TERKINI :

Saturday, December 8, 2012

Ketua Umno Kedah nie nak kencing orang ka atau dia yg kena kencing...!



ear: both; text-align: center;">




Resepi atau ubat mujarab yang boleh menghapuskan dosa penyakit hati...




Hassan Al Basri seorang ulama` terkemuka  yang berasal dari basrah, Iraq melihat seorang pemuda datang kepada seorang doktor dan bertanya sesuatu. Katanya, Wahai doktor apakah tuan mempunyai resepi atau ubat mujarab yang boleh menghapuskan dosa penyakit hati?, Doktor itu menjawab "Ada". Pemuda itu berkata lagi, tolong berikan resipinya dan doktor itu menyebut lapan resipi yang akan meleburkan dosa.

1.      Ambilkan akar pohon rasa fakir dan berhajat kepada Allah bersama akar kerendahan hati yang ikhlas kepada Allah
2.      Jadikan taubat sebagai campurannya , lalu masukkan wadah redha atas semua ketentuan dan takdir Allah
3.      Campurkan dengan campuran Qana`ah iaitu rasa puas dengan apa yang Allah berikan kepada kita
4.      Jadikan taubat sebagai campurannya
5.      Masukkan dalam kuali taqwa, tuangkan kedalamnya air rasa malu, lalu didihkan dengan api cinta
6.      Kemudian masukkan kedalam adunan syukur
7.      Serta keringkan dengan kipasan harap
8.      Lalu akhirnya minumlah dengan senduk pujian

Jika saudara mampu melakukannya pasti saudara mampu mencegah penyakit dan pelbagai ujian sama ada di dunia atau akhirat. Selamat mencuba…

Kampus Kuin RM330 juta dibuka Januari ini

(Lebih 20,000 memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim mendengar ucapan MB Kedah)

ALOR SETAR: Negeri Kedah akan mempunyai sebuah kampus universiti bernilai RM330 juta apabila kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dibuka di Kuala Ketil, Kedah Januari depan.

Dengan siapnya kampus ini, Kuala Ketil dijangka bakal menjadi satu pusat pertumbuhan baru di negeri Kedah selepas Sungai Petani dan Kulim.

"Kampus ini akan dibuka Januari ini, tiga bulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan sebelum ini," umum Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Pengumuman ini dibuat beliau semasa berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dekat ini.

Ustaz Azizan berucap hampir setengah jam di depan lebih 20,000 penyokong Pakatan yang memenuhi stadium terbuka itu.

Jalan ke Putrajaya semakin terbuka luas

(Pemimpin Pakatan berdoa untuk memohon kekuatan 
dan bantuan dari Allah untuk ke Putrajaya)

ALOR SETAR: Para pemimpin Pakatan Rakyat yakin, jalan untuk ke Putrajaya semakin terbuka luas ekoran tanda-tanda yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 12) baru-baru ini.

Permohonan maaf Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan tangisan perwakilan mereka yang berucap membayangkan tanda-tanda itu.

Pasai pa NAT TOK JALAI kena pindah.. Siapa nak jawab nie..???

Assalamualaikum. Apa cerita dgn Nat Tok Jalai, Jitra ni...tetiba ja nak kena pindah. Seingat saya dari kecik2 lagi nat tu dah ada. Memang terkenai nat ni selain di Kelang Kecik Pendang. Hampir 99.9% orang Islam Melayu dok menega kat situ.

Sebenarnya nak bagi laluan kat sapa...projek peremahan kat sebelah tu ka atau atau aduan dari penduduk setempat hinggakan pihak MDKpasu ambik tindakan sampai macam tu sekali?

Kalau kita tengok, bukan saja para peniaga yang dapat mencari rezeki disitu. Malah pihak PIBG Sekolah Tunku Anum pun tumpang mendapat rezeki dengan adanya nat ini. Saya anggarkan tak kurang dari RM500 setiap minggu pihak PIBG ni dapat kutip duit parking. Cuba kita kali tengok : 1 minggu : RM500 X 1 = RM500, 1 Bulan : RM500 X 4 = RM2000, Setahun RM500 X 52 = RM26000. Ini baru satu pihak yang mendapat tempias sampingan yang dapat kita buat anggaran keuntungan yg diperolehi. Dengan duit ni la pihak PIBG dapat merancang program pendidikan yang dapat meningkatkan tahap pendidikan anak2 kita yang mengaji disitu.

Kalau nak kira anggaran pihak yang meniaga secara langsung kat situ...saya tak reti nak kira sebab sudah tentu lebih besar dari kiraan anggaran diatas. Dengan keuntungan inilah depa puak menega ni akan balik sara anak2 depa yang entah berapa ribu orang.

Stadium Sultan Abdul Halin di limpahi oleh manusia...

(Ustaz Azhar Idrus memberikan tazkirah di majlis petang 
menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat malam ini)

ALOR SETAR: Lebih 5,000 rakyat Kedah mula berhimpun di Stadium terbuka Sultan Abdul Halim, Suka Menanti petang ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah.

Majlis bermula sejak jam 3 petang apabila para pemuda PAS membuat perarakan bermotor dari Gurun ke stadium berkenaan.

Di stadium terbuka itu, ucapan dari pelbagai NGO dibuat untuk menyatakan sikap mereka dalam pelbagai perkara yang menyangkut perjuangan dan tuntutan masing-masing.

Yang Keluaq UTUSAN - Kuliah Ustaz Azhar tidak dapat sambutan di Kedah


Utusan cakap hanya 30 orang saja hadir ceramah Ustaz Azhar Idrus di Kedah. Manakala TV3, mengatakan sambutan menghampakan untuk ustaz azhar idrus kerana Pakatan Rakyat.

Isu STDC: Pemuda PAS Padang Terap lapor polis


PADANG TERAP: Pemuda PAS Padang Terap meminta pihak polis menyiasat pemimpin tertinggi dalam Anak Syarikat Negeri Kedah, Seri Temin Developement Corporation (STDC) yang didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk kepentingan Umno.

Ketuanya, Nasir Zakaria membuat laporan polis terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah (STDC), Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Adun Pedu di Balai Polis Kuala Nerang, kelmarin.

Dalam persidangan Dun Kedah pada 20 hingga 22 November lalu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, dari tahun 2003 hingga 2008, STDC mengeluarkan duit untuk membiayai parti politik Umno.

Duit itu antaranya digunakan untuk memberi sumbangan tunai kepada 15 kawasan parlimen menjelang pilihan raya umum ke-12 sebanyak RM1.7 juta.

Selain itu, duit STDC juga digunakan untuk membeli kereta Proton Gen 2 kepada penasihat CEO STDC berjumlah RM42,431,64.

Duit syarikat turut digunakan bagi membeli cenderahati sempena mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap sebanyak RM26,150.

Coretan Bergambar Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...