas pagar merupakan pengundi yang terpenting untuk diyakini. Isu yang terpenting sekarang ialah bagaimanakah persepsi kumpulan ini terhadap kedua-dua belah pihak yang sedang berebut untuk menguasai Putrajaya itu. Tidak ramai yang begitu minat dengan kerajaan-kerajaan negeri kerana yang terpenting ialah kuasa di Putrajaya itu.

Kalau ada pun minat terhadap kerajaan-kerajaan negeri, yang direbutkan dengan kuat ialah Selangor dan Pulau Pinang kerana kedua-dua negeri ini menyumbang sebanyak tidak kurang dari 40 peratus dari GDP negara ini. Kebetulan kedua-dua buah negeri ini di bawah tadbiran Pakatan Rakyat dan negeri-negeri ini merupakan negeri yang ditadbir secara relatifnya lebih baik dari zaman pentadbiran BN dahulu.

Banyak dari pembaharuan yang berlaku di kedua buah negeri ini tidak dapat dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana ia telah menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa kalau dinilai dan dibandingkan dengan pentadbiran BN dahulu. Bagi saya untuk BN mengambil alih kembali kerajaan-kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan ini agak ‘impossible’ kerana BN pun bermasalah untuk menonjolkan calon Menteri Besar masing-masing. Baik di Selangor, Pulau Pinang, Kedah mahu pun Kelantan, BN tidak berdaya memberikan pimpinan ‘alternative’ yang berkesan kepada Pakatan Rakyat sekarang ini.

UNITAR produce lepasan guru tapi tak tau nak pie bagi ajaq tang mana..???

Rafizi gesa Unitar beku latihan guru

NONEPKR menggesa supaya program latihan guru di institusi pengajian tinggi swasta dibekukan sehingga isu 7,000 lepasan guru yang menganggur dari institusi-institusi berkenaan diselesaikan oleh kerajaan.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata ini perlu dilakukan kerana mendakwa kerajaan tidak menunjukkan sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah lepasan guru yang menganggur.

Katanya, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah mengenai masalah tersebut.

Majoriti guru siswazah adalah lulusan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), yang diuruskan oleh Yayasan Pintar.

Yayasan Pintar dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut dianggotai timbalan perdana menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Yang lainnya ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mustapa Mohamed, yang juga seorang menteri, dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Rafizi berkata, dengan mengambil kursus perguruan di institusi swasta, para pelajar mengharapkan dijamin mendapat pekerjaan.

Amanat Hadi: Umno kehabisan isu

Amanat Hadi: Umno kehabisan isu, kata Anwar
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
20 Disember 2012
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
PETALING JAYA - Umno-Barisan Nasional disifatkan ketandusan modal politik dan mengundang "bahaya" oleh pembangkang apabila membangkitkan isu Amanat Haji Hadi meskipun sudah 30 tahun berlalu.

"Kita perlu bincang tentang isu sekarang. "Macam Datuk Seri Najib sebut, soal moral, kalau orang tanya moral dia kahwin siapa, cerai siapa, nak bangkit semua isu itu.

Saya tidak mahu. Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak), bahaya ungkit perkara-perkara lama. Cuba ambil isu sekarang. Apa masalah ekonomi sekarang, apa agenda dia hendak buat," kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media hari ini.

Namun katanya beliau tidak terkejut jika selepas ini kisah lama beliau pula yang akan digunakan parti pemerintah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini demi kepentingan politik mereka.

Jawapan Tuduhan Kerajaan Kelantan beri tanah kepada DAP untuk diganti jawatan MB Perak

Tuduhan Salah Guna Kuasa : Fitnah Nyata Terhadap YAB MB Kelantan

 
Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Jawapan Jabatan Perhutanan Dlm Isu Yg di Bangkitkan UMNO Kedah




Pelajar di Mesir mempunyai keistimewaan sendiri - MB Kedah

E-mail
KAHERAH – “Saya mahu pelajar-pelajar kita yang belajar di Mesir apabila pulang ke tanahair dapat menguasai bahasa Arab dengan baik kerana anda semua yang belajar di sini mempunyai keistimewaan tersendiri,” demikian antara harapan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak ketika berucapa sempena Majlis Ramah Mesra bersama pelajar-pelajar Kedah yang menuntut di Mesir.

“Belajar di sini berkawan dengan orang Arab, jangan hanya berkawan sesama kita. Biar kefasihan bahasa Arab kita itu sama dengan kefasihan orang-orang Arab sendiri,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, beliau tidak mahu lepasan universiti di Mesir hanya boleh menguasai penulisan sahaja tetapi lemah dalam pertuturan. Sedangkan keupayaan ilmu yang ada pada mereka melebihi lepasan universiti yang lain kerana selain boleh mengusai bahasa Arab mereka juga mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.

Berucapan di hadapan kira-kira 600 orang hadirin, beliau turut menceritakan perkembangan pendidikan di Kedah seperti kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil dan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...