TERKINI :

Tuesday, December 4, 2012

Panik tak Panik UMNO nie nak tunjuk Islam punya pasai 'Lebai Cap Keris Bersilang' pun dah ada...!!!

Umno panik, wajah baharu hanya untuk hadapi 
PRU13Oleh AZIZ MUDA

KUALA LUMPUR: Para pemimpin dan ahli-ahli Umno kini ternyata begitu panik untuk menghadapi PRU13, sehingga terpaksa menukar identitinya daripada bersongkok hitam tinggi kepada berkopiah putih merah.

Perubahan yang mengejutkan itu dilakukan oleh mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC, di sini yang berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember , bagi menonjolkan imej sebenar mereka yang kononnya sememangnya Islamik.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, tanpa disedari oleh para pemimpin dan ahli-ahli Umno sendiri, perubahan tersebut akan menyebabkan mereka menjadi bahan ketawa orang ramai.

"Dengan perubahan itu, mereka ingin menonjolkan kepada orang ramai kononnya mereka lebih Islamik dan lebih bertanggungjawab dalam membela agama berbanding PAS. Pada hal, itu semua bergantung kepada soal attitude mereka.

"Malah seperti yang dikatakan oleh bekas pemimpin Umno sendiri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, perjuangan Umno sekarang untuk keluarga dan kroni-kroni mereka, bukan untuk orang Melayu apatah lagi untuk Islam," katanya.

Ketika dihubungi 27 November lalu, beliau berkata, meskipun mengubah identiti, orang ramai tetap sedar dan faham Umno bukanlah parti yang memperjuangkan Islam.

Macamnie punya panjang senarai kerugian BN KEDAH tinggalkan hangpa masih nak bagi kuasa kat depa lagi...????

BN Kedah rugikan RM400 juta wang rakyat!!!


SENARAI ‘BIAWAK HIDUP’ TINGGALAN BN KEDAH 
(DIKEMASKINI)

Senarai projek di mana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ‘pikul biawak hidup’ akibat onar yang dibuat kerajaan BN dahulu.

1) Yayasan Islam disaman RM11 juta

Akibat penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini, maka Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) di bawah kerajaan negeri Kedah kini diperintahkan mahkamah membayar sebanyak RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd.

YIKed di bawah pemerintahan yang lepas gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama, dalam projek besar yang dimulakan di zaman Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.

Long Island Development Sdn Bhd (syarikat bersama YIKed + Long Island Properties) bertanggungjawab tebus tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad, tapi gagal tebus lagi 16 keping tanah.

Atas ‘arahan politik’ walaupun tanah tersebut belum dimiliki Pejabat Tanah Galian dah keluar surat hakmilik dan ubah syarat, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Exco. Jadi, satu tanah ada dua hak milik. Maka Syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL) Southern Finance Berhad pun menyaman YIKed RM11 juta dan mereka berjaya di mahkamah.

YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan diselesaikan secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.

Pantau: Bukti Mahathir Yang Berkuasa, Bukanya Najib


Oleh: Tok Janggut

Alhamdulillah, akhirnya Perhimpunan Agung umno tamat juga setelah naik meluat melihat saluran TV yang tidak ada cerita lain sehingga terpaksa mencari chanel lain walaupun menayang cerita kartun. Seper ti biasa, kebangkitan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat secara besar-besaran sekarang membuatkan UMNO tidak lena tidur.

Serangan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut membuktikan betapa takut, bimbang dan gerunya dengan situasi politik negara sekarang ini. Dengan rasa gelabah sehinggakan setiap ucapan samada dari peringkat tertinggi sehingga perwakilan, semuanya tetap menyerang pembangkang dengan fitnah yang sudah sebati dengan UMNO itu.

Pengakuan Najib bahawa beliau sentiasa dipantau oleh Mahathir membuktikan bahawa tanpa Mahathir beliau tidak mampu untuk mentadbir negara. Menyerlahkan lagi sifat beliau yang lemah dan tidak punya idea dalam membangunkan negara. Kita semua maklum, Mahathir terpaksa mencampuri urusan Najib dalam mentadbir negara terutamnya dalam menghadapi pembangkang kerana masing-masing mempunyai agenda yang sama iaitu jika pembangkang berjaya ke Putrajaya, nasib mereka bedua akan menjadi buruk terutamanya nasib anak beranak dan kroni mereka.

Kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa UMNO tidak memperalatkan atau menggunakan agama untuk terus berkuasa dan mencari pengaruh adalah tepat. Ini adalah kerana jika UMNO menggunakan agama sudah tentu pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh mempunyai perempuan simpanan, tidak boleh makan rasuah, tidak boleh menipu, merampas tanah rakyat, meroboh masji d dan surau, tidak boleh minum arak, berjudi dan berbagai lagi.

Aduhai NAJIB.. Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini....

Jangan berikan kepercayaan kepada yang 'desperate'

Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini. UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi.

Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai’ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN. ‘Initiative’ yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO.

Jika berbai’ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan Bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakkan saudara-saudara itu tidak mungkin salah.

Amacam orang KEDAH.. kita target 50K mau turun dalam Himp. Kebangkitan Rakyat 7hb nanti...!!

Penganjur sasar lebih 50 ribu di Himpunan Kebangkitan Rakyat


Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR - Lebih 50,000 orang dijangka hadir pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah yang akan diadakan pada 7 Disember 2012 di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, di sini.

Pengerusi DAP Kedah yang juga pengerusi bersama program, YB. Lee Guan Aik berkata, perhimpunan yang bermula pada jam 2 petang itu akan menghimpunkan ahli-ahli dari PAS, DAP dan Pakatan Rakyat (PKR).

“Bas Jelajah Merdeka Rakyat juga akan turut serta dalam perhimpunan yang diadakan itu selain ucapan daripada Cikgu Bad pada jam 5 petang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, semua pemuda dari PKR akan turut menyampaikan ucapan dan perhimpunan secara besar-besaran akan bermula pada jam 8 malam.

Sibuk canang kononnya #AnwarIbrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta ini terkena batang hidung #NAJIBRAZAK


Sibuk canang kononnya Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta itu terkena batang hidung Perdana Menteri sendiri apabila Ketua Pembangkang dedahkan hutang negara semasa di bawah pemerintahan Najib Razak berjumlah RM300 bilion.

“Najib, ini angka Bank Negara. Tapi kamu sibuk kata orang lain tak pandai ekonomi. Lim Guan Eng tak pandai jaga Pulau Pinang tapi ada lebihan RM2 bilion.

Di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) pun tak pandai…tapi lebih RM2.42 bilion. Najib pandai, sebab itu hutang sampai RM300 bilion sepanjang empat tahun perintah,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN berkata demikian depan 3,000 penduduk Pasir Salak malam tadi pada program Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak.

Menurut Anwar, jumlah hutang negara keseluruhan hampir RM500 bilion, tetapi Pasir Salak dipinggir daripada pembangunan.

Beliau menunjukkan carta hutang negara bermula era 1970 an ketika Tun Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan sehingga zaman Najib.

Tu dia aihh Sampin Pemimpin UMNO harga sampai RM5000...???

SAMPIN PEMIMPIN UMNO BERNILAI RM5,000 PERSEPSI ATAU REALITI?
 Oleh Mummy Rokiah


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.

UMNO dilabelkan sebagai parti kronisme, elitis, ‘lavish’, sudah tidak mesra rakyat, egois dan korup. Golongan muda di luar melihat UMNO sebagai parti yang ada peluang.
Ada peluang masuk U walaupun result tidak seberapa, ada peluang dapat kerja, ada peluang dapat projek melalui kontek, ada peluang naik pangkat malah ada peluang jadi YB.

Di sekitar perhimpunan agung UMNO 2012 baru-baru ini wakil-wakil mereka mempamirkan wajah-wajah yang berseri yakin menang PRU13 kerana buat masa dan ketika ini Presiden mereka di dalam suhu yang kuat.

Ada wajah yang sudah nampak kecut tetapi dibotokkan atau paling tidak diinjek vitamin C supaya cekang dan merinin untuk memudakan wajah yang sudah tua.

Kepada Sahabat Blogger UMNO.. Ingat ALLAH.. Ingat DOSA.. Ingat PAHALA...!!!!


UMNO dah mati kutu..akhirnya guna 'dahan' 13 Mei untuk berpaut...!!

UMNO SEMAKIN 'KELEMASAN' , GUNA 'DAHAN' 13 MEI UNTUK BERPAUT


Pehimpunan Agong UMNO 2012 (PAU 2012) sepertimana biasa menjadi medan kepada 'memuji-muji' dan 'membodek' pimpinan UMNO dengan suara-suara yang lunak dan memualkan sekian rakyat yang mendengar . Tidak kurang juga berkumandang dendangan keras lagi kasar menyerang Pakatan Rakyat,pimpinan Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan pelbagai gelaran yang melampau dan biadap, menjadi hidangan kepada rakyat melalui media UMNOBN.

Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO tanpa rasa bersalah dan kesal memulakan perang pskologi bagi tujuan menghasut dan mem'bakar' sentimen rasis dengan membangkitkan isu 13 Mei yang sudah tidak relevan dan lapuk . Hasutan beliau bahawa 13 Mei akan berlaku sekiranya UMNOBN kecundang dalam PRU 13 mengambarkan betapa tertekan dan lemasnya UMNO sehingga terpaksa mengungkit tragedi 13 Mei 1969 sebagai amaran.

PEMUDA PAS KEDAH buat laporan POLIS ke atas SHAHRIZAT..

 

Laporan Polis terhadap kenyataan biadap Shahrizat. Sebenarnya bukan dia takut amalaysia huru hara.. Dia takut dia yang huru hara... Nak tutup isu lembu la tu.. Dulu bukan main nak selak kain

Kepada PIMPINAN PR... teruskan kerja buat hangpa..pedulikan sumpah seranah Najib di #PAU2012 tempohari..

'Cubaan pecah belah keakraban pakatan'
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
3 Disember 2012
Ahmad Kassim
Ahmad Kassim
 
ALOR SETAR – PKR menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Agung Umno kelmarin adalah melampau.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim berkata, kenyataan itu dilihat cuba memecah belahkan keakraban Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Pas, PKR dan DAP.

Katanya, ucapan Najib juga sangat minoriti kepada perjuangan parti sebaliknya majoriti kepada membelasah PR.

“Ucapan beliau tak ada input yang berguna untuk dibawa balik perwakilan dan dipraktikkan untuk masa depan, tapi hanya kata-kata yang mengkritik PR.

“Cara yang digunakan beliau tidak lebih daripada hanya untuk melaga-lagakan PR. Apakah yang beliau maksudkan dengan rosak akidah sekiranya undi PKR?

“Walhal kita telah minta kerajaan mengkaji semula undang-undang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), bukannya kita menyokong LGBT. Ini telah disalah tafsirkan oleh pihak tertentu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Najib Razak di desak Jawab 10 Soalan Sebelum PRU13

AMK Mendesak PM Najib Razak Jawab 10 Soalan Sebelum PRU13


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Perdana Menteri Najib Razak untuk menjawab segera 10 soalan penting sebelum PRU13 diadakan. Sebenarnya Najib Razak telah menjadi Perdana Menteri yang sarat dengan paling banyak skandal dalam sejarah Malaysia serta ada keperluan untuk beliau tampil ke depan dan bersihkan nama.

AMK berpendapat kegagalan Perhimpunan Agung UMNO dalam mengemukakan sebarang pandangan dan halatuju negara dalam mencapai perubahan yang baik kepada rakyat. PM Najib Razak langsung tidak menyentuh tentang isu rasuah dan penyelewengan dalam UMNO, tetapi memilih untuk serang dan mengaibkan Pakatan Rakyat.

Perbuatan Najib Razak bukan sekadar menunjukkan bahawa UMNO telah hilang keyakinan untuk menang dalam PRU13. Sekiranya beliau ada keikhlasan untuk mengakui kesalahan yang dibuat oleh UMNO/BN sejak dulu, maka 10 soalan yang dikemukakan oleh AMK perlu dijawab dengan serius agar rakyat dalam menilai dengan informasi yang mencukupi dan gambar yang sebenar.

SOALAN 1: Sekiranya Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...