TERKINI :

Monday, December 17, 2012

Mufti kalut bab amanat, mai bab jihad tak ada di Palestin tak ada diam tak komen....

oleh anakkedah007.blogspot.com

Amanat Hj Hadi muncul semula dikala isu jihad di Palestin tak ada dan Yusof Qardawi seorang khawarij.....

Amanat yg dah berkurun tu dan orang yg sibuk dengan amanat tersebut pun sudah masuk UMNO.....

Sedih tengok 2 orang mufti ini namun tak mengapalah kita layan pie lah apa yg mereka sebok mereka katakan....


ULAMAK ANJING berkeliaran dalam UMNO...


Tokey Sinar Harian pun dah boring dengan Brahim Ali....


Kantoi Cetak duit baru la pulak.. UMNO ohh UMNO..!!!

Melbourne court told of ‘secret deals’ in printing of polymer notes for BNM 

KUALA LUMPUR (Sept 12, 2012): A Malaysian middleman who secured the contract for the printing of polymer notes for Bank Negara Malaysia (BNM) received payments of more than A$1.35 million (about RM4.36 million) in two tranches in a single day.

These were part of the more than A$3 million (RM9.68 million) paid over four years by two companies owned by the Reserve Bank of Australia (RBA) that had supplied the notes.

As the committal hearing of eight former employees of RBA-related companies progressed in a Melbourne court on charges of bribery and corruption, more startling revelations emerged on the secret deals made between them and Malaysian middlemen and agents.

Pakatan Rakyat: berbeza tetapi bersatu

oleh Aspan Alias

Saya mendapat banyak pertanyaan tentang perbezaan di antara Karpal Singh dan PAS terutamanya setelah mendengar ucapan Karpal dalam kongress tahunan DAP yang sedang berlansung di Pulau Pinag sekarang ini.. Dalam ucapan beliau semalam, Karpal telah berlembut serta mengakui yang PAS merupakan rakan yang terkuat DAP dalam Pakatan Rakyat walaupun ada beberapa perkara yang berbeza di antara kedua-dua parti itu terutamanya tentang isu yang berkaitan dengan agama Islam dan hukum-hukumnya.

Mereka bertanyakan perkara ini kerana saya telah menyertai parti itu di dalam kongress yang sebelum ini pada 8hb Januari yang lalu. Oleh kerana pertanyaan itu datangnya bertalu-talu akhir-akhir ini maka saya merasakan saya perlu memberikan jawapan walaupun ia merupakan jawapan yang pendek sahaja.

Seperti MCA dan UMNO juga, maka DAP dan PAS tentulah mempunyai perbezaan di antara kedua-duanya. Kalau tidak ada perbezaan maka tidak mungkin wujud dua parti PAS dan DAP. Perbezaan itu memang satu hakikat dan tidak mungkin kedua-dua parti itu sama. Itulah sebabnya ada elemen permuafakatan di antara kedua-dua parti itu bersama PKR dalam apa yang di sebut sebagai Pakatan Rakyat.

Siapa nak buat huru-hara bila kalah PRU13..?

PARIT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pertanyaan siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila tewas dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.


Sehubungan itu, beliau menolak tuduhan pemimpin Umno BN kononnya akan berlaku peristiwa 13 Mei sekiranya parti itu kalah pada PRU13.

“Siapa nak buat huru-hara?

“Mereka nak buat huru-hara, peristiwa 13 Mei bila Umno kalah teruk (PRU13),” ujarnya ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, malam tadi.

Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS bukan sahaja menjalin hubungan dengan parti politik bahkan badan bukan kerajaan untuk mencapai kejayaan pada PRU13 nanti.

Walaupun padang basah ekoran hujan yang turun sekitar jam 9.30 malam, namun para hadirin terus bertambah mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga akhir majlis.

Patutlah JEPUN mundur dari MALAYSIA... pemerintah negara mereka sering bertukar rupa-rupanya..!!

Parti LDP kembali berkuasa di Jepun


ABE (kanan) dan Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP), Shigeru Ishiba bergambar di depan papan 
nama-nama calon pilihan raya di ibu pejabat parti LDP di Tokyo semalam.


TOKYO - Parti Liberal Demokratik (LDP) kembali berkuasa apabila memenangi pilihan raya Jepun semalam selepas kekalahan mengecewakan tiga tahun lepas.

Kemenangan itu dilihat memberi peluang cerah bagi bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe untuk memperjuangkan agenda keselamatan dan ekonomi.

Parti LDP dijangka melaksanakan pendirian lebih tegas terhadap wilayah pertikaian dengan China, dasar pronuklear dan kemungkinan memperkenalkan dasar kewangan serta perbelanjaan fiskal untuk mengatasi deflasi dan isu mata wang yen yang kukuh.

Keputusan pengiraan undian oleh stesen televisyen menunjukkan LDP memenangi hampir 300 dari 480 kerusi parlimen di Dewan Perwakilan.

AES tak ada nie..patutlah eksiden..!!!

Maut kereta terbabas dalam sungai


SEBUAH jentolak menarik keluar kereta Proton Iswara milik mangsa yang terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Jitra semalam.


JITRA – Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Jalan Sungai Korok di sini semalam.

Mangsa, Mohd. Zulrani Mohd. Nasir, 23, dari Kampung Baru Tok Pauh, Changlun di sini mati dalam perjalanan ke Hospital Jitra dipercayai akibat lemas.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa yang memandu Proton Iswara itu dari Simpang Balai Pos, Ayer Hitam menuju ke bandar ini.

Mangsa yang bekerja sendiri dipercayai memandu laju, gagal mengawal kenderaan di laluan yang tidak rata menyebabkannya terbabas lalu terhumban ke dalam sungai.

Tiga Ulama' yang sangat dicintai oleh Ummatnya.






Kena ajak Geng Baling Kasut aka Geng Bangkang di Salihiah datang demo kat PUDU nie..!!

Apa Cerita UMNO Nak Roboh Masjid Pudu Jail?

Di Kedah, heboh anak Mahathir serta UMNO Kedah memaki kerajaan Negeri. Kononnya PAS hendak merobohkan Madrasah Islahiah Dinniah yang berumur 100 tahun. Walaupun, pada hakikatnya tapak surau yang berumur 10+ tahun itu akan dibina sebuah kompleks dan surau yang sama akan ditempatkan di lantai bawah Kompleks tesebut.

Baru2 ini, satu solat hajat telah diadakan di Masjid Pudu selepas solat jumaat. Diberitakan UDA (yg dikawal UMNO 100%) mahu merobohkan Masjid Pudu Jail (nama sebenar Surau An Nur Pudu) atas nama pembangunan.

Sekaligus perobohan ini dapat meramaikan jemaah di masjid Syed Mokhtar Bukhari yang satu jalan dgn masjid ini.

Punyalah parti munafik UMNO ni. Konon begitu hebat nak pertahan Madrasah Islahiah, rupanya dia sendiri pegi roboh masjid yang sudah lebih 40 tahun digunakan. Masjid Pudu Jail ini bukan sahaja tempat ibadah tapi juga salah satu tempat bersejarah di Malaysia.

Sekali lagi politik samseng memecahkan cermin bas merdeka rakyat

UMNO semakin ganas menjelang kehilangan kuasa PRU13


Sekali lagi samseng-samseng upahan UMNO mempamirkan keganasan mereka terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat.

Bas yang dalam perjalanan ke Bandar Baru Seri Iskandar, Perak bagi turut bersama dalam sambutan Deepavali di Taman Hijau, Tapah dilaporkan telah diserang.

Samseng-samseng upahan UMNO yang dipercayai menerima peruntukan yang kecil hingga tidak cukup untuk membeli cat merah telah menggunakan batu untuk menyerang bas.

Serangan telah dilakukan selepas kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak.

Perlawanan Persahabatan : Kedah Vs Songkhla FC



Keputusan perlawanan seri 1-1. Gol kedah dijaringkan oleh pemain muda Shazuan Ashraf. Manakala Wuachon United menjaringkan gol di minit-minit akhir perlawanan memalui satu bola lambung yg cantik. Rata-rata pemain muda bermain agak baik dengan mutu kawalan yang kemas. 

Syamim Alif dan Shazuan Ashraf tidak mengecewakan dan dalam 1-2 perlawanan pershabatan ini ketangkasan mereka berjaya mengucar kacirkan pihak lawan. Mereka berdua ini perlu diperhatikan leh pasukan lawan di musim hadapan. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...