TERKINI :

Saturday, November 24, 2012

SPRM tak reti nilai duit..sebab kes RM180,000 bukan main pantas siasat tapi kes RM6juta haram buat tak nampak jaa..!!


VENDOR JUAL UTUSAN merayu supaya saman TOKEY UTUSAN sudah depa sekadar menjual sahaja..!!

Kuburkan Utusan saja bukan vendornya

oleh ABU,

Assalamualaikum...

Saya mewakili vendor/peniaga surat khabar, amat tidak bersetuju di atas cadangan agar pengedar dan penjual Utusan di saman Di atas beberapa sebab.

1- Kami hanya mencari rezeki di bumi Allah ini, bukanlah hak Umno.Ini bukan penyelesaian .

2-Kami hanya berniaga, bukanlah penfitnah macam umno.

3-ALLAH swt mengurniakan akal kepada manusia, agar menimbang sesuatu berita sama ada benar atau fitnah.

4-KAmi adalah peniaga yg mempunyai akaun vendor di dalam setiap akhbar,sama ada Utusan meloya,NSTP,The star,Dan setiap akhbar yg ingin di ambil, perlu menggunakan wang hasil berniaga, harian, bukan dari UMNO. Termasuk Harakah, Keadilan, Roket.

Inilah dia manusia yang layak di gelar "BAPA BATU API NEGARA"

Mahathir Layak Dinobatkan Batu Ronson Negara
Oleh Shahbudin Husin

Komen terbaru Mahathir mengenai siapa yang layak menjadi PM jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya akan datang mengesahkan lagi kedudukan Mahathir sebagai batu api dalam politik negara atau "batu ronson" dalam istilah orang kebanyakan. Beliau nampaknya bekerja siang malam memikirkan bagaimana untuk melaga-lagakan penyokong Pas, PKR dan DAP serta rakyat seluruhnya sebelum Najib membubarkan Parlimen.

Hari ini bekas PM itu berkata, Haji Hadi lebih layak menjadi PM berbanding Anwar jika PR menang pilihanraya akan datang kerana menurutnya Presiden Pas itu tiada bebanan sejarah berbanding Anwar.

Sehari sebelum itu, dalam isu yang sama beliau berkata, PR sepatutnya memilih Karpal Singh menjadi PM jika pakatan pembangkang itu memenangi piliharaya kerana katanya, Pengerusi DAP itu sudah lama berjuang dan sudah sewajarnya diberikan jawatan itu.

Hanya dalam dua hari, pandangannya tidak konsisten. Kalau esok ada yang bertanya lagi tentang isu yang sama, mungkin jawapannya berbeza lagi. Mungkin Mahfuz, Mat Sabu atau Lim Guan Eng pula yang disebutnya lebih layak menjadi PM.

Dengan menyebut dua nama berbeza yang layak untuk menjadi PM mewakili pembangkang, selain Anwar yang sudah dipersetujui secara konsensus oleh PR, ini secara jelas menggambarkan Mahathir juga seperti majoriti rakyat lain tidak lagi menaruh harapan PM akan datang datangnya daripada UMNO.

Politik BN ibarat semut dalam seluar sahaja...!!!

Oleh SELENA TAY

Ada satu peribahasa Cina iaitu 'semut dalam seluar' yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang selalu suka buat kacau dan suka menyusahkan orang lain tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Pihak lawan boleh dikatakan umpama 'semut dalam seluar' kerana seringkali mengungkitkan isu-isu remeh untuk mengganggu pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
 
 Selain dari itu, pihak lawan juga suka mencipta isu palsu.  Rekaan isu palsu ini semuanya mempunyai niat yang jahat oleh pihak yang memang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, isu-isu remeh yang sentiasa dipaparkan dalam media arus perdana juga akan menjadi seperti isu yang besar manakala isu yang palsu apabila sentiasa diulangi akan menjadi seolah-olah ia adalah benar.

Inilah bahayanya propaganda pihak lawan.  Oleh itu, para pengundi khasnya dan rakyat Malaysia amnya digesa supaya janganlah termakan dakyah pihak lawan.

Aduhai Juak UMNO..Nak mengampu pun kena bijak, nak pembohong kena pandai.. Ampu biaq boss selesa, bohong biaq sampai orang percaya...!!!

Pas tolak Anwar...

Salam semua...

Mengampu neh kira-kira tu, satu cara cari makan yang cukup popular lar. Tapi maap la, Pak Long tak dan nak mengaji maqam populariti yang ada kat ampu-mengampu neh. Tapi Pak Long nak pesan la kat para pengampu tak kira la dok belah mana, nak mengampu pun jangan sampai merapu. Nak jek kereta pun agak-agak boleh tukaq tayar dah laa... Mengkalu jek terlebih sampai terkalih kereta, tu nak perlingkup namanya...

Nak mengampu pun kena bijak, nak pembohong kena pandai... Ampu biaq boss selesa, bohong biaq sampai orang percaya...

Dua hari lepaih kot Pak Long terjumpak satu tulisan mamat mana tah dalam sinar. Sedap tulisan dia, tapi tu la... bagi Pak Long, dia neh terlebih ampu sampai dah keperingkat merapu. Dia terlupa satu dari rukun ampu, AMPU tak semestinya kena menipu...

Dia kata Pas tolak Anwar jadi PM. Ok, tak dak masaalah kalau betoi... Tapi masa muktamar Pas baru-baru neh, tak dak pun ketetapan yang depa buat pasai isu tuh... Ianya cuma satu usul dari Dewan Ulamak Pas ja. Depa mau hj Hadi jadi PM pun bukan bermaksud Pas tolak Anwar. Serupa la jugak kalau puak PKR mahu Anwar jadi PM, tak bermaksud PKR tak suka hj Hadi.

Pak Long ngan Mak Long hang ni tak berapa nak ambik peduli sangat bab-bab neh... Sapa naik jadi PM nanti pun, Pak Long dok kena sorang-sorang tarik lembu pi padang gak... Mak Long hang tetap kena meloko jahit baju jugak. Tapi Pak Long pasti, kami sokong tak kira parti... Naik la sapa pun jadi pemerintah, asaikan depa bukan Umno ja... Naik la sapa pun jadi PM, asaikan Islam dan bekerja ikut Al-Quran dan sunnah. Pak Long ngan Mak Long hang teringin sangat nak tengok, sebelum pejam mata neh... Islam terletak berdaulat ditempatnya. Islam memerintah, bukan diperintah...

Lagi pun, parti kalau tak sokong pemimpin depa untuk naik, nak harap sapa sokong? Mampuih keraih la mengkalu nak harapkan Umno sokong... haha...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/

Aduhai UMNO... himpun apa tak boleh cakap.. PAS selamba ja sound nak jadi PM....


Jika macam tu hangpa nak bersidang apanya? Nak bersidang kata kata kat PAS... Nak kata kat Anwar dah semua tak boleh sentuh....

sedangkan isu seperti CSL hina agama Islam, dimana kedudukan Melayu yang mana masih banyak miskin di pendalaman sana, kadar kehilangan tanah rizab yg masih tak berganti sehingga kini dan macam macam lagi jika nak pikiaqnya....

Strategi politik PR gagal dalam bulan November


Apa kata pakat semua geng PR pergi saman UTUSAN secara menyeluruh..

Saman Ke Atas Utusan Perlu Menyeluruh

oleh Mohd Sayuti Omar,



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu., pada 5 November lalu.

Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Isak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates.

Sebelum ini sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan. Kebanyakan saman itu menyebabkan syarikat akhbar berkenaan diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit.

Bagaimana pun akhabr berkenaan tidak serik dan terus melakukan fitnah demi fitnah. Seolah-olah Utusan kebal dan sengaja membiarkan dirinya dan dikenakan tindakan undang-undang.

ADUN Kota Siputeh tengtang arahan KCS & SUK Negeri Kedah


Apa yang menarik di Sidang DUN Kedah yang baru berakhir?

Ulasan Sidang Bajet 2013
Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Sidang Bajet 2013 baru sahaja berakhir. Ia merupakan Sidang Bajet kelima bagi Pakatan Rakyat Kedah dan pastinya yang terakhir sebelum PRU 13.
Sepanjang lima tahun bersidang, maka persidangan kali ini dianggap yang paling hangat sekalipun kehangatan Sidang DUN Kedah tidak pernah mengatasi Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan atau Negeri Sembilan.
Kehangatan kali ini ialah kerana pihak pembangkang, BN, berjaya menghimpun isu-isu yang paling banyak untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.
Isu-isu penting yang menjadi peluru BN tersebut ialah kerugian RM6.4 juta pelaburan projek balak di Papua New Guinea oleh Kedah Corporation Berhad anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah, kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah, konfrontasi yang dibuat oleh ahli-ahli majlis kerajaan tempatan terhadap Setiausaha kerajaan Negeri, penebangan balak yang kononnya tidak terkawal di hutan simpanan kekal dan pertambahan pusat hiburan. Barangkali kerana tiada pre council antara ADUN BN, maka hampir setiap orang dari mereka asyik mengulang isu yang sama sehingga Sidang DUN menjadi agak membosankan.

[Sidang DUN Kedah] Ingatkan hebat dah ADUN BN nak hujah.. mai kena libas pari dengan EXCO terus lembek tengkok..!!

ADUN Anak Bukit dedah, 
Ketua Pembangkang mengeluh...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...