TERKINI :

Friday, November 9, 2012

hangpa kata Syed Mokhtar KAYA.. tapi tengok hutang sampai RM34billion...!!!


Alhamdulillah.. Masalah di LOJI AIR JENUN sudah diatasi


[Teknik buat duit dengan Kjaan Malaysia] Jalanraya di Malaysia "LUBUK DUIT" Kontraktor Kroni.

Jalanraya di Malaysia "LUBUK DUIT" Kontraktor Kroni.

Pasanglah AES setiap 1 km pun dekat seluruh jalanraya di Malaysia bagi gua tetap x kan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Malaysia...

X payah buat kajian sampai habis bajet puluhan ribu, ratus ribu atau juta2... Start kereta atau motor, keluar ke jalanraya paling dekat dengan rumah korang.

Perkara pertama sekali yang biasa kita jumpa ialah bahu jalan yang macam haram, dah la jalan sempit, bahu jalan asyik rosak, tengah2 jalan tiba2 ada lubang. Kalau bawak motor sentiasa nak kena elak lubang. Salah elak, kena sondol dekat kenderaan dari belakang atau depan.

Paling nyata kerja2 gali lubang tutup lubang x pernah selesai di mana2 jalanraya di seluruh negara. hari ni tar baru, minggu depan start gali lubang, lepas tu tutup, minggu depan berlubang balik.

Kerja paling bangang di Malaysia, seluruh jalanraya di Malaysia dah lama secara tradisi jadi lubuk Kontraktor Kroni cari makan. Dari zaman Tok Nenek kita sampai zaman kita sekarang.

Pimpinan KERAjaan Federal pulak jenis x de akal... Sampai bila2 pun masalah kemalangan jalanraya x kan selesai selagi jalanraya di Malaysia jadi LUBUK DUIT Kontraktor Kroni di Malaysia.

Gali Lubang Tutut Lubang perkara biasa dimana2 jalanraya di Malaysia... Ada sape2 nak nafi..?
 
Jalanraya di Malaysia "LUBUK DUIT" Kontraktor Kroni.

Pasanglah AES setiap 1 km pun dekat seluruh jalanraya di Malaysia bagi gua tetap x kan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Malaysia...

X payah buat kajian sampai habis bajet puluhan ribu, ratus ribu atau juta2... Start kereta atau motor, keluar ke jalanraya paling dekat dengan rumah korang.

Perkara pertama sekali yang biasa kita jumpa ialah bahu jalan yang macam haram, dah la jalan sempit, bahu jalan asyik rosak, tengah2 jalan tiba2 ada lubang. Kalau bawak motor sentiasa nak kena elak lubang. Salah elak, kena sondol dekat kenderaan dari belakang atau depan.

Paling nyata kerja2 gali lubang tutup lubang x pernah selesai di mana2 jalanraya di seluruh negara. hari ni tar baru, minggu depan start gali lubang, lepas tu tutup, minggu depan berlubang balik.

Kerja propaganda jahat BN nak menang terdedah..!!

Politik apa kejahnya macam nie... Nak berhujah dah tak mampu...
Nak bagi tawaran terbaik untuk rakyat dah tak mampu..
Nak buat fitnah Video, Liwat dah tak laku...
Akhirnya gunakan intitusi Kerajaan pedejai minda rakyat..

Dasar 'cincai' Kerajaan BN seksa pemilik kenderaan

Oleh SAFAR JUMAAT

APA pentingnya Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang kini diperkenalkan Kementerian Pengangkutan? Kementerian ini sudah terpalit dengan pelbagai isu sebelum ini, termasuk PKFZ yang menyeret bekas menterinya ke mahkamah.

Kini, AES yang sudah mengeluarkan belanja yang cukup besar, ditentang rakyat terbanyak dengan menyifatkan syarikat yang diberikan projek ini, bakal mengaut keuntungan besar hasil saman.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengadakan sekatan jalan raya, masih membuat pemantauan dan menahan kenderaan yang dilihat melakukan kesalahan.

Dalam masa yang sama, AES terus dipasang dan merakamkan pelbagai kesalahan yang dilakukan pemadu – selepas setiap pemandu yang membeli kenderaan terpaksa membayar faedah bank, insuran kenderan dan insuran nyawa, cukai jalan, parkir dan kerosakan.

Setiap kenderaan yang berada di atas jalan raya tertakluk kepada saman polis dan JPJ. Mungkin juga dengan PBT sekali. Kenapa begitu seksa untuk berkenderaan di Malaysia? Apa yang menjadikan Malaysia begitu "keras" menjalankan penguatkuasaan?

AES: 2 Sudah Tumbang, Terbaru 1 Sudah Kena Spray!!


Memerangi AES adalah hero rakyat !

Bekas Menteri Besar Kedah gagal beri jawapan ‘projek sakit’

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid muncul menyerang balas penjelasan Menteri Besar, Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak yang mendakwa bahawa kerugian RM6.4 juta dalam projek balak di Papua New Guinea adalah isu untung rugi dalam perniagaan bukannya kerana rasuah atau penyelewengan.

“Kalau dah rugi sampai berjuta-juta ringgit, mengaku sajalah. Saya cabar dia mengaku projek itu rugi,” kata Mahdzir. Ustaz Azizan dah berkali-kali mengaku ianya kerugian dalam perniagaan dalam beberapa kali sidang media. Berapa juta kali beliau nak mengaku atas kerugian yang berjuta itu.

Orang yang tidak mahu mengaku akan kerugian dan penyelewengan BN dahulu sebenarnya Mahdzir sendiri selaku bekas Menteri Besar. Seperti dilaporkan oleh Bernama, bagi mengulas kenyataan YAB Dato’ Seri DiRaja berhubung empat ‘projek sakit’ tinggalan BN beliau mengalih kesilapan kepada kerajaan sekarang.

Dalam isu mengenai Yayasan Islam Kedah (YIKed) yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop beliau berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan (oleh kerajaan sekarang). Malangnya bekas Menteri Besar itu tidak menerangkan jalan penyelesaiannya, sedangkan bayaran RM11 juta itu adalah perintah mahkamah setelah YIKed kalah dalam kes saman di mahkamah. Kesalahan dilakukan oleh pemimpin BN di zaman BN. Mengapa Mahdzir tidak mahu mengaku?

Lawatan MP JERAI ke Loji Air JENUN..dan mendengar taklimat SADA punca bekalan air terputus

dari blog MP JERAI

Lawatan ke loji JENUN..dan mendengar taklimat SADA punca bekalan air terputus sebahagian DUN GUAR CHEMPEDAK


Lawatan ke loji JENUN..n mndengar taklimat punca bekalan air SADA
terputus di kawasan Pas Guar Stesyen n sekitarnya...

Ini cerita Obama, bukan Najib

Muhamad Azan bin Safar,


Tahniah kepada Presiden Barack Obama kerana terus mendapat mandat dan kepercayaan rakyat untuk memimpin Amerika untuk tempoh empat tahun lagi. Kejayaan Obama umumnya sudah dijangka meskipun pada dasarnya tempoh empat tahun yang lepas, pelbagai kecacatan dicatatkan oleh pentadbiran beliau.

Kemenangan ini dilihat cukup dramatik selepas setiap calon masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam usaha membawa negara tersebut ke tanda aras yang mereka mahukan. Obama lebih selesa dengan isu untuk mengembalikan ekonomi Amerika sehingga mampu kembali bersaing dengan kuasa ekonomi dunia lain seperti China, India dan Brasil. Maka tidak pelik jika diteliti dari permulaan kempen obama, banyak kali beliau menegaskan untuk melahirkan semula tenaga pakar yang terdiri dari rakyat amaerika sendiri dan mengembangkan ekonomi di negara mereka tanpa perlu terus “outsourced” kilang-kilang mereka ke luar negara.

Manakala Romney yang selesa dengan kempen keselamatan negara dan berhasrat menambahkan lagi bajet Pentagon sebanyak UDS100 billion jika terpilih sebagai Presiden nyata tidak berjaya menambat hati pengundi yang rata-rata sudah keletihan dengan kempen peperangan yang dilancarkan oleh legasi Bush sedekad yang lepas di Afghanistan dan Iraq.

Gambaq SADA dok perbaik PIPE AYAQ yang ROSAK DI LOJI JENUN.

Gambaq SADA dok perbaik PIPE AYAQ yang ROSAK DI LOJI JENUN... insya'allah jika tak ada apa kemudaratan di masa depan LOJI akan beroperasi semula jam 3,4 pagi nanti... SABAQ sat noo.. SAPA TAK MANDI angkat tangan...!!!

Dengaq kata depa sudah nak serang balik lepas kena serang pelari RM350juta...bersedialah semua...

Kalau benarlah berita yang sampai ini....

Gambaq Hiasan Saja Nie...
Selepas BN Kedah diserang dengan isu penyelewengan RM350 juta maka dilaporkan Be End menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak dengan kerjasama pegawai dan kakitangan UMNO kedekiang dalam kerajaan negeri untuk membusukkan nama kerajaan negeri Pakatan Rakyat dari dalam.

Tujuannya ialah untuk divert isu RM350 juta yang merupakan pukulan besar terhadap imej UMNO Be End Kedah. Macam-macamlah cadangan yang dibuat... antaranya ialah mengatur perancangan supaya penguatkuasa pihak berkuasa tempatan bertindak tegas terhadap peniaga sehingga atau orang ramai menimbulkan kemarahan mereka.

Penguatkuasaan juga hendaklah dibuat terhadap premis hiburan non Muslim, pusat judi atau arak bagi menggambarkan bahawa Kedah sedang melaksanakan undang-undang Islam yang menghalang kebebasan bukan Islam.

Fathul Bari berbahas dengan Khalid Samad di twitter...!!!

Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari

Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan persoalan PAS dan perjuangannya.

Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: “Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL”. Oleh kerana Fathul Bari turut ‘ditag’ dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut.

Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk.

Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya.

Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.

Assalamualaikum..apa habaq saham FELDA.. jatuh lagi nooo...!!!

Saham Felda merosot menghampiri rekod terendah


KUALA LUMPUR, 9 Nov — Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.

Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.

FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.

Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, boleh menjadi punca ketidakpuashatian.

Kerajaan bagaimanapun melangkah masuk untuk membantu peneroka apabila mendapat peruntukan RM361 juta dari Felda, pihak berkuasa pembangunan tanah kerajaan, pada bulan Ogos untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka.

Semua Ahli Parlimen mesti hadir dalam taklimat dua orang peguam Perancis

oleh Aspan Alias


Rakyat perlu diberikan sepenuh pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang tidak habis-habis diperkatakan sekarang ini. Isu ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan dan ‘law-makers’ negara kerana ini merupakan satu skandal yang teramat besar yang melibatkan wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal PKFZ yang melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Badawi.

Ia berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan oleh kerana ia melibatkan pihak yang berkuasa, ia amat susah untuk ditampilkan dengan setelus-telusnya kepada penghakiman rakyat. Saya mengajak seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk memberikan perhatian serius dan mengamati dengan sesungguh-sungguhnya isu-isu ini kerana rakyat sudah tidak tertanggung lagi kelakuan pihak-pihak yang begitu jahil dan tidak menganggap mengambil rasuah sebagai satu jenayah yang terlalu besar ini.

Mesti ada pihak yang terlibat. Ia tidak boleh dinafikan dengan alasan tiada bukti kukuh dan sebagainya. Kita juga mahukan bukti yang wang itu tidak dibelanjakan seperti yang dituduh jika alasan tiada bukti itu menjadi alasan untuk menutup kes-kes seperti ini. Kita tidak mahu berlaku seperti kes PKFZ yang sedang dalam penghakiman mahkamah dengan alasan tiada kes penipuan seperti yang disebut oleh Dr Mahathir tetapi pihak defendant (kerajaan) wajar juga membuktikan yang wang sejumlah yang disebut dalam isu ini tidak dibelanjakan. Kita tidak mahu mendengar dan menerima yang tiada kes seperti yang dituduh tetapi wang yang begitu besar telah dibelanjakan.

Senarai Pemain Kedah 2013 sehingga hari ini...




Semalam satu taklimat pengurusan pasukan dengan pemain-pemain untuk musim 2013.

Setakat semalam, yang sah bersama Kedah FA untuk kancah liga perdana 2013:

Penjaga Gol:
Mohamad Muhaimin
Abdul Hadi Hamid

Pertahanan:
Khairul Helmi
Sabree Abu
Fazliata
Faris Azlan dari Sabah FA
Hariri dari Terengganu FA
Shahrul Ezrain dari T-Team FA
Arman Fareez dari KLFA
Rezuan Harun aka Malau

Pi sidang perwakilan UMNO pun sapu duit Seri Temin... penyamun tarbuih betoi


Untuk pendedahan penyelewengan hari mai kita tengok duit Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) digunakan biayai penginapan di Perhimpunan Agung UMNO.

Belanja yang digunakan atas nama penginapan Syed Sobri Syed Hashim (ADUN Kuala Nerang lanie) ialah RM2,249.00 (bayaran pada 8/7/03, cek no. 28915).

Manakala penginapan untuk perwakilan UMNO yang lain (tidak dinyatakan Bahagian mana, tetapi dipercayai UMNO Bahagian Padang Terap) ialah sebanyak RM36,210.00 (3/7/03, no. cek:985540).

Semua butiran ini tercatat dalam akaun STDC zaman BN.
 

Tak yah dok nyembang la UMNO oi..pie habaq kat NAJIB suruh dia DEBAT dulu..!!!

Debat dulu, baru cakap soal bertanding kerusi mana

KUALA LUMPUR 8 November: Pemimpin Umno patut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memandai-mandai menetap kerusi mana bakal ditandingi Ketua Pembangkang itu.

Merujuk cadangan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk meyaksikan Anwar dan Najib bertanding di kawasan sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata sesi debat lebih utama untuk kebaikan rakyat.

“Debat pun takut, takkan Najib sanggup lawan. Jadi saya sarankan Syed Ali supaya cabar Najib debat dulu, baru fikir untuk bertanding di mana-mana.

“Kita masih tunggu Najib terima atau tidak berdebat dengan Anwar. Itu yang rakyat tunggu-tunggu untuk jadikan negara ini melalui proses demokrasi yang sihat.

“Kita tengok sahaja debat antara Obama dengan Romney. Itu yang kita juga mahukan. Ia akan beri harapan baru kepada negara,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

133 syarikat di Kedah kena kompaun langgar akta Perkeso

133 syarikat kena kompaun langgar akta Perkeso


Othman Mohd. Nordin (dua dari kanan) dan Zabidi Abdul Razak (tiga dari kiri) bersama bekas kakitangan KMC yang menerima Faedah Pencen Ilat iaitu Romli Saad (kanan), M. Vartarajoo (tiga dari kanan) dan Azizah Othman (empat dari kanan) di Alor Setar kelmarin. - UTUSAN/Kamal Basir

ALOR SETAR 6 Nov. - Sebanyak 133 majikan dikenakan kompaun oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah mulai Januari hingga Oktober tahun ini kerana didapati melanggar peraturan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Pengarah Perkeso Kedah, Othman Mohd. Nordin berkata, selain itu, dalam tempoh sama juga, sebanyak 91 majikan diambil tindakan pendakwaan mahkamah berhubung pelbagai kesalahan terutama gagal mencarum pekerja mereka.

Katanya, kegagalan majikan mematuhi peraturan yang ditetapkan boleh mengakibatkan mereka dipenjara sehingga dua tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

[Cekik Pengadil] - Inilah Padahnya bila buat satu perkara tak pikiaq panjang..!!!

Muhammad Bahiyuddin mohon maaf kerana cekik leher pengadil


Muhammad Bahyuddin Razali mencekik leher ref sebagai tanda tidak puas hati .
KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak Kolej Komuniti Kedah (KKK), Muhammad Bahiyuddin Razali memohon maaf atas tindakannya mencekik leher pengadil pada perlawanan akhir Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknoloji Mara (UiTM), Selasa lepas.

Tekanan cukup tinggi untuk cuba menang piala. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh bertindak seperti itu dan saya minta maaf kepada pengadil, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan semua rakan sepasukan atas tindakan saya.

"Saya tidak pernah bertindak seperti itu dan saya di luar kawalan ketika itu. Saya faham dan berharap ia dapat diteliti semula untuk diberikan hukuman lebih ringan," kata pemain berusia 24 tahun itu ketika dihubungi hari ini.

KUIN: Makin ditohmah pembangkang makin cemerlang!!!


Insaniah diiktiraf sangat baik

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berbangga dengan kejayaan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang menerima pengiktirafan penarafan Tier 4 (sangat baik) bagi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2011 (Setara'11).

Azizan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah bersyukur dengan kejayaan berkenaan hasil usaha bersungguh-sungguh seluruh warga institusi pengajian tinggi itu, walaupun dilanda pelbagai kontroversi membabitkan pengurusan Insaniah.

Menurutnya, pengiktirafan itu juga turut memenuhi sasaran Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula Insaniah serta menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri berilmu pengetahuan.

"Setelah empat tahun berlalu kita sudah mula nampak hasilnya, pembinaan Kampus Induk Insaniah di Kuala Ketil juga merupakan hadiah tidak ternilai untuk rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

SADA Oh SADA - Mana LORI yang nak hantaq ayaq mai rumah kami..???

oleh warga guar stesyen


Tahukah anda semua kami warga guar stesyen sekarang nie dah hadapi masalah tak ada air sudah 3 hari. Masalah yang kami hadapi hasil makluman pegawai SADA ialah disebabkan pipe utama 24inci di Loji Jenun sana mengalami kebocoran.


dan hasil dari janji mereka jika tidak apa berlaku segalanya akan baik pulih semula pada jumaat pagi. OK lah bab rosak nie kita pun tak boleh buat apa sebab ini masalah qada dan qadar benda nak rosak terimalah sahaja....

Masalah utama sekarang ialah operasi pengagihan air menggunakan LORI SADA rumah ke rumah. Kami warga Guar Stesyen, Kg Banggol Lalang, Taman Persekitaran Guar Chempedak melihat jadual pengagihan air itu ada sedikit kekalutan dan macam tidak cukup servis LORI disediakan....dari makluman pegawai SADA mereka menyediakan 9 biji lori SADA untuk pengagihan air tersebut 

Inilah Masalah JKR KEDAH - Lembab nak mai palam lubang yang terjadi di jalan raya...

Warga emas dilanggar lori elak lubang
Wartawan Sinar Harian
8 November 2012
warga emas dilanggar lori elak lubang
Abdul Wahab (berkopiah) menunjukkan lubang di selekoh Jalan Semeling- Bedong 
mengundang bahaya sehingga menyebabkan kemalangan.
 
KUALA MUDA – Seorang kariah masjid di sini patah dua jari selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Semeling-Bedong dekat Pekan Bedong, kelmarin.

Mangsa, Latif Abdullah, 76, dilanggar lori apabila mengelak lubang ketika menunggang motosikal ke Masjid Bedong untuk membuat persiapan sembahyang Subuh.

Anak saudaranya, Abd Wahab Ismail, 42, berkata, ketika kejadian bapa saudaranya itu dalam perjalanan dari arah Semeling ke Bedong dan ingin membelok ke kanan di hadapan Bangunan GiatMara.

“Disebabkan terdapat lubang di kanan jalan, kenderaan dari arah bertentangan terpaksa mengelak dan laluan dari kedua-dua arah menjadi semakin sempit. Tambahan pula di sebelah kiri jalan terdapat treler di parkir menyebabkan jalan lebih sempit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...