TERKINI :

Monday, December 3, 2012

Hidup UMNO Hidup UMNO... Tapi Perwakilan Takut Nak Sentuh Anak Mahathir beli Kilang Arak

"Hidup UMNO..."
"Hidup UMNO..."

Inilah senarai gabungan pemimpin-pemimpin ketuanan Melayu yang menjadi pejuang tersohor agama Islam di Malaysia... Gambar diambil tatkala sesi penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, PWTC...

Mereka sajalah pejuang agama, bangsa dan tanahair...
Pada mereka sajalah harapan menggunung bani Melayu Islam...
Tapi...

Kenapa Umno sanggup menipu agama sendiri...
Kenapa Umno sanggup menipu kaum sendiri...
Kenapa Umno sanggup menipu diri sendiri...
Kenapa korang diam terkancing gigi bila tau anak Mahathir membeli kilang arak kat Filipina?? Hinggakan tak dak sorang pun yang berani sentuh hal ni dalam Perhimpunan Agung Umno yang lepas...

Inikah pejuang agama?? Tak sepatah kata pun korang berani sentuh pasal kilang arak anak bekas Piem Umno yang paling lama berkhidmat neh... Atau pun korang nak biarkan si macai kat bawah tu yang sendiri jawab bagi pihak korang???

Amacam...

Gegak gempita PWTC dibuatnya umpama lembu kena penyakit 'lembu gila'..!!!

PERHIMPUNAN PERGI TANPA PAHALA, BALIK MENAMBAH DOSA

Oleh:  WFAUZDIN NS





BERPEKIK melalak segala juak-juak mereka di dalam satu perhimpunan.  Bermula dengan Presiden, Timbalan Presiden juga anak jantan muda dan betina, kesemuanya melolong bagai histeria.  Gegak gempita PWTC dibuatnya umpama lembu kena penyakit 'lembu gila'.
Tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin tunjukkan bahawa sebenarnya mereka adalah pemimpin hebat dan gagah.  Mereka bukan dari jenis 'roti kosong' tanpa telor.  Maka bertepuk sehingga merah telapak tangan anak-anak buah mereka kerana bangga mereka mempunyai pemimpin yang berani menyalak di gelanggang sendiri.
Hakikatnya, satu dunia tahu bahawa itulah pemimpin yang satu-satunya di dunia ini paling penakut untuk berdepan dengan musuh politik mereka.  Sudah bertahun rakyat menanti pemimpin ini menunjukkan kejantanannya di khalayak umum, berhujah dengan fakta dan ilmu bagi menangkis hujah lawan politik mereka.  Malang sekali, tiada sedikit pun keberanian di dalam jiwa mereka kerana mereka mempunyai jiwa yang penuh dengan kekotoran.  

Maaf la NAJIB.. Kami dah beli KELAMBU baru dah..!!

Buat apa bakar kelambu? Binatang ni bebas diluar.....


PM Najib kata, Jangan kerana satu dua nyamuk, kelambu dibakar

Tetapi rakyat semua pun tahu, bahawa binatang yang hisap darah rakyat ni bukanlah nyamuk; sebab nyamuk hidupnya tidak lama, antara 10 hingga 14 hari sahaja.

Tetapi binatang ini sudah lebih 55 tahun tak mampus-mampus lagi! Binatang ini bukan berada dalam kelambu.Buat apa Najib nak bakar kelambu?

Tetapi binatang ini bebas bermaharajalela - bukan hanya menghirup darah rakyat sahaja kerjanya tapi dia kuat makan!

Binatang ini sudah lebih 55 tahun makan rasuah dan tidak pernah berasa kenyang sebab binatang ini sangat kuat dan kebal.

Dah tiba masanya UMNO nie di muziumkan..!!!

 Acuan UMNO tidak boleh dipakai lagi, kita terpaksa menukar acuan baru


UMNO bercanggah-canggah pemikirannya dan bercelaru arahnya. Perhimpunan Agungnya yang tamat semalam akhirnya benar-benar menunjukkan parti itu sudah tidak boleh diterima kata-kata mereka yang bersalah-salahan maksudnya dalam satu ucapan. Pangkal ayatnya lain hujung ayatnya lain.

Pada keseluruhannya UMNO tidak mempunyai perkara baru dalam Perhimpunan Agungnya selain daripada mengugut dan menakut-nakutkan sesama sendiri sambil berucap bergegar-gegar sehingga hampir pecah Dewan PWTC itu. Perhimpunan itu sahajalah tempat UMNO mengumpulkan ahli-ahlinya kerana ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan tidak akan mampu mengumpulkan orang walaupun dalam mesyuarat agung cawangan-cawangan masing-masing.

Dalam mesyuarat agung cawangan-cawangan parti itu hampir 60% dari mesyuarat itu tidak cukup korum dan minit-minit mesyuaratnya tidak melambangkan keadaan sebenar dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut. Seperti biasa perhimpunan itu merupakan medan memaki hamun Pakatan Rakyat dan yang paling hebat dikutuk ialah parti DAP dan PAS. UMNO tidak dapat menerima kerjasama DAP dan PAS serta kehadiran Anwar Ibrahim di dalam politik tanahair yang mengamalkan sistem demokrasi, acuan Dr Mahathir itu.

Tuu Dia.. TG Nikk Aziz sanggup terima maaf NAJIB seandainya......!!!

Maaf diterima jika Umno tukar dasar - TGNA


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahlulu.

Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.

Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir semalam.

Syarat kedua, jelas Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Dan syarat ketiga, katanya, hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan membayar royalti kepada kerajaan negeri.

"Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu," katanya dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof.

UMNO dan Judi Ibarat Irama dan Lagu.....

oleh Tulang BESI

                                       MELAYU MUDAH LUPA!!!!!

Sepanjang Persidangan Agung UMNO, tidak henti-henti para perwakilan mahupun pemimpin menyatakan UMNO adalah benteng terhadap agama Islam di Malaysia. Sehingga wakil ulama muda mereka, Fathul Bari, berhempas pulas berhujjah kononya doa Ustaz Nik Razi itu salah dari sudut Islam.

Terus Fathul Bari bertanya "...Takkan semua ahli Umno murtad dan memperlekehkan Islam?.." Padahal Ustaz Nik Radzi itu ilmunya sudah terbukti dan diiktiraf oleh ramai pihak. Fathul Bari tercungap-cungap dalam debat dengan Wan Ji satu masa dulu.

Pokoknya, UMNO sedang cuba menyakinkan seluruh orang Melayu Islam di Malaysia bahawa UMNO adalah parti ISlam sebenar. Malahan, UMNO sahajalah harapan orang Melayu Islam untuk mempertahankan Islam di Malaysia.

UMNO sepertinya ketakutan lebih-lebih lagi apabila anasir2 PERPADUANG telah dinyahkan dari PAS selepas kalahnya Nasaruddin Mat ISa sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan tahun 2011.

Maka, dalam persidangan tahun ini laungan Islam dikumandangkan. Gegak gempita seluruh dewan dengan laungan takbir buat pertama kali dalam sejarah UMNO. Gambar solat jumaat di Menara Dato Onn disiar disemua media milik UMNO sebagai menunjukkan UMNO adalah pejuang Islam (padahal Solat Jumaat biasanya diadakan di Sekolah Indonesia tidak berapa jauh dari situ)

Namun, adakah dengan mendabik dada bahawa aku adalah pejuang Islam sudah mencukupi untuk menjadi pejuang Islam?

Woi BANK awat hang tahan duit GAJI aku... KO BANK..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot



Apa perasaan anda apa bila anda bekerja sebulan dan Majikan anda masukan duit gaji kedalam akaun anda di BANK tetapi BANK pulak menahan duit anda daripada dikeluarkan tanpa memberi sebarang alasan.... patutkan BANK itu di katakan ZALIM...

Begitu jugalah dengan WANG ROYALTY KELANTAN... Petronas sudah bayar kepada KERAJAAN PUSAT... tetapi masalah sekarang pengkhianatan KERAJAAN PUSAT tidak memberikannya kepada KERAJAAN NEGERI...

Tidakkah ini juga kita patut panggilkan ZALIM.... Jika tak patut kenapa mai tang GAJI hangpa boleh kata ZALIM... mai tang ROYALTY semua pakat buat telinga badak...

PKNK tawar modal untuk memula atau membesar perniagaan


SUNGAI PETANI - Mana-mana usahawan Bumiputera yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau ingin memperluaskan perniagaan mereka, bolehlah mendapatkan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Usahawan dan Pembangunan Insan, YB. Abdul Ghani Ahmad berkata, pinjaman yang berbentuk Dana Usahawan itu akan diberikan kepada setiap usahawan dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka.

“Selain PKNK, usahawan Bumiputera juga boleh mendapatkan pinjaman untuk menjalankan perniagaan mereka melalui Agro Bank, Bank Rakyat atau Majlis Amanah Rakyat (MARA),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Seminar dan Forum Keusahawanan 2012 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Kedah di Amanpura Hotel, di sini.

Menurutnya, usahawan Bumiputera yang bergiat aktif dalam menghasilkan produk mereka terutama berasaskan kuih tradisional yang sejuk beku, disaran agar memperluaskan pasaran bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

55 Tahun UMNO menyeleweng TANAH MELAYU.. mai lanie duk salahkan Pakatan Rakyat

Pemimpin UMNO seleweng tanah Melayu, cuba salahkan Pakatan Rakyat




GEORGE TOWN, 2 DIS: UMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui “pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah”.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato’ Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam.

Menurutnya, Rahim juga dipetik oleh media sebagai mendakwa “tiada ada sebiji pun” rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

“UMNO sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

Kerajaan Negeri Kedah Tetapkan Harga rumah kos rendah perlu RM35 ribu

gambar hiasan
ALOR SETAR - Kerajaan negeri prihatin terhadap rungutan yang disuarakan oleh rakyat berkaitan dengan harga rumah yang melambung tinggi dengan menetapkan harga rumah kos rendah pada harga RM35 ribu seunit.

Exco Industri & Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa ketika ini tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengawal harga rumah kos rendah adalah dengan menetapkan harga siling rumah kos rendah pada harga RM35 ribu bagi satu unit.

Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh YB Dr Cheah Soon Hai (BN-Derga) berkenaan usaha kerajaan negeri dalam mengawal kenaikan harga rumah yang kini melambung tinggi, semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedua Belas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...