TERKINI :

Sunday, December 9, 2012

Ustaz Azizan yakin Pakatan kekal di Kedah

(Tuan Guru Haji Saleh Musa memimpin doa dengan diaminkan oleh Datuk Seri Anwar dan juga Ustaz Azizan)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin Pakatan Rakyat akan mengekalkan kuasanya di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita yakin di negeri Kedah, kita akan berjaya mempertahankan kerajaan kita dengan kerjasama semua pihak dalam Pakatan Rakyat," kata Azizan sewaktu berucap dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dekat sini.

Azizan menolak sebarang usaha yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) untuk cuba membeli undi rakyat.

Ianya disifatkan oleh Azizan sebagai tindakan menggelabah BN dalam membendung kebangkitan rakyat.

"Sebelum tahun 2008, bila kita kata kita akan menawan Kedah, mereka ingat kita main-main.

"Bila kita berjaya baru mereka sedar," kata Azizan yang berucap panjang lebar menjelaskan isu itu dalam ucapannya.

Walaupun sebelum ini beliau dikatakan tidak sihat, tetapi ucapan beliau malam itu meyakinkan lebih 20,000 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di stadium terbuka itu.

(Puluhan ribu rakyat doakan kemenangan untuk Pakatan)

Selepas berjaya memerintah, Umno dan BN berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri termasuk cuba membeli wakil rakyat Pakatan.

"Pada waktu itu selain berusaha menjaga wakil rakyat kita supaya tidak lari, alhamdulillah dah tak ada sekarang, dalam masa yang sama kita hendak mentadbir negeri.

"Semua orang tahu perkara ini tetapi Tuhan tidak memberikan keizinan kepada mereka kerana kekuasaan, harta adalah anugerah Allah," kata Azizan.

Menurut Azizan, pelbagai usaha telah dibuat BN bagi menjatuhkan kerajaan negeri termasuk memfitnah, "Dan semua fitnah itu telah balik sendiri kepada mereka."

Hari ini, katanya, semua pihak telah lihat kemampuan kerajaan negeri yang ada untuk memtadbir, "Dan insya Allah akan kekal ke hujung penggal iaitu penggal yang paling lama, lagi dua bulan cukup lima tahun kita memerintah," tegas Azizan.

Najib nie jika mohong orang UMNO boleh la main angguk saja.. jika kami sorry lah jawabnya...!!!

Najib tambah hutang negara RM200 billion, mengaku pandai urus ekonomi


Hutang yang ditinggalkan Umno di Kelantan ialah RM718 juta. Kerajaan Pas Kelantan bayar secara konsisten RM11 juta setiap tahun kepada kerajaan pusat dan sehingga kini telah membayar RM220 juta. 
Di Pulau Pinang, kerajaan negeri diketuai Lim Guang Eng selesaikan hutang negeri sebanyak RM600.47 juta yang gagal diurus oleh parti Gerakan BN hanya dalam masa 4 tahun sahaja. Kini baki hutang hanya tinggal RM29.66 juta. 
MB Selangor sahkan rizab perbendaharaan negeri Selangor pada suku kedua tahun 2012 mencecah RM2.1 Billion sedangkan Umno hanya tinggalkan sebanyak RM500 juta pada tahun 2007. Hutang yang ditinggalkan Umno sebelum ini ialah RM829.86 juta, dan sejak 2008 kerajaan PR Selangor telah membayar hutang sebanyak RM253 juta. 
Dalam masa yang sama, kerajaan Umno Pahang kini berhutang kira-kira RM2.17 billion sehingga ramai yang menjangka Pahang diambang muflis. 
Manakala hutang kerajaan Umno Negeri Sembilan dengan kerajaan Perekutuan sehingga akhir 2011 setinggi RM1.44 Billion. 

Bendera Pas Berkibar Megah Di Ghozzah

Benarlah perjuangan yang dibangkit atas semangat dan roh akidah Islamiyah tidak mudah untuk dicabar dan dinafikan. Makin ianya ditekan, ia akan bangkit dan terus bangkit. Perjuangan Islam seperti Pas itu juga tidak pernah gerun dengan tekanan dan kejahatan ke atasnya. Ia akan merebak dan tumbuh subur seperti rerumput selepas dibakar hangus oleh sekawan api yang lahap.

Rumput persis lalalng, boleh dibakar hangus dan sisa-sisanya menjadi puing tetapi akar tunjang (Islamnya) tidak akan ikut sama hangus. Selepas semuanya menjadi abu dan setelah hujan turun menyiram bumi ia akan bangkit kembali, malahan daya suburnya makin tinggi. Nah, begitulah juga dengan sunnah dan fitrah perjuangan Islam.

Kehebatan Pas kini ternyata tidak terlawan oleh parti sekular Umno yang menjadikannya sebagai musuh tradisi. Hingga kapan pun Umno tidak akan menang! Barang kali di sinilah menyebabkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tegak dan teguh dengan pegangan dan keyakinannya, bahawa Pas jauh lebih benar dari Umno.
Sehelai bendera Pas dicelah-celah ribuan bendera Hammas.
Saya melihat kehebatan Pas ini dari sudut terpencil yang mungkin tidak terpandang oleh sesiapa; iaini mengenai kegigihan dan kesungguhan pendokongnya meletakkan lambang parti itu di mana-mana saja. Lambang atau panji adalah simbol kekuatan hayat sesebuah perjuangan atau parti itu. Lambang atau bendera Pas sehingga ini sudah berada di mana-mana, bukan saja di bumi Malaysia, tetapi nun juah di dunia dan benua terpencil.

Isu Musa Hasan - Tidak payah sangka buruk sama dia laa.. jika dia khianat biar rakyat yang menilainya...

Kalau Musa Hassan hendak melakukan kebaikan, apa salahnya?

Saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh beberapa orang bekas pegawai tinggi Polis yang telah bersara semasa kita sedang menghadapi saat akhir pilihanraya umum kali ini, yang merupakan ‘mother of all general elections’. Kenyataan yang banyak di keluarkan oleh bekas IGP, Musa Hassan membuatkan beliau menjadi bahan polimik dan perbincangan di kalangan ramai rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan terakhir sebelum pilihanraya yang amat mendebarkan pihak BN ini.

Bagi pembangkang mereka bukan lah pihak yang ‘desperate’ seperti UMNO dan BN kerana kekalahan sudah menjadi pakaian mereka sejak dari kita mula mencapai kemerdekaan dahulu. Pemimpin-pemimpin pembangkang telah ramai ditahan di bawah ISA bertahun-tahun lamanya. Pengalaman serta tekanan yang terlalu kuat kepada pimpinan parti ini telah membuatkan PAS sebagai satu parti yang mempunyai ‘resilience’ yang tinggi. Jika PAS dan DAP dituduh pihak yang desperate, itu merupakan tuduhan liar.

TG Nik Aziz - Di Antara Kekerasan Tapak Kaki dan Hati Manusia...!!!!

Perlawanan Persahabatan KEDAH waktu terdekat...

Hijaukuning.Com
Setelah disahkan oleh pihak pengurusan skuad hijaukuning, berikut adalah siri perlawanan persahabatan pra-musim untuk pasukan Kedah dalam persediaan Liga-M 2013.

KEDAH PRE-SEASON MATCH 2012 M-LEAGUE

Kelantan FA vs Kedah FA
12 Dis | Rabu | 8.45malam
Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, Kelantan

--------------------------------------

Kedah FA vs Wuchon United Songkhla
16 Dis | Ahad | 8 malam
Stadium Songkhla, Thailand

---------------------------------------

Kedah FA vs Kelantan FA
26hb Dis | Rabu | 8.45malam
Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

---------------------------------------

Gerakan & MCA pakat belasah DAP sebab bagi peruntukan agama sampai 300%

Parti Gerakan membidas DAP kerana berlaku adil kepada Islam

Dua Hari lepas Teng Chang Yeow, Pengerusi BN P Pinang, menunjukkan sifat rasis Gerakan. Teng telah memainkan isu kaum dan agama yang sangat sempit semata-mata kerana politik sempit BN P Pinang. Kali ini BN sekali lagi menunjukkan sikap bermuka-muka mereka dengan membidas Lim Guan Eng kerana memberikan peruntukan 300% kepada Hal Ehwal Agama Islam di negeri itu. Dalam pada itu komponen terbesar BN, UMNO pula telah bercakap bergegar-gegar dalam perhimpunan parti itu minggu lepas dengan cuba menonjolkan yang UMNO memperjuangkan Islam dengan serius.
‘Satu undi untuk PAS, adalah satu undi untuk kehancuran Islam’ kata Presiden nya, Najib yang akhir-akhir ini cuba melekatkan imej Islam kepada diri beliau sendiri. Kalau benar Najib dan UMNO itu kuat memperjuangkan Islam, Presiden parti itu sepatutnya membuat kenyataan akhbar untuk memberikan pujian terhadap Lim Guan Eng (LGE)  kerana peruntukan yang besar untuk kegiatan agama beliau itu. Najib sepatutnya membidas Teng Chang Yeow kerana membantutkan usaha meyakinkan rakyat bahawa BN itu memperjuangkan Islam seperti yang termaktub di dalam Bab 3 Perlembagaan UMNO itu.
BN dan UMNO nampaknya hanya beretorik tentang Islam ini, sebaliknya DAP pula membantu PAS dalam memperkemaskan isu Islam dalam perjuangan Pakatan Rakyat. UMNO hanya sarat dengan slogan. Dulu UMNO berslogan ‘bersih, cekap dan amanah’ tetapi tidak di laksanakan, tetapi DAP pula yang melaksanakan slogan itu dengan mentadbir P Pinang dengan bersih, cekap dan amanah. Begitu juga di Selangor, Kedah dan Kelantan: apa yang di slogankan UMNO, itulah yang dilaksanakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Alaaa relax la Puad Zakarsi oi..jangan tunjuk sangat gelabah bewak hang tuuuu..!!!

Siapa Panik Anwar Atau Puad Zakarsi?

Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi mendakwa Anwar Ibrahim kini semakin panilk dengan angan-angan dan impian untuk menjadi perdana menteri sehinggalkan terpaksa membawa bekas presiden Indonesia BJ Habibie datang ke negara ini untuk menyakinkan ahli parti Pakatan Rakyat khasnya ahli PKR.
Puad Zarkashi.
Puad di zaman kampus dikenali sebagai seorang pengkagum Anwar di ranting teratas menyifatkan kedatangan Habibie ke negara ini untuk mengembalikan reputasi Anwar untuk jadi PM setelah ianya terganggu apabila ada mereka dari pembangkang yang menimbulkan kesangsian terhadap Anwar.

Kata Puad akar umbi dalam parti dan golongan intelektual Islam mempertikaikan kepimpinan Anwar untuk menjadi PM. Sayang sedikit Puad tidak mendedahkan nama-nama yang dikelaskan sebagai intelektual Islam itu? Apakah orang itu Zainal Kling ataupun Kamaruddin Kacau ataupun Sidek Baba?

Justeru bimbang dengan situasi itulah menurut Puad menyebabkan Anwar terpaksa membawa bekas Presiden Indonesia itu ke negera ini dan memberi beberapa syarahan. Kelmarin Habibie ke Universiti Selangor (Unisel) kampus Shah Alam, di mana lebih 500 hadir mendengar ceramahnya.

Setitik air kesan pembalakan pun tidak masuk ke Tasik Pedu

 

PADANG TERAP - Hutan tadahan hujan di Tasik Pedu semakin terancam! Demikian tema liputan besar-besaran oleh media talibarut BN yang difokuskan semata-mata untuk memburukkan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Kedah. Tiada apa lagi isu besar yang boleh dimainkan untuk membohongi rakyat jelata mengenai Kedah, maka isu 'kemusnahan' hutan di kawasan yang jauh nun di pedalaman Kedah dijadikan modal maklumlah di situ bukan kawasan ramai penduduk. Jadi lambatlah sedikit pembohongan itu diketahui orang.

Dua pembohongan utama yang dimainkan oleh media serta juga para pemimpin BN. Pertama, kononnya kawasan hutan yang dicerahkan untuk projek agroteknologi itu adalah berstatus Hutan Simpan Kekal. Sebenarnya kawasan terbabit adalah hutan simpan biasa yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Pedu pada 11 September 1952. Ia boleh diubah status mengikut prosedur tertentu. Hutan Simpan Kekal ialah hutan Tasik Pedu yang terletak cuma di seberang laluan TEKIH (sebagai sempadan) dengan kawasan agroteknologi.

Mai tengok lekaih....Selepas Kedah semalam depa himpun di Melaka pulak...

Gambar Sekitar Perjalanan Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka Yang Penuh Rintangan dan Dugaan

SEBARKAN KEPADA RAKYAT

Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka Penuh Rintangan
HKR Melaka berjaya tingkatkan kebencian orang Melaka kepadaAli Rustam. Tuan tanah pertama mampu bertahan 3 hari, tuan tanah kedua 1.5 hari. Tuan tanah ke 3 adalah rakyat Melaka. HKR Melaka. 8 Disember 2012, Lorong Pandan.

Kerja Permasangan Sedang Dilakukan 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...