TERKINI :

Wednesday, November 21, 2012

[Berdoa KO BN] UAI - TIDAK JADI MASALAH..dengan syarat orang yang berdoa tu adalah ORANG YANG DIZALIMI..!!

Aktivis Terengganu


Alhamdulillah diizinkan Allah mengikuti kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Walaupun ketiadaan elektrik selama 10 minit (dipercayai disabotaj), kehadiran ramai umat Muhammad s.a.w. sedikit sebanyak mengubat kekecewaan. Dan ambe sempat tanya dua soalan kepada UAI :

1) Apakah hukum mendoakan keburukan Muslim lain seperti yang dibaca di Kelantan baru-baru ini?

2) Bolehkah menulis sesuatu yang baik tentang diri kita di laman FB? Contohnya cemerlang dalam exam. Bukankah ianya satu perbuatan riak?

Jawapan UAI :

Apa persamaan UMNO dengan TIKUS..??

KISAH UMNO TIKUS.

 

UMNO Seperti Tikus Yang Bermewah SeSuka Hati Di Dalam Istana , Datang Si Kucing2, UMNO Jadi Takut Dan Hidup Dlm Kebimbangan, Bagaimana Si Tikus Nak Menguasai Makanan Yg Ada Dlm Istana Dengan Adanya Kucing2? 

UMNO Terpaksa Minta Pertolongan Ahli Sihir , Minta DiTukar Jadi Lebih Besar Daripada Kucing..Ahli Sihir UMNO Ialah SPR Dan Penguatkuasa.

Walaupun UMNO Sudah Bertukar Jadi Kucing Lebih Besar, HATINYA TETAP TIKUS, TIDAK MAMPU MENANGANI KETAKUTAN TERHADAP KEBANGKITAN RAKYAT.

KO PAS... PAS KO...!!!

Oleh DepaKataV2.blogspot.com

Hari nie kita di bisingkan oleh kelaku berdoa mintak musnah.. KO BN.. BN KO... alaaa hangpa nak susah hati apanya.. Kita serahkan kepada ALLAH SWT nak makhbul atau tidak doa tersebut... semua nie kerja buat Allah...

Jika BN pun do KO PAS.. PAS KO... kita pakat ramai-ramai tumpang aminn semoga jika benar apa yg dikatakan kita turut menumpang tempias kebaikan kerana Allah melindungi kita dari mengikut golongan yang salah..

TETAPI buat masa sekarang KO BN... BN KO... JAKIM pun sekadar kata menyalahi ADAP bukannya tak boleh atau HARAM berdoa macam tersebut... jadi KO BN... BN KO.....Aminnn....

tengok doa puak UMNO nie..apa kata kita pakat aminnn.. jika betul PAS munafik & sesat laa..

Note : DepaKata dah pindah rumah baru... rumah lama jadi benda apa kejadah tak tau... 


Tidak timbul dakwaan Umno murtad, sebaliknya sesiapa sahaja yang menolak hukum Islam boleh membawa kepada murtad

 

SAPA MAKAN CILI DIA YANG TERASA PEDASNYA

Tidak timbul dakwaan Umno murtad, sebaliknya sesiapa sahaja yang menolak hukum Islam maka perbuatan itu boleh membawa kepada murtad.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, itu maksud sebenar seperti yang dijelaskan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak sebagaimana disiarkan beberapa akhbar sehari dua ini.

“Tok Guru kata perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kepada murtad, tidak dikira dilakukan sesiapa pun termasuk juga kalangan pemimpin Umno.

[Soalan] Depa nie Melayu kah? Islam kah? Melayu Islam kah?


Najib tidak boleh samakan buah epal dengan bacang

oleh Aspan Alias



Najib masih menyanyikan lagu lama dengan dendangan yang lama. Najib seorang yang sangat terdesak dan kata-kata nya pun sangat tidak bernilai sebagai satu ucapan pemimpin yang setimpal sebagai kata-kata dan ucapan seorang pemimpin kepada rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Najib terpaksa menggunakan ‘testimonial’ orang lain untuk mendapat kepujian dan pengiktirafan dan tidak mampu menunjukkan ‘testimonial’ sendiri bagi meyakinkan rakyat.

Najib masih meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dan BN kerana memberikan sokongan kepada UMNO khususnya kepada beliau itu tidak akan menjejaskan pelan transformasi beliau yang telah beliau umumkan setiap bulan dan minggu itu. Jika memberikan sokongan kepada pihak lain ia akan menjejaskan pelan pembangunan dan kemajuan negara dan akan membantutkan usaha kerajaan pimpinan beliau untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan sebuah negara maju menjelangnya tahun 2020 nanti.

Negara kapiaq McD boleh tutup negara Islam 1Malaysia masih berbangga dibukanya..!!


TERHOT: 110 cawangan McDonald's Jepun ditutup McDonald's menutup 110 cawangan di Jepun kerana jualan merudum...Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia McDonald's hari ini mengumumkan penutupan 110 cawangan restoran mereka di Jepun...Owhh!! Jepun sudah! Malaysia pulak bila lagi?

Baru pembangkang Kedah tahu betapa besarnya kuasa speaker..!!

Perintah pembatalan muflis tidak dapat membatalkan keputusan speaker

ALOR SETAR – Bekas ADUN Kuala Nerang, Dato’Syed Sobri Syed Hashim tidak diizinkan mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2013) ekoran status terkini beliau dalam kes kebangkrapan yang menyebabkan hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Dato’Dr Abdul Isa Ismail melalui surat rasmi yang dikeluarkan kepada pihak media, walau pun bekas ADUN telah menyerahkan satu salinan Perintah Pembatalan kes-kes kebangkrapan yang telah disabitkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bertarikh 9 dan 16 November 2012 dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 9 November 2012, namun dokumen-dokumen tersebut tidak membatalkan keputusannya sebelum ini tentang kehilangan kelayakan berkenaan.

Jelasnya lagi, beliau masih dalam peringkat penelitian dan dalam usaha mendapatkan pengesahan daripada mahkamah dan Jabatan Insolvensi berkenaan dengan status terkini bekas ADUN berkenaan. Beliau tetap dengan keputusannya berkenaan pelucutan hak dan kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang sehingga satu pengesahan muktamad diperolehi. Hal ini katanya, selaras dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada beliau sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri.

Kedah peruntukan RM8.5juta untuk 'Projek Sawah Gemilang'

Projek Sawah Gemilang


Usaha memajukan sawah padi diluar kawasan MADA telah giat dijalankan. Pada tahun 2012, Kerajaan melancarkan Projek Sawah Gemilang di kawasan seluas 203 hektar yang melibatkan 196 peserta. Jabatan Pertanian dan JPS telah berganding bahu menjayakan projek ini. Projek ini akan diperluaskan lagi pada tahun 2013.

Melalui peruntukkan sebanyak 8.5juta tahun hadapan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran akan digembeling bersama pesawah-pesawah yang terlibat bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi melebihi 5 tan sehektar. Antara projek yang akan dijalankan ialah:

i. Meningkatkan kemudahan pengairan dan saliran di kawasan sawah terbabit.
ii. Memberi input pertanian kepada pesawah.
iii. Mempelawa usahawan tani melaksanakan projek secara perladangan.

Kerajaan menyeru pemilik sawah agar bekerjasama dengan Jabatan dan Usahawan Tani yang berkenaan untuk menjalankan penanaman secara perladangan.

Ucapan Bajet 2013 Kerajaan Negeri Kedah oleh MB Kedah


UCAPAN BAJET TAHUN 2013


OLEH
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI DIRAJA MENTERI BESAR
KEDAH DARUL AMAN

PADA 20 NOVEMBER, 2012 / 2.30 PETANG

BERTEMPAT Di DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Assalamualaikum Warohmatullahhi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullillahirobbil alamin Wassolatuwassalamu ala asyrabil anbiyaiwalmurssalin Waala alihi Wasohbihi ajmain.


Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah rahmatnya dapatlah saya dan semua ahli-ahli Yang Berhormat menghadiri persidangan dewan pada petang ini.

Kita juga bersyukur di atas nikmat keharmonian, kedamaian dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini.

Sesungguhnya nikmat yang kita kecapi adalah terlalu luas dan tidak mampu untuk dihitung.

Untuk menang ‘perang’, musuh mesti dihancurkan

Oleh Azhar Yahya

Doa untuk menghancur dan menjahanamkan Umno BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam arena politik Malaysia, PAS dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno BN jelas bertentangan dengan dasar PAS yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh. 
 
Dasar Umno BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan Umno BN selama ini. Umno BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan. 

Jika tak nipu bukan Kjaan BN.. Negara Paling Bahagia Konon.. no.8 ka no.84?


nak tahu detail KLIK bawah nie...


Antara ISLAM, MURTAD, ARTIS & TANYALAH MUFTI..!!


Tahniah atas pertanyaan Sdr Artis...setidak2nya sdr ingin tahu...
Setakat yang saya tahu...

1. Jadi Ahli umno tidak murtad, tetapi boleh membawa kepada murtad sekiranya berpegang dengan prinsip "politik suku agama suku".
2. Isi borang Ahli Umno tidak jadi murtad TETAPI membawa kepada murtad sekiranya menyakini perlembagaan malaysia adalah undang2 tertinggi bg seseorang muslim melebihi undang2 al-Quran.
3. Letak nama anak "Muhd Umno" tak membawa kpd murtad TETAPI murtad seseorang yang menghina sunnah seumpama kata " Orang yang simpan janggut sama dengan kambing"...murtad orang yang berkata dan murtad juga orang yang menyokong.
4. Pegang Bendera Umno tidak jd murtad TETAPI membawa kepada murtad seseorang yang mengoyak poster hudud kerana bencinya pada hukum hudud, & tidak dihukumkan murtad sekiranya dikoyak tanpa perasaan apa2 seumpama orang gila.

[Bongkar] Duduk Temerloh Undi di Pendang.. inilah yang dikatakan "pengundi hantu"

Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri
Wartawan Sinar Harian
21 November 2012
Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri
Mariani didapati mengundi di dua tempat berlainan setelah disemak di laman web SPR. 
 
Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri
Mariani didapati mengundi di dua tempat berlainan setelah disemak di laman web SPR. 
 
TEMERLOH – Seorang mekanik meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat status daftar pemilih isterinya yang didapati mengundi di dua tempat berlainan iaitu di Temerloh dan Pendang, Kedah.

Mazlan Mohd Yasin, 42, berkata dia keliru dengan apa yang dipaparkan di laman web SPR kerana isterinya tinggal di sini bersamanya.

Katanya, masalah itu disedari empat bulan lalu semasa membuat semakan daftar pemilih di laman web SPR.
Isterinya Mariani Said, 37, tidak pernah daftar mengundi sebelum ini dan inilah kali pertama dia mendaftar sebagai pemilih.

Menurutnya, perkara itu menimbulkan kekeliruan dan dia mengesyaki ada dua individu berlainan mempunyai nombor kad pengenalan sama dengan nama yang juga sama.

Bajet untuk kesejahteraan rakyat, pedulikan pembangkang


ALOR SETAR – “Saya buat bajet atas apa (keperluan) yang ada dalam negeri ini. Itulah harapan saya kepada rakyat. Terpulanglah kepada dia (Mahdzir Khalid) untuk menyatakan perkara itu”.

Itulah luahan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak apabila menjawab pertanyaan pemberita mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, YB. Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid berhubung Ucapan Bajet yang dibentangkan itu tidak mempunyai fokus.

Menteri Besar menjelaskan, beliau ingin memastikan setiap agenda bajet sebelum ini diberikan perhatian dalam usaha memajukan negeri Kedah.

“Dalam Bajet 2012, kita menyediakan peruntukan berjumlah RM1.06 bilion bagi melaksanakan semua program dan projek yang disusun rapi bagi memajukan Negeri Kedah demi meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau memberitahu, dalam Bajet 2013 pula, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan berjumlah RM1.1 bilion bagi tujuan melaksanakan semua program dan projek di negeri ini.

Dok Ingat BALAK Papua New Gunie tak jadi tebang tetapi rupa-rupanya Balak Pedu yang jadi mangsanya..!!

oleh Bang Mat Kola

Aduhai Kedah oh Kedah... lepas satu kena tembak lanie kena lagi... isu Papua New Gunie kena rosek nasib baik dapat kilas pie raga udang tup tup mai pulak yang hari nie cerita Ladang Cermai Anggur & Pelam laa pulak... hang pa belek tang nie sat...

 

Ust Azizan kena perli dengan Presiden PAS..!!

CUBA IKUTI TRANSKRIP UCAPAN UST HADI SEMASA MENGULAS CADANGAN DIA JADI PM:

Saya alu-alukan nak lantik saya jadi perdana menteri. Syok (nada bergurau) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.

Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.

Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelinking je. Ustaz Azizah ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah.

Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.

Tahniah, usaha jadikan Kedah Jelapang Makanan tampakkan hasil

Tahniah, usaha jadikan Kedah Jelapang Makanan tampakkan hasil

ALOR SETAR – Tunku Bendahara Kedah yang juga selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah begitu yakin dengan usaha kerajaan negeri dalam menjadikan Kedah sebagai Jelapang Makanan yang utama bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bekerja keras merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memajukan negeri Kedah khasnya dalam bidang pertanian, pendidikan dan kesejahteraan rakyat, usaha-usaha yang dijalankan telah pun menampakkan kejayaannya.

“Di dalam bidang pertanian, hasil pengeluaran nanas, ikan dan ayam daging telah meningkat dan menjadikan negeri Kedah sebagai pengeluar utama di Utara Malaysia.

“Sebagai contoh, penanaman nanas dan betik secara perladangan oleh anak syarikat milik kerajaan negeri telah menghasilkan pengeluaran yang tinggi, kedua tanaman ini telah mendapat sambutan di dalam pasaran tempatan, malah telah memasuki pasaran eksport ke Timur Tengah, China dan Thailand,” ujar beliau dalam Titah Ucapan Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Mesyuarat Bajet 2013.

Belanjawan Kedah 2013 RM1.1b....


Kerajaan Kedah hari ini membentangkan belanjawan 2013 defisit berjumlah RM1.1 bilion berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata daripada jumlah itu, RM657 juta ialah bagi perbelanjaan mengurus, RM369 juta perbelanjaan pembangunan dan RM57.5 juta untuk bekalan air.

Di bawah perbelanjaan mengurus, sejumlah RM231.5 juta ialah untuk bayaran emolumen; RM121.2 juta bagi perkhidmatan dan bekalan; RM230.4 juta pemberian dan kenaikan tetap; RM13.8 juta pembekalan aset dan RM6.8 juta untuk perbelanjaan lain.

Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak 61.17 peratus atau RM225.24 juta ialah untuk sektor infra; 11.65 peratus atau RM43 juta bagi pentadbiran; 19.78 peratus atau RM73 juta untuk sosial; 6.84 peratus atau RM25.24 juta sektor pertanian, 0.34 peratus atau RM1.26 juta untuk sektor pelancongan dan 0.22 peratus atau 0.8 juta bagi pembangunan sukan.

Azizan berkata kerajaan negeri menjangkakan kutipan hasil negeri pada 2013 meningkat daripada RM550 juta pada 2012 kepada RM640 juta, dengan jumlah peningkatan sebanyak RM105.6 juta akan disumbang oleh hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu serta bayaran jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (Sada) dan kerajaan Pulau Pinang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...