Sunday, November 18, 2012
Awat hangpa lapaq sangat ka roti dengan teloq goreng sebiji demi nak khianat pejuang di Gaza sana..??
Tindakan McD memberi 200,000 Burger Percuma semata-mata takut diboikot oleh umat ISLAM di Malaysia atas sebab serangan Yahudi Israel Laknatullah terhadap umat ISLAM Palestine wajib dihalang. Tindakan ini boleh diibaratkan sebagai satu percubaan utk merasuah umat ISLAM disini supaya melupakan tragedi berdarah yang menimpa umat ISLAM di Palestin!
Apakah mufti dan ulama umNO akan terus menghalalkan darah umat ISLAM di Palestin dengan membiarkan McD merasuah umat ISLAM disini? Apakah pula tindakan Kera jaan Be End yang diketuai umNO yang hanya membisu dan membiarkan rakyat dirasuah dengan burger percuma?
Adakah kerana pemimpin parti umNO itu sendiri telah menjadikan rasuah budaya dan adat mereka bagi meraih undi/projek2 kerajaan? Nauzubillah!! Teruskan memboikot MCD & Yahudi Laknatullah serta rakan dagang mereka iaitu umNO & Be End!!
Boleh murtad jika perlekeh Islam
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh
agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad
(terkeluar dari Islam).
Katanya,
tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk
menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah
lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.
"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.
"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

Hadi bidas Dr M isu 'hudud untuk semua'
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas mantan perdana menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pelaksanaan hukum hudud meliputi
orang bukan Islam.
Abdul Hadi mengulas pandangan Dr Mahathir yang mendakwa perbezaan hukuman terhadap orang Islam dan bukan Islam boleh dilihat ketidakadilan dan bertentangan dengan ajaran Islam.
"Ada beza antara adil untuk semua dan hak untuk semua.
"Ada hak orang bukan Islam, hak dia untuk mengizinkan apa yang ada dalam agama dia," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu.
Beliau yang juga ahli parlimen Marang memberi contoh hukum hudud yang berkait dengan arak.
"Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia," katanya.
Beliau turut menempelak mantan presiden Umno itu supaya bercakap pasal perubatan. "Dia cakap pasal perubatan sajalah," katanya.
Dr Mahathir dilaporkan meminta PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Kalau membaca Utusan Malaysia, bacalah dengan terbalik
oleh Aspan Alias
Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar itu memainkan isu-isu untuk memecah belahkan rakyat. Utusan merupakan akhbar untuk UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu merupakan ‘kuda pelejang’ untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu adalah kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.
Tetapi kalau kita pandang dari sudut yang lain ada caranya untuk menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk memberikan kita berita dan rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk melakukannya ia bersyarat.
Syaratnya hanya satu: iaitu kita mesti ada formula untuk melakukannya. Seperti matematik formula adalah penting untuk mendapat jawapan yang tepat. Formulanya ialah, kita mesti membacanya dengan terbalik. Membaca dengan terbalik adalah jalan terbaik untuk mendapat kebenaran dari Utusan.
Maksud saya jika Utusan mengatakan yang mereka akan dapat merampas Selangor, P Pinang, Kedah dan Kelantan maka yang benarnya ialah ia tidak mungkin tercapai. Jika Utusan kata Himpunan Kebangkitan rakyat di Senawang dan Kota Bharu itu tidak berjaya ia bermakna himpunan itu telah berjaya.
Utusan pernah berkata yang BN akan mendapat 140 kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti, ia bermakna 140 kerusi itu akan di dapati oleh Pakatan Rakyat. Kita juga telah melihat Utusan sentiasa mengatakan yang negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak berkemampuan tetapi yang sebenarnya negeri-negeri inilah yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan diakui oleh Ketua Audit Negara.
Selepas 25 tahun buat dosa SB minta maaf pada PAS
KOTA BHARU: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.
"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.
"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.
Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.
"Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya.
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di kedai produk walauapun berasal dari Yahudi
![]() |
gambar sahabat |
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
Anwar ambik jalan tengah ISU SIAPA JADI PM... Musuh hilang peluru...!!
Jawatan PM boleh bincang, Anwar beritahu Pas
NIZAM ZAIN
18 November 2012
18 November 2012

Anwar berucap pada
Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu kelmarin.
Isu jawatan Perdana
Menteri muncul di Muktamar Pas ke-58 semalam
SHAH ALAM - Gesaan wakil Dewan Ulama Pas Pusat yang mahu Datuk Seri
Abdul Hadi Awang menggalas jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat
(PR) mengambil alih pentadbiran Putrajaya bukan "satu masalah", kata
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
"Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik," kata
Ketua Umum PR itu secara ringkas ketika ditemui pemberita selepas
merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor
(Unisel), di sini pagi tadi.
Pemilihan calon Perdana Menteri jika PR memenangi Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) antara persoalan yang dibangkitkan perwakilan Pas pada
Muktamar Tahunan Pas ke-58.
Jawatan PM: Hadi rela jadi khadam
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
ABDUL HADI AWANG
17 November 2012

ABDUL HADI AWANG
PENGKALAN CHEPA - Datuk Seri Abdul Hadi Awang rela menjadi khadam demi
rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang
disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan
presidennya itu lebih layak.
"Apa yang penting kepada kami, kita ke Putrajaya. Siapa yang jadi Perdana Menteri, yang diterima oleh rakyat, yang dapat menyatukan rakyat, dapat menegakkan keadilan untuk rakyat.
"Kita terima. Saya terima. Macam saya sebutlah, saya sanggup jadi nelayan balik," kata Abdul Hadi pada sidang media di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), hari ini.

Dalam satu temu bual dengan Sinar Harian Januari lalu, Abdul Hadi berkata, beliau tidak kisah menjadi nelayan asalkan Perdana Menteri yang dipilih kelak mengamalkan dasar pemerintahan Islam dan mampu menyelamatkan negara.
Pagi tadi, perwakilan Dewan Ulama
menegaskan, jika ada individu yang paling layak menjadi Perdana Menteri
sekiranya Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
adalah Abdul Hadi sendiri.
ahli PAS bebas menyuarakan pandangan mereka dalam muktamar

Abdul Hadi menyambut ketibaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggambarkan
parti itu sebagai 'pasar borong' di mana ahli bebas menyuarakan
pandangan mereka.
Menurutnya, seperti pasar borong yang mengandungi pelbagai barangan,
termasuk barangan kelas satu, dua dan 'barang reject', Pas juga
mempunyai ahli pelbagai latar belakang termasuk yang gemar suarakan
pandangan melalui media massa.
"Dalam pasar borong, semua kedai ada bukannya kedai kecil yang senang untuk diatur. Ini menunjukkan kekayaan Pas yang menerima semua orang dalam parti.
"Dalam pasar borong, semua kedai ada bukannya kedai kecil yang senang untuk diatur. Ini menunjukkan kekayaan Pas yang menerima semua orang dalam parti.
"Selepas ini, kita tarbiah dan didik mereka dan matang hasil didikan
itu," katanya pada sidang media Muktamar Tahunan Pas di Dewan Tarbiah
Islamiah di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung ahli yang sering mengkritik parti secara terbuka.
'PAS perlu lebih agresif serang Umno'...........!!!
Muktamar lulus usul 'lebih agresif serang Umno'
Muktamar PAS hari ini meluluskan sebulat suara mendesak kepimpinan parti dan ahli akar umbi supaya lebih agresif menyerang Umno dengan mendedahkan apa yang didakwanya agenda pembohongan parti itu supaya rakyat tidak termakan, menjelang pilihan raya umum ke-13.
Usul itu menyebut, tindakan tersebut dibuat dengan menyedari sokongan rakyat kepada Umno semakin merosot menjelang pilihan raya umum dan "tongkat sakti MCA, Gerakan dan MIC sudah patah bagi menarik sokongan orang bukan Melayu kepada BN".
Menurutnya, menyedari bahawa Umno perlu menarik sokongan orang Melayu untuk menjamin kelangsungan pemerintahan BN dalam pilihan raya umum akan datang, maka mereka didakwa menggunakan pendekatan dengan apa cara sekali.
Menyedari hakikat itu, tambahnya, mereka didakwa menggunakan Melayu, agama dan raja untuk menunjukkan mereka adalah juara memperjuangkan Melayu.

Perwakilan ULAMAK bagi peluru hidup kepada 'MUSUH"..!!!
Jangan Polimekkan Isu Jawatan PM
Pertanyaan spontan wakil Dewan Ulamak Hairun Nizam Mat Hussein
semasa membahas ucapan dasar presiden di muktamar Pas pagi semalam yang
berbunyi, siapa lebih baik untuk memimpin Malaysia di masa akan datang
kalau bukan Tuan Guru Presiden", disambut kurang senang oleh sesetengah
pihak di luar Pas. Pertanyaan spontan itu sudah tentu ia akan disambut
dan dimamah oleh media massa PB dengan lazat dan berahi.
![]() |
Abdul Hadi dan Anwar: menerima konsensus. |
Bagaimana pun bagi saya pertanyaan atau pun pernyataan itu tidak perlu
disambut dengan rasa terkejut. Memang tepat dan kena pada keadaannya
pun, apa dinyatakan oleh ulamak muda Pas itu.
Sebagai presiden parti sewajarnya kalau ahli dan penyokong Pas mengharapkan Abdul Hadi menjadi perdana menteri dan tidak tokoh-tokoh lain. Apa lagi pandangan itu dilontarkan di dalam muktamar Pas, bukannya kongres Pakatan Rakyat. Ia juga bukan melanggar mana-mana peraturan atau terma perjanjian?
Mereka yang merasakan Anwar Ibrahim lebih kompitem sebagai perdana menteri tentu kurang senang dan tidak seronok dengan pernyataan itu. Pernyataan itu seperti mahu mencabar kedudukan Anwar. Tetapi janganlah melatah dan mula membuat tuduhan-tuduahan liar terhadap pernyataan wakil ulamak itu. Pernyataan itu perlu dianggap bersifat peribadi dan bukan satu konsensus dari muktamar untuk didebatkan. Pernyataan itu hanya dari seorang muktamarin saja dan tidak merupa resolusi dari mana-mana dewan.
Seperti saya nyatakan tadi sebagai ahli Pas wajarlah kalau mereka mengharapkan Abdul Hadi jadi perdana menteri. Bengong sangatlah seseorang ahli parti itu tiba-tiba mengangkat orang lain sedangkan parti mereka juga ada tokoh yang layak. Hatta kalau Pas hendak angkat Anwar sebagai perdana menteri sekalipun ia dianggap sebagai songsang. Jadi jangan cuba polimekkan pernyataan itu kerana ia boleh memberikan keadaan buruk.

Adakah D.O. Pendang sabotaj tak mau pasang signboard "KEDAH SEJAHTERA"..???
Tuan D.O Pendang, bila nak pasang balik signboard 'Kedah Sejahtera'tu?? Hari tu bagi alasan boh cat bangunan baru.. sejahtera kan doa?? - Fadzil Noor Bin Sahani
Muka baru & lama Pasukan Kedah 2013..!!
Ini dia antara muka-muka baru mai main dengan Kedah...semoga berjaya semua...
Dua orang nie tak payah pekenai dah kot.. JIKA hangpa tak kenai juga lantak pie hangpa laa...
Pertahanan dari Kuala Lumpur FA ini, ARMAN FAREEZ BIN MOHD ALI akan menyarung jersi Kedah FA buat musim 2013. Seorang pemain yang juga merupakan graduan sains sukan, semoga pengalaman beliau dapat melonjak Kedah ke persada liga.
Pemimpin UMNO: Tolong Melayu Atau Tipu Melayu?
Oleh Shahbudin Husin

Mereka melaung dan menjerit seolah-olah hanya UMNOlah yang memperjuang dan menolong Melayu. Orang Melayu semakin kerap diingatkan agar jangan terlalu mudah melupakan jasa-jasa UMNO, diminta menyedari hanya UMNOlah kononnya pejuang Melayu sambil diminta mengekalkan teraju kuasa terus dipegang oleh UMNO.
Tanpa UMNO, Melayu dilihat akan susah, kelaparan dan papa kedana semula.
Dalam masa yang sama jika ada orang Melayu yang dilihat terlalu kuat mahukan perubahan dan menyokong Pakatan Rakyat, kecaman segera muncul, apakah mereka ini tidak sayang Melayu?
Momokan kononnya hanya UMNO yang boleh memperjuangkan kepentingan Melayu kini boleh didengari di mana-mana.
Soalnya benarkah UMNO dan pemimpinnya menolong orang-orang Melayu dalam perjuangannya?
UMNO sudah berkuasa sejak sebelum merdeka dan perjuangannya yang paling asas ialah meningkatkan taraf ekonomi orang-orang Melayu ke tahap penguasaan sekurang-kurangnya 30 peratus kek ekonomi, sesuai dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru namun hakikatnya penguasaan yang mampu dicapai setakat ini tidak sampai pun 20 peratus.
Majlis Syura: PAS dulu, PAS sekarang adalah sama
Badan tertinggi PAS Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat penekanan
dan perakuan rasmi bahawa perjuangan dan arah tuju parti itu tidak lari
daripada perjuangan asal PAS dahulu seperti yang termaktub dalam fasal 5
(1) perlembagaan parti.
Fasal tersebut berbunyi: "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"
"PAS hari ini adalah PAS dahulu, perjuangannya tidak lari dari perjuangan asal. Arah tuju PAS dahulu dan PAS sekarang adalah sama.
"PAS masih utuh dan masih tetap atas perjuangan asal tanpa sedikitpun menyeleweng dari apa yang tercatat di dalam perlembagaannya," kata majlis itu dalam satu kenyataan.
Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas bermesyuarat membahas semula apakah negara berkebajikan - yang menjadi tema muktamar parti itu - sesuatu yang "baru dan berlawanan" dengan negara Islam yang diperjuangan oleh PAS selama ini atau sama.

Subscribe to:
Posts (Atom)