TERKINI :

Wednesday, November 28, 2012

Ketua Pemuda KJ kencing berdiri Anak buah di Kedah kencing berlari.. ada hati nak kutuk Kedah dalam #PAU2012

KONSPIRASI ANTARA PENYAMUN!!!! Orang UMNO Kedah samun duit, Ketua Pemuda UMNO tolong tibai kerajaan Kedah


Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaludin dalam ucapannya di Pesta Fitnah Malaysia menghentam kerajaan negeri Kedah seperti berikut:

Penyelewangan berlaku di sana-sini, termasukdalam menyediakan rumah kos rendah untuk rakyat termiskin.Ada bukti menunjukkan kontraktor yang tak cukup syarat dilantik dan pelik bin ajaibnya pula ada bayaran untuk satu kontraktor dibayar kepada pihak lain.

Ada kontraktor yang membuat tuntutan berulang-ulang pada kerja yang sama dan pada unit rumah yang langsung tak wujud. Ini dosa besar bila kita mencuri dari golongan miskin melalui rasuah dan sikap tidak amanah.

Kepada yang belum tahu kisah sebenar mai baca ini...  

Ucapan Muhyiddin semalam sekadar retorik menyedapkan hati dengan memaki-hamun pembangkang..!!

Ucapan Muhyiddin Tiada Apa-Apa Pembaharuan

Ternanti-nanti juga sore tadi untuk mendengar apakah isi ucapan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sewaktu merasmikan serentak persidangan pemuda, wanita dan puteri parti itu. Memandangkan inilah persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 sudah tentu Muhyiddin alis Udin anak Yassin serius didalam ucapannya menyuntik semangat dan memberi pesan dan amanat kepada lebih 3,000 ahli sayap-sayap Umno itu.

Muhyiddin: Hanya hero Pak Pandir.
Dirasakan tidak ada masa untuk Udin bersenda ataupun memukul dan memburuk pembangkang tetapi lebih melihat ke dalam menguatkan jentera dan persiapan parti sendiri. Udin juga akan memberi sesuatu buah fikiran, formula untuk menang atau idea baru untuk difikirkan oleh ahli parti itu. Juga dibayangkan ucapannya itu akan membangunkan pemikiran orang diluar ataupun akan membuat semakan terhadap keputusan-keputusan yang mereka sudah buatkan hari ini.

Udin anak Yassin atau Umno tahu bahawa lebih 50% rakyat sudah membuat keputusan untuk mereka persembahkan didalam pilihan raya umum kelak. Masing-masing sudah membuat ketetapan parti mana yang hendak dipangkah. Apa lagi anak-anak muda yang dilihat mendahului membuat kesimpulan berbanding orang dewasa sekarang ini kerana mereka mendapat maklumat lebih awal dan meluas denhgan adanya internet, tentu Muhyiddin obses kepada situasi itu.

Justeru saya mengira beliau akan menjawab satu persatu mengenai tuduhan pembangkang dan apa juga persoalan terhadap kerajaan yang diecerkan di dalam ceramah dan juga alam siber. Banyak isu-isu yang membelit rakyat yang perlu dijelaskan atau pun membuang kusut masai pemikiran rakyat terhadap apa yang dilemparkan oleh pembangkang itu. Antaranya ialah isu penyelewengan dan rasuah, mengenai pembelian kapal selam, NFC, pemberian wang RM40 juta kepada Umno Sabah, penglibatan anak seorang menteri dengan jenayah, dan macam-macam lagi.

KETUA PEMUDA UMNO pondan jika tak mampu buat macam KETUA PEMUDA PAS lakukan ini..!!

oleh AnakKedah007



hallo KJ sebelum luajak kita sembang bab Pembangkang mahu hancur keharmonian negara  sebelum bab Konsortium Transnasional mahu tambang bas dinaik 30% sebelum bab Pemuda Umno rancang bina akademi kepimpinan latih pemimpin pelapis sebelum semua tajuk tu apakata hang buat pengumuman macam KETUA PEMUDA PAS nie... ada berani... dah sedap sangat ganyang PEMBANGKANG dalam PAU hangpa... jadi cuba tiru yang nie satu... amacam boleh kaa..??

http://depakataV2.blogspot.com

Musa Hasan dedah HISHAMUDDIN campur tangan dalam urusan siasatan PDRM


Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.

"Sudah tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang menteri. Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka," kata Musa.

Beliau menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan polis negara. Musa bersara pada September 2010.

Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.

Ditanya lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab: "Saya fikir begitulah. Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak dilanjutkan."

 
sebenarnya bab ini sudah diusulkan dalam PARLIMEN untuk di bincangkan dalam PARLIMEN namun di tolak oleh SPEAKER...

Kawan pun UMNO tikam..inikan pula rakyat biasa..!!

Umno sanggup tikam kawan, apatah lagi rakyat

KUALA LUMPUR: Kalau kawan sendiri pun para pemimpin Umno sanggup tikam, apa lagi rakyat biasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sambil menyifatkan percubaan Tun Dr Mahathir Mohamad menghempas semua beban kesalahan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bukti sifat sebenar para pemimpin Umno yang suka menikam kawan untuk kepentingan sendiri, Mahfuz mengingatkan rakyat supaya bersedia dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sifat jijik Umno itu.

"Kalau kawan sendiri pun ketua-ketua Umno sanggup tikam, rakyat tentulah mereka sanggup kerjakan hingga hancur berkecai," katanya.

Mahfuz menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku itu.

Dalam temubual dengan RTM menjelang Perhimpunan Agung Umno, Dr Mahathir menyalahkan pemimpin sebelum Najib sebagai orang yang merosakkan Umno.

Tu dia depa DOA SURUH KEMBALI KEJALAN YANG BENAR pulak.. Awat PAS SESAT kaa..??

PANASSSS... DO'A PERASMIAN PERSIDANGAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO KATA PAS SESAT... KAH KAH KAH !

Ini dia keratan DO'A yang telah menuduh PAS SESAT dalam Majlis Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka  PWTC semalam... doa tersebut telah dibacakan oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Ustaz Afandi Mohd walaupun TIDAK langsung mendo'akan kemusnahan PAS... tetapi dalam SIMBOLIKNYA telah mengatakan yang PAS SESAT berbunyi "Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukalah pintu hati saudara-saudara kami di dalam PAS, untuk kembali ke jalanmu Ya Allah…kembali kepada kebenaran... Engkau gerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi sama-sama memartabatkan agamamu Ya Allah, bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta". DISINI

Habis aje gua baca terus aje TEKAK JADI LOYA dan PERUT MEMULAS... lepas itu KELUAR LAH MUNTAH... Weeekkkk Haaakkk Tuiiiihhhhhh... Gua NO HAL beb kalau segala ISI PERUT UMNO nak kata PAS SESAT ke... PAS MENYELEWENG ke atau APA-APA AJE yang DIFIKIRKAN oleh kebanyakan OTAK-OTAK LEMBU yang sedang BERSIDANG DALAM KANDANG mereka sekarang ni... sebabnya gua PASTI yang AHLI-AHLI UNITED MUNAFIKUN NATIONAL ORGANISATIONS (UMNO) sudah tentu akan mengatakan mereka betul beb... yang UMPAMANYA INGGERIS PENJAJAH BAPAK UMNO juga mengatakan mereka BETUL walaupun HAKIKATNYA mereka adalah PENJAJAH.

Kepada kengkawan yang dok sebar video 1881 tuu mintak hati-hati la noo..!!

AWAS BLOGGERS dan facebooker serta twitterer ! Amaran Dari Cawangan Khas


TERKINI : Amaran Dari Cawangan Khas

Bhai… baru kejap tadi gua dapat call… dari kengkawan gua kat Cawangan Khas Bukit Aman … diorang mintak gua sampaikan maklumat nih kat semua rakan blogger… Diorang mintak jasa baik lu orang dan gua gak supaya jangan menyebar luaskan video dan gambar berkaitan dengan majlis sambutan 1881 Sultan Pahang dengan anakandanya di London tue.

Kawan-kawan baik gua kat Cawangan Khas mintak supaya semua blogger chill out bab isu nih…. supaya memudahkan diorang agar tak perlu banyak buat kerja nak siasat para blogger dan facebooker serta twitterer …. Sebab diorang tak larat nak layan songel dari Istana… kalu tidak… takder kerja lain la diorang asyik nak kena layan jer geng Istana nih….

Jadi… tolong aaa… tolong jangan susahkan rakan kiter kat dalam Cawangan Khas yer… yang dah terlepas diupdate dalam blog tue… kira dah terlepas la… jangan ditambah lagi…. okeh aaa… Sebab geng-geng Cawangan Khas nih awal pagi dah panas telinga pasai isu nih…. tolong aaa..

Gua sampaikan maklumat jer… terpulang la kat lu orang nak ikut ker taknak…. hahaha

Oleh: Cipan, Tapir & Tenuk (C++

Persidangan Mohon Nyawa di PWTC...!!!

Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO minta nyawa..................



Perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada malam ini dimulakan dengan memohon serta mengajak Pas kembali insaf.

Doa yang dibaca oleh Wakil Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu turut memohon agar Pas terbuka hati untuk menerima Umno di atas tali persaudaraan sesama Islam dan bangsa Melayu.

Sebelum ini, PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu
Sumber KL POS.

Kita boleh membuat dua andaian berkenaan doa UMNO dalam para ll diatas. Pertama, mohon simpati kepada rakyat, kunun nya UMNO sangat baik dan berbudi bahasa. Sanggup merendah diri dan sanggup juga menerima PAS yang telah mengutuk nya. Dengan ini rakyat akan menganggap  UMNO itu lebih baik dari PAS.

Persidangan UMNO ka Ceramah Politik... Asyik dok kata kat Pakatan Rakyat jee..!! #PAU2012

Banyak beristighfar dengar ucapan pemimpin Umno


Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu.

Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.

Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masa kini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.

Mana HIDUPNYA MELAYU bila Melayu semakin jatuh pendapatan isi rumahnya.. #PAU2012


Central Squre Sg Petani lokasi maksiat..pihak berkuasa lena kaa..???

Aksi panas remaja keterlaluan
Wartawan Sinar Harian
27 November 2012
Aksi panas remaja keterlaluan
Pasangan sejenis turut mempamerkan aksi kurang sopan di hadapan khalayak
 
SUNGAI PETANI – Tindakan melampau sesetengah remaja melakukan aksi panas di sebuah pusat membeli-belah di pusat bandar Sungai Petani bukan sahaja dianggap keterlaluan, malah kelihatan bersahaja walaupun ditegur di hadapan khalayak.

Remaja termasuk mereka di bawah umur dikatakan berkunjung ke pusat membeli-belah itu kerana turut dilengkapi dengan kemudahan pusat karaoke, pusat permainan video dan permainan boling di tingkat atas premis berkenaan.

Ada sesetengahnya pula dikenal pasti sengaja ke ruang terpencil dekat tingkat atas terbabit semata-mata untuk melakukan perbuatan tidak bermoral bersama pasangan.

Penyewa premis, Rashid Amin, 40, berkata, kebanyakan pasangan remaja masih di bawah umur berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan, ada yang duduk meriba antara satu sama lain dan bersentuhan antara satu sama lain di bahagian anggota badan.

“Pernah juga dilihat berpelukan  dan bercumbuan tetapi apabila ditegur mereka tidak menghiraukan orang di sekeliling,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...