TERKINI :

Sunday, December 2, 2012

Lagi Kuat Najib Menjerit, Lagi Sumbang Penampilannya

Oleh Shahbudin Husin


Tidak ramai yang memperkatakan intipati ucapan Najib di perasmian Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Semuanya sudah dijangka. Serangannya kepada pembangkang, kecamannya terhadap Anwar Ibrahim, keyakinannya UMNO sudah pulih dan keghairahannya mahu mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun bukanlah sesuatu yang pelik.

Ia sudah banyak kali diperkatakan Najib sebelum ini. Penegasannya kali ini hanyalah merupakan ulangan skrip lama yang dikitar semula.

Apa yang lebih banyak diperkatakan ialah kenapa Najib terlalu banyak terjerit dan terlolong di atas pentas kali ini. Tidak seperti sebelumnya, kali ini bermula di awal ucapannya lagi beliau beliau sudah menjerit-jerit dan meninggikan suaranya seolah-olah sistem pembesar suara di Bangunan UMNO itu tidak cukup canggih untuk melantunkan suaranya.

Najib, Jadilah gentleman, perjelas isu bersihkan nama

Oleh Zuraida Kamaruddin

Saya ingin mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk memberi penjelasan tentang beberapa kes yang melibatkan beliau juga pemimpin-pemimpin tertinggi Umno dalam ucapan pergulungannya hari ini. 

Yang pertama adalah berkenaan satu dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang mendakwa Perdana Menteri terlibat menerima rasuah dalam satu projek kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.
 
Jika benar maka Perdana Menteri sendiri terlibat dalam pengambilan rasuah dan hujahnya yang konon ingin menangani rasuah adalah hujah populis sekadar ingin meraih undi. 
 
Kedua adalah scandal kapal selam Scorpene yang membabitkan pembunuhan model. Mongolia Altantuya Shaariibuu dimana Najib bakal disepina untuk hadir ke mahkamah Perancis sebagai salah seorang saksi utama.

Saya menyeru supaya Perdana Menteri memberanikan diri berdepan dengan kes ini kerana ia bukan saja menjadi tumpuan rakyat Malaysia malah diperingkat antaranbangsa.

[Video] Jawapan ANWAR berkenaan #PAU2012 yang membelasah beliau dari awal sampai habis...!!!


'Kami sokong Umno, tapi diberi sampah'


(Kami sokong Umno tetapi diberi sampah, kata penduduk Kampung Mohd Noo, Parit Sulong)

BATU PAHAT: Sekumpulan penduduk Kampung Mohd Noor Batu 5, Parit Sulong, Johor menyatakan kekesalan terhadap Umno negeri itu yang didakwa bukan sahaja gagal menolong malah turut mengainaya mereka.

Ia berikutan tindakan parti yang disokong mereka sejak sekian lama itu tidak mahu membela mereka dalam isu Pembinaan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Payung yang terletak hanya beberapa ratus meter dari penempatan mereka.

Ibarat 'diberi madu dibalas tuba', Umno kata mereka tidak mempedulikan nasib penduduk biarpun sudah beberapa kali bantahan dibuat.

"Patut ke bagi sampah kepada kami yang sokong mereka sudah lama?

"Kami ada mintak pertolongan ketua Umno Sri Gading, dia kata dia tak boleh tolong dan suruh kita terima sahaja, patut ke?" soal wakil penduduk Mohd Nazrin Abdul Samad.

Hampir 10 orang wakil penduduk kampung itu malam tadi tampil di pentas Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini.

Negeri MB Nak Kerat Telinga pun jalan tak elok dok kata kat negeri PR saja...!!

Penduduk berang jalan rosak
Wartawan Sinar Harian
2 Disember 2012
Jalan rosak
Penduduk kampung dekat Seberang Temerloh menunjukkan kerosakan jalan 
akibat kerja membaiki paip pecah sejak hampir dua minggu lalu.
 
SEBERANG TEMERLOH - Lebih 500 pengguna jalan raya berhadapan risiko kemalangan berikutan terpaksa melalui jalan rosak yang sangat teruk dekat Kampung Bangau Parit, di sini, sejak hampir dua minggu lalu.

Keadaan jalan utama yang menghubungkan lebih 10 kampung dengan bandar Temerloh itu rosak akibat kerja membaiki paip pecah.

Seorang penduduk, Nor Mohamad Abdul Ghani 55, berkata, sehingga kini tiada usaha daripada mana-mana pihak berkaitan untuk menurap semula jalan terbabit yang digali untuk kerja pembaikan paip sebelum ini.

Menurutnya, keadaan jalan yang pecah itu diburukkan lagi dengan kehadiran kenderaan berat sehinggakan kon keselamatan dan papan tanda amaran rosak dilanggar mereka.

“Kami masih bersabar dengan agensi dan jabatan terlibat, tetapi selepas hampir dua minggu tidak ada usaha untuk membaikinya, ia kini menjadi isu penduduk dan pengguna jalan raya di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Awasi sandiwara Musa bekas KPN

Dikemaskini: Ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU 2012) berlangsung baru-baru ini, bekas Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan tiba-tiba muncul di khalayak bersama sebuah NGO, Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) yang juga muncul secara tiba-tiba.

Musa mendakwa ketika beliau memegang jawatan sebagai KPN, Hishamudin Hussein yang merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah melangkaui bidang kuasa beliau (Musa) sebagai KPN dengan mengeluarkan arahan-arahan kepada pegawai-pegawai kanan polis.

Beliau turut memetik Seksyen 4(1) Akta Polis 1967 yang menggariskan hanya Ketua Polis Negara yang diberi kuasa mengeluarkan arahan kepada polis.

Musa telah dilantik ke jawatan KPN pada September 2006. Tidak lama selepas itu, beliau telah didakwa dan disiasat atas dakwaan membebaskan tiga orang ketua sindiket perjudian haram. Namun setelah siasatan dilakukan, Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara telah mengarahkan supaya pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR kini SPRM) menutup kes berkenaan atas alasan kekurangan bukti.

Walaupun telah mencapai had umur persaraan paksa (wajib), khidmat Musa sebagai KPN telah disambung selama dua tahun sehingga 13 September 2009 secara kontrak. Setelah tamat tempoh berkenaan, kontrak beliau disambung setahun lagi sehingga 13 September 2010 dan kontraknya tidak lagi disambung oleh kerajaan Umno/BN selepas daripada itu.

Macam tak cayer... dulu kutuk PR berapi, pertahan UMNO habiss, tup tup masuk PAS... Takbir!!!


Bekas Pengerusi DPMM Sertai PAS!

Bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Rahman Maidin malam tadi mengisytiharkan dirinya keluar Umno dan menyertai PAS dalam satu majlis ringkas sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Johor di Parit Raja, Batu Pahat dalam parlimen Sri Gading.

Abdul Rahman yang banyak memperolehi kontrak semasa bekas perdana menteri Abdullah Badawi berkuasa dulu tidak ragu-ragu menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan lebih 30 ribu hadirin yang membanjiri tapak ceramah di KM18 Jalan Kluang-Batu Pahat itu.

Selain Rahman, tiga tokoh bekas kakitangan kerajaan turut menyertai PAS iaitu Bekas Pengarah Pelajaran Johor, Bekas Pengetua Maktab Perguruan Batu Pahat dan Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Kluang.

10 perbezaan nyata antara Muktamar PAS dengan Perhimpunan Agung UMNO



1) PAS bermuhasabah, banyak memfokuskan isu dalaman, bagaimana memperkuatkan parti dan perjuangan Islam. UMNO menumpukan kepada pihak lawan mereka, sebahagian besar pemikiran mereka ditumpukan untuk menyerang lawan.

2) Perwakilan PAS yang berucap bebas untuk menyatakan apa sahaja termasuk mengkritik kepimpinan parti. UMNO pula menapis ucapan perwakilan, awal-awal lagi (dalam taklimat khas) perwakilan sudah diugut agar jangan mengkritik kelemahan parti.

3) PAS berhujah berlandaskan nas, dalil, fakta dan angka. UMNO banyak memfitnah dan memaki hamun pihak lawan. Hujah mereka tiada fakta, melainkan hentam keromo semata-mata.

4) PAS mengemukakan hujah dengan penuh hemah, hikmah serta tidak emosi keterlaluan. UMNO berucap sungguh kasar, beremosi, biadap, terjerit terlolong macam dirasuk hantu, sekejab ketawa sekejab menangis.

Apabila PENCURI TEGAR Mohon Maaf...????

Drama Terbaik Minggu Ini.. Saksikanlah!! 


SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor menyifatkan tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf bagi pihak Umno dan kerajaan atas segala kesalahan dilakukan adalah sandiwara politik semata-mata.Mereka menyifatkan ia tindakan terdesak bagi menarik semula sokongan rakyat kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, tindakan Najib itu dilihat tidak lebih daripada strategi dalam menawan hati rakyat dan cuba untuk membersihkan kembali imej Umno yang tercalar dengan pelbagai skandal.“Mereka cuba pulihkan kembali imej untuk kaburi mata rakyat. Dia (Umno) macam orang tenggelam yang sanggup menggapai apa saja hatta nak berbaik balik dengan Pas," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali pula menganggap tindakan Najib itu hanya sandiwara politik kerana terdesak dan kegagalan mereka dalam memperlihatkan dasar perjuangan yang jelas.Katanya, ucapan dasar Najib semasa Perhimpunan Agung Umno ke-66 itu juga tidak menonjolkan bagaimana Umno berperanan untuk mampu memartabatkan orang Melayu dalam soal melibatkan ekonomi, keselamatan dan pendidikan.

Deepak & Rosmah bergasak... isu RM26bilion pulak...!!!

Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak


KUALA LUMPUR: Deepak Jaikishan yakin, walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winneble candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.

"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.

Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.

Johor Ohhh Johor... Apa dah jadi nie... hangpa dah tak suka kat UMNO dah kaa...??? [Video]


Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor gagal.. Hanya sedikit yang hadir, ramai lebih suka tengok bola lagi daripada mendengar pemimpin Pakatan Rakyat berucap.

Mungkin itu berita yang akan dikeluarkan oleh media pencacai Umno. Namun realitinya, Umno Johor pasti pening kepala. Himpunan ini telah berjaya menarik ribuan.. tak percaya.. baca berita di bawah ni..
Ribuan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor
BATU PAHAT: Ribuan rakyat Johor kini memenuhi Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam ini.

Suara PERWAKILAN #PAU2012 ini yang berfikiran 'SONGSANG' dari pimpinan kompon tak keluar Utusan...

MIMPI DI SIANG HARI!!! UMNO mahu rampas Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat
KEBENARAN ITU PAHIT DAN MENYAKITKAN.

Inilah hakikat yang UMNO mesti terima dan telan, berdasarkan pengakuan seorang perwakilan yang mendedahkan kepincangan pemimpinnya sendiri!!!!!

UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke 13.

Alasannya pemimpin UMNO di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.
Perwakilan Pemuda dari Bukit Mertajam, Ramlan Ahmad memberitahu;
  • “Beberapa bahagian sangat teruk.”
  • “Ketua bahagian Umno Pulau Pinang teruk-teruk belaka…orang yang lawan akan diblack list (senarai hitam).
  • “Cawangan pula akan dikeluarkan dari senarai Umno bahagian.
  • “Tempat saya tujuh lapan cawangan telah dikeluarkan.
  • “Mereka nak jadi ketua saja kerana nak buat rumah atas bukit.
  • “Tetapi tak mahu jumpa rakyat, macam mana Umno nak menang,” kata Ramlan lagi.
  • `Terpinggir dan terhapus’

7hb nanti PR nak buat himpunan UMNO pun nak buat jugak tapi..!!

Himpunan 50K Pemuda UMNO Kedah 7 Dec batal sebab penganjur sukar nak dapat sokongan

Oleh: Tok Non

Media maya UMNO Kedah telah memukul canang seantero dunia bahawa Pemuda UMNO Kedah akan adakan 'Himpunan 50 Ribu Pemuda UMNO Kedah' pada 7 Disember 2012 di Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman.

Tup tup maklumat yang Tok Non terima dari rakan cybertrooper UMNO, program itu terpaksa dibatalkan sebab penganjur tak yakin nak himpun sampai 50 ribu orang. Kalau mai 5 ribu pun dah besaq tuah. Apatah lagi tarikh 7 Disember itu akan ada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Icon anak muda Ustaz Azhar Idrus akan hadir, ahli-ahli Pemuda UMNO pun dijangka ramai akan ke Pentas Icon Anak Muda itu.

Himpunan Kebangkitan Rakyat di JOHOR "GAGAL" ..!!!

NAMPAKNYA JIKA MACAM NIE PUNYA SAMBUTAN KIRA UMNO BN GAGAL UNTUK MENGHALANG DARI RAKYAT BANGKIT DAN DATANG KE HIMPUNAN INI.

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT NEGERI JOHOR.....LAGI PAKATAN RAKYAT DAN KEPIMPINANNYA DISERANG DIPWTC, LAGI RAMAI RAKYAT DATANG!!!!!... NEGERI KELAHIRAN DAN KUBU UMNO PALING KUAT DIDUNIA SUDAH GOYANG!!!!! 

BIAR GAMBAR BERBICARA...

Harimau terkam Garuda.. tahniah..!!!

Harimau Malaya makin garang


PENJAGA gol Malaysia, Farizal Marlias berjaya menangkap kemas bola percubaan pemain Indonesia pada aksi Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.



MASALAH komunikasi dilihat masih menghantui skuad Harimau Malaya sebaik melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 apabila membenam Indonesia 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Andai ia tidak diatasi segera, tidak mustahil anak-anak buah Datuk K. Rajagobal berdepan tugas getir ketika melayan kunjungan juara Kumpulan A, Thailand dalam aksi separuh akhir pertama pada 9 Disember ini.

Kesukaran benteng pertahanan Harimau Malaya mengekang larian deras Andik Vermansyah, Elie Aiboy dan Oktovianus Maniani malam tadi juga seolah-olah memberikan petunjuk jelas buat Thailand nanti.

Namun pada masa sama, kejayaan menewaskan Sang Garuda malam tadi sememangnya detik yang paling istimewa buat seluruh rakyat Malaysia, sekali gus mengulangi kecemerlangan final edisi dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia muncul juara buat julung kalinya.

Ternyata, skrip yang lebih kurang sama seperti mana edisi dua tahun lalu masih menjadi pilihan Rajagobal kali ini apabila kembali bangkit melakar dua kemenangan bergaya setelah dikejutkan Singapura 0-3 dalam aksi pembuka tirai kumpulan, Ahad lalu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...