TERKINI :

Thursday, December 13, 2012

Marahkan Anwar, Zainuddin Maidin Bakar Hubungan Baik Dengan Indonesia


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat ketidakupayaan Barisan Nasional sebagai peneraju negara semakin terserlah apabila dengan sengaja mencetuskan perbalahan moral dengan negara serumpun iaitu Indonesia melalui satu penulisan 'sampah' yang ditulis oleh Zainuddin Maidin, mantan Menteri Penerangan dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.

AIC melihat penulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai ZAM ini sebagai penuh rasa sombong dan marah, serta tidak menggunapakai etika penulisan yang sebenar dan malas untuk menggali data-data sebenar bagi menerangkan keadaan. Ini turut menggambarkan Barisan Nasional sebagai betul-betul panik menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Zainuddin Maidin sebagai seorang ahli politik veteran dan pengalaman sebagai bekas editor Kumpulan Utusan  tidak menulis artikel itu semata-mata sebagai kolum bacaan biasa, tetapi lebih tertumpu sebagai menipiskan upaya politik dan peluang Dato Seri Anwar Ibrahim dan kekuatan Pakatan Rakyat.

Papagomo Bohong Lagi. Deepak Tidak Sebut Anwar Ibrahim

Tuduhan Papagomo kononnya Deepak Jaikishan membuat beberapa pendedahan berkaitan Najib Tun Razak serta Rosmah Mansur kerana beliau ditaja oleh Anwar Ibrahim. Papagomo juga menyiarkan satu rakaman video yang kononnya menunjukkan Deepak menyebut nama Anwar Ibrahim.

Namun Deepak menafikan tuduhan Papagomo ini sama sekali. Mengikut laporan Freemalaysiatoday
antara hujjah Deepak adalah beliau tidak menyebut nama Anwar Ibrahim pun dalam rakaman video yang disiarkan.

Dan kalau kita lihat rakaman video tersebut pun, yg meletakkan nama Anwar Ibrahim adalah Papagomo (yakni di dalam tulisan berwarna kuning). Deepak sendiri tak sebut Anwar Ibrahim.


Deepak juga berkata rakaman ini dibuat di rumah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO sewaktu beliau bertemu.

Jelas dari rakaman tersebut, Deepak menyebut berkenaan kes beliau dan bagaimana peguam2 beliau menyuruh beliau memberi keterangan2 yang akan menguntungkan beliau.

Apa yang kita boleh harap dari Papagomo ni? 

kuatkuasa syarat kedai gunting rambut di Kelantan ditangguhkan

(Dr Fadzli, Takiyudin dan Anuar Tan dalam sidang media hari ini)

KOTA BHARU: Semua penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut MPKB yang berkaitan dengan Orang Bukan Islam ditangguhkan sementara sehingga satu kajian dan penilaian dibuat semula.

Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Ke Atas Orang Bukan Islam yang telah diguna pakai sejak tahun 1991 itu ditangguhkan serta merta hari ini selepas mesyuarat exco bersetuju untuk berbuat demikian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pemimpin organisasi yang dianggotai masyarakat bukan Islam baru-baru ini.

PKWR Pendang - Nie ada orang Angkut air bawa anak, isteri

Wartawan Sinar Harian
12 Disember 2012
Angkut air bawa anak, isteri
Mohd Zaidi bersama dua anaknya mengangkut air setiap hari menggunakan motosikalnya
 
PENDANG - Kemiskinan hidup yang dihadapi sebuah keluarga di Kampung Kongsi Baru Kilang Kechik Jenun dekat sini menyebabkan mereka gagal menjelaskan bil air yang tertunggak kira-kira RM2,600 sehinggakan bekalan itu dipotong hujung tahun lalu.
Mohd Zaidi Sirajuddin, 36, berkata, dia gagal menjelaskan bil air yang tinggi setiap bulan.

“Pada mulanya saya pelik kenapa bil air tinggi sedangkan saya, isteri dan tiga anak menggunakan air tidaklah terlalu banyak.

“Berikutan itu, saya telah membuat laporan kepada Syarikat Air Darul Aman (Sada) berkaitan perkara berkenaan

“Namun, pihak itu memaklumkan bekalan air rumah saya mengalami kebocoran menyebabkan bil yang dikenakan tinggi,” katanya kepada Sinar Harian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...