TERKINI :

Friday, December 7, 2012

Live HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT dari KEDAH..



FreeVideoCoding.com

AmanTV.net


Isu Campur Tangan Kuasa POLIS - Hishamuddin, Musa Hassan sama-sama bersalah

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN


Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin Hussein terlibat dalam memberi arahan kepada pegawai-pegawai polis yang lebih rendah daripadanya dan pegawai polis di peringkat daerah.

Musa menyatakan beliau telah menegur tindakan Hishamudin tersebut dengan menarik perhatian kepada Seksyen 4 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan bahawa kuasa memberi arahan kepada pihak polis hanya diberikan kepada KPN.

Bagi PAS dan penyokong Pakatan Rakyat yang seringkali menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman pihak berkuasa, khususnya pihak polis, sudah lama merasakan kerakusan dan kezaliman polis tersebut hasil restu Umno dan pemimpin tinggi parti tersebut. Pendedahan Musa membenarkan tanggapan Pakatan selama ini - polis adalah ejen Umno!

Polis telah disalahgunakan oleh Umno melalui Hishamuddin. Jika apa yang dilakukan Hishamuddin di era Musa KPN logiknya hal sama terus berlaku sehingga kini iaitu di bawah KPN sedia ada.

Pendedahan Musa meyakinkan kita bahawa tiga perhimpunan Bersih di ibu kota sebelum ini menunjukkan bahawa Hishamuddin adalah "culprit" sebenar ke atas segala kezaliman pihak polis ke atas rakyat.

Awas..!! Jangan dok syok sangat dengan 'come back' bekas-bekas KPN nie..!!!!

Menyuluhi Musa Hassan: Apa Sebenarnya???

Kemunculan secara aktif bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan bercakap mengenai beberapa tindakan jabatan atau pasukan yang pernah dipegangnya, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ke belakangan ini menimbul sedikit tanda tanya. Apa lagi penglibatan beliau itu memberi kesan negatif kepada PDRM dan terutamanya mereka yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal polis.

Orang menjadi sasaran beliau ialah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein sendiri. Kritikan itu dilihat sebagai satu keberanian yang pelik kerana jarang bekas pegawai tinggi kerajaan yang sedang menikmati kemudahan selepas bersara membuat kritikan terbuka seperti itu. Selalunya adalah sesuatu yang berlaku, pelik.. kerana kalau tidak masakan tempua bersarang rendah.
Musa Hassan
Apa ditimbulkan Musa kononnya Hishmuddin mencampuri urusan polis dengan memberi arahan kepada pegawai junior polis dan seorang ketua polis negeri melakukan sesuatu tanpa memaklumkan kepadanya. Perbuatan Hishamuddin itu dianggap mencampuri urusan polis dan salah mengikut akta polis.

Lantaran itu ada orang bertanggapan beliau berbuat begitu kerana dendam disebabkan kontreknya kali kedua sebagai KP tidak disambung oleh Hishmuddin. Bagaimana pun beliau menafikan, apa dilakukan untuk memperbetulkan sesuatu yang salah dalam pasukan itu demi menjad imej dan intergriti polis.

Pendirian dan pengakuan itu ada munasbaah dan boleh diterima. Tetapi ia tetap menjadi persaolan kenapa Musa tidak berbuat begitu semasa dia masih menjadi ketua polis? Apakah sekiranya dia sambung kontrek dia juga akan berdiam diri dan terus bersubahat dengan kekotoran itu? Kalau begitu adalah baik pegawai tinggi kerajaan tidak diberi kontrek (sambung jawatan) untuk menyaksikan berlaku pendedahan keburukan sesuatu jabatan?

Kita lawan UMNO APCO sampai KO....!!!

pakatan ceramah shah alam 041211 anwar
Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam.

Dengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain.

"(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar.


Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.


"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu?


"Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.

Tanda harga barang akan naik... Hidup BN.. Hidup Melayu..!!!

Zeti: Subsidi dikurang secara berperingkat
Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2012
Zeti: Subsidi dikurang secara berperingkat
Zeti ketika menyampaikan ucapan pembukaan dalam satu forum 
pada hari ketiga persidangan WIEF kelapan semalam.
 
JOHOR BAHRU – Langkah pengurangan subsidi secara berperingkat tidak akan memberi kesan inflasi kepada negara atau menyebabkan pengguna menanggung beban kenaikan harga tinggi.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi ketika ini, Malaysia mempunyai ruang mengurangkan subsidi secara berperingkat agar industri dan pengguna bersedia menghadapi perubahan yang berlaku.

“Malaysia mempunyai prospeks untuk menyelaraskan subsidi secara beransur-ansur supaya industri dan pengguna sedar dan dapat menyesuaikan diri dengan tindakan yang diambil.

“Tempoh pelaksanaan subsidi secara berperingkat ini, memberikan lebih ruang kepada peniaga mencari penyelesaian mengurangkan perbelanjaan agar peningkatan kos tidak diletakkan sebagai beban.

“Peniaga boleh menguruskan perkara ini dengan lebih cekap dengan meningkatkan produktiviti mereka dan keadaan ini boleh mengurangkan peningkatan harga kepada pengguna,” katanya.

Kepada Samseng... Pesilat Gayong Malaysia juga akan berkawal di himpunan petang nanti..!!!

Jangan salah guna ilmu silat – Pengasas Silat Pusaka Gayong

 Photo: Himpunan Kebangkitan Rakyat, Alor Setar Kedah 07/12/2012 Jumaat
KUALA LUMPUR 9 DIS: Orang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa.

“Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak.
“Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara.

Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu.

Umno tidak bermoral, pemimpin pula rendah akhlak

Apa yang sedang dikatakan oleh Tan Sri Musa Hasan akhir-akhir ini merupakan ‘consequence’ yang amat buruk hasil daripada pencerobohan pihak ‘executive’ terhadap badan-badan bebas seperti Badan Kehakiman dan Perundangan serta ‘Badan Legislative’ yang mula dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir dan Dr Mahathir itu sendiri. Walaupun ramai yang menentang tindakan Dr Mahathir mencemari badan-badan bebas negara semasa itu, tetapi mereka ini tidak dipedulikan kerana ketamakan kuasa dan tidak mahu tunduk kepada sistem demokrasi negara.

Pihak kerajaan pimpinan Mahathir semasa itu amat jelas tidak berakhlak dengan memecat Ketua Hakim Negara dan empat Hakim Mahkamah Agung semasa itu. Dr Mahathir telah menekan Badan Kehakiman khususnya terhadap Tun Salleh Abas semasa Mahkamah Agung bersedia untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO (asal) untuk menghidupkan UMNO yang telah dibunuh oleh Dr Mahathir.

Kalau dikaji dari mana sudut penghakiman sekali pun, UMNO asal akan hidup, dan inilah yang tidak digemari oleh Dr Mahathir. Mahathir mahukan UMNO asal itu mati terus dan tidak mahu melaksanakan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan untuk diadakan sekali lagi pemilihan UMNO. Pemilihan sebelumnya itu tidak sah kerana wujudnya beberapa orang yang tidak layak mengundi dan menjadi perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung 1987.

Dr Mahathir tidak mahu pemilihan itu diadakan sekali lagi kerana takut dengan keputusan pemilihan yang demokratik dalam UMNO semasa itu. Dr Mahathir terpaksa menggunakan peguam, Sri Ram, untuk mengharamkan UMNO di Mahkamah Tinggi kerana Dr Mahathir mahu UMNO terus mati dan beliau terus menjadi Perdana Menteri walaupun jawatan yang beliau pegang itu sudah tidak lagi ‘legitimate’.

UMNO sedang berada di wad psikiatry - sekejap menangis.. sekejap ketawa....

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam ucapan perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri dengan bongkaknya ketawa mengejek Pakatan Rakyat, “Ha ha ha..” Kali pertama dalam sejarah politik Malaysia teks ucapan perasmian parti yang sebesar itu terdapat ungkapan “ha ha ha”, ketawa yang dibuat-buat.

Keesokannya Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pula deng terpekik terlolong mencerca Pakatan dengan pelbagai ramuan fitnah dalam ucapan perasmiannya.

Perbahasan oleh para perwakilan pula bermacam ragam. Ada yang mengajak hadirin menyanyi beramai-ramai. Lepas itu menangis pula beramai-ramai. Ucapan merapu perwakilan usah dikira sehingga ada yang mendakwa Umno adalah parti pilihan Allah SWT.

Sebahagian besar pemimpin dan perwakilan berucap membelasah PAS sebagai parti yang kononnya menjadi alat DAP dan KeADILan. Tidak kurang pulak ada yang menuduh PAS sesat. Di celah-celah itu muncul pula pemimpin Umno yang mengajak PAS bersatu dengan Umno demi kekuatan Melayu dan Islam. Hendak berkawan pula dengan orang sesat. Selepas puas menyalahkan Pakatan dan mendakwa seolah-olah Umno itu ideal, mereka mengakiri perhimpunan meminta maaf dari rakyat jelata dan memberi lagi peluang kepada mereka untuk berkuasa. Sungguh kontradik.

Mantan KPN pun tegur bab penswastaan AES...!!!

AES tidak sepatutnya diswasta, kata Musa
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
6 Disember 2012
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)

SHAH ALAM - Perkara-perkara yang membabitkan pelaksanaan undang-undang seperti kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak wajar diswastakan kerana boleh menimbulkan persoalan di kalangan rakyat sama ada ia bermotifkan keuntungan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Justeru, kata beliau, dalam keadaan sekarang penerangan yang terperinci harus dilakukan supaya rakyat benar-benar faham berkenaan hal itu dan tidak menimbulkan persepsi yang bukan-bukan.

"Sepatutnya benda-benda seperti penguatkuasaan kita tidak boleh swasta tetapi oleh kerana sudah dibuat begitu, jadi saya harap ini harus dimulakan dengan memberi pendidikan kepada orang ramai terlebih dahulu kerana mereka takut sekiranya sistem ini hanya untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat. Itu kita kena beritahu. Itu penting," jelas beliau.

Kenapa harus ada politik samseng... mana politik hujah dan fakta..???

Politik samseng: Jangan gadai maruah kita
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN DAN JAMILAH HAMZAH
7 Disember 2012
Politik samseng: Jangan gadai maruah kita
Tajuk muka depan edisi Sinar Harian hari ini.
 
BUDAYA politik samseng yang semakin menular di negara ini hakikatnya tidak wajar berlaku.
 
Apatah lagi ia bukan budaya masyarakat Timur yang sekaligus apabila berlaku, menggambarkan budaya politik Malaysia masih tidak matang meskipun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lamanya.
 
Hakikatnya, ia hanya mencemarkan tatasusila dan menjatuhkan maruah rakyat Malaysia di mata dunia. 
 
Namun, dalam senario politik yang semakin tertekan pada hari ini, parti pemerintah dan pembangkang terpaksa akur, kedua-duanya sudah tidak mampu mengawal gejolak jiwa penyokong masing-masing kerana terlalu taksub kepada pemimpin mahu pun fahaman politik mereka sehingga merelakan pertumparan darah.
 
Peristiwa terbaru yang berlaku di Gombak Selasa lalu menjadi saksi bahawa semakin ramai rakyat Malaysia gagal mengawal emosi apabila menyentuh hal-hal politik. 
 
Malah kes-kes sebelum ini apabila politik menghalalkan apa jua jenis perbuatan termasuk menayang punggung kepada gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...