TERKINI :

Wednesday, December 5, 2012

Nyanyi lagu ANAK KECIL MAIN API... tapi tanah Rizab Melayu tergadai tak sedaq..!!

Anak kecil main api: Silap mata, silap lidah terhebat

oleh Ahmad Anwar Asyraf

Bukan main hiba wakil Kelab Umno Luar Negara sewaktu Perhimpunan Agung Umno tempohari sewaktu menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api". Bercucuranlah air mata perwakilan kononnya jika Umno tewas dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka, hilanglah Melayu, merempatlah Melayu di bumi bertuah ini.
"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang"
Inilah dia silap mata dan silat lidah terhebat abad ini. Terus menerus berlagak angkuh seolah bangsa Melayu ini dungu semuanya. Saya dengan sukacitanya memperingatkan kepada graduan Luar Negara tersebut dan seluruh anak muda Malaysia mengenai beberapa jasa teragung Umno sepanjang memerintah Tanahair ini.

1. Tahun 1957, sewaktu British memberikan kemerdekaan, mereka telah meninggalkan 3 billion hektar Tanah Rezab Melayu. Tahun 1995, di bawah kepimpinan Umno yang memperjuangkan bangsa Melayu, Tanah Rezab Melayu menyusut sehingga tinggal lebih kurang 1.7 juts hektar sahaja. Hidup Melayu!!!

Baru hang tau ka MUSA HASAN oi yang negara ini akan rosak...!!!

Musa Hassan: Kalau tidak diperbetulkan, negara akan rosak


KUALA LUMPUR, 5 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak .

"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang.

"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.

"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Manurut Musa (gambar), sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu.

"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."

Ini dia antara SMS puak UMNO suruh turun pertahankan "GOMBAK" malam tadi...?

UMNO arah provokasi ceramah Gombak.. SMS sebagai bukti..


Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa ‘arahan’ beberapa hari sebelumnya.

SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak. SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin malam tadi.

Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.

“SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah,” jelasnya.

Ketiak Busuk punya pasai tinggalkan BN...!!!

Siapa 'ketiak busuk' sebenarnya, Rahman tidak rasis

PULAU PINANG: PAS menolak dakwaan Ketua Pemuda MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa Datuk Seri Rahman Mydin seorang rasis.

Jika benar sekalipun Rahman adalah seorang yang rasis semasa bersama Umno, kini terbukti beliau menyertai sebuah parti untuk semua iaitu PAS, kata Datuk Dr Mujahid Rawa (gambar), AJK PAS Pusat.

"Ia menandakan (jika benar dia rasis) PAS berjaya melunakkan seorang rasis untuk menjadi ahli PAS yang terkenal dengan sikap mesra semua kaum," kata Mujahid.

Bagi beliau, Wee Ka Siong patut terimakasih pada PAS kerana DS Rahman Mydin memilih PAS.

"Lagipun takkan seseorang dianggap rasis hanya kerana seseorang menyokong keperluan kaumnya? Apakah MCA dan Wee Ka Siong bercakap tentang sekolah Cina juga rasis?" bela Mujahid.

Bagi Mujahid, Rahman Mydin seorang yang memimpin Dewan Perniagaan bersama Cina Melayu dan India dan beliau seorang yang telah menyumbang kepada negara ini.

"Wee Ka Siong kena tanya mengapa dia pilih PASdan tidak terus bersengkongkol dengan Umno?

"Sepatutnya jika DS Rahman Mydin dituduh sebagai rasis sudah tentu dia akan bersama Perkasa atau JATI, tapi dia bersama PAS yang terkenal memperjuangkan Islam yang tidak kenal batasan kaum atau agama," tegas beliau yang merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum PAS.

Amacam KEDAH..ada harapan Pakatan boleh menang lagi kaa PRU13 nanti..????

Mampukan Pakatan terus bertahan di Kedah? 

BAHANG PRU 13 semakin terasa.  Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak menyatakan PRU 13 tidak  mungkin diadakan pada bulan disember ini.

Jawapan ini diberikan berikutan terdapat ramai pemerhati politik meramalkannya. Namun begitu  PRU13 memang sudah dekat dan  akan diadakan kerana tempuh kerajaan yang ada sekarang hanya sehingga April 2013 sahaja.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan banyak membicarakan soal pilihanraya. Dirasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  akan mengadakan pilihanraya pada bulan Februari ini  ketika cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina.

Diyakini  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mengharapkan pengeluaran BRIM kepada rakyat yang berkelayakan akan memberikan impak terhadap keputusan PRU 13 ini.

Adakah pemberian BRIM akan dapat membantu BN/UMNO terus menerajui pentadbiran negara ini? Sama-sama kita lihat.

Namun kalau kita tinjau pendapat orang yang berada disekeliling kita dan orang yang membicarakan soal ini di kedai-kedai kopi impaknya tidak sebesar mana. Ini kerana rata-rata mereka mengatakan orang bagi kita ambil undi adalah hak kita, berdasarkan kenyataan ini kita dah dapat menangkap arah mana sokongan orang ini.

Sudah laa "kita di bodohkan oleh Umno" jadi cukup-cukup sudah...!!!


Bolesepak Malaysia dah jadi "TAIK" membezakan KASTA antara ahli gabungan...!!!


Apa MELAYU dapat dengan wujudnya POLITIK SAMSENG seperti MALAM TADI...!!!!

Provokasi Orang Belum Tamadun Di Gombak

oleh Mohd Sayuti Omar,

Persoalan dan pertanyaan terus menampal-nampal tebing minda saya sehinggakan ia terbawa-bawa ke alam halimunasi (mimpi) mengenai peristiwa di Batu 9, Gombak malam tadi. Malam tadi berlaku kekecohan dan sedikit huruhara di tempat ceramah Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat. Apa yang saya soal, dan sukar untuk menjawabnya, ialah untuk apakah sekumpulan orang dikatakan terdiri anak-anak muda dari sebuah persatuan silat bertindak demikian?
Beginilah suasana gangguan oleh samseng Umno.
Mereka menganggu majlis berkenaan sehingga ada titisan darah merah mengalir ke bumi. Untuk apa dan mengapa? Apakah kerana mempertahankan hak atau sekadar menguji kekebalan ilmu yang mereka tuntut? Begitukah? Ingtatlah tidak ada sesiapa yang kebal di dalam dunia maya ini kecuali Allah s.w.t. Zaman ini orang tidak takut kepada kekuatan fizikal seseorang tetapi akan tunduk dengan budi pekerti dan keimanannya kepada Allah.

Kumpulan itu terdiri anak-anak remaja termasuk yang belum baligh membuat provokasi dengan tujuan menganggu majlis ceramah berkenaan. Selain bersorak dan memaki hamun serta mencerca pihak Pakatan Rakyat terutamanya bakal PM baru Malaysia, Anwar Ibrahim; batu-batu, kayu juga dilonntar, ada yang tersasar dan ada yang mengenai kepala mereka yang hadir. Beberapa orang dilaporkan mengalami kelukaan serius, berdarah dan bengkak bengkil.

Hari ini kalau anda selak blog dan Fb akan dipenuhi dengan persitiwa malam tadi. Satu gambaran menyedih dan mengecewakan. Siapakah yang bertanggungjawab memimpin anak-anak remaja berkenaan? Orang itu harus memikir kembali apakah perbuatan mereka itu benar, atau menempati aspirasi parti mereka dalam usaha mendapatkan kuasa.

Alahai puak UMNO.. Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga..!!!

oleh Aspan Alias


Kalau dikaji dan diselidik secara ‘pragmatic’ BN tidak mungkin dapat bertahan dalam pilihanraya kali ini. Selalu saya berkata setiap perubahan itu mesti bersebab. Dalam kes UMNO ini parti itu telah hilang keyakinan dari rakyat dan sedang berada di dalam krisis keyakinan yang amat parah. UMNO semakin dalam masalahnya dan sukar untuk memperbetulkannya. Kesalahannya ialah kerana terlalu lalai dan tidak mahu membetulkan keadaan semasa masalah belum sampai ketahap ini. Dr Mahathir telah membiarkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab berada di pesada kepimpinan sehinggakan sekarang ini UMNO sarat dengan pimpinan seperti itu.

Semasa Dr Mahathir meletakkan jawatan UMNO sudah tersedia dengan masalah besar yang menunggu masa sahaja akan meletup. Perletakkan jawatan Dr Mahathir sememangnya tepat pada masanya kerana jika Dr Mahathir mengambil masa yang lebih sedikit sebelum bersara beliau sendiri akan melalui zaman malap ini. Abdullah Badawi mengambil tempat Dr Mahathir semasa UMNO sudah bersedia untuk menghadapi masalah besar, tetapi beliau cepat-cepat mengadakan pilihanraya sebelum tembelang busuk UMNO itu pecah dan merebak.

Abdullah mendapat mandat yang tinggi kerana rakyat telah mendapat situasi yang berlainan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat. Maka rakyat buat sementara telah memberikan sokongan terhadap kepimpinan beliau (Abdullah) kerana selama ini mereka (rakyat) sedang mengharapkan perbezaan dengan kepimpinan Mahathir sebelumnya.

Buat macai setia Umno APCO..!!!

Asal berhujah saja, kalau nak kalah mulalah komen liwat sana, liwat sini, Anwar peliwat... itu saja point bingai mereka.
Kalau macai-macai Umno semua nak tau, kes liwat II adalah konspirasi Umno yang tidak menjadi. Sebab tu lah Mahathir marah sangat kat Najib sebab tak bijak mengatur. Kes liwat Saipul hanya tipudaya untuk menjatuh karier politik Anwar Ibrahim.

Tahukah anda bahawa dubur si pengadu yang mendakwa dia diliwat telah didapati tiada kesan koyak? Mula-mula di check di Hospital KL dan doktor telah mengesahkan tiada kesan diliwat, tiada kesan luka dan kemutannya normal. Di mana pulak timbulnya Anwar liwat Saiful Bukhari?
Hakim yang mengendali kes liwat II Anwar Ibrahim tidak dapat memutuskan yang Anwar bersalah kerana kekurangan bukti yang kukuh untuk mensabitkan Anwar. Dan beliau juga tidak boleh berpandukan pada DNA yang ada pada dubur si Saiful semata-mata. Ini kerana dubur si Saiful disahkan tiada kesan koyaknya yakni luka yang seperti lazimnya dialami oleh individu yang diliwat. Oleh itu disebabkan tiada bukti yang konkrit bahawa si Saiful diliwat maka hakim melepaskan Anwar dari disabitkan kes meliwat Saiful Bukhari, bekas pembantunya itu.

Jangan tertipu dengan air mata Umno

oleh Tok Janggut,

Akhirnya Perhimpunan Agung Umno tamat juga setelah, serentak dengan berakhirnya monopoli saluran TV yang menyiarkan cerita perhimpunan tersebut. Ada yang terpaksa mencari saluran lain walaupun hanya menayangkan cerita kartun.

Kebangkitan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat secara besar-besaran sekarang membuatkan umno tidak lena tidur. Serangan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut membuktikan betapa takut, bimbang dan gerunnya dengan situasi politik negara sekarang ini. Dengan rasa gelabah sehinggakan setiap ucapan sama ada peringkat tertinggi sehingga perwakilan, semuanya menyerang pembangkang.

Yang agak pelik ialah apabila golongan yang sering membuat fitnah berdoa agar Umno dilindungi dari fitnah. Kenyataan lain yang ganjil ialah mengatakan Umno adalah pilihan Tuhan kerana berjaya memerintah negara lebih 50 tahun. Jika kita belajar agama kita akan faham bahawa sememangnya Allah juga akan memanjangkan kuasa pemerintahan golongan yang zalim, ahli maksiat, jaguh fitnah, penipu, perosak agama dan penindas kerana golongan ini diistilah kan termasuk dalam golongan yang “istidroj”, iaitu golongan yang Allah sesatkan setelah berbagai peringatan daripada ayat-ayat Allah dan ajaran nabi diberikan tetapi mereka masih berdegil dan pekakkan telinga, maka Allah biarkan mereka terus dalam kesesatan, kezaliman dan kekufuran.

Najib mengajak semua ahli Umno bersatu padu, mengapa? Kerana sejak dulu perpaduan dalam Umno hanya kepura-puraan. Matlamat mereka ialah berebut projek, berebut jawatan dan pangkat dalam parti dan dalam kerajaan. Untuk mendapatkanya mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun terpaksa menghancurkan sesama mereka.

[Video] Ulasan bab Doa KO untuk BN...!!!

Ustaz Nazmi Karim mengulas isu Doa K.O untuk B.N 
semasa kuliah maghrib 10 Muharram / 24.11.12


Ust Azizan rasmi bangunan pusat Bahasa Arab di KIDU

KIDU lancar bangunan pusat Bahasa Arab


(Ustaz Azizan memegang bebola tanda pelancaran pembinaan bangunan Bahasa Arab)

POKOK SENA: Bagi mempertingkatkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan para pelajar, Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dan masyarakat negeri ini, sebuah bangunan Pusat Bahasa Arab bakal dibina di kampus KIDU, dekat sini.

Berucap di majlis perletakan batu asas bangunan tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak menzahirkan sokongan kerajaan negeri terhadap usaha tersebut dan berharap semua pihak dapat membantu menjayakan cita-cita KIDU itu.

“Usaha memperkasakan Bahasa Arab atau Bahasa Al-Quran ini sangat mulia kerana ia adalah bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa," katanya.

Kekecohan di Gombak - Apa kata UMNO pulak...!!!

Ini KATA PUAK UMNO

Ada banyak lagi gambaq bawah nie KLIK SEGERA

Menteri Besar KEDAH lancarkan ILBAS

JITRA – Institut Latihan Belia Sejahtara (ILBAS) akan dibangunkan dengan pelan pembangunan yang baru, mengandungi pelbagai kemudahan sebagai pusat latihan yang mampu menampung peserta kursus seramai 100 orang dalam satu masa.

Demikian antara petikan ucapan perasmian yang disampai oleh Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, di sini.

Bercakap sempena Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan ILBAS, beliau berkata, di atas seluas 148 ekar di Kg. Paya Pahlawan itu akan dibangunkan pelbagai kemudahan dan kursus, antaranya kemahiran kejurulatihan, kepimpinan dan keusahawaan.

“Sebagai pemimpin, saya amat risau dengan suasana penularan masalah gejala sosial dan kerajaan negeri sangat mengambil berat serta memberi sepenuh perhatian ke arah membangunkan sebuah masyarakat penyayang, berbudi pekerti mulia, hormat menghormati serta mempunyai jati diri sahsiah Islam yang tinggi,”jelasnya.

Kekecohan Di Gombak - Jangan Ingat PR takut wahai UMNO..!!



Kenyataan berhubung tindakan "pengganas" Pemuda UMNO di Gombak

Semalam 4 Disember 2012, Ceramah Merdeka Rakyat oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim diganggu lagi. Kali ini selain daripada serangan batu, tong sampah dan peralatan lain, kita dikejutkan oleh tikaman pisau yang disyaki dilakukan oleh salah seorang anggota Pemuda UMNO.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) tegaskan bahawa ini merupakan tindakan bacul dan ala pengganas. Di dalam tweet Ketua AMK semalam, YB Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO didesak untuk menjelaskan insiden berdarah ini. Apakah Makmal Pemuda BN mencadangkan kegiatan keganasan dilakukan di semua ceramah yang membabitkan Pakatan Rakyat khususnya Dato' Seri Anwar Ibrahim ?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...