TERKINI :

Monday, December 10, 2012

Adakah NAJIB hanya seorang yang "ONE MAN SHOW"???

Pemonopolian Ruang Media Oleh Najib Tidak Berapa Bagus

MENJOLOK MENTARI                                                                                                                        

Menjadi persoalan kenapa yang muncul di dalam tv tiap-tiap malam berkempen untuk kemenangan UBN hanya Najib Razak manakala pemimpin Umno dan BN lain diam membisu atau hampir sesetengahnya tidak muncul langsung. Najib semacam memonopoli ruang berita di tv. Semua berita mengenai Najib, baik penting atau tidak muncul di waktu puncak (prime time). 
Najib Razak: Terlebih publisiti.
Apakah ada peraturan baru semua telivesyen kena memberi keutamaan kepada berita perdana menteri meskipun tidak penting? Mungkin inilah sifat kewartawanan tv yang baru? 


Bukan saja untuk mengumumkan polisi atau dasar-dasar baru kerajaan untuk membantu rakyat, aktiviti Najib berjumpa dengan rakan Fb juga dilaporkan di ruang utama. Kenapa begitu sekali? Kita tahulah tv semua akur dan bersujud sawi kepada perdana menteri, tetapi sampai cerita terjerlus longkang atau isteri keluar dari salon unisex pun dilaporkan melampau sangatlah.

Untuk pemimpin Umno lain jarang-jarang sekali muncul apa lagi mendapat prime time jauh panggang dari api. Walhal pemimpin lain para wakil rakyat setiap hari berkubang dan 'bertumah" dengan rakyat. Mereka juga mahukan kepada publisiti. Walaupun aktiviti pemimpin lain adakalanya lebih penting dan berbobot dari bual-bual Najib tetapi tetap disiarkan selepas Najib. Semacam ada protokol khas pula cerita Najib kena awal.

Hangpa Boleh Percaya Lagi Kaa MUSA HASAN nie..???

BEKAS KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH NI KATA MUSA HASAN HANYA BERSENDIWARA... KAH KAH KAH !

Lu orang agak-agak lah cakap siapa yang lu orang boleh PERCAYA diantara dua individu yang pernah berada di kedudukan TINGGI dalam Pasukan Polis satu masa dulu... iaitu di antara Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (BKJSJKL) Mat Zain Ibrahim... dengan yang gua pernah katakan sebagai BARUA UMNO satu ketika dulu iaitu Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan yang akhir-akhir ini seolah-olah menampakan beliau macam sudah BERTAUBAT... yang mana menurut antara kata BKJSJKL Mat Zain Ibrahim ialah "Musa Hasan perlu SEDAR bahawa KEJUJURAN seseorang itu bukan perkara yang SUKAR untuk DIUJI"...  kah kah kah !.

Kalau dalam satu N3 gua berkenaan Tan Sri Musa Hasan yang bertajuk "Sejak Bila Pulak Lah Barua Umno ni Bertaubat"... maka banyak lah PANDANGAN dan KRITIKAN yang datang dari PRO-UMNO/BN juga PRO-PAKATAN RAKYAT (PR) mengatakan gua tak BERBUDI BAHASA sehingga seolah-olah boleh menghilangkan segala perbuatan TERPUJI bekas BARUA UMNO iaitu Tan Sri Musa Hasan... yang mana DOSA tidak berbudi bahasa seolah-olah lebih DASYAT dari dosa MENGINAYA ORANG... ungkapan TEGURAN tersebut biasa nya datang dari UMNO dan ISI PERUTNYA bila mereka membuat ULASAN bagi menjawap sesuatu perbuatan HARAM JADAH yang dapat dibongkarkan... kah kah kah !.

Orang luar lebih berkuasa dalam PDRM - Musa



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sekali mendedahkan bahawa campur tangan di dalam jabatan polis jelas wujud apabila terdapat orang awam lebih berkuasa dan membuat arahan kepada pihak atasan Polis di Raja Malaysia (PDRM).

Musa yang mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang yang mana sebelum ini pernah mengugut seorang pegawai tinggi polis berhubung dengan satu projek komunikasi di jabatan tersebut.

"Kes ini melibatkan seorang pegawai polis berpangkat Datuk dan juga memegang ijazah PhD yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi.

"Beliau telah ditukarkan ke jabatan lain apabila enggan memenuhi permintaan Robert Phang untuk pentauliahan satu projek berkaitan komunikasi bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang melibatkan Robert Phang pada tahun 2009," kata beliau pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Musa memberitahu, pegawai tersebut telah ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh Ketua Polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Kata beliau lagi, walaupun pegawai tersebut telah dipanggil oleh Ketua Polis Negara namun beliau tetap berkeras tidak mahu menandatangi surat pentaulihan itu dan menyebabkan beliau ditukar 24 jam.

Namun menurutnya, surat pentauliahan itu telah ditandatangi oleh seorang pegawai yang lain bagi tujuan pembayaran walaupun projek tersebut tidak siap sepenuhnya.

"Ini jelas berlaku salah guna kuasa dan segala maklumat yang saya perlolehi ini adalah dari sumber dalaman, tidak perlu saya nyatakan siapa termasuk siapa yang telah diarah pindah itu.

"Kita nampak dengan jelas inilah bukti yang menyatakan wujudnya campur tangan luar di dalam PDRM sehinggakan boleh mengeluarkan arahan tertentu yang menyebabkan keputusan luar biasa dilakukan," sambung beliau lagi.

Musa yang berkata demikian pada satu sidang media yang dianjurkan oleh NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang mana beliau bertindak sebagai penaung.

Tu dia aihh hari tu anak naik heli kat Pedu hari Bapak pulak pie Gulau...

Dr M: Banjir di Kedah kerana pembalakan

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kerajaan Kedah yang diteraju PAS kerana gagal mengawal aktiviti pembalakan di negeri itu sehingga kerap berlaku banjir luar biasa yang merosakkan rumah dan kemudahan rakyat.

Bekas perdana menteri itu berkata keadaan tersebut antara bukti pembangkang tidak mampu mentadbir negeri dengan baik dan penduduk Kedah perlu mengembalikan kuasa memerintah negeri kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Banjir bukan sahaja merosakkan rumah rakyat, tetapi sisa kayu balak yang dihanyutkan banjir juga memusnahkan kemudahan untuk rakyat seperti jambatan, katanya kepada pemberita, di Sik hari ini.

Dr Mahathir ditemui pemberita ketika melawat kawasan yang terjejas akibat aktiviti pembalakan di Kampung Pelangi, Gulau dekat Sik.

Najib tak keharuan untuk hadapi PRU13...

PRU13: Najib diselubungi kebimbangan 


KERDAU:
Datuk Seri Najib Razak dilihat diselubungi kebimbangan di sebalik kenyataannya untuk BN menang pilihan raya umum (PRU) ke 13 dengan menguasai 2/3 parlimen.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemuramah radio internet, Cili FM menyifatkan, tindakan Najib yang memohon maaf ketika Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini jelas menggambarkan BN dalam posisi 'boleh tewas' pada PRU13 nanti.

"Saya tengok, di satu waktu dia kata yakin kuasai 2/3 majoriti.

"Satu masa dia merayu, waktu lain dia mohon maaf. Ini saya ingat tanda-tanda awal… saya tak nak sambung… tanda-tanda awal apa tambah sendiri,” kata beliau sambil berseloroh ketika ditemuramah DJ CucuMatKilau (Ahmad Syukri).

Menurut beliau lagi, tindakan berkali-kali merayu memohon maaf itu juga membuktikan bahawa Umno BN sudah sedar mereka sedang berdepan dengan penolakan rakyat akibat kerosakan yang dilakukan parti pemerintah itu.

“Kalau orang tak salah, dia tak akan minta maaf. Dah banyak kali, dia minta maaf," katanya.

Macam sial ja penyokong UMNO BN nie... dok mencarut lepas tu takbir Allah Huakbar...!!!


Putrajaya: Dapatkan 4 juta undi atas pagar

TEMERLOH: Pendukung Pakatan Rakyat diingatkan supaya berusaha untuk mendapatkan sokongan 4 juta pengundi ‘atas pagar’ pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti jika mahu menawan Putrajaya.
Demikian dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Pahang di Dataran Kerdau, sebentar tadi.

Katanya, 3 juta daripada mereka adalah pengundi baru sementara 1 juta adalah pengundi pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.

Justeru, kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, Pakatan Rakyat perlu mendapatkan 70 peratus daripada mereka pada PRU13 nanti bagi merealisasikan hasrat menguasai Putrajaya.

“Kita boleh mara ke Putrajaya, kita kena dapat sokongan semua kaum,” ujarnya.

Baginya, kehadiran peserta himpunan malam ini yang melebihi 30,000 orang daripada pelbagai kaum mendapat satu mesej bahawa kenyataan pemimpin BN adalah bohong.

Katanya, rakyat menolak dakwaan pemimpin BN kononnya apabila DAP menang, kuasa Melayu akan hilang.

TAHNIAH.. Syed Mokhtar lagi...

Syarikat Syed Mokhtar dapat 40 dari 60 4G-LTE

KUALA LUMPUR: Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menganugerahkan peruntukan 40 Mhz 4G-LTE kepada sebuah syarikat baru, Puncak Semangat Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar) mengejutkan.

Ini kerana, syarikat ini tidak pernah diketahui terlibat dalam bidang ini berbanding dengan beberapa syarikat utama yang terlibat selama ini.

Syarikat yang sedia ada iaitu Maxis Broadband Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Redtone Marketing Sdn Bhd, YTL Communications dan Packet One Networks (M) Sdn Bhd hanya diberikan 20MHz daripada peruntukan jalur lebar itu.

"Soalan untuk SKMM adalah, kenapakah syarikat yang tidak mempunyai sebarang pengalaman telah diberikan hak untuk mendapat bahagian terbesar dalam peruntukan jalur lebar itu," tanya Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP.

Ini menjadikan SKMM terus dilanda kontroversi sekali lagi dalam menganugerahkan lesen.

Betulkah gambar Bendera PAS di GAZA menipu..!!

Ada Golongan masih menafikan bahawa bendera Malaysia dan PAS berkibar megah dalam Perhimpunan 25 tahun HAMAS di bumi Palestin.. mereka mengatakan itu hanyalah photoshope dalam ertikata gambar yang telah di edit....

namun satu video klip yang ada di YouTube telah menyanggah apa yang difikirkan dalam kepala mereka untuk menafikan berita tersebut....


Undang-Undang Mak Bapak BN - Guru dan Student boleh berpolitik tetapi kena sokong BN sahaja...!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Bila terbaca bab student dan mahasiswa boleh berpolitik nie teringat la pulak cikgu yang kena diberhentikan disebabkan pergi dengaq ceramah anwar ibrahim.... Student dengan bangga boleh kibar bendera parti politik manakala cikgu pula di halang dan disekat...

tetapi rasanya anda semua tahu kenapa student ini boleh berpolitik dan cikgu itu juga boleh berpolitik sekiranya mereka mengibar bendera yg sama seperti adik-adik kita kat atas nie.... cuba kata adik-adik nie kibar bendera warna HIJAU..kompom macam-macam fatwa akan keluarnya.... tak cukup umur nak berpolitik, study bagi habih dahulu dan macam-macam lagilah....

Jangkahayat BN semakin menipis...!!!

PRU: 'BN hanya mampu majoriti tipis, PR kekal 4 negeri'
NOR ATIEYAH YUSOFF
10 Disember 2012
 Mohamad Abu Bakar
Mohamad Abu Bakar
 
Mukadimah

Sebagai seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sering dipanggil dalam majlis ilmu termasuk pernah dua kali menjadi moderator Wacana Sinar Harian.

Beliau sering melontarkan buah fikiran dan pandangan terhadap isu semasa dan juga politik secara kritikal namun jujur. Wartawan Sinar Harian, NOR ATIEYAH YUSOFF sempat bertemu beliau baru-baru ini. Ikuti temubual tersebut.

Apa pandangan Prof mengenai peranan wacana yang dianjurkan Sinar Harian?

Wacana dilihat sebagai saluran untuk membincangkan perkembangan yang berlaku dalam politik semasa negara kita. Tiada saluran lain yang seperti ini, keistimewaan dapat mengumpul ahli politik (kerajaan dan pembangkang) untuk berbincang dan bukannya tertumpu pada perbalahan fizikal semata-mata, atau membincangkan isu negara bukan lagi sekadar cakap kosong di kedai kopi.

Wacana ini menyediakan saluran yang lebih baik dan bermakna untuk ahli politik menyuarakan pandangan masing-masing. Saya berharap wacana seperti ini dapat diteruskan lagi bagi menambah idea dan hujah yang lebih bernas daripada ahli panel yang terlibat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...