TERKINI :

Saturday, December 15, 2012

UMNO Dipimpin Perompak -Kadir Sheikh Fadzir


DUNGUN: Umno kini dipimpin oleh ‘perompak dan penyamun’ Kata Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir semasa berucap di majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Paka, dekat sini.

“Mereka curi duit berbilion-bilion2, juta-juta tak main dah, kita perlu tumbangkan kerajaan Umno BN untuk pastikan negara selamat daripada perompak yang berlesen ini,” ujarnya.

Menyentuh mengenai Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, katanya mereka yang hadir hanya menangis dan menyanyi sehaja sedangkan inti pati perjuangan nasib Melayu sudah tidak ada. Menurutnya, mereka hanya mengampu dan menangis tetapi tiada hala tuju perjuangan. Ini, tambah beliau berbeza dengan para pejuang Umno pada zaman Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Hussein Onn.

“Pemimpin Melayu Umno kini jadi penderhaka kepada bangsa Melayu sendiri. Umno untuk Umno sshaja, mereka tidak bela Bumiputera dan Melayu lagi,” katanya.

Memerdekakan polis dari gangguan Umno

Oleh Subky Latif

BETAPA polis dipandang rendah oleh masyarakat disebabkan gangguan orang politik telah didedahkan oleh Tan Sri Musa Hasan yang baru setahun jagung bersara dari Ketua Polis Negara.

Lebih dari sekali dia bersungut tentang campuran tangan orang politik mengganggu polis menjalankan tugasnya.

Jika sekadar sekali dua atau sekali sekala gangguan itu berlaku, tentu pegawai polis yang diketahui tinggi disiplinnya terhadap kerajaan tidak akan bersungut secara terbuka kepada umum.

Dia tidak menamakan orang politik mana yang campur tangan kerja polis itu, tetapi tentulah bukan PAS, PKR dan DAP walaupun kumpulan pembangkang itu sering mengkritik polis yang dikatakan tidak profesional menjalankan tugas.

Jika mereka yang mengganggu kerja polis itu sudah lama semua pemimpin pembangkang diseret ke mahkamah seperti yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan menghalang polis menjalankan tugas. Sudah tentu ramai mereka telah dipenjarakan.

Siapa yang dituduh oleh Musa Hasan itu? Tentulah UMNO.

Najib tidak boleh membisu....!!!

oleh Aspan Alias

Apa yang di bongkar oleh Deepak dan Musa Hassan wajar mendapat jawapan dari Najib, Hishamuddin dan Muhyiddin kerana tuduhan yang di lemparkan oleh kedua-duanya, Deepak dan Musa, adalah tuduhan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan amat serius. Isu yang melibatkan kepimpinan negara. Negara kita adalah sebuah negara persekutuan yang berdaulat. Bagi sesebuah negara yang berdaulat Malaysia tidak wajar mempunyai pemimpin yang begitu mudah di kaitkan dengan isu-isu seperti membunuh serta isu-isu yang boleh menjejaskan kewibawaan negara kerana pemimpin besar nya di kaitkan dengan kerja yang amat hina dan menjijikkan itu.

Malaysia bukan letaknya di benua Afrika. Kita berada di rantau yang sedang membangun dan juga menjadi negara yang mengamalkan demokrasi berjiran kepada demokrasi terbesar di dunia ini. Jika di pandang dari sudut etika kepimpinan yang sebenarnya Najib sepatutnya meletakkan jawatan sebagai PM dan jawatan-jawatan dalam parti. Apabila seorang Perdana Menteri itu meletakkan jawatan maka keseluruhan kabinet beliau juga sepatutnmya meletakkan jawatan. Begitu juga mereka yang menjadi ahli-ahli Majlis Tertinggi parti. Itulah etika sebenarnya.

Selama ini kita tidak mengamalkan moral demokrasi itu dengan baik dan telus. Kita telah melanggar banyak kali etika kepimpinan bagi negara ini pada masa-masa yang lampau. Itulah sebabnya kita tidak pernah terlepas dari menghadapi masalah moral dalam kepimpinan negara kita. Pihak yang berkuasa tidak mengambil isu moral kepimpinan ini sebagi isu teras bagi kepimpinan negara. Banyak masalah negara sepatutnya telah dapat di selesaikan jika isu moral dan etika ini di ambil berat oleh mereka yang sedang berkuasa.

Zainuddin Maidin insan yang dangkal dan bersifat fitnah keji terhadap YTH Bapak B.J. Habibie

Kenyataan Media | 12 Disember 2012

Hubungan diplomatik Malaysia - Indonesia yang melangkaui sempadan geografi. Persaudaraan antara dua negara berteraskan ikatan saudara serumpun yang akrab dari sudut budaya dan juga agama. Hubungan kedua negara ini adalah manifestasi kepada sikap saling hormat - menghormati dan kesedaran bahawa kita punya akar budaya yang mengikat antara satu sama lain di samping faktor ekonomi.

KEADILAN tidak terkejut dengan kenyataan Zainuddin Maidin yang dangkal dan bersifat fitnah keji terhadap YTH Bapak B.J. Habibie, Mantan Presiden Republik Indonesia dan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti dalam rencana yang ditulis beliau dalam akhbar Utusan Malaysia, 10 Disember 2012 bertajuk 'Persamaan B.J. Habibie dengan Anwar Ibrahim'.

Apatah lagi rencana tersebut datang daripada seorang yang sudah bergelumang dan dibesarkan dalam akhbar Utusan Malaysia; akhbar picisan milik UMNO yang tidak langsung menjana pemikiran rakyat secara intelek tetapi sentiasa menjadi alat untuk menghambur fitnah dan cerca. Adalah tidak salah untuk kita menyatakan bahawa Zainudin Maidin ini sedang menghidap Sklerosis Intelek yang kronik sebagaimana sebahagian besar pimpinan UMNO yang lainnya.

DAP bersama Pas kerana prinsip...

Wartawan Sinar Harian
Lim Kit Siang

SHAH ALAM – DAP, yang mengadakan kongres tahunan hari ini, yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menegaskan, asas parti itu mendekati dan bekerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) bukanlah kerana negara Islam atau hudud, tetapi atas prinsip menggalakkan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan negara.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, negara sekarang berada di persimpangan jalan, sama ada mahu mengekalkan hegemoni Umno dan Barisan Nasional (BN) atau menukar landskap politik dengan mewujudkan dua parti sistem.

"Hubungan kami dalam PR, bersama dengan PKR, adalah sama rata (seimbang) di mana kami menghormati persamaan dan perbezaan satu sama lain.

"Itu sebabnya pemimpin-pemimpin DAP telah menyampaikan pendirian kami berkenaan dengan salun rambut Kelantan kepada kepimpinan Pas dari awal-awal lagi meskipun kami tidak mengumumkan menerusi media," katanya lagi.

Walaupun mengakui tugas PR pada PRU13 sukar kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya penambahan 30 kerusi Parlimen lagi daripada yang dimenangi pada tahun 2008 lalu, sebelum menawan Putrajaya.

RM20juta nak ROAD TO LONDON last apa pon tarak...!!!!

"RM 20 JUTA ROAD TO LONDON ATAU ROAD TO...?" - KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

30 Muharam 1434 bersamaan 14 Disember 2012

Umum mengetahui bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengakui bahawa projek sukan berprestasi tinggi Road To London untuk membawa pulang emas pertama negara dari sukan temasya Olimpik 2012 telah gagal. Dari 28 atlet yang bertanding, kontinjen negara hanya membawa pulang pingat gangsa dan perak di dalam acara badminton dan terjun.

Menteri bertanggungjawab Dato Seri Ahmad Shabery Cheek telah berjanji untuk segera mempersembahkan laporan penuh termasuk perbelanjaan peruntukan RM 20 juta kepada tatapan umum. Namun demikian dalam satu keputusan "flip flop" yang begitu sinonim dengan era pentadbiran Najib, Pengarah MSN Dato' Zolkples Embong mengumumkan baru-baru ini bahawa laporan tersebut tidak akan dibentangkan untuk santapan umum.

Sekilas pandang, ianya menampilkan situasi yang cukup janggal apabila kenyataan seorang Menteri telah dinafikan oleh orang bawahan beliau sendiri.

Sampai bila MAHATHIR akan bagi NAJIB ikut bontotnya..!!!??

Mahathir akan pertahan Najib selagi ikut telunjuk

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pasukan penyerang dan pertahanan Umno ketika pimpinan yang lain tidak mampu melawan tsunami kebencian rakyat kepada Umno.

Justeru, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Mahathir terpaksa mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempunyai kepentingan peribadi, bukan kepentingan rakyat.

“Beliau sedar jika BN kalah nasib beliau dan anak beliau akan menerima musibah. Kebetulan Najib pula mempertahankan kepentingan peribadi beliau dan anak beliau,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Dengan itu, katanya, Mukhriz tetap dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri walau pun kalah di dalam perebutan Ketua Pemuda Umno.

Bagi Idris, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin tetap ‘menganggur’ kerana tidak mendapat tempat di dalam kabinet, semuanya gara-gara Tun Mahathir.

Beliau turut menyentuh berhubung Petron Malaysia (Petron) dan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) membekal dan membeli minyak untuk penggunaan pesawat Airbus A380 pada 2 Julai lalu.

Kerajaan BN kantoi bab MATE & SAINS pulak...!!

Penipuan BN terbongkar seluruh dunia!


Satu lagi projek penipuan Umno dan Barisan Nasional yang selama ini berjaya diselindungkan dari pengetahuan kita dalam negara kini terbongkar ke seluruh dunia!

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa “sengaja” memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.

Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan ketara.

Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM “memudahkan” silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.

Yang rosakkan nama Negara di mata dunia ialah pemimpin Umno, bukan rakyat

Umno seringkali menuduh rakyat merosakkan nama negara di mata dunia. Contohnya dalam isu himpunan rakyat Bersih bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Demi menutup kerosakan yang telah dibuat kepada Negara, pemimpin Umno cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu rakyat.
 
Keratan akhbar di bawah ini jelas menunjukkan bagaimana pemimpin Umno bertaraf Menteri lah yang sebenarnya merosakkan dan mencemarkan imej Negara. Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada kebodohan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Malaysian Insider
 
Dalam isu logo dan lagu sambutan Kemerdekaan ke-55, hanya kerana kepentingan politik dan kerja bodek ampu orang atas, Negara menanggung malu dan menjadi bahan hinaan di seluruh dunia dengan kualiti sambutan kemerdekaan Negara yang hambar. Pertama kali dalam sejarah Negara, seluruh rakyat mengutuk kerajaan dalam sambutan kemerdekaan. Pakatan Rakyat dengan bantuan Sasterawan Rakyat, A. Samad Said terpaksa mengambil peranan menghasilkan tema dan logo berkualiti serta lagu yang memenuhi aspirasi rakyat Malaysia. Kerja siapa lagi jika bukan kerja Menteri Rais Yatim.

BERSIH 2.0 - Jelas Kerajaan BN salah guna kuasa dan campurtangan dalam kerja Polis

'Kes saya bukti ada campurtangan politik dalam polis'


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kemenangan beliau dalam kes Bersih 2.0 menunjukkan bukti memang wujud campurtangan orang politik dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Bercakap kepada Harakahdaily beliau berkata, keputusan mahkamah hari ini juga memperjelaskan bahawa tindakan polis menangkap mereka kemungkinan dibuat atas tindakan politik dan bukan atas faktor keselamatan.

"Pada saya apa yang cuba didedahkan oleh (Tan Sri) Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) bahawa wujud campurtangan orang politik dalam polis khususnya menteri dalam negeri adalah benar," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur siang tadi yang memutuskan penahanan kedua-dua mereka sewaktu perhimpunan Bersih 2.0 dilakukan secara salah.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga memutuskan supaya kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia membayar RM70,000 setiap seorang daripada mereka.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, keputusan mahkamah hari ini juga secara keseluruhannya memberi gambaran bahawa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu itu adalah tidak mengancam keselamatan negara seperti didakwa kerajaan.

Kepada Ibu Tunggal UMNO yang saman Kerajaan Negeri Selangor.. Ini Jawapannya..!!!


Di negeri Selangor, pendaftaran wanita berstatus ibu tunggal dan sebangsa dengannya sehingga 27/11/2012 menurut portal ibu tunggal, http://e-bu.selangor.gov.my: berjumlah 24009, Melayu 75.01 peratus, India 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, lain-lain 0.41 peratus dan tiada dapat dipastikan sebanyak 14.71%

Untuk yang telah mendaftar, Kerajaan Negeri Selangor telah mengendalikan dan menawarkan skim-skim dan kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan BN.

UTUSAN kena bayaq KARPAL SINGH RM50K pulak..!!

Utusan Melayu diarah bayar ganti rugi kepada Karpal Singh

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana menerbitkan artikel berbaur fitnah terhadapnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad turut mengarahkan Utusan Melayu membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Karpal yang diwakili peguam Ramkarpal Singh.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan ganti rugi teladan dan teruk kepada peguam veteran itu.

Dalam penghakimannya, Nik Hasmat berkata artikel yang disiarkan di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu", adalah dengan jelas memfitnah terhadap plaintif.

BN tidak lebih kuat dari kerajaan Firaun

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Kunjungan ke bumi Mesir lantas mengingatkan penulis kepada kerajaan Firaun yang sangat berkuasa lebih tiga ribu tahun dahulu. Buah tangan kehebatan Firaun iaitu piramid dan beberapa binaan lain masih tersergam hingga ke hari ini namun kerajaan Firaun yang sangat kuat itu tidaklah kekal sampai ke hari ini. Salah seorang Firaun yang sangat terkenal bertembung dengan nabi Musa, sanggup mengaku dirinya tuhan. Semasa hayatnya barangkali dia juga pernah beritahu rakyat bahawa hanya dia yang layak memerintah bumi Mesir. Jika Mesir diperintah oleh bukan Firaun maka negara akan hancur kerana orang lain tidak pandai memerintah.

Hari ini jika kita berkunjung ke Mesir hampir di mana-mana terdapat simbol keagungan Firaun. Bahkan replika patung berhala tinggalan Firaun dijual dengan meluas kepada pelancong. Gambaran kehebatan Firaun itu seolah-olah masih dikenang oleh rakyat Mesir hingga ke hari ini. Namun Firaun yang mengaku tuhan itu hancur lebur juga kekuasaannya. Firaun terkenal yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran kalah bukan kerana kekuatan fizikal pengikut Nabi Musa tetapi Allah menciptakan sebab yang lain untuk memusnahkannya iaitu air.

Tak mahu Malaysia jadi Negara Koboi

oleh Zaimah Hashim,


Provokasi yang dilakukan oleh samseng-samseng Umno semasa ceramah Pakatan Rakyat di Gombak baru-baru ini amat dikesali. Ia juga menunjukkan bahawa negara kita makin lama makin menjadi Negara Koboi ataupun sudah pun menjadi Negara Koboi.

Antara ciri Negara Koboi adalah:

1. Berleluasanya budaya samseng dalam masyarakat: Selain kejadian di Gombak tempoh hari, sudah banyak kali ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng Umno/Barisan Nasional. Ini baru soal politik. Selain itu, budaya samseng makin menular dalam masyarakat kita, malah sudah pun merebak di peringkat sekolah rendah. Kewujudan budaya ini dalam masyarakat kita terbukti lagi dengan penerbitan makin banyak filem-filem bertema samseng, seperti KL Gangster, PE3, Budak Pailang dan sebagainya.

2. Berleluasanya penggunaan senjata api dalam jenayah ganas: Hampir setiap hari kita membaca atau mendengar berita tentang penggunaan senjata api dalam jenayah ganas yang membabitkan pembunuhan. Ini menunjukkan seolah-olah amat mudah bagi penjenayah mendapatkan pistol di negara ini. Tidak cukup dengan itu, kes jenayah yang melibatkan penggunaan bom juga sudah banyak kali berlaku. Yang terbaru adalah kes pengedar dadah melemparkan bom tangan ke arah pasukan polis yang mengejarnya.

Penyebaran maklumat melalui Media Digital Dalaman

ALOR SETAR -  Kerajaan Negeri akan membentangkan taklimat mengenai perlaksanaan prasarana Media Digital Dalaman (Indoor Digital Media) di premis strategik di  negeri ini dalam mesyuarat Exco.

Pengerusi Jawatankuasa Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB. Dr. Ismail Salleh berkata, taklimat itu perlu dibentangkan dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.

“Menteri Besar telah mempersetujui cadangan itu dan kita tidak menghadapi masalah mengenai perkara itu. Apabila pembentangan itu diluluskan, kita akan menyerahkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi mengenal pasti lokasi-lokasi strategik untuk pemasangan prasarana berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Taklimat Pelaksanaan Prasarana Media Digital Dalaman di Premis Strategik di Negeri Kedah di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Aras Lima, Blok E (Zon A), Wisma Darul Aman, di sini.

Naib Presiden PAS menang lagi saman keatas POLIS & KERAJAAN MALAYSIA atas salah guna kuasa...

2 MP PAS berjaya tuntut gantirugi kes BERSIH 2.0
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penahanan dua Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 dilakukan secara salah.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga memutuskan supaya kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia supaya membayar RM70,000 setiap seorang daripada mereka.

Keputusan itu dibaca di Mahkamah Tinggi Shah Alam memandang Dr Prasad kini ditugaskan di mahkamah tersebut.

Peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi Malaysiakini berkata kedua-dua pemimpin PAS itu memfailkan tuntutan sivil meminta gantirugi kepada Kerajaan Malaysia dan PDRM ke atas penahanan salah terhadap mereka sewaktu perhimpunan itu.

Tuntutan itu difailkan pada 8 Ogos 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sekolah Agama Rakyat terima komputer dari kerajaan negeri

ALOR SETAR – Di sebalik kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang semakin pesat, Sekolah Agama Rakyat (SAR) masih tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kerajaaan negeri Kedah berusaha agar sekolah-sekolah ini tidak ketinggalan dalam bidang ICT apabila menyumbangkan komputer kepada 10 sekolah SAR terpilih. Setiap sekolah menerima lima buah.

Exco Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi, YB Dr. Ismail Salleh berkata, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan pada satu dekad yang lepas sebanyak RM1 bilion kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan pada masa yang terdekat ini mereka akan membelanjakan lagi sebanyak RM6 bilion.

Tabiat Orang Kita Bila nak kena SITA baru kelamkabut nak bayaq cukai pintu..!!!

Tak bayar cukai, rumah disita
NURUL HIDAYAH HAMID
14 Disember 2012
Tak bayar cukai, rumah disita

ALOR SETAR - "Pak cik tidak ada apa-apa sekarang, kalau bagi tempoh seminggu lagi bolehlah pak cik jelaskan."

Begitulah antara rayuan penghuni rumah ketika penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melakukan Operasi Cukai Pintu di kediaman mereka, semalam.

Ketua Bahagian Hasil MBAS, Azalina Abdu Rahman berkata, segelintir pemilik kediaman gagal membayar tunggakan cukai pintu walaupun sudah beberapa kali diberi peringatan.

“Dalam operasi kali ini, lapan buah premis, iaitu dua premis perniagaan dan enam lagi di rumah kediaman diserbu pihak penguat kuasa MBAS.

“Operasi melibatkan dua premis di Pumpong, dua rumah di Taman Golf, sebuah rumah di Taman Belian dan tiga rumah di Taman Lumba Kuda,” katanya.

Menurutnya, kegagalan ini menyebabkan penguat kuasa MBAS terpaksa menyita barang dan peralatan di dalam rumah berkenaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...