TERKINI :

Wednesday, December 19, 2012

Bakal calon Sg.Tiang dengaq kata dok buat kelaku sabotaq lagik...!

Mie Din sabotaj lagi

EQ dapat rungutan dari teman-teman kedai kopi tentang ceritera yang bermula kemarin. Menurut teman-teman yang EQ percaya, guru-guru yang mendiami kuaters guru sekitar negeri Kedah hari ni tak boleh nak mandi. Sebabnya bekalan air kerumah mereka dipotong oleh SADA yang diketuai oleh MD. Sebelum percaya ceritera kawan-kawan kedai kopi, EQ cuba selidik...

Rupa-rupanya JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) tidak membuat pembayaran bil air selama 11 bulan kepada SADA. Sebelum-sebelum ini pun beginilah cara pembayaran JPN iaitu bayaran sekaligus setahun di akhir tahun. Persoalannya kenapa tahun ini SADA mengenakan tindakan 'potong' ayaq keatas perumahan guru-guru ini. Pasai apa sebelum ni hang tak kacau pun, tapi la ni hang duk kacau.????

Cadangan Tarik Balik Amanat Sia-sia Saja

SUSUPAN TENGAHRI

Cadangan Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar Abdul Hadi Awang menarik balik ucapannya yang dijadikan sebagai amanat atas alasan untuk memberi pencerahan dan menghentikan isu itu, saya rasa ia kurang wajar dan langkah itu tidak akan menghentikan isu itu daripada dijadikan isu politik murahan.

Kalaupun Abdul Hadi menartik balik ia tidak menjamin isu itu tidak akan diungkit lagi. Umno dalam keadaan kehabisan modal dan tertekan akan menggunakan perkara itu dan juga perkara-perkara lain yang sudah lama ditutup selagi ia ada keuntungan politik.

Seperti isu 13 Mei ia telah lama diditutup dan menjadi kenangan sejarah, tetapi ia masih juga dibuka dari masa ke semasa mengikut keadaan. Begitu juga dengan 'pensedekahan' Temasik kepada Lee Kuan Yew adalah perkara lama yang sudah diketahui oleh dunia, tetapi pada masa-masa tertentu juga dibangkitkan.

Asri seperti mana dipetik dari laporan menyebut; "Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat."

Adakah mamat nie manusia yang main tikam-tikam kat Gombak tempohari...


INILAH MAKHLUK YANG MAIN TIKAM2 KAT GOMBAK!

akhirnya admin berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang amat2 boleh dipercayai ttg siapakah macai yang menikam sorg penyokong PR sewaktu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat kat gombak minggu lepas. sila lihat betul2 dan camkan.

nama dia Herry. duduk berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia dalam 22-23 tahun. budak lagi. pernah kerja polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, megat zulkarnain omardin.

Gantung saman: Bukti Pakatan halang AES betul

Harakahdaily, 19 Dis 2012

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, penggantungan dakwaan ke atas pemandu yang dikenakan dengan 300,000 saman trafik di bawah AES membuktikan keputusan kerajaan negeri menjadi negeri pertama di Malaysia yang menghalang pemasangan AES adalah wajar dan benar.

Justeru, ujarnya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya tidak hanya menarik balik dakwaan terhadap individu yang telah dihukum melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetapi memulangkan semua wang yang telah dibayar oleh mereka yang sudah menyelesaikan saman tersebut.

Hampir 300,000 saman telah dikeluarkan sejak kamera AES 1Malaysia dipasang di 14 lokasi pada 23 September 2012.

Lebih banyak saman akan dikeluarkan apabila baki 817 lokasi dipasang tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhannya 831 kamera di seluruh negara.

Guan Eng menambah, walaupun Abdul Gani cuba untuk mengurangkan tamparan hebat kepada BN dan kredibilti Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa bahawa langkah itu berpunca daripada kebimbangan orang ramai ke atas ‘undang-undang dan ciri-ciri teknikal lain’ yang berkaitan dengan sistem, ia jelas menunjukkan bahawa AES telah hilang kredibilti awam.

Eishhh MAT BASHAH pun nak bercakap jugak bab AMANAT HJ HADI

Hadi perlu tarik balik amanat 1980 demi kebaikan semua pihak — Bashah

ALOR SETAR, 18 Dis — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dan kepimpinan parti itu perlu menarik balik dengan segera amanat yang dikeluarkan presiden PAS itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata amanat itu telah memecah belahkan orang Melayu dan kembali aktif sejak akhir-akhir ini sehingga ada anggota PAS berdoa untuk kehancuran Umno yang dianggotai Melayu Islam.

“Amanat itu perlu ditarik balik oleh beliau (Hadi) kerana amanat bersifat ekstrem itu masih dipegang oleh anggota dan penyokong PAS dari dahulu hingga kini. Hari ini wujud perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Insiden Sg Petani: Sebuah Propaganda Gagal

Insiden Sungai Petani
Kenyataan Terbuka
19 Disember 2012
Insiden Sg Petani: Sebuah Propaganda Gagal
Sungai Petani dikejutkan dengan berita kononnya berlaku pergaduhan antara kaum cuba diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan khabar angin pergaduhan besar berlaku di beberapa kawasan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat pemerhatian penuh melalui aktivis SAMM yang menetap di Sungai Petani membuat kesimpulan bahawa, pada permulaannya hanya terdapat pergaduhan kecil membabitkan kumpulan anak muda yang gagal mengawal diri dan tiada sebarang kebencian antara kaum berlaku di sebalik pergaduhan tersebut. Namun campurtangan kumpulan extreme kaum merencatkan suasana dan mampu mengundang kecelakaan lebih besar.

Isu Kak Jat & 13 Mei - Alhamdulillah.... lepas nie orang yang bercakap pulak di harap diambil kenyataan.

Baguih la macam tuuu lepas nie KAK JAT pon kena diambik keterangan jugak.... dia yg dok api-apikan 13 Mei.. Orang dok DOA mintak simpang perkara macam tu dalam negara yg MAJMUK dan BERBILANG KAUM nie dia pulak dok bubuh bara api...

13 Mei: Polis ambil keterangan Pengarang Berita Harakahdaily




KUALA LUMPUR:

KUALA LUMPUR: Pengarang Berita Harakahdaily, Nazri Abdullah diambil keterangan oleh polis ekoran laporan ulasan terhadap kenyataan Shahrizat Abdul Jalil yang khuatir tragedi 13 Mei 1969 berulang jika Umno tidak lagi berkuasa.

ASP Chua Wee Seong dari IPD Dang Wangi mengambil keterangan beliau di pejabat Harakahdaily, di sini kira-kira 40 minit bermula jam 12.10 tengah hari.

Sebelum ini, polis mengambil keterangan dari Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong.

Awat lambat sangat KEPUTUSAN SIASATAN KES TEBANG BALAK di KEDAH.. Kami nak tengok MB Kena tangkap nie..!!!


aduhai kenapalh pihak berkuasa LAMBAT sangat nak siasat LAOPRAN-LAPORAN POLIS yang telah dilakukan nie.... sebelum nie pon selepas LAPORAN BERITA HARIAN juga sudah dibuat laporan POLIS dan SPRM serta JAS... 

Dan dengaq kata Kerajaan Negeri sudah pun serahkan file kepada pihak berkuasa.... Tetapi kenapakah masih tiada KEPUTUSAN berkenaan siasatan tersebut

Dok diam lama-lama nie sebab kes tak ada kaa... tak jumpa punca kaa.... atau saja nak bagi jadi modai puak POLITIK dok gebang...

Balak: 7 laporan polis dibuat 
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA 
mohdasron.mustapha@utusan.com.my  
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Tujuh laporan polis dibuat oleh beberapa kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kedah bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat kerakusan aktiviti pembalakan di negeri tersebut.  
Ini berikutan hasil pendedahan Utusan Malaysia menerusi siri laporan khas bahawa Kedah kini berdepan dengan ancaman bencana alam, khususnya banjir lumpur dalam skala besar ekoran pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air.  

Apa kesudahannya kes Stadium Runtuh di Terengganu...


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Dari laman FB BM – Bolasepak Malaysia
Terperanjat admin tengok padang dan keadaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu yang satu ketika berdiri megah mengacarakan Sukma sebelum tumbang kerana salah pilih teknologi yang sesuai dengan keadaan cuaca dan angin laut.
Bukan setakat rumbut tumbuh meninggi dan banyak pokok di kawasan yang dahulunya pernah menjadi gelangang akhir perlawanan bolasepak Sukma yang menyaksikan lahirnya bintang seperti Ashari Samsuddin.
Harapan agar stadium ini dibaik pulih untuk digunakan tak lama lagi. Rugi kalau tidak dibaik pulih sebab pembuatan sahaja dah memakan beratus juta.

Wisma Negeri Kedah PANAS - 20 ribu penunjuk perasaan bantah MB Kedah tebang balak..!!

Photo: Kira2 5000 orang ahli perkasa dan ahli pemuda umno buat domontrasi depan wisma, desak henti tebang balak......

Kira2 20,000 orang ahli perkasa dan ahli pemuda umno buat domontrasi depan wisma, desak henti tebang balak......

Demo ini sehingga tak terkawal oleh polis dek kerana terlalu ramai orang buat demo....sehinggakan kereta pun terpaksa parking je akibat jalanraya sesak dgn kelibat peserta demo..

 Adakah Demo bantahan nie disebab kroni masuk tender tapi tak dapat konsesi balak ke?? (zaman BN dulu mana ada tender-2 balak ni, men bagi je kat kroni..)

he he he sajer je tanya...

Nik Aziz - Jangan jual harga mufti dengan murah...

Amanat 1981: Nik Aziz pertahan Hadi Awang
JAMILAH HAMZAH
19 Disember 2012
Nik Aziz
Nik Aziz
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."

Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.

"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.

Program Lantunan Mahabbah Rasulullah Perdana 2012 di Kedah

Info TERKINI Cerita PANAS di Sg Petani sehari dua ini...

info terkini yg kami perolehi dari facebook IPD Kuala Muda, diharap mana yg dok mai syeih tak ketahuan hala tuuu cooldown balik, hang india ka hang melayu ka hang cina ka hang kadazan ka hang iban ka kita duduk atas bumi Malaysia dengan satu nama warganegara iaitu MALAYSIA... hang pa dok tunjuk hebat tunjuk terra tunjuk kuat nie nak tunjuk kat sapa kita ada benda besaq dalam negara yang perlu diselesaikan supaya kita semua dapat hidup dengan aman dan damai dibumi yang makmur ini....jadi semua pakat muhasabah balik... tenang-tenang.. relax-relax...kita minum dulu....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...