TERKINI :

Wednesday, November 14, 2012

Utusan dah semakin gelisah.. Sudah melarang risalah politik diselit dalam setiap edarannya...

  Takut pembohongannya terbongkar, Utusan larang diselit risalah politik pada edarannya..

Kita sering melihat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerang pemimpin Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media-media yang dikuasai UMNO.

Dan bagi mengelakkan rakyat yang hanya bergantung kepada maklumat yang disiarkan oleh media tunggangan UMNO/BN itu mendapat maklumat sebaliknya, media tersebut langsung tidak memberikan peluang kepada pimpinan Pakatan Rakyat bagi menjawab serangan Najib itu.

Tindakan ini tak lebih daripada tindakan seorang yang bacul kerana tangan lawannya diikat ketika beliau menyerang, jadi beliau bebas menyerang apa saja sesuai dengan kehendaknya..

Muktamar: Harapan ahli bawahan

Mohd Afif Rabbani bin Abdullah,


Insya-Allah, Muktamar PAS ke-58 akan berlansung pada 2-4 Muharram 1433H bersamaan dengan 16-18 November 2012. Dua hari sebelumnya akan diadakan terlebih dahulu muktamar peringkat dewan-dewan, iaitu Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda. Muktamar pada kali ini pasti mendapat perhatian ramai pihak, ditambah pula dengan kesabaran menanti tarikh PRU-13 yang masih belum dijumpai oleh Dato’ Seri PM. Secara lojiknya, muktamar ini pasti banyak memberi fokus kepada persiapan dan komitmen PAS dalam perjalanan menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan Pakatan Rakyat yang lain. Selain itu, beberapa isu besar yang berlaku sepanjang tempoh setahun yang lalu, pasti akan turut diketengahkan dan dibincangkan secara bersama nanti.

Hakikatnya, bukan sahaja para pimpinan PAS di semua peringkat yang teruja dan mengambil maklum akan perkembangan Muktamar ini nanti, tetapi ahli-ahli bawahan juga pasti turut ternanti-nanti akan hasil dan resolusi daripada muktamar ini - termasuklah saya sendiri. Pasti ahli-ahli bawahan ini mempunyai harapan dan hasrat masing-masing terhadap muktamar pada kali ini. Walaupun tidak dapat menyertai secara langsung dan dekat, namun ahli-ahli bawahan ini sedar bahawa para perwakilan yang telah mereka berikan amanah dan mandat untuk mewakili mereka, akan melaksanakan tanggungjawab seikhlas mungkin, dan dapat membawa suara mereka dan pandangan mereka ke peringkat yang tertinggi.

Masalah BN ialah ‘umpan dan propaganda’ tidak janjikan pulangan....

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


Saat kejatuhan yang menjelang tiba. Itulah detik yang sedang dilalui oleh parti tua yang memimpin sebuah kerajaan yang tidak pernah bertukar teraju sejak merdeka.

Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin dianggap Presiden Umno yang mendapat sokongan padu dari kalangan ahli parti, lebih padu dari sokongan yang diterima oleh Tun Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Badawi. Bezanya pada masa itu walaupun kepimpinan Umno lemah ia mendapat sokongan yang kuat dari rakyat tetapi kini; Najib kuat di dalam parti namun ahli-ahli bawahan bercelaru dan sokongan dari rakyat terhadap Umno jatuh merudum.

Jika siapapun yang berada di tempat Najib sebagai pemimpin nombor satu parti yang mendominasi kerajaan akan merasa gelisah lantaran bayangan maut sedang menghantui Umno dan BN. Kegelisahan Najib dapat disaksikan melalui pemberian ‘umpan’ secara berhabis-habisan terhadap rakyat, perkara yang tidak pernah dilakukan oleh lima Perdana Menteri sebelum ini. Tiada golongan yang tiada ditemui dan diumpani. Dari golongan muda, professional, ulamak, pendidik, wanita, peneroka, nelayan, petani, pemandu teksi, artis dan sebagainya telah ditemui dengan huluran umpan untuk membeli sokongan.

Jangan terkejut kalau selepas ini para peminta sedekah, pengutip sampah, penganggur, penagih dadah dan penjual maruah jalanan juga akan ditemui Najib untuk menagih sokongan. Orang yang sedang lemas akan berpaut kepada apa saja untuk menyelamatkan nyawa.

Inilah padahnya bila perintah negara pakai Undang-Undang sendiri dan ikut arahan membabi buta..!!!

Rampasan baju Bersih 2.0 tidak sah - mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada plaintif dalam masa 14 hari.

Demikian dimaklumkan Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi (gambar) dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah di mana Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak Polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada Plaintif dalam masa 14 hari.

Plaintif di dalam kes ini iaitu Musafri bin Abdullah Azmi memfailkan saman terhadap Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan 3 yang lain kerana mendakwa penahanan beliau dan rampasan pihak Polis terhadap baju-baju beliau yang tertera “Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya BERSIH dan Adil” pada 24/6/2011 adalah salah dan tidak sah, mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar Pelembagaan Persekutuan.

Awat mak Bapak Dah Hilang Control Anak-Anak depa sekarang ini..!!!

200 si rempit kena kepung
Wartawan Sinar Harian
13 November 2012
200 si rempit kena kepung
Anggota polis dan JPJ mengepung kawasan mat rempit berkumpul.
 
KULIM - Pihak Cawangan Trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kulim, menahan lebih 200 mat rempit di Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE), malam kelmarin.

Operasi diketuai Pegawai Turus Trafik Kontinjen Kedah, Deputi Superintendan (DSP) Sharum Hashim itu bermula jam 12 tengah malam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi dengan lebih 15 anggota trafik dan 20 pegawai JPJ terlibat.

Sharum berkata, dengan kejayaan itu, polis dan JPJ telah mengenal pasti laluan mat rempit melarikan diri ketika serbuan dibuat.

"Ini memudahkan pihak berkuasa menahan mereka sekiranya membuat serbuan di masa akan datang. Dalam serbuan itu, 18 motosikal disita manakala selebihnya dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan.

"Ini juga merupakan pendekatan diambil oleh jabatan terlibat bagi menangani permasalahan ini. Operasi seperti ini akan diteruskan bagi memastikan aktiviti seumpama ini dapat dibendung,” katanya.

Gejala Melayu murtad sangat mengkhuatirkan

KUALA LUMPUR:Sepatutnya kedudukan Islam di kalangan orang Melayu, walaupun mempunyai takrif yang tersendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan namun ia tidak boleh memberi jaminan bahawa orang Melayu secara hakikatnya boleh kekal keislamannya.

“Kita boleh menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh murtad mengikut hukum Islam tanpa dikenakan hukuman mengikut syariat Islam akan tetapi untuk selesa dengan hanya takrifan Perlembagaan mengenai definisi orang Melayu adalah berugama Islam adalah dangkal,” kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal dengan tabiat meraih ‘kesempatan politik’ (political mileage) dalam budaya politik di Malaysia. Dalam hampir semua tutur kata, ahli politik mengambil kesempatan untuk menyerang musuh politik walaupun maklumat yang sahih belum lagi diperolehi.

Cukup hanya melalui laporan akhbar, sudah memadai seluruh jentera media diguna untuk melancarkan kempen memburukkan imej seseorang yang menjadi musuh politik. Tidak cukup dengan itu agensi keselamatan juga diperalat untuk memberi tekanan kepada pihak yang dituduh.

Pemimpin politik pula bergegas mahu memberi komen tanpa menunggu maklumat sepenuhnya dan tanpa bersedia mendapat penjelasan dari yang dituduh. Malang sekali pemimpin politik yang mahu mencuri peluang menghentam lawan juga menunjukkan tahap pemikiran rendah dan murah bila memberi komentar sangat dangkal dan sarat dengan prejudis politik yang memualkan.

CEO Petronas bersedia untuk bersara bila-bila masa


KUALA LUMPUR, — Tan Sri Shamsul Azhar Abas membayangkan beliau mungkin tidak akan kekal lama di Petronas di bawah polisi persaraan baru selepas melakukan pembaharuan untuk mengurangkan peranan syarikat sebagai pemberi dana kepada kerajaan selepas dua tahun menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut.

“Saya sudah mengenalpasti pengganti saya dan saya bersedia untuk bersara bila-bila masa. Walaupun pada hari esok,” kata Shamsul kepada Financial Times (FT) dalam temubualnya hari ini.

CEO dan ahli lembaga pengarah Petronas tersebut berkhidmat untuk perdana menteri yang telah menjadikan Petronas sebagai sumber dana kepada projek mega dan untuk menjamin kerugian.

Shamsul menggantikan Tan Sri Hassan Merican pada tahun 2010 telah berusaha untuk menjadikan syarikat tersebut bebas dari penguasaan kerajaan dan mengawal perbelanjaan serta mahu menjadikan syarikat tersebut di dalam Fortune 500 untuk kepentingan komersil, menurut akhbar perniagaan antarabangsa tersebut.

Petronas juga dalam perbincangan dalam membebaskan syarikat tersebut dari pemilikan kerajaan dengan membincangkan pengurang subsidi tahunan kepada dana negara, yang kini menyumbang kepada 40 peratus dari bajet negara serta mahu mengurangkan kos eksplorasi dalam pengeluaran yang semakin berkurangan, menurut FT.

“Ia kini dilakukan secara sekumpulan, tidak lagi keseorangan,” kata Shamsul lagi.

Najib dok pening lagi pikiaq nak buat pilihanraya bila..???

Panggilan terakhir untuk tahun ini...
Oleh SELENA TAY


Jika Perdana Menteri Najib Tun Razak hendak mengadakan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) tahun ini, tarikh terakhir yang akan membolehkan beliau mengadakannya ialah pada hari Ahad, 23hb Disember. Dan untuk berbuat demikian, beliau perlu membubarkan Parlimen pada hujung bulan ini. 

Namun demikian, musim tengkujuh sudah tiba dan beberapa buah negeri sudah pun dilanda banjir.

Seperti yang semua sedia maklum apabila banjir berlaku, penduduk terpaksa dipindahkan ke dewan orangramai ataupun dewan sekolah sementara menunggu air surut.

Oleh itu PRU13 harus diadakan pada tahun hadapan sahaja setelah Tahun Baru Cina iaitu selepas pemberian BR1M 2.0 pada bulan Januari nanti. Ini memandangkan bahawa semua pemohon yang layak sedang menunggu untuk mendapatkan pemberian BR1M dan musim tengkujuh diramalkan akan berlangsung sehingga awal bulan Mac.

Dok Kata FAM nie kot mana pun kompom lepas punya...akai 2X5 jaa dah boleh baca..!!!

'Baginda ada hak'

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak akan dikenakan sebarang tindakan meskipun mengeluarkan kenyataan mengenai prestasi skuad Harimau Malaya.

Kenyataan baginda itu merupakan pendirian badan induk bola sepak negara.

Menurut Azzuddin, pandangan Tengku Abdullah itu dibuat atas kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal skuad Harimau Malaya dan baginda berhak untuk menyuarakan pendapat mengenai prestasi skuad negara.

Jelasnya, FAM menganggap pandangan Tengku Abdullah sebagai satu nasihat berguna kepada ketua jurulatih skuad negara, Datuk K. Rajagobal.

"Tengku Abdullah ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Harimau Malaya dan baginda ada kuasa untuk melontarkan pandangan.

"Kita mesti jelas bahawa Tengku Abdullah bercakap atas kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal yang mana baginda berhak untuk menyuarakan pendapat termasuk mengenai persembahan skuad negara kendalian Rajagobal itu.

"Itu hak Tengku Abdullah," kata Azzuddin ketika ditemui di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam. [Read More]

Pendang - Empat dikhuatiri lemas

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba mencari sebuah kereta yang terjunam ke Sungai Padang Kerbau di Pendang, Kedah semalam.

PENDANG – Empat individu yang tidak dikenali identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris dekat sini semalam.

Kejadian membabitkan sebuah kereta Proton Saga Aeroback berwarna putih itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Kosmo! difahamkan kesemua mangsa mungkin orang luar yang datang untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan sungai itu.

Seorang penduduk, Siti Fatimah Husin, 34, memberitahu, ketika kejadian dia berada di bahagian bawah rumahnya yang terletak kira-kira 15 meter dari lokasi.

"Ketika saya bersama keluarga makan tengah hari, tiba-tiba terdengar satu bunyi 'boom' seperti ada benda besar jatuh ke dalam sungai.

"Saya jenguk ke arah sungai, saya mendapati ada kereta terjatuh ke dalamnya dan kemudian saya beritahu jiran.

"Tidak lama kemudian kereta itu terus tenggelam. Saya terus hubungi bomba dan polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Aduhai UMNO...yang Mufti Perak dok sebok bab murtad 100K lebih tu zaman sapa perintah...???

Gejala murtad; Siapa berkuasa lebih 50 tahun Negara?
Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menempelak Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang mencabar agar menyatakan pendirian berikutan  kenyataan Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR yang dikatakan membenarkan kejadian murtad oleh umat Islam di Malaysia.

Persoalan mudah kami, siapakah yang telah berkuasa memerintah negara Malaysia lebih 50 tahun? Bukankah sebelum ini pada tahun 2006 kenyataan daripada Tan Sri (Dr) Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak telah mengatakan menerima laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa terdapat jumlah mereka yang murtad tersebut mencapai sehingga 100,000 orang? Di mana Pemuda Umno ketika itu?

Siapakah yang sebenarnya membenarkan kes murtad berleluasa di negara ini dan di Perak khasnya? Siapakah yang cuba mengamalkan kembali  'ancak' di Manong, Kuala Kangsar dulu yang jelas boleh mengelirukan umat Islam? Siapakah yang menganjurkan program-program hiburan ala barat sehingga membawa anak-anak muda lalai kepada Agama? 

Insya'Allah...Bad & Mean akan terus Kekal bersama team Kedah.

oleh depakata.co.cc

Depakata 2 ayam tambatan Kedah masih setia bersama team kesayangan mereka di Kedah. Jadi nampaknya harapan pasukan luar seperti KELANTAN & JOHOR terpaksalah berputih mata untuk mendapat ayam tambatan Kedah ini.

Antara punca mereka masih setia bersama Kedah adalah kerana kebertanggungjawaban mereka tak banyak pun sedikit disebabkan Kedah jatuh ke Liga Perdana adalah dalam musim mereka menjadi pemain dan adalah harapan mereka untuk menaikan semula Kedah ke Liga Super agar tidak dikatakan sebagai meninggalkan pasukan dikala pasukan dalam kelemasan.

Selain itu komitmen yang diberikan oleh pengurusan untuk menjadikan pasukan Kedah pada tahun ini pasukan yang mantop dengan kedatangan pemain import tempatan dan luar yg lebih meyakin kan pasukan.... dan yang paling teruja sekali adalah kedatangan semula rakan seperjuangan iaitu NELSON SAN MARTIN untuk manabur khidmat di bumi Hijau Kuning semula.

Mat Bashah dengki bila PAS buat ceramah... sudah TV RADIO SURAT HABAQ hangpa monopoli...!!!

Oleh IZWAN ABDUL HALIM 
 
ALOR SETAR: PAS terpaksa menggunakan pentas ceramah sebagai medium penerangan berikutan media arus perdana dimonopoli secara khusus hanya untuk kepentingan pemerintahan BN, tegas Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Malah katanya, Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui PAS sejak empat tahun lalu tidak pernah sekali pun diberi ruang untuk bersiaran atau ke udara di corong Radio Kedah FM.

Sebaliknya ujar beliau, Umno-BN merakusi media perdana semahunya termasuk menyebarkan fitnah dan laporan tidak benar terhadap Pakatan Rakyat.

Ustaz Ahmad berkata demikian sebagai menjawab tempelakan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyatakan bahawa PAS hanya tahu berceramah berbanding mentadbir kerajaan negeri.

“Demokrasi berat sebelah yang diamalkan ini menyebabkan PAS tiada pilihan lebih popular melainkan pentas ceramah.

“Pun demikian, pelaksanaan ceramah oleh PAS tidak pernah mengganggu perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di mana telah terbukti sepanjang empat tahun pentadbiran ini telah menjangkau pelbagai pencapaian.

Muktamar: Pas Kedah tonjol model tadbiran Islam

NURUL FATIHAH SULAINI
13 November 2012
logo muktamar
Muhammad Sanusi Md Noor ALOR SETAR - Pas Kedah akan menonjolkan model pentadbiran Islam dalam masyarakat majmuk pada Muktamar Pas Pusat kali-58 yang berlangsung di Kelantan minggu ini.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, mereka akan menggunakan sepenuhnya peluang pentas muktamar untuk mengetengahkan pencapaian serta kejayaan Pas dalam menerajui sepenggal kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.

Menurutnya, usaha berkenaan bagi membolehkan segala maklumat berkenaan pencapaian itu sampai sepenuhnya kepada pengetahuan Pas Pusat serta Pas negeri lain.

Pas mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sejak Mac 2008.

“Walaupun kita menghadapi cabaran dalam mentadbir kerajaan, namun tidak besar hanya sedikit cabaran sahaja,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berhubung perwakilan Pas bebas membentangkan sebarang usul walaupun pada tahap mengkritik pemimpin sendiri, Sanusi turut menyambut baik usaha itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...