TERKINI :

Tuesday, December 18, 2012

Mungkin ini faktornya mengapa akhir-akhir ini ULAMA MUDA UMNO keluarkan fatwa-fatwa yang manarik..!!


Mungkin ini faktornya mengapa akhir-akhir ini mereka keluarkan fatwa-fatwa yang manarik :)

Oh, Ulama Muda UMNO (ILMU), oh Ulama Muda Umno (ULAU)

Apabila orang sesat memberikan fatwa sesat.

Aduhai Fathul Bari kencing pun tak betoi lagi ada hati nak jatuhkan Hukum Ulamak Muktabar Dunia..!!!

dia je yg betul ...umno je lah pejuang islam sebenar ....hahahah

Dok kalut Melayu tak di terima dalam DAP...Umno apa cerita...???

oleh Bat8

Dok kalut Melayu tak di terima dalam DAP... standart laa tuuu... dah dalam DAP tu cina yang ramai... namun depa tetap membuka keahlian untuk semua tidak sebagai parti perkauman.... ini kira sama sahaja macam UMNO.....

dalam UMNO, mengikut setengah maklumat, terdapat lebih kurang 400,000 ahli UMNO di Sabah dari keturunan bumiputra bukan melayu dan bukan Islam, mojoritinya berugama kristian.

400,000 ini merupakan 11% dari jumlah keseluruhan ahli-ahli UMNO. Soalan pertama, berapa peratuskah orang melayu yang menjadi ahli DAP dari keseluruhan ahli DAP?....20%?

400,000 ini telah banyak berjasa bagi mengekalkan kuasa UMNO. Takkan UMNO tidak boleh melantik seorang dua dari kalangan mereka untuk menjadi ahli MKT yang dilantik?

Orang Melayu - Teruskan Bersatu diluar ahli UMNO cuma 3juta sahaja.. Melayu di luar ada 16juta lebih..!!


Sungguh menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama, bangsa dan tanah air?

Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras.

Pemimpin UMNO kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa bila orang kafir mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar UMNO, parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu latar belakang ketua besar UMNO ini.

Pemimpin UMNO bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat cermat dan berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan. Isteri ada cincin RM74 juta , beg tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang yang serupa menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah.

UMNO pun sebenarnya kena 'ANGIN'....!!!

Angin perubahan juga berlaku dalam UMNO sendiri

Sekarang sudah timbul suara-suara kecil di dalam UMNO sendiri yang perubahan perlu berlaku kalau boleh di dalam UMNO sendiri. Keadaan ini tentulahh di sebabkan oleh kenyataan yang pemikiran baru sudah mula wujud dalam parti itu hasil dari pengalaman yang mereka sedang lalui sekarang ini. Sudah ramai di kalangan yang ahli-ahli UMNO, mereka wajar berubah kerana desakan yang begitu kuat dari rakyat.

Ia bermakna UMNO terpaksa menghadapi kekalahan buat sementara bagi menolak mana-mana pemimpin yang di anggap menjadi penyebab kenapa UMNO sudah sampai ketahap yang ada masa ini. Jalan yang terbaik ialah pimpinan yang ada pada masa ini untuk berfikir dan menumpukan usaha untuk memenangi pilihanraya kali ini, walaupun jika terpaksa barisan pimpinan hari ini bersedia untuk berkorban dan mengundurkan diri.

Sesungguhnya tidak hina jika pimpinan hari ini mengundurkan diri dan di berikan tanggungjawab parti dan negara kepada seorang yang lain dari mereka yang berada di dalam Majlis Tertinggi parti atau dalam kerajaan. Kumpulan ini berkata yang UMNO perlukan imej yang baru dan imej yang baru itu akan hanya wujud jika parti di pimpin oleh orang yang baru yang tidak semestinya orang muda.

MAKA melalak melolong lah pemimpin Umno apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP....

ITU BARU "REAL" PUNYA KERJA KOMUNIS
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA melalak melolong lah pemimpin Umporno terutamanya Timbalannya, Si Lembam apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP. Hujah beliau, ini menunjukkan DAP parti perkauman. Betapa cerdiknya Si Lembam membuat tafsiran sedemikian yang menyebabkan ramai yang bertanya ada berapa orang kaum India atau Cina berada di dalam MT Umporno, kecuali jika ada pun 'separuh india' atau Kutty.

Masalahnya tidak kira berapa orang Cina atau Melayu berada di saf kepimpinan sesebuah parti asalkan mereka bersih dari rasuah. Bagaimana dengan saf utama yang berada di dalam Umporno berbanding dengan DAP? Jauh langit dari bumi. Saf kepimpinan DAP lebih terbukti bersih dari saf Melayu di dalam Umporno.

Ketua Pemuda Umporno pernah terlibat di dalam politik wang sewaktu pemilihan di dalam parti mereka tetapi sekadar diberi amaran, melainkan si Isa Doraemon sahaja yang digantung. Ali Ketam dari Melaka pun terbabit dengan rasuah politik wang tetapi masih menjadi bos di Melaka. Ketua Wanita? Hah...Kak Ijat lagi dahsyat, sehinggakan satu dunia tahu kisah keluarga Kak Ijat bela lembu dalam kondo. Inilah di antara beberapa contoh saf yang ada di dalam Umporno. Itu belum diambil cerita Khir anak Toyol yang pernah berhajat mahu menjadi Ketua Pemuda Umporno.

Menjawab Hujah Penceramah UMNO bantai KEDAH..!!

Pergi ceramah UMNO dapat gula-gula. [VIdeo Inside] 


Isu di Kedah.

PAS mengeluarkan larangan kepada mana2 premis perniagaan seperti kasino berlesen, mesin judi berlesen, kelab malam dan sebagainya JANGAN membenarkan umat islam masuk ke dalam premis tersebut. Jika itu berlaku pas akan mengenakan tindakan terhadap mereka. Karpal singh meroyan? Aku tak ingat. Sorry. Tetapi dap memang ada keluarkan statement balas.
Namun PAS selepas itu nyatakan ia terpakai untuk umat islam je. Larangan khusus untuk umat islam dan tidak terpakai ke atas mana2 umat bukan islam. Isu neh jadi kecoh sebab pemberitaan yang salah oleh sesetengah pihak yang mengatakan PAS KEDAH mengarahkan semua premis hiburan ditutup sebulan bagi menghormati bulan ramadhan.
Aku tak pasti kesalahan ini dipihak siapa tetapi keputusan terakhir yang di ambil adalah seperti di atas. Yang aku nyatakan tue. Dengan penambahan.. masa operasi bagi premis2 tersebut dikurangkan. Ini bagi menghormati kedatangan bulan ramadhan. Nak tutup benda yang umno bagi lesen? Kang dengan umno2 menyamar sebagai mca dan mic meroyan depan pejabat mb. Bukan boleh percaya pun mangkok2 ayun tersebut. Dorang kan suka belit dan tikam belakang.

Amanat Hadi wujud semasa Fathul Bari kanyiaq lagi...!!

Amanat Haji Hadi: Amanat Mahathir bagaimana?

1. Saya tertarik apabila membaca desakan beberapa orang ulama Umno yang mahu agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi yang didakwa disampaikan oleh beliau pada 7 April 1981 iaitu lebih kurang 31 tahun lepas. Ini termasuklah Pengerusi ILMU sendiri, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya di muka hadapan Sinar Harian dan Utusan Malaysia hari ini 18 Disember 2012 yang mendesak agar Amanat ini ditarik balik. Dengan tidak menafikan hormat saya kepada ilmu yang dimiliki oleh beliau, saya mengira bahawa desakan ini tidak lain hanyalah merupakan salah satu helah dari pihak UMNO untuk mencalarkan imej Presiden PAS ditambah dengan suasana yang sedang menghampiri PRU13 ini.

2. Apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi ialah ucapan biasa beliau di sebuah majlis ceramah pada tahun 1981 (ada versi yang menyebut 1979) di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu. Ia kemudiannya dicetak oleh individu perseorangan yang disebut sebagai amanat dan didakwa kemudiannya sebagai punca pemecahbelah umat Islam dan penyebab berlakunya solat dua imam di beberapa lokasi khususnya di Terengganu. Padahal sehingga sekarang tidak ada sebarang kajian terperinci yang dapat mengesahkan dakwaan ini.

Terbongkaq bab Aliran Duit Haram laa pulak.. duduk No 2 dunia..!!

Aliran modal haram, M'sia di tempat ke-2 di dunia

Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

azlanBadan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang
menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.

Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38  bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".

Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010' -  dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa  (IMF).

Akhirnya NAJIB akan tunduk dengan kuasa rakyat menolak AES..!!

K'jaan akan tarik balik saman AES?


Perkembangan terkini mungkin membawa kepada penarikan balik saman trafik yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dengan kes-kes ditarik balik di sekurang-kurangnya dua mahkamah sejak semalam.

Menurut penasihat undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff, ianya benar-benar berlaku sejak semalam tetapi peguam badan tersebut tidak dapat menghadiri kes-kes berkenaan.

"Tetapi hari ini saya diberitahu bahawa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pegawai (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengambil balik saman AES saman daripada responden dan minta mereka pulang ke rumah. Kes mereka tidak didengar di mahkamah."

Beliau juga menceritakan bagaimana dua kes yang dikendalikannya hari ini serta lapan lagi kes yang dijadual didengar esok dan pada hari Jumaat, telah ditangguhkan selama sebulan oleh DPP berkenaan kerana 'dokumentasi tidak lengkap'.

Detik pertemuan Ulama Besar Syiria dengan Ulamak Besar Kedah

Tn Guru Hj Salleh Musa cerita kehebatan Syeikh Muhamad Ali As Soubuni ... 



Alhamdulillah Allah memberi kesempatan dua tokoh ulama bertemu anatara Syeikh Ali As Soubuni berusia 83 tahun bersama Tn Guru Hj Salleh Musa berusia 85 tahun .

Dikesempatan saya bersama Tn Guru Hj Salleh , Syeikh Muslim dan sahabat Pondok Ar Rahmaniah Sik saya ingin kongsi cerita manis untuk menafaat bersama .


Walaupun Tn Guru Hj Salleh Musa dan Syeikh Muslim padat dengan jadual dakwah tetapi apabila mengetahuai ada pihak mengatur pertemuan antara Tn Guru Hj Salleh bersama Syeikh Ali As Soubuni pada jam 12.30 tengahari maka takdir Allah Tn Guru setuju untuk ke Sungai Petani untuk menemui Syeikh Ali Soubuni di Hotel.

UMNO merupakan satu parti yang "KUAT MAKAN CABAI MELAKA"



Antara sumpah Najib, sumpah Mahsuri dan sumpah Hantu Raya

Oleh Hafiz Zainuddin


SUMPAH bukan perkara asing bagi dunia Melayu. Ia sudah menjadi sebahagian daripada nilai dan sejarah zaman berzaman.

Benar atau salah sumpah Mahsuri, Kedah mula bangkit selepas tujuh keturunan selepas kematiannya difitnah. Dalam sastera Melayu klasik, Hikayat Marakarma mencatatkan bagaimana Maharaja Angkasa Indera Dewa atau Betara Angkasa Indera Dewa turun dari Kayangan ke dunia bersama isterinya tanpa kebenaran Betara Guru, akibatnya, mereka disumpah menjadi sepasang suami isteri yang miskin dan melarat dibenci orang.

Antara kisah sumpah paling popular ialah kisah si Tanggang. Si Tanggang lakonan Jins Shamsudin telah menidakkan Si Deruma sebagai ibunya dengan angkuh, lantas berdoalah ibu tua itu kepada tuhan, “Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.” Semena-mena sahaja langit bertukar gelap, laut bergelora dan malanglah nasib Si Tanggang dan anak kapalnya menjadi batu.

Begitu juga halnya dengan makhluk yang terkenal dengan gelaran sebagai Sang Kelembai. Makhluk berupa gergasi yang menghuni di hutan ini mempunyai kesaktian menyumpah orang yang ditegurnya menjadi batu. Manifestasi ‘kewujudan sang kelembai’ ini boleh dilihat melalui batu berbentuk gajah di Batu Gajah, Perak dan Gua Mat Sirat di Kampung Kepayang Ipoh.

Mat Said tuduh Najib menipu bab sempadan telaga minyak yang baru dijumpai baru-baru ini..

Kantoi!! MB Terengganu Dedah Tembelang Najib..

Soalan lisan saya pada persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa:

"Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...

"Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran."

Hangpa kata pie la apa pun untuk pecahkan KESEPAKATAN Pakatan Rakyat kami buat pekak saja..!!!

Pakatan Rakyat: berbeza tetapi bersatu
oleh Aspan Alias

Saya mendapat banyak pertanyaan tentang perbezaan di antara Karpal Singh dan PAS terutamanya setelah mendengar ucapan Karpal dalam kongress tahunan DAP yang sedang berlansung di Pulau Pinag sekarang ini.. Dalam ucapan beliau semalam, Karpal telah berlembut serta mengakui yang PAS merupakan rakan yang terkuat DAP dalam Pakatan Rakyat walaupun ada beberapa perkara yang berbeza di antara kedua-dua parti itu terutamanya tentang isu yang berkaitan dengan agama Islam dan hukum-hukumnya.

Mereka bertanyakan perkara ini kerana saya telah menyertai parti itu di dalam kongress yang sebelum ini pada 8hb Januari yang lalu. Oleh kerana pertanyaan itu datangnya bertalu-talu akhir-akhir ini maka saya merasakan saya perlu memberikan jawapan walaupun ia merupakan jawapan yang pendek sahaja.

Seperti MCA dan UMNO juga, maka DAP dan PAS tentulah mempunyai perbezaan di antara kedua-duanya. Kalau tidak ada perbezaan maka tidak mungkin wujud dua parti PAS dan DAP. Perbezaan itu memang satu hakikat dan tidak mungkin kedua-dua parti itu sama. Itulah sebabnya ada elemen permuafakatan di antara kedua-dua parti itu bersama PKR dalam apa yang di sebut sebagai Pakatan Rakyat.

Oleh kerana wujudnya perbezaan-perbezaan inilah maka timbul usaha permuafakatan yang kuat dengan matlamat yang kedua-duanya anggap sebagai matlamat yang baik. Jika tidak ada elemen perbezaan maka tidak mungkin ada permuafakatan. Begitu jugalah dalam BN atau pun Perikatan sebelumnya. MCA dan UMNO itu jauh perbezaannya. MCA hanya untuk bangsa Cina dan UMNO merupakan satu parti pada asalnya sebagai parti nasionalis Melayu yang sekarang sudah menjadi parti untuk tawkay-tawkay dan kroni pemimpin Melayu yang berkuasa.

Jawapan balak di PEDU dalam UTUSAN hari ini


nie dia jawapan projek tersebut:

Kedah La: Setitik air kesan pembalakan pun tidak masuk ke Tasik ...

kedahla.blogspot.com/.../setitik-air-kesan-pembalakan-pun-tidak.htm...
30 Nov 2012 – Hutan tadahan hujan di Tasik Pedu semakin terancam! ... kerana mahu mengambil balak tetapi berselindung di sebalik projek agroteknologi ...

KedahLanie.info: Jawapan MB pasai cerita Balak di Berita Harian ...

www.kedahlanie.info/.../jawapan-mb-pasai-cerita-balak-di-berita.htm...
20 Nov 2012 – Penebangan balak membabitkan kawasan seluas 400 hektar di hutan ... Katanya projek itu akan tetap diteruskan sekalipun Jabatan Alam Sekitar ... balak secara berleluasa di kawasan hutan simpan Tasik Pedu dan hutan ...

UMNO Kedah tak mau lapur samakah kerugian GLC nie.. Takan sebok bab PAPUA NEW GUNIE sahaja..??

2 SYARIKAT KERAJAAN RUGI LEBIH RM1 BILION




LAPORAN AUDIT Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menunjukkan IWK menanggung kerugian akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat.

RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi.

[TERKINI] Semua saman AES di KL ditarik balik....


PR Selangor nak lapaq mampus jika betul menaikkan cukai dari RM1K ke RM23K seperti apa yg BN Selangor dakwa..!!!


UMNO "Tunggul" Kedah sedang asah parang, cangkul dan tombak...

'WARLORDS' UMNO DI KEDAH SEDANG ASAH PARANG, CANGKUL DAN TOMBAK

“Warlords” di dalam UMNO ibarat tunggul-tunggul gerigis. Tunggul-tunggul adalah perdu pokok yang telah ditebang dan meninggalkan gigi-gigi tajam di permukaan yang dipanggil gerigis. Tunggul-tunggul yang bergerigis ini seringkali menyekat akar-akar muda untuk menjalar. 
 
Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi apabila ditanya tentang ‘warlords’di dalam UMNO yang tidak memberi ruang kepada muka-muka baru (rujuk klik sini UM 14/12/2012) juga tidak menjawab dengan tepat berhubung penyakit ini. 
 
Menurut pendedahan kaji selidik yang dijalankan oleh The Asia Foundation, didapati 58% majoriti belia yang berumur 17-35 menyokong BN dan positif bahawa Kerajaan hari ini adalah terbaik. 
 

Bekas menteri dakwa ahli dalam SPRM terlibat dalam menutup file 2 pembunuh Altantuya..!!

SD2 Bala- Zaid Ibrahim tambah petrol ke dalam api yang marak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diheret dengan skandal seks, wang dan pembunuhan penuh dengan persoalan panel operasi yang dikaitkan dengan firma undang-undang dalam akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam mengenai kematian Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) hari ini berkata, lima orang ahli dalam SPRM bertanggungjawab dalam menutup fail tersebut mungkin mempunyai campurtangan secara langsung untuk melakukan sedemikian, menimbulkan persoalan sama ada terdapat percubaan melindungi jenayah tersebut melibatkan dua orang polis komando yang bakal menghadapi hukuman mati dan penyiasat persendirian itu hidup dalam buangan.

Peguam yang kemudiannya menjadi ahli politik itu dalam blognya hari ini mengatakan Peguam Negara dan SPRM menolak untuk menyiasat dakwaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mendapat maklumat dari Abdul Razak Baginda yang telah didakwa telah bersama dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

Amanat Hj Hadi - Memang betoi la UMNO nie dah tua..Asyik kitar isu sama saja, nampak sangat tiada idea...

Hadi Awang digesa tarik balik amanat kafirkan Umno tiga dekad lalu

UNITED Malays No Otak, Umno datang lagi dengan isu kitar semula iaitu isu "amanat Hadi" tahun 1981, tiga dekad yang lalu yang telah berulang kali mereka ulang siar.

Seperti biasa teknik propaganda Umno ialah 3R (Royal, Race, and Religion) kerana isu-isu yang mempunyai tiga unsur ini mudah untuk memperbodohkan orang Melayu. Terutama orang Melayu yang bergantung maklumat kepada TV3 Al-Musyrikin.

Kali ini Umno menggunakan mufti pro-Umno iaitu mufti Perak, Tan Sri Harusani untuk memainkan sentimen religion (agama). Harusani mahu Tuan Guru Hadi Awang tarik balik amanat beliau yang diucapkan di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, lebih tiga dekad yang lalu [Sinar]



Cuba anda sahabat pembaca lihat sendiri kandungan ucapan Tuan Guru Hadi Awang tersebut. Di manakah ayat yang menunjukkan beliau menuduh United Malays No Otak, Umno sebagai kafir?

Ucapan beliau adalah, Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Jelas Tuan Guru Hadi Awang menyebut kita akan menjadi kafir jika mengamalkan politik suku, agama suku. Lihat sendiri petikan "manat Hadi" yang disiarkan oleh Utusan Malaysia di bawah ini.

BN Pendang jadikan Dewan Orang Ramai Kg Bukit Jenun sebagai harta peribadi mereka..!!

Penduduk kesal dewan jadi bilik gerakan
KU NOOR FAIZAH KU MUSTAFA
17 Disember 2012
Penduduk kesal dewan jadi bilik gerakan
Abu Hassan (empat dari kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan laporan polis yang dibuat.
 
BUKIT JENUN – Penduduk dari Kampung Bukit Jenun dekat sini membantah tindakan BN kawasan itu yang menjadikan dewan orang ramai di pekan Bukit Jenun sebagai bilik gerakan BN daerah mengundi Bukit Jenun P11 N19.

Satu laporan dibuat penduduk kampung yang diwakili Pengerusi Majlis Ketua-ketua (MKK) Bukit Jenun, Abu Hassan Shaari di Balai Polis Bukit Jenun baru-baru ini untuk diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkenaan.

Abu Hassan mendakwa, penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN itu adalah penduduk dari Bukit Jenun, Sungai Baru, Tanjung Radin, Alor Kumbang, Bukit Nibong, Tanjung Setol, Kampung Dohit, Paya Jenun, kampung Sawa dan beberapa penduduk dari Kampung berhampiran.

Katanya, tindakan BN kawasan itu menjadikan bilik gerakan parti itu begitu ditentang kerana dianggap menceroboh kerana dewan itu milik Kerajaan Negeri dan orang ramai untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...