TERKINI :

Thursday, November 22, 2012

[Sidang DUN Kedah] Mat Bashah tanya bab DOA Kat UMNO..lalu Exco pun jawab...

Orang zalim mesti dimusnahkan

Biarkan penyokong UMNO yang kenyang selesa dengan apa yang mereka ada... kita teruskan kerja buat kita menawan Putrajaya..!!

'Orang kenyang jangan di ajak berjuang'

Apabila musim pilihanraya datang, setiap parti dan pihak-pihak NGO bergiat memberikan dukungan kepada parti yang mendapat ‘preference’ dari mereka. Walaupun pertubuhan-pertubuhan itu adalah pertubuhan NGO, sampai pilihanraya mereka juga terlibat dalam proses mengamalkan demokrasi mengikut cita rasa masing-masing.

Pihak pembangkang juga mendapat perhatian dari NGO-NGO ini dan mereka tidak teragak-agak untuk menentukan sikap dan pegangan politik mereka secara terbuka. Pihak pembangkang sendiri kehadapan dan memberikan penerangan sambil merapati rakyat bagi mendapatkan sokongan dalam pilihanraya kali ini.

Sebaliknya UMNO dan BN menggunakan NGO-NGO sebagai ‘vehicle’ untuk parti itu apabila menghadapi rakyat untuk mendapatkan kehadiran yang ramai. Jika UMNO sendiri mengadakan program ia tidak mendapat kehadiran yang ramai dan keadaan ini adalah keadaan biasa di seluruh negara.

Seperti yang selalu saya sebut UMNO tidak bergerak di peringkat cawangan dan rakyat sudah merasa terasing dan jauh dari parti itu sedangkan pembangkang sentiasa di lihat berada di hadapan mata mereka dengan kegiatan pendekatan rakyat mereka. Cawangan-cawangan UMNO sudah hilang kemahiran mendekati rakyat dan parti itu terpaksa menggunakan tenaga Presiden atau Timbalannya untuk merempuh setiap kawasan di seluruh negara dengan persediaan yang begitu mahal.

Sakan sungguh Umno Johor...

Laki Mak Long hang: Pak Long Din

Salam semua...

Tu diaa...
Baru Pak Long tau...
Umno Johor lagi sakan rupanya, bagi ayaq kopi percuma kat 7 keluarga...
Tu pun hangpa dok kata tak baik lagi...
Haha...

Tu dia laa Umno oi, jangan syok sangat dok kepung kampung orang...
Bila kain sendiri dah terlondeh, panau, kurap, sopak... songkla semua tunjuk kat orang habih... Benda yang tak sepatutnya ditunjuk pun orang dah nampak... hehe...

Mak Long hang kata kat Pak Long, tak semua yang kita mau tu mampu kita dapat, tapi... tak semua yang kita dapat tu yang kita mau...

Wassalam...

nukilan
PakLong

Kerajaan Malaysia di kecam kerana masih enggan mengakui kerajaan Hamas sebagai kerajaan yang sah mewakili rakyat Palestin



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan kerajaan Malaysia kerana masih enggan mengakui kerajaan Hamas sebagai kerajaan dan pertubuhan yang sah mewakili rakyat Palestin.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata Kerajaan Malaysia seperti menghina hak rakyat Palestin yang memilih kerajaan Hamas mewakili seluruh rakyat Palestin.

“Apakah ertinya kerajaan Malaysia meluluskan kecaman terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama enggan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh rakyat?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Dalam hal ini, ujarnya DPPM merasa kesal kerana kerajaan Malaysia menganggap Hamas sama seperti Pakatan Rakyat di Malaysia serta negeri-negeri yang diperintah oleh PR seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang dilayan seperti warga kelas kedua.

Justeru, katanya DPPM mengingatkan kerajaan supaya jangan bersikap bermuka-muka dalam mengangani isu Palestin.

Persoalan dia awat tanah tu atas nama UMNO bukan nama Kerajaan Negeri????

'Tanah diperolehi BN diguna untuk rakyat'

Ketua Penerangan Umno Selangor,  Abdul Shukor Idrus berkata memang BN memperoleh sejumlah 24 tanah di Selangor tetapi tidak diberi kepada individu, sebaliknya digunakan untuk kepentingan rakyat.

Beliau yang juga ADUN Kuang berkata, tanah tersebut tidak diberikan kepada individu tetapi diberikan kepada satu pertubuhan yang ramai.

"Umno itu adalah rakyat. Umno mewakili 400,000 rakyat Selangor dan 400,000 rakyat Selangor ini membayar cukai. Ini (tanah) rakyat Selangor yang dapat.

"Ini bukan untuk individu tetapi suatu pertubuhan yang ramai. Tak boleh ke Umno menerima dana untuk membina dewan serbaguna, dewan-dewan masyarakat untuk kegunaan masyarakat?

"Keseluruhan tanah adalah tanah yang digunakan untuk dewan, tadika dan sebagainya... semua untuk kepentingan rakyat, bukan individu," kata Shukor.

BERGELUT DENGAN PERSEPSI -UMNO MASIH BELUM BERSEDIA MENGHADAPI PRU13.


 
Cabaran utama UMNO hari ini ialah bergelut dengan persepsi. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.

Beliau berkata selepas pilihan raya 2004, Umno bukan sahaja berhadapan dengan tohmahan pembangkang yang melabelkannya sebagai parti kronisme, elitis dan korup malah terpaksa berhadapan dengan bekas anggota parti yang kecewa apabila gagal meraih kedudukan politik semasa bersama Umno.

Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 28 Nov hingga 1 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semua pihak sedang menanti apa perkara baru yang dikatakan perubahan yang UMNO akan pamerkan kelak.

Jika kenyataan Tengku Adnan dihayati dengan mendalam ia membawa mesej bahawa UMNO belum lagi bersedia dengan sepenuhnya untuk menghadapi PRU13 ini. Mereka masih lagi tidak berjaya menghakis persepsi kronisme, elitis dan korup.

[Suara Muktamar] Pemuda PAS bantai HARAKAH tetapi masih sayangkan HASAN ALI & NASA..!


Pemuda PAS Serang Harakah, Senyap Pasal Hasan Ali/Nasaruddin

oleh Tulang Besi

 
Dewan Pemuda PAS telah meluluskan usul mengecam Harakah. Antara kecaman yang dinaikkan adalah:
1.0 Harakah telah mengecam Dr Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Inilah hujjah pertama yang dibentangkan wakil Pemuda Wilayah, Kamaruzzaman Mohammad.
2.0 Harakah melebihkan berita Pakatan Rakyat berbanding berita dalam PAS sendiri
3.0 Harakah melaporkan berita-berita yang pro Syiah dan tidak berpihak kepada pemberontak Syria yang menentang Bashar Al Assad
4.0 Harakah juga dilihat akhbar yang sering mengambil berita-berita daripada blog-blog picisan, sumber yang tidak kuat dan artikel disalin bulat-bulat tanpa disunting.
5.0 Harakah menerbitkan beberapa artikel yang me"rugi" kan Jemaah (tanpa dinyatakan dengan jelas artikel yang mana satu serta bagaimana artikel itu merugikan PAS)

Ingat Udang saja rugi kena saman rupa-rupanya projek Lembu pun rugi RM3.3juta..!!

Pendedahan terbaru... projek feedlot di Pendang rugi RM3.3 juta!!!


Kita telah mendengar 10 projek tinggalan BN yang jadi biawak hidup terpaksa ditanggung oleh kerajaan Pakatan kini. Rupanya terdapat satu ekor biawak hidup lagi yang ditinggalkan BN yang belum disenarai melibatkan kerugian RM3.3 juta. Perkara tersebut didedahkan oleh YB Dato' Amiruddin Hamzah pada Persidangan DUN Kedah tadi.

Oleh : SARINA ISMAIL
ALOR SETAR – Akibat salah tadbir dan perjanjian yang longgar semasa pemerintahan dahulu, kerajaan negeri terpaksa membayar tuntutan kepada syarikat-syarikat  berkaitan yang mengendalikan beberapa projek.
Demikian didedahkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menjawab soalan yang diajukan oleh YB Abdullah Jusoh (PAS- Pantai Merdeka) yang inginkan penjelasan berkaitan nama syarikat, projek yang dikendalikan, nama agensi dan jumlah tuntutan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.
 
“Antara nama syarikat yang terlibat ialah Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) di mana mahkamah telah memutuskan tuntutan sebanyak RM2.16 juta akibat satu projek pengurusan ternakan udang di Kerpan. KAIMB telah menandatangi  perjanjian pengurusan ternakan berkenaan bersama Kedah Aquaculture Sdn. Bhd (KASB).

Ketua Pembangkang yg Cetek Akal

 
 
Tulang Besi mengikuti ucapan Ketua Pembangkang DUN Selangor semalam. Tulang Besi hairan. Adakah Tulang Besi semalam mendengar ucapan Ketua Pembangkang ataupun Laporan Bulletin Utama TV3? 
Ini kerana segala pembohongan dan penipuan yang telah dijawab di dalam dewan yang mulia sebelum ini, diulang kembali oleh beliau.
Misal yang paling jelas adalah isu pengurusan pasir yang melibatkan Kumpulan Semesta. Dua kali Ketua Pembangkang menjadikan itu sebagai contoh korupsi dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Namun, sewaktu sidang SELCAT berkaitan pasir tempohari, Ketua Pembangkang serta Pengerusi BN tidak langsung berani untuk hadzir jauh sekali untuk menjadi saksi. Ertinya tanpa disedari Ketua Pembangkang telah memalukan diri beliau sendiri.
Ketua Pembangkang juga mempersoalkan kenaikan perbelanjaan kerjaan negeri menurut Belanjawan yang baru dibentangkan oleh MB. Malangnya, Ketua Pembangkang tidak menyebut bahawa belanjawan yang baru ini adalah belanjawan seimbang. Juga, beliau tidak sebut jumlah simpanan kerjaan negeri bertambah dari setahun ke setahun sekaligus menunjukkan kerajaan negeri mampu mentadbir kewangan dengan baik. Ertinya Ketua Pembangkang tidak mampu mencari apa-apa kelemahan dalam ucapan Belanjawan Negeri Selangor yang baru dibentangkan itu.

Antara Parti Ajaran Sesat & KO BN..??

oleh depakataV2.blogspot.com

Photo: Hmmmmmmmmmm.......

Yela yela.. dia je yang suci. PAS je la yang sesat dan jahat. Fullstop.
Punca kami doa hangpa KO BN sebab hang pa sedap ja kata kami SESAT.. bila kami tanya tang mana SESAT hangpa tak senaraikanlah pulak... jadi kami pie ngadu kat JAB AGAMA pasai hangpa kata kami SESAT... bila kami tunggu jawapan JAB AGAMA pasai apa kami SESAT tak ada keputusan atau makluman sampai sekarang tak kata paa pon..
Jadi kami tengok permainan hangpa nie bukan demi agama sebernarnya... lalu kami buat report POLIS tapi tak ada apa keputusan jugak lalu kami pun angkat tangan BERDOA kepada pihak yg ZALIM tersebut...

Hudud dan Soi Lek: Bukti Umno gagal

Syis Abdul Kadir

Sekali lagi Datuk Sri Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan anti-hudud dengan menyatakan bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia bakal menganggur jika hudud dilaksanakan. Pernyataan ini jelas menunjukkan Umno gagal dalam memimpin Barisan Nasional serta memberi kefahaman Islam kepada rakan kerjasama yang bukan Islam.

Pada 4 Disember tahun lalu, beliau telah membuat kenyataan jika dilaksanakan hudud Malaysia akan kehilangan pelabur serta hukuman ini bias serta zalim terhadap kaum wanita. Seterusnya pada 1 Julai baru-baru ini, beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan anti-hudud apabila memberi respon bahawa ADUN Kemelah sudah kehabisan idea dan hilang akal setelah ADUN tersebut mencadangkan dilaksanakan hudud di Johor.

Dengan ini, saya tegaskan Umno sebagai parti dominan dalam Barisan Nasional telah gagal berperanan untuk memberi kefahaman dan gambaran yang sebenar berkenaan Islam secara holistik. Sehingga kini, tiada lagi kenyataan tegas daripada pimpinan tertinggi Umno mahupun Ulama Muda Umno. Apakah mereka takut kepada MCA atau turut menjadi perancang mewujudkan propaganda hudud sebagai modal politik murahan?

Israel mesti segera menghentikan pengeboman Gaza dan pembunuhan kejam rakyat Palestin

Israel mesti segera menghentikan pengeboman Gaza dan pembunuhan kejam rakyat Palestin yang tidak berdosa. Serangan yang berterusan apa yang meninggalkan tanah air Palestin adalah pencabulan undang-undang antarabangsa dan merupakan perbuatan pembunuhan berdarah sejuk.

Kita mengutuk perbuatan ini terang-terangan pencerobohan dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk melakukan apa sahaja yang perlu untuk menamatkan keganasan. Pengeboman berterusan dan panggilan sebanyak 75,000 Pasukan simpanan merupakan ancaman serius terhadap keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Kami akan mengulangi amaran oleh kedua-dua Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Mesir Mohammed Morsi bahawa akibat yang serius akan terjadi jika Israel berikut dengan ancaman serangan alasan.

SADA Kulim tak buat kerja penyelengaraan tangki... Azmi Din hang mai tengok sat ayaq terjun nie..!!

PENGURUSAN SODA ALOR SETAR MAI TENGOK, KERANA SODA DI KULIM BUTA

Pakat-pakat tulong dengaq bunyi ayeq terjun SODA 4 bulan betentengan dengan hutan rimba tangki ayeq disebelah bangunan kilang kosong. Awat hampa loklaq sangat, agak-agak hampa berapa lama ladang hutan SODA ditangki ayeq dibela di belai? Kalau yang dudok goyang kaki hongaq pungkoq di pejabat Taman Kota Kenari tu, hampa dok buat menatang apa?
Apa kejadah pula pembaca meter yang setiap bulan dok mai beri bil, bil puteh, bil merah hampa deras sangat. Sampai jadi hutan, hampa haram nak ambil tau pasai apa? Hampa kerja ka, hampa mentahkedarah gaji? Hampa tengok sendiri la!!!! Awat hampa soda ni jadi sudit ka? Hampa tak dak ka juruteknik, teknikal yang membuat lawatan seluroh daerah Kulim, memerhatikan dimerata taman dan jalan ada air pancut, ada air terjun. Banyak tangki air yang macam air kencing dilepas dari tingkat 4.  
Hampa kena ingat gambar nidia cereta benar, bukan kerot tambah. Jangan-jangan hampa di SODA macam during dalam daging, dok kerja selama ni.

KHTP catat pelaburan tertinggi tahun 2011

ALOR SETAR – Dalam menghadapi persaingan yang hebat dari segi pelaburan dengan pelbagai kawasan perindustrian di seluruh Malaysia, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) berjaya mendapat pelaburan tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 2011.

Exco Industri & Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, jumlah pelaburan baru di KHTP tidak termasuk pengembangan seperti yang tertera di laporan Malaysia Investment Performance secara rasmi adalah berjumlah RM4.7 bilion.

Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis mengenai soalan yang diajukan oleh YB Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (ADUN Guar Chempedak) di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke 12 di Wisma Darul Aman.

“Ianya menjadikan KHTP merupakan kawasan perindustrian yang mendapat jumlah pelaburan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia bagi jumlah pelaburan baru pada tahun 2011.

Khutbah Jumaat - Kita pun baca dan pihak sana pun baca, sama sahaja...semua ajak amal maruf, nahi mungkar.

Tiada khutbah yang memecahbelah masyarakat

ALOR SETAR - Khutbah Jumaat tidak pernah memecahbelahkan umat sebaliknya mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kezaliman yang berlaku.

Sekiranya ada jemaah atau pihak yang terasa mahupun tersinggung dengan Khutbah Jumaat yang disampaikan maka adalah lebih baik seseorang itu untuk kembali ke pangkal jalan sekaligus membuat kebaikan seperti yang disarankan dalam khutbah tersebut.

Demikian penjelasan YB Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul (PAS-Tokai) di Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kali ke-12, di Wisma Darul Aman, yang menjawab bagi pihak kerajaan berhubung soalan lisan YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) yang mempersoalkan sama ada kerajaan negeri bersetuju tindakan membenarkan pembacaan khutbah Jumaat berunsur politik di masjid-masjid dan pandangan tentang mencela individu tertentu.

Bagaimanapun YB Dato’ Mohamed Taulan menjelaskan kerajaan negeri tidak membenarkan dan menolak sama sekali khutbah Jumaat yang ada politik kepartian dan mencela individu tertentu.

"Khutbah dibaca oleh kedua-dua belah pihak. Kita pun baca dan pihak sana pun baca, sama sahaja...semua ajak amal maruf, nahi mungkar.

"Saya buat semata-mata untuk rakyat, biar depa nilai sendiri" MB Kedah

MB Kedah: 'Bajet rakyat, biar depa nilai sendiri'


ALOR SETAR - Bajet 2013 memang bajet umum dan itulah yang difokuskan untuk kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bajet itu dirangka mengikut apa yang sedang berlaku dalam negeri ini dengan sedikit penambahan kepada perancangan sedia ada.

"Saya buat semata-mata untuk rakyat, biar depa nilai sendiri. Yang penting saya dapat tunai kewajipan saya kepada keperluan rakyat biasa. Kalau nak buat daripada yang luar biasa, memang tidak ada.

"Nak pastikan semua agenda lama diteruskan agar segala-galanya siap atau lengkap untuk rakyat. Sebab itu kita tambah bajet tahund depan kepada RM1.1 bilion berbanding tahun ini RM1.06 bilion," katanya kepada media hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...