TERKINI :

Tuesday, November 13, 2012

[Video] Dosa-Dosa Mahathir...!!!




PANAS - Najib Bakal Tersingkir Sebelum PRU13

Seperti yang telah dinyatakan dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini, timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin mendesak presiden Umno supaya membubarkan parlimen selewat-lewatnya 30 November ini, iaitu semasa perhimpunan agung parti itu atau berdepan dengan penentangan Umno besar-besaran di seluruh negara.

Telah jelas kebimbangan Najib Altantuya bahawa pilihanraya kali ini merupakan pertempuran paling getir Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaan dari tangan British pada 1957.

Perkembangan terkini yang semakin tidak memihak BN ekoran beberapa pendedahan siri skandal membabitkan pemimpin Umno sendiri, bermula daripada cincin RM24 juta milik Rosmah Mansor, penyelewengan wang menternak lembu oleh keluarga Shahrizat Jalil, skandal membabitkan kemewahan luar biasa artis Zahida Rafik dari Shafie Apdal, kontrak sistem kawalan penerbangan membabitkan anak Jamaluddin Jarjis dan terbaru pemberian kontrak pemasangan sistem penguatkuasaan trafik AES milik anak bekas pemimpin Umno Johor.

Setiap kali Najib Altantuya berkira-kira mahu membubarkan parlimen, ada sahaja isu yang terkena kepada batang hidung Umno menyebabkan 'perancangan' yang sudah dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa ditangguhkan.

Puak Muhyiddin yang seakan tidak sabar terus menekan Najib Altantuya tidak kira apa juga risikonya mengenai peluang BN sendiri mempertahankan Putrajaya asalkan cita-cita bos mereka menggantikan Najib Altantuya tercapai.

Wan Azizah: 'Biar cahaya kemenangan bangkit semula'

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
 
SHAH ALAM – PKR menyeru rakyat Malaysia mengingati mereka yang sedang menghadapi "kegelapan" - kesukaran dan keperitan hidup masing-masing - sempena sambutan Deepavali.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ingatan tersebut wajar bersesuaian dengan erti sambutan perayaan ini yang bermaksud ‘sebarisan pelita’dan melambangkan simbol kemenangan cahaya apabila berhadapan dengan kegelapan.

“Apabila anda menyalakan pelita dipa bersama keluarga anda, harapan saya bahawa anda mengingati Indra, yang masih menantikan keadilan untuk anaknya Kugan yang telah menjadi mangsa keganasan polis ketika dalam tahanan.

“Tatkala anda menjamu laddoo dan barfi, ingatlah ibu-ibu seperti Suppama yang dinafikan bantuan kerajaan, malah tidak diizinkan mengisi borang e-kasih,” katanya dalam perutusan sempena Deepavali, hari ini.

Najib dah tak ketahuan dah.. Nak tunjuk baik punya pasai dia umum nak buat dan dia juga umum nak batal...!!!

Addin : Najib Buat Kerja Gila Lagi..



Umpama meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri, begitulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan pengumuman terbaru presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin terdesak dan semakin sesak.

Setelah meluluskan pembinaannya pada 2007 sebelum BN tumbang di tangan Pakatan Rakyat Selangor, pihak yang sama kunun akan membatalkannya pula!Perdana Menteri, Najib Altantuya hari ini mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor."Kompleks Batu Caves ini mesti kita kekalkan dan kita pertahankan daripada berlaku sebarang perkara yang boleh merosakan kedudukannya sebagai satu tempat mulia bagi orang Hindu.

"Saya nak katakan, kerajaan BN akan pertahankan kompleks Batu Caves. Kita beri jaminan bahawa seandainya BN berjaya ambil alih Selangor, projek kondominium 29 tingkat akan dibatalkan."Pembangunan di kawasan ini boleh ancam Batu Caves. Pengakuan saya buat ini merupakan satu pengakuan kerajaan BN, sebuah kerajaan janji ditepati," kata Najib Altantuya.Najib Altantuya berkata demikian semasa berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves hari ini.

UMNO merupakan Pesakit kanser yg wajar berehat atau direhatkan

Saya tidak dapat memikirkan alasan-alasan yang munasabah untuk kita mengekalkan UMNO sebagai pemegang amanah negara kerana segala-gala yang dilakukan dan kegagalan UMNO selama ini sudah ‘terbonggeng’ dan sudah dirasakan oleh semua rakyat. UMNO ibarat pesakit kanser yang ‘terminal’ kerana hampir semua sel-sel dalam tubuh UMNO itu sudah mati. Penyakit kanser ini merupakan satu penyakit dalam mana sel-sel di dalam tubuh kita telah mati dan sel-sel yang masih hidup itu pun akan berbunuh-bunuhan sehingga penanggungnya, ia itu tubuh dan jasadnya mati.

Seperti pengidap kanser, ia akan selalu berusaha untuk mengubati penyakit yang merbahaya itu, tetapi akhirnya tubuh akan mati juga. Pesakit dan pengidap kanser akan melakukan apa sahaja untuk berubat sama ada menggunakan ubat tradisi atau ubat-ubat moden di hospital-hospital. Selalunya pesakit kanser akan berbuat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Jika ada yang memberikan nasihat untuk pergi ke tempat-tempat di mana-mana sahaja untuk berubat pesakit atau penjaganya akan pergi untuk memberikan harapan untuk terus hidup.

Tetapi akhirnya pesakit-pesakit kanser yang sudah pulih itu hanya mengalami pemulihan sementara sahaja dan akhirnya mereka akan mengakhiri kalamnya kerana penyakit itu juga. Tetapi saya tidak menafikan yang ada yang selamat sehingga satu jangka yang lama (dengan izin Allah), tetapi lambat launnya pesakit itu akan meninggal kerana penyakit itu.

Kita tengok FAM double standard dak...jika tak kena memang 'sial' ja FAM nie..!!!!

‎"Artikel 88 di bawah Perlembagaan FAM mensyaratkan, kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung adalah ditegah. Hanya dua individu ini sahaja yang dibenarkan membuat press statement terutama berkenaan dengan prestasi skuad kebangsaan"

Jadi persoalannya sekarang, adakah FAM akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden I FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang membuat kenyataan secara meluas di media mengarahkan coach Dato Rajagopal memberhentikan eksperimen terhadap skuad AFF Suzuki Cup 2012? Apa bezanya kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden II FAM, Tan Sri Annuar Musa yang mengakibatkan beliau digantung selama 2 tahun oleh FAM?

Tiada niat admin untuk menyebelahi mana2 pihak atau membuat tuduhan itu ini, tapi wajarkah ada DOUBLE STANDARD dalam pentadbiran FAM yang dikenali seantero benua 'amat2 berpengaruh' jika isu ini dilupakan begitu saja? Semua pihak harus sedar dan melihat isu ini dengan penuh keterbukaan...

Saya mohon agar Setiausaha FAM, Dato Azzuddin Ahmad tampil membuat kenyataan...para media pulak janganlah senyap jer, lontarkan persoalan ini kpd FAM seperti apa yang anda semua lakukan ketika TSAM mengeluarkan komen terhadap skuad HARIMAU MALAYA...

Admin Tua Hati Muda

Ahmad Maslan mengaku Umno parti rasuah??


Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan mengakui Umno parti rasuah? Cam tak caya jer.. Cer klik sini dan cuba fahami maksud yang tersirat di sebalik kenyatan Ahmad Maslan ni berkenaan rasuah dalam Umno.

Menjawab persoalan yang ditanya wartawan berikutan dakwaan Setiausaha Agung Umno bahawa cabaran utama dalam Umno adalah untuk mengatasi masalah rasuah yang berleluasa dalam Umno. 

Ahmad Maslan kata bukan hanya dalam Umno sahaja tapi dalam semua pihak pun terbabit dengan gejala rasuah ni. Seperti kelihatan yang dia mengakui bahawa dalam Umno memang rasuah wujud dan menjadi amalan sejak sekian lamanya.

Wa cuma nak bagi peringatan kepada Ketua Penerangan Umno Malaysia ni, Jangan ingat institusi yang lu sertai yang dah korup tu dan memegang jawatan tertinggi,peranan yang penting dalam Umno ingat semua pihak lain sama macam lu. Kalau geng2 lu dah jadikan rasuah sebagai amalan untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan dalam kerajaan dan lu boleh buat persepsi bahawa pihak lawan pun sama macam lu.

TG Nik Aziz di fitnah lagi oleh facebooker UMNO..!!!

oleh AnakKedah007


Hari ini gua terjumpa di fb seorang sahabat telah mengunakan sekeping gambar TG Nik Aziz sedang tidur untuk mengolah satu perbuatan yang mengatakan TG Nik Aziz tidur di Pejabat... sedangkan yg jelas gambar itu menyatakan maksud yg sebaliknya....

Kepada sahabat kita ini di harap anda hentikanlah Politik Fitnah dan adu domba ini..sebanarnya ia tidak menguntungkan diri kita tambahan pula akan timbul isu fitnah dan kita sendiri akan terpalit DOSA...

inlah sahabat tersebut....

Jika Nurul hina Agama maka PAK LAH pun kira 2x5 la jugak..!!!

 Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad
 
Kumpulan penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik kenyataan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat demikian.

Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.

Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.

NONELaporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.

Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."

"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?

"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Najib oh Najib.. dok RAYA DEPAVALI pun nak auta lagi..!!??!?!?!


Aduhai Najib dok beraya tu pun mau AUTA lagi kaa.. siapa la yg jadi PENASIHAT ko nie yg bagi FAKTA salah... sebelom cakap tu kajilah dulu projek tu siapa buat siapa luluskan....nah sekarang kena lagi kat kepala koo... NAJIB OH NAJIB....

Setiausaha Agung UMNO mengaku UMNO Tidak ISLAM

Teuku Adnan Sahkan Umno Tidak Islam?

Setiausaha Agung Umno yang dikatakan berhasrat hendak meletak jawatan kerana sudah berbua Umno akan kalah, Teuku Adnan Teuku Mansor mengesahkan bahawa Umno bukan parti Islam apabila parti itu tidak mengambil satu potong ayat al Quran pun untuk dijadikan panduan atau pun ingatan di dalam parti tersebut.

Teuku Adnan: Ikhlas
Pengakuan Adnan itu dikira ikhlas dan benar menepati apa yang terserlah di dalam Umno kini, di mana Umno hanya tahu menyebut Islam tetapi tidak tahu berbuat (melaksanakan) kehendak Islam. Pengakuan Adnan itu juga mengesahkan tanggapan sebelum ini yang Umno sebuah parti sekular yang anti kepada Islam.

Mungkin bertolak dari realiti itulah menyebabkan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bersedia untuk membubarkan Pas sekiranya Umno mengambil Islam sebagai dasar perjuangan. Nik Aziz sudah tahu bahawa cabaran itu tidak akan tersambut oleh Umno kerana parti itu kering dengan Islam malahan menentang Islam sejati.

Kata Adnan dipetik;  “Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam." Kenyataan itu beliau itu dilaporkan oleh portal rasmi Umno, Umno online.

Pernyataan Adnan itu bagaimana pun berlaku sedikit kesongangan dan kontra bila mana dihujung pernyatan itu disebut; "apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam".

Nurul Izzah teraniaya - dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci kepada Anwar


Subky Latif, 13 Nov 2012


NURUL Izzah telah teraniaya seperti bapanya Anwar Ibrahim.

Sama ada ucapannya tentang tiada paksaan dalam agama tersilap, keliru atau kurang jelas, maka dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci kepada anak beranak itu.

Saya mengambil sikap melayan Izzah sebagai mana-mana orang yang didakwa belum bersalah selagi mahkamah belum mendapatinya bersalah.

Sebagai manusia dia terdedah dengan segala macam kelemahan. Dia boleh melakukan kesilapan dan kekeliruan dan dia juga boleh jadi jahat.

Tetapi semua dikehendaki adil terhadap semua sebagaimana kita mahu semua adil terhadap kita.

Pertama dia bercakap tanpa teks. Walaupun ucapan itu dirakamkan tetapi ia tidak menghalang dia membuat kesilapan. Eloknya rakaman itu memungkinkan kita tahu kesilapan dan boleh dibetulkan.

Sesiapa saja yang berucap khusus yang bukan nabi mesti ada kata-kata tersasul dan kesilapan dan ada yang tidak jelas yang memerlukan penjelasan.

Sanggup jadi pelakon hina DSAI GAY semata nak cari rezeki bela nak bini..!!!

Hadoiiii

Kesian plak aku baca komen terakhir si Nazs Sirap Limau. Sapa Nazs Sirap Limau neh? Owh individu yang cakap dsai gay tue. Kemain kaw. Beria2 kutuk dsai gay. Tak boleh blah betul. Video tue kat bawah neh hah


Korang dengar kan? Jelas kan? 

Dia cakap Anwar gay kan? Oke. Korang baca dan dengar alasan dia kat bawah neh pula ;



Komen terakhir dia sebelum dia hilang disebabkan kena serang bertubi2 di media sosial. Dia dah tak larat nak jawab apabila kena terjah tak henti2. Itupun sendiri cari sebab berani fitnah orang. 

Dia bagi alasan dia kerja. Bukan politik. Aku nak cakap sikit kat ko nazs. In case ko or sedara mara ko baca neh la kan. Ko cakap ko kerja kan? Oke, aku pun faham ko kerja. Ko perlukan duit untuk hidup. Aku faham. Tapi tak semestinya ko kena setuju utk berlakon iklan di atas. Terang2 iklan bermotifkan politik lepas tue ko sembang cakap ko bukan politik mana pun?

Antara 2 darjat antara Yayasan Artis & Pondok.. nie Yayasan U Help Me I Help U...



Nah ambik ko sekarang nie NAJIB dah suka lancar YAYASAN sana YAYASAN sini... UNTUK AGAMA dia lancar untuk ARTIS dia pun lancar.. Lantak pie la dia nak lancar YAYASAN apa pun itu hak dia... Al Maklumlah nyawa tengah dok ngap ngap nie..kena tunjuk baik la kepada semua golongan.... kepada ARTIS pun kena kepada ORANG AGAMA pun kena....

Saya nie cuma nak highlight satu jaa pasal penubuhan 2 yayasan ini iaitu YAYASAN ARTIS 1MALAYSIA dan YAYASAN PONDOK 1MALAYSIA.. hangpa tengok la kelaku huduh mereka terhadap intitusi Agama... sebelum nie dalam belanjawan negara sekupang pun tak bagi kepada Sek Agama Rakyat  yang dikatakan tidak berdaftar dengan kerajaan Malaysia

Manakala sekarang hangpa tengok pula apa depa buat kepada YAYASAN PONDOK 1MALAYSIA... bagi RM100K untuk buat PERPUSTAKAAN sahaja selepas tu jika nak lagi kena mohon...

Nampaknya Jentera Kempen UMNO semakin semput ..sudah terpaksa berpaut dengan Angkatan Tentera La Pulak..!!!

 
Kenyataan Umum
12 November 2012
 
Berkempen dan Berdangdut Dalam Kem Tentera Bukti Umno Terdesak
Merujuk kepada sepucuk surat yang didedahkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan berasa curiga dengan taktik yang digunakan oleh Umno untuk meraih sokongan apabila tergamak menggunakan kem tentera sebagai tempat untuk berkempen meraih sokongan.
Surat rasmi yang mempunyai ‘Letterhead’ Umno Seremban itu dituju dan dihantar kepada seluruh warga penduduk Sikamat untuk hadir masuk ke perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat). Turut tertera sebagai aktiviti ialah ucapan pemimpin Umno Seremban dan seorang artis dangdut juga dijemput membuat persembahan.

YAYASAN PEMBANGUNAN PONDOK 1 MALAYSIA DITOLAK OLEH TUAN-TUAN GURU PONDOK KEDAH


Perjumpaan Bersama Majlis Guru - Guru Pondok HESA.
1 November 2012
Madrasah Manabi' Al Ulum Al Diniah

24 daripada 28 Pondok Kedah Hadir mesyuarat 

Diantara agenda perbincangan adalah mengenai penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M). Ini bertujuan bagi mengambil satu . Setelah Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik secara rasmi menolak Yayasan Pembagunan Pondok 1 Malaysia maka seluruh pondok Kedah menentang Yayasan ini pendirian terhadap penubuhan yayasan tersebut. Setelah mendengar perbahasan dan hujah daripada tuan - tuan guru, 
Majlis Guru - Guru Pondok HESA
mengambil pendirian :


1 - Tidak akan berdaftar secara rasmi ataupun tidak rasmi dibawah YPP1M tersebut
2- Tidak akan menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh YPP1M
3 - Akan membuka satu akaun bank di bawah Majlis Guru - guru Pondok HESA jika YPP1M ingin memberi sebarang sumbangan. Akan tetapi ianya akan diperhalusi
terlebih dahulu supaya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
.

Ketua Pengawas Peperiksaan MUET 2012 di SMK Sultan Badlishah "TAK PROFESIONAL"

MALAPETAKA CUAI LEPAS TANGAN CINCAI MENANGANI 
CALUN TUMPANG MUET 2012 DIPUSAT SMK SB KULIM
SABTU : 10 - 11 - 2012

RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB
SABTU : 25 ZULHIJJAH 1433H / 10 NOVEMBER, 2012

Saya sekeluarga mengiringi anak dalam memberi galakkan dan sokongan
padu kepada anak kami. Dengan gembiranya kami bertolak ke pusat
peperiksaan MUET 2012, pusat di SMK Sultan Badlishah. Kami tiba ke SMK
SB jam 7.30 pagi, selepas bersama anak, kira-kira 10 minit kami mula
berpisah untuk merealisasi program masing-masing. Anak menuju ke pusat
peperiksaan dan kami pula akan bertolak untuk dapatkan sarapan. Sebaik
selesai bersarapan kami akan keprogram "MESRA RAKYAT" di Padang Serai.
Kira-kira 5 minit anak called memaklumkan beliau tidak dapat
mengambil peperiksaan di SMK SB. Alasan pengawasan peperiksaan, soalan
MUET 2012 tidak cukup. Saya terkejut dan mendapat berita pelek macam
tak percaya. Lantas saya kembali dekat anak.

Hatta malang sunggoh nasib menimpa calun-calun termasuk anak saya.
Mereka gabra, dukacita, tensyendan dan terpinga-pinga. Calun-calun
malang hampir 20 orang itu diarah bertindak sendiri ke pusat
peperiksaan MUET di Kolej MARA Kulim kalau mahu mengambil juga. Tanpa
sedikit jua pun mereka (pengawas peperiksaan) memikirkan lojistik
calun ke Koleh MARA. Saya rasa arahan dari pengawas tersebut, ianya
bercanggah dengan etika yang termaktub dalam MPM - Majlis Peperiksaan
Malaysia. Calun yang disahkan nama dan tempat mengambil peperiksaan,
makanya menjadi kewajipan Ketua Pengawas Peperiksaan/Pengawas
mengatasi sendiri apa-apa jua masalah dalaman mereka bukan dibebankan
kepada calun menyelesaikannya.

Perubahan yang pantas dalam masa empat tahun - MB Kedah


KULIM – Kedah menjana transformasi dengan sangat pantas apabila dalam empat tahun sahaja kerajaan negeri berjaya menjalankan pelbagai projek dan program yang bermanfaat untuk rakyat.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan bahawa kerajaan negeri hanya baru memerintah selama empat tahun. Tahun pertama ibarat masuk ke rumah baru dan menyusun perabot, maka selepas tu barulah dapat dilakukan aktiviti-aktiviti lain.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Mesra Rakyat Peringkat Daerah Kulim, di Masjid An-ANajah, Padang Serai.

“Orang ramai sering tohmah kita dengan menyatakan bahawa jika kita perintah maka Kedah akan menjadi huru-hara. Ianya adalah tidak benar kerana kita telah lakukan yang terbaik. Walaupun kita tidak baik melebihi orang lain tetapi sekurang-kuranya kita sama dengan orang lain. Kita juga sering berusaha untuk memerangi rasuah.

“Tahun lepas kita sediakan bajet sebanyak RM1.06 bilion dan sebelum tu RM800 juta. Tahun ini bajet kita lebih banyak kerana rakyat Kedah semakin banyak,” terangnya.

Tu dia aihh...ramainya manusia di Program Mesra Rakyat Daerah Kulim bersama Kjaan Negeri Kedah

Kemeriahan pelbagai kaum di Program Mesra Rakyat Daerah Kulim 

PADANG SERAI – Program Mesra Rakyat di DUN Merbau Pulas meriah serta mendapat sambutan dari semua lapisan masyarakat. Kira-kira tiga ribu pengunjung membanjiri pekarangan Masjid An-Najah, Pekan Padang Serai, bersama-sama meraikan majlis tersebut selain ingin bersua muka dengan pemimpin dengan lebih dekat lagi.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak itu turut menyaksikan beberapa sumbangan disampaikan termasuk sumbangan Deepavali kepada 150 orang penerima.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...