TERKINI :

Friday, December 14, 2012

Berdoalah dengan intensif agar sentiasa mendapat keredhoan Tuhan

oleh Aspan Alias

Isu Deepak nampaknya menjadi isu hangat juga. Kehangatannya agak lebih dari kehangatan isu Musa Hassan dengan kenyataan tentang gangguan politik ke atas urusan Polis. Semuanya melibatkan pimpinan besar kerajaan dan parti pemerintah. Tidak pernah lagi keadaan ini berlaku sebelum ini, maksud saya sebelum pentadbiran Dr Mahathir. Saya pernah berkata keadaan yang tidak menentu hari ini adalah sumbangan besar Dr Mahathir kerana perkara seperti ini hanya mula berlaku semasa pentadbiran beliau.

Kalau kita kaji lebih kurang sahaja, kita boleh mengambil sikap ‘conclusive’ yang sesuatu perundingan dan persetujuan di antara dua pihak untuk melakukan perkara yang tidak baik dan kotor akhirnya akan terbongkar juga, walaupun sesulit mana pun rundingan itu di buat. Bermuafakat untuk kerja yang tidak baik akhirnya pasti akan terbongkar.

Di dalam hal Deepak ini, masyarakat yakin yang akuan bersumpah Bala Subramaniam yang kedua itu merupakan tindakan yang sengaja di buat kerana tekanan. Masyarakat ramai tidak mungkin percaya yang Bala Subramaniam akan menukar akuan bersumpahnya yang pertama itu kalau tidak ada pihak yang membuat tekanan terhadapnya..

Walaupun sejuta ahli Perkasa sikit Pakatan Rakyat tak hairan aihhh...!!!!

Tawarkan diri untuk UMNO tak di layan, mulalah nak mengugut..

Kesian...memang kesian dengan nasibnya,, bersusah payah membantu Najib, mengumpul beratus ribu ahli,  namun nasibnya malang berbanding dengan katak dari Bayan Baru, yang begitu mudah Najib menerima sebagai ahli UMNO..

Maka berubahlah keluhan perasaan dari Sebelum ini 


KANTOI! Mahathir Peluku Rosmah!


Umpama pepatah, lebih sudu dari kuah, begitulah jawapan paling tepat bagi menggambarkan kuasa eksekutif negara terletak bukan di tangan yang sepatutnya.
Kerana terlalu menonjol melebihi isterinya, Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Isteri Najib Altantuya itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan ‘menjawab secara telus’ isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.
Mahathir dilapor berkata, isteri perdana menteri itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.
Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri perdana menteri sebelum ini.
“Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya,” kata Mahathir dipetik.
Jelas daripada kenyataan jujur Mahathir membuktikan Rosmah sebenarnya membayangi Najib Altantuya hampir dari segala sudut termasuk mencampuri urusan pentadbiran negara.
Malah, desas desus mengatakan calon pilihanraya umum akan datang juga ditentukan Rosmah tanpa perlu mendapat kelulusan Najib Altantuya, dipercayai mengelakkan unsur sabotaj selain hanya kroni rapat sahaja yang dibariskan kali ini.

Musuh Najib yang sebenarnya berada di dalam UMNO sendiri

oleh Aspan Alias

BN sedang menghadapi zaman getirnya. Lagi hampir pilihanraya sampai, lagi banyak masalah yang timbul. Dalam ingin memenangi pilihanraya UMNO mempunyai masalah berpuak-puak yang berusaha untuk memenangi puak yang mereka sokong untuk ke hadapan. Dalam masa yang sama Najib sedang menghadapi masalah peribadi yang besar hasil dari pembongkaran oleh mereka yang rapat dengan beliau (Najib) dahulu tentang banyak perkara. Isu Altantunya dengan akuan sumpah Bala Subramaniam dan kenyataan-kenyataan Musa Hassan merupakan isu yang mencengkam pemikiran Najib dan keluarga sekarang ini.

Masalah yang di hadapi Najib ini tidak pula mendapat sokongan dari dalam UMNO sendiri kerana terlalu ramai dalam UMNO sendiri mahukan Najib berundur selepas keputusan pilihanraya yang dijangka buruk diumumkan. Ramai di dalam UMNO mahukan UMNO dan BN hanya memenangi jumlah kerusi yang kurang dari apa yang di dapati dalam pilihanraya yang lalu. Jika ini berlaku maka mudahlah bagi ‘Raja Muda’ UMNO mengambilalih jawatan yang di sandang oleh Najib sekarang ini.

Najib nampaknya kesaorangan kerana dalam UMNO sendiri terlalu ramai yang berkeyakinan UMNO akan tumpas dan jika mendapat kemenangan pun UMNO akan hanya mendapat kemenangan tipis. Dalam kedua-dua situasi ini Najib terpaksa berundur dan melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Bagaimana situasi ini boleh berlaku, ia merupakan ulangan sejarah dalam UMNO kerana perkara seperti ini sememang nya biasa berlaku dalam parti itu.

SPR jangan jadi "ALAT UMNO"

SPR JANGAN JADI ALAT UMNO - Ketua Pemuda PAS Malaysia

29 Muharam 1434 bersamaan 13 Disember 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tegas untuk tidak membiarkan mana-mana pegawainya menjadi ahli parti-parti politik. Justeru pegawai SPR yang menganggotai mana - mana parti politik akan mendedahkan ketidaktelusan pengendalian pilihanraya oleh SPR dan turut menjejaskan kualiti pengurusan tertinggi SPR lalu mendorong SPR tunduk kepada pengaruh politik kepartian yang boleh menghakis kredibiliti sistem demokrasi negara.

Insiden bias di dalam pilihanraya presiden AS tahun 2000 (Bush lwn Gore) dan pemilihan gabenor Washington DC tahun 2004 telah mendorong kepada penubuhan Suruhanjaya Carter-Baker 2005 yang dengan jelas menolak elemen kepartian di dalam pentadbiran pilihanraya.

Di Thailand pula, suruhanjaya pilihanraya yang dipengaruhi parti-parti politik yang bertanding antara lainnya telah mencetus krisis perlembagaan, mengheret raja dan tentera dalam kancah politik lalu mewujudkan ketidaktentuan berpanjangan di dalam pemerintahan.

Wahai Najib Kalau Benar, Sila Debat Dengan Anwar tak payah cakap belakang-belakang

Kalau Benar, Sila Debat Dengan Anwar Wahai Najib


Hairan bin ajaib. UMNO guna segala media dalam TV, Radio, Akhbar Harian serta cyberuk2 upahan mereka untuk menyebarkan serangan mereka terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pada waktu yang sama, UMNO begitu yakin sekali dengan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan kepada Pakatan Rakyat. Antara tuduhan2 jahat tersebut adalah:
  1. Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat
  2. Anwar Ibrahim adalah seorang penzina
  3. Anwar Ibrahim adalah seorang agen Yahudi
  4. Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan Barat
  5. PAS telah membuang hukum Islam kerana takutkan DAP
  6. PAS telah membuang agenda Negara Islam demi DAP
  7. PAS telah membuang hudud demi DAP
  8. DAP anti Melayu dan Anti Islam
  9. Nurul Izzah sokong hak untuk murtad
  10. PAS Kelantan tak bina masjid
  11. Pakatan Rakyat tidak tepati janji

Hasil kajian Selain Malaysia, pelaksanaan sistem AES juga mendapat bantahan di negara-negara yang melaksanakannya.

Kajian AES Merentasi Negara


Pengenalan

Salah satu elemen utama tadbir urus negara moden yang membentuk legitimasi sebuah rejim pemerintah ialah keterbukaan dari segi proses konsultasi atau rundingan berkenaan dengan penggubalan sesuatu dasar. Apabila sebuah sistem yang melibatkan kesejahteraan/kepentingan rakyat terbanyak seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan oleh kerajaan pusat dan dilakukan tanpa persetujuan kerajaan negeri/tempatan atau rundingan terbuka bersama rakyat, seperti yang dapat dilihat di negara-negara seperti Amerika Syarikat, pelaksanaan sistem tersebut akan dibantah secara terbuka. Hal ini kerana pelaksanaan yang dilakukan secara tertutup, sepertimana yang berlaku di Malaysia, memberi isyarat bahawa pelaksanaan dasar tersebut tidak dilakukan dengan meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan kapitalisme/kronisme.

Seharusnya, dalam pelaksanaan mana-mana dasar penting, mengambil contoh negara Sweden, perancangan dan pelaksanaan sistem AES melibatkan proses konsultasi di mana rakyat diminta untuk mengambil bahagian untuk menjadikan pelaksanaan sistem AES tersebut lebih efektif. Sedangkan di Malaysia, hampir keseluruhan proses dilakukan secara tertutup, fakta-fakta berkaitan sistem AES hanya diketahui selepas kontrak pelaksanaan tersebut ditandatangani.

Pendang di landa ribut

Lebih 50 rumah di Pendang rosak dilanda ribut

Gambar Hiasan
PENDANG - Lebih 50 buah rumah di tiga buah kampung iaitu kampung Bukit Cepat, Alor Nan dan Bukit Kobah dekat sini rosak teruk di bahagian bumbung akibat dilanda ribut.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam turut mengakibatkan pokok tumbang dan menghempap rumah penduduk sehingga ada beberapa buah rumah yang diperbuat daripada kayu roboh sepenuhnya.

Che Puan Morad, 55, berkata dia mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila seluruh bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat dan kelengkapan rumah termasuk perabot serta barangan elektrik rosak terkena hujan.

Katanya ketika kejadian dia berada di rumah bersama dua cucunya yang baru sahaja berkhatan dan tiba-tiba deruman angin kuat datang sekali gus menerbangkan bumbung rumah dalam sekelip mata.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...