TERKINI :

Friday, November 16, 2012

Curi Susu RM22 untuk minum anak kena 3 bulan penjara.. Malaysia oh Malaysia..!!!


Ada Ahli Majlis Syura dalam mesyuarat angguk tanda setuju... bila keluaq komen tak mau-mau...!!!

Tahaluf Siyasi: PAS pada landasan betul

KOTA BHARU: Majlis Syura Ulama PAS sentiasa memantau perjalanan parti itu agar tidak lari dari landasan perjuangan sebenar.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din berkata, ianya termasuklah berkaitan tahaluf siyasi.

"Majlis Syura Ulama sentiasa berbincang dan melihat hala tuju PAS berada dalam landasan yang betul," kata beliau di Muktamar Tahunan PAS kali Ke-58 di Putik hari ini.

Beliau juga berkata, setiap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dibincangkan dengan teliti sehingga semua ahli berpuas hati dan bersetuju dnegan keputusan yang dibuat.

Namun katanya, adalah sesuatu yang menghairankan apabila ada sesetengah ahli yang mengeluarkan kenyataan kepada media seolah-olah tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat.

"Dalam mesyuarat seperti tak ada pertelingkahan tapi dalam sidang media ada terdengar suara-suara yang seolah-olah tak setuju dengan keputusan Majlis Syura.

"Tetapi orang-orang seperti ini tak pernah beri pandangan begitu dalam mesyuarat tapi di luar mesyuarat perkara itu timbul.

Menjawab Hujah 'macai' UMNO mengatakan PAS berdiam diri & tutup mulut dalam isu MURTAD

Murtad: Umno tolak mentah-mentah usul PAS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya.

Pas Perlu Memiliki Banyak Ruang Media Baru

ULASAN UCAPAN DASAR                                                                                                         


Ucapan dasar dan perasmian muktamar tahunan Pas ke 58 yang dibentangkan Presiden Pas Abdul Hadi Awang bertempat di Putik pagi ini adalah satu ucapan yang dapat memenuhi selera di saat menanti ketibaan pilihan raya umum. Ucapan setebal 28 muka surat dan mengambil masa 1 jam setengah itu menyentuh semua aspek; politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Paling bererti ialah ia mendedahkan komitmen Pas dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

Ucapan kali ini juga serius dan ia penuh dengan ilmu. Bagi saya ia mantap dan bersemangat sekali. Sesiapa yang ingin mengenali Pas atau pun yang masih keliru dengan Pas terutamanya yang terhasut dengan cocokan dan politik rasis Umno elok menghanyati ucapan berkenaaan. Ucapan Abdul Hadi kali ini mempunyai banyak pencerahan dan mantik-mantik siasah.

Dalam ucapan itu juga Abdul Hadi cuba menafikan tudahan liar ke atas Pas yang dibuat oleh Umno kononnya Pas sudah hilang hala tuju perjuangan asal sejak permaufakat serangan ke atas Umno dan ingin menumbangkan kerajaan BN ersama DAP dan PKR.

Pengalihan tema perjuangan Pas masa kini yang dikira sesuai dengan kehendak siasah semasa, dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan disuluh oleh Umno sebagai penyelewengan Pas dari perjuangan Islam. Perubahan tema atau slogan itu diguna pakai oleh Umno untuk mengelirukan rakyat dan merendah-rendahkan Pas. Secara berseloroh Hadi menempelak Umno dengan tuduhan itu, katanya bahawa selama ini Umno sudah iktiraf yang Pas memperjuangkan Islam sebab itu bila Pas pakai slogan Negara Berkebajikan mereka sibuk.

Beri dahulu Mandat kepada PR.. Jangan takut untuk berubah..55thn boleh bagi..!!!


Hadi: Beri Pakatan mandat, jangan takut untuk berubah
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
16 November 2012
logo muktamar


PENGKALAN CHEPA - Sementara negara sudah mula bersiap sedia untuk melangsungkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan Pas bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia untuk menggalas amanah yang lebih besar bukan sahaja di peringkat negeri bahkan pusat - menggantikan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, Presiden Pas memberi keyakinan bahawa peralihan kuasa akan berjalan dengan lancar sekiranya PR diberi mandat.

"Pas percaya dan yakin bahawa peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat akan berlaku dengan lancar dan aman sekiranya rakyat memberikan amanahnya kepada kita.

"Kepada rakyat keseluruhannya, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik.

"Maka, sekiranya kita gagal melaksanakan amanah itu, rakyat bolehlah menghukum kami dalam pilihan raya yang seterusnya," kata Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan dasar presiden bertemakan Negara Berkebajikan Teras Perpaduan pada Muktamar ke-58 parti itu di sini, hari ini.

Kaedah Menurunkan Harga Kereta oleh Pakatan Rakyat



Tu dia aihh Ketua Pemuda UMNO pun dah letih dengan UMNO hangpa yang Ketua Cawangan dok semangat buat apa lagi..!!

Rupanya Sebab Ni Ketua Pemuda Umno Letak Jawatan..


Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya. Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini. Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam.

"Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook ~ Sinar Harian

Aduhai UTUSAN.. dalam negara pun ada orang saman luar negara pun ada orang saman..!!

Senator Australia buat laporan polis Utusan fitnahnya

KUALA LUMPUR: Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers ekoran laporan palsu yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times sebelum ini.

Bagi beliau, kedua-dua media itu membuat laporan palsu apabila mendakwa beliau anti Islam.

Turut serta bersama Nick Xenophon ialah peguamnya, Amer Hamzah Arshad.


Ketika perhimpunan Bersih 3.0, Xenophon telah bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati perhimpunan itu.

Beliau turut merasai kepedihan gas pemedih mata yang di tembak oleh pasukan keselamatan di perhimpunan itu.

Ekoran komennya terhadap perhimpunan itu, Utusan dan NST telah menyerang beliau dengan mendakwa senator Australia itu anti Islam.

Ia berdasarkan satu ucapan beliau di Australia. Senator ini juga didakwa seorang penyokong LGBT.

Aduhai MUFTI...nak cakap tu biarlah kesluruhan..takan ada kenyataan terpilih kot..!!!

SU Agung PKR: Mufti Perak tidak harus buat kenyataan 'selektif'
JAMILAH HAMZAH
15 November 2012
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, 
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Harussani sepatutnya mengeluarkan kenyataan lebih terbuka terhadap sesiapa sahaja yang didapati 'bersalah' berhubung isu agama termasuk bekas Perdana Menteri sebelum ini.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, PKR yakin Harussani boleh menjadi seorang yang amanah dengan tidak bersikap selektif dalam memberi pandangan dan kenyataan terhadap setiap individu.

Tambahnya, "ada juga kenyataan dua orang bekas perdana menteri kita, seorang pada 2007 yang turut menyatakan 'orang Islam berhak tukar agama dan bebas berbuat demikian' tapi tidak disiarkan di media tempatan dan satu lagi penghinaan mengenai sunnah Rasulullah."

"Harussani perlu berlaku adil dan tidak selektif dalam memberi pandangan termasuk sesiapa sahaja yang menyimpang dari Islam.

Isu hudud: Ketua Dewan Ulama akui ada ahli celaru


MUKTAMAR PAS Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Harun Taib mengakui terdapat ahli yang bercelaru kerana merasakan bahawa isu hudud tidak perlu dibicarakan dalam era tahaluf siayasi (kerjasama politik) susulan pelbagai pandangan dan lontaran idea dari luar parti.

Beliau menegaskan "kecelaruan pemikiran" tersebut timbul kerana kegagalan mereka untuk mengikuti tarbiyah daripada parti itu.

"Dalam isu hudud, ada ahli yang bercelaru merasakan bahawa ianya tidak perlu dibicarakan dalam era Tahaaluf Siyasi. Setengahnya terkeliru dengan pandangan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan kerana keadaan bermasyarakat rakyat Malaysia yang belum kondusif.

"Ini semua adalah kecelaruan pemikiran kerana gagal mengikuti tarbiyah PAS. Perjuangan menegakkan hudud merupakan agenda Islam dan sudah pasti menjadi agenda PAS," kata Harun.

Harun berkata, hudud merupakan undang-undang pencegahan melibatkan jenayah berat yang menggugat keamanan manusia iaitu kecurian, rompakan, zina, tuduhan zina, menghilangkan akal dan murtad keluar daripada Islam.

"Kita berjuang menjadikan hudud sebagai sebahagian daripada undang-undang (Taqnin) berdasarkan kuasa demokrasi yang kita miliki.

55 Tahun UMNO hamba abdikan Orang Melayu!

Oleh sakmongkol AK47

Walaupun memerintah 55 tahun dan memiliki segala sumber media dan menguasai jentera kerajaan, UMNO berkelakuan seperti sudah tewas. Kita tidak pernah dengar jentera UMNO mengoyakkan poster lawan, atau mencuri kain pemidang parti lawan. Kita tidak pernah dengar UMNO melontar batu, membaling cat, mengungut, menyekat pergerakan parti lawan.

Ini semua petanda2 orang yang sudah pun tewas sebelum masuk gelanggang. Jika saya mereka, baik berdiam diri supaya orang tidak sakit hati dan kemudian akan melakukan pembalasan kepada kamu. Dan penyakit ini kian merebak zaman Najib Razak jadi Presiden UMNO- ia membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai punca mahu memuliakan UMNO.

Kita bukan sangat kisahkan UMNO. Kalai ia nak berkubur, kita akan talqinkan. Yang kita kisah ialah apabila UMNO merasakan dirinya mewakili bangsa Melayu. Dua perkara ini kita mesti pisahkan. UMNO itu parti politik, Melayu itu bangsa. UMNO mati, bangsa Melayu tetap ada. Dalam negara ini , ada 18 juta orang Melayu manakala ahli UMNO mengikut penceritaan tukang karut UMNO, ada 3 juta. 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO; mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Mereka hidup tanpa memerlukan UMNO. Lebih ramai orang Melayu diluar yang tidak memerlukan UMNO.

Rakyat berpusu pusu dan bersusun susun mendengar ceramah parti lawan. Lagi kuat Anwar Ibrahim dinista dan dicaci, rakyat menderu deru hadir dalam ceramah nya. Majlis Najib kalau tidak berangkut dengan bas, tidak dipungut pelajar sekolah, kolej, tidak kutip ahli2 UMNO yang melata diseluruh negara dan diberi bayaran pula, orang enggan datang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...