TERKINI :

Thursday, November 8, 2012

Maaf PAKATAN RAKYAT akan kalah PRU13 kerana bangsatnya SPR..!!!

Bukti berangka Pakatan Rakyat akan kalah hasil kerja celaka SPR

Aku yakin banyak lagi kawasan parlimen dan Dun yang SPR dengan kerjasama JPN buat kerja CELAKA macam 'si anjing Umno' untuk pastikan Umno BN tetap dapat majoriti di parlimen dan rampas balik sekurang-kurangnya negeri Selangor yang kaya-raya tu.

Bagi yang rajin baca labun panjang lebar Hisham Rais boleh baca artikel tulisan dia di blog TukarTiub. Bagi jenis yang malas baca artikel panjang lebar, kat bawah ni aku ringkaskan bukti berangka kerja CELAKA lagak 'si anjing Umno' yang SPR buat dengan kerjasama JPN macam yang Hisham Rais tulis tu.

Parlimen Lembah Pantai.   

Pada PRU12, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Jalil, menteri kabinet Paklah yang juga ketua Wanita Umno dengan majoriti 2,895 undi.

Untuk pastikan Nong Chik yang dah berjaya cantas Shahrizat mampu kalahkan Nurul Izzah dalam PRU13, SPR tolong daftarkan 13,468 pengundi baru di parlimen Lembah Pantai.

Tak cukup dengan tu, SPR masukkan Balai Polis Bukit Jalil ke dalam parlimen Lembah Pantai walaupun balai polis tu terletak 15 batu dari Lembah Pantai. Hasilnya pengundi pos bertambah dari cuma 148 kepada 2,000 pengundi.

Akibatnya, majoriti 2,895 dah jadi macam calah gigi untuk Nong Chik. Di atas kertas Nurul Izzah dah kalah sebelum parlimen dibubarkan hasil kerja celaka SPR dan JPN 'si anjing Umno' ni.

UMNO - SUMBANG DAN SUMBING LANGKAH PENDEKAR.

RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB
KHAMIS : 8 NOVEMBER,2012 
Dalam dunia Malaysia boleh, semuanya boleh tidak janggal dan tidak pelik. Hari ini terukir lagi satu sejarah negara menjelang PRU13. Ianya tercipta pada hari ini Khamis 8 November, dalam parlimen Malaysia ketika Parlimen sedang bersidang. Penyelamat umNO(Baru)bN yang menduduki kerusi puaka kepada lawan politik umNO(Baru)bN iaitu PR bila Speaker Dewan Rakyat diatas kerusi puaka kepada PR dan kerusi keramat penyelamat satu-satunya yang berbaki, Pendekar memang seorang pendekar handalan dalam mempertahankan umNO(Baru)bN dari pukulan AP PR (Klik disini) .
 
Speaker Dewan Rakyat Malaysia kini sedang membuka buah, melangkah sumbang mengikut rentak umNO(Baru), menunjuk penumbuk dan memberi penyepak kepada AP PR hari ini. Gelanggang Parlimen Malaysia menerusi dan melalui Kerusi Speaker. Pendekar menambah lagi peraturan dan kuatkuasa peratoran serta merta kerana melindungi PM 1Malaysia, umNO(Baru)bN untuk PR memberi penerangan berkaitan kes perbicaraan di Perancis yang dikatakan melibat PM1Malaysia. Jadi untuk menghalang, Pendekar menjadi hulubalang menyekatnya. Mampus enam hidup sepuloh kali hidup aku dan penentang umNO(Baru)bN, tobat lahum tak percaya kalau peraturan kuatkuasa serta merta (Klik disini).   
 
Kerana ianya bermatlamat khusus untuk melindungi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen dan undang-undang yang gah 1Malaysia macam bangkai naga dan bangkai gajah tak dapat ditudong dikeranakan terlibat terpalit dengan kerja haramjadah rasuah. Jadi kuasa ditangangayong bersambut, bermatlamat menghalang bukan AP untuk membuat sidang akhbar bersiri di parlimen untuk terus balon dan menelanjangi dirinya yang menjadi raja parlimen. Niat burok lagi cemar berkaitan tuduhan macam terang bulan purnama tentang salahlaku, salahguna kedudukkannya dengan telunjuk biasa mematikan cobra dan tedong selar dalam yang diletak dalam kandang penjagaan dan penguasaannya, jangan lagi dibiarkan hadhir di parlimen. Kerana ianya membahaya aku dan menteri parlimen dan disabitkan mencemarkan parlimen. Itulah modal umNO(Baru) yang lapok dan burok dulu, kini dan selama-lamanya. Peraturan dan undang-undang semuanya adalah untuk melindungi dan menjaga kepentingan penyamun lanun dikalangan umNO(Baru)bN.
 

Umno sedang gali kubur sendiri

Majdan Dagang, 08 Nov 2012

Umno-BN sedang menggali kuburnya sendiri. Begitulah perkembangan politik mutakhir ini. Dalam beberapa isu besar yang berlaku akhir-akhirnya, Umno-BN dilihat lebih banyak bertahan daripada menyerang. Ada beberapa isu yang dilihat bakal menyusahkan Umno-BN mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan tamat tempohnya pada 24 April 2013.

1. Isu hudud Datuk Seri Chua Soi Lek. Dalam persidangan agung MCA yang lalu, presidennya Datuk Sri Chua Soi Lek buat kesekian kalinya menyerang hudud dan kenyataan menghina Islam. Beliau sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Umno dilihat seolah-olah merestuinya.

Dari sudut politik, MCA mungkin bertujuan menarik kembali sokongan masyarakat Cina daripada DAP. Pada masa yang sama Umno berharap akan berlaku pertelingkahan antara PAS dan DAP. Namun, isu ini bukan sahaja tidak berupaya memecahkan tali persahabatan PAS dan DAP, malah menjadi senjata makan tuan.

AES: Juham akan fail semakan kehakiman

KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) telah menjalinkan kerjasama bersama Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) untuk membela pihak orang kena saman (OKS) bagi kes saman AES.

Ketua Unit Media/Penerangan Juham, Noorazmir Zakaria berkata, satu perjumpaan telah diadakan pada 7 Nov lalu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh pihak jawatankuasa KASE bersama wakil peguam-peguam Juham dari seluruh Malaysia untuk memberikan penerangan kepada wakil-wakil Peguam yang hadir untuk disebarkan kepada negeri masing-masing di mana kedua-dua pihak turut telah berdialog bagi mencapai persetujuan tindakan bersama dalam menangani Saman AES ini.

Nak belajaq macamana cara Amerika.. perkara asas pun dah kantoi..iaitu DEBAT..!!!

 Belajar dari pilihan raya presiden Amerika
 
ULASAN Pilihanraya Presiden Amerika 2012 menyaksikan pertembungan sengit antara penyandangnya Barrack Obama dari Parti Demokrat dengan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney.

Dunia memberikan tumpuan khusus bagaimana perjalanan pemilihan Amerika Syarikat dan menonton penuh minat proses berkempen dan pemilihan presiden Amerika Syarikat yang berlangsung secara penuh demokratik.

Keputusan terkini menunjukkan Barrack Obama mengekalkan kedudukannya sebagai presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua berturut-turut.

Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat memang terkenal sebagai negara yang mengamalkan dasar luar yang keras terhadap negara-negara lain. Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam menjatuh dan menaikkan pemimpin negara-negara tertentu. Mereka jugalah yang menentukan dasar negara-negara sasarannya supaya negara-negara tersebut ikut telunjuknya.

Hina Islam Sana Murtad Sini Melayu Hilang..Last Petronas dilaporkan bagi kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik anak Mahathir..!!!

Mahathir jengkel ditanya mengenai anaknya

NONEBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi SapuraKencana.
Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata:
"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."

Kalau hendak menjadi mukmin, dugaan besar wajib dilalui..begitulah juga Jika nak lawan UMNO...

oleh Aspan Alias

Tok Guru Nik Aziz tidak mahu membuat komen terhadap isu yang diperbesarkan oleh Utusan Malaysia tentang kenyataan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, yang diselewengkan oleh pihak yang bermusuhan dan politik negara ini. Saya difahamkan bahawa Utusan telah menyiarkan berita kenyataan Nurul Izzah yang diselewengkan oleh akhbar arus perdana itu tentang kebebasan beragama beberapa hari yang lalu.

Kita mesti memahami yang menyiarkan berita itu adalah Utusan Malaysia dan jika akhbar itu yang menyiarkannya orang ramai sudah tidak mempercayai kredibiliti akhbar tersebut. Dalam masa yang agak kesuntukan untuk pilihanraya ini sememangnyalah Utusan akan meneruskan usahanya untuk memecahkan permuafakatan yang telah terjalin dengan erat di antara rakyat untuk membinasakan pihak syaitan dan iblis yang sememangnya sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan orang ramai itu.

Biarkan sahaja Utusan itu dibaca dan diyakini oleh mereka yang kusut pemikiran. Kita yang telah berusaha untuk memperbaiki keadaan sememangnya berwajib bersabar kerana salah satu daripada tugas untuk mencapai kemukmininan ialah dengan bersabar dengan segala dugaan yang datangnya dari agen dan ‘representative’ dari pihak iblis dan syaitan itu.

Disebabkan Statement Nurul Izzah ini dia MELAYU SUDAH berbondong-bondong Murtad..!!!

MELAYU TUKAR AGAMA!!! Ini bukti permohonan Murtad diluluskan oleh Nurul Izzah?

 
KISAH KARTINA KAMARUDDIN YG MURTAD : ISLAM Memang Terbela di bawah UMNO

Walau agak panjang tp berbaloi unt dibaca....

Kisah Bapa sebagai ketua Keluarga yg bertungkuslumus mempertahankan Aqidah anak dan maruah keluarga tapi kecewa dgn SISTEM yg ada dalam negara Islam Malaysia 
Betapa lemahnya sistem pendaftaran negara.. tiada langsung rasa ingin menyelamatkan akidah sesama muslim.

Hari hari Media Lidah Biawak UMNO-BN duk canang pasal murtad sana sini, tapi bila ada permohonan MURTAD, yg luluskan tu SIAPA? NURUL IZZAH ke? ANWAR IBRAHIM ke? NIK AZIZ ke? HADI AWANG ke? LIM KIT SIANG? atau KARPAL SINGH?

Putarbelit Kenyataan Izzah, Media Umno Tak Siuman – Pengerusi Shura

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya.

Katanya, media Umno seolah-olah diperalat supaya memesongkan pemikiran rakyat kepada parti pemerintah semata-mata pilihan raya semakin hampir.

“Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang disiarkan mereka.

“Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan berani putar belitkan kenyataan terutama melibatkan soal agama,” katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, tiada apa yang perlu diisukan berhubung kenyataan Nurul Izzah sedangkan beliau hanya menyebut perkara asas dalam surah al Baqarah mengenai beragama.

BN sapu duit Seri Temin serupa reta meredak tok nenek depa!


Oleh: Saiburi Sudin
 
Dato’ Amiruddin Hamzah pernah mendedahkan dalam Sidang DUN bagaimana STDC telah membelanjakan RM7.5 juta sebagai sumbangan, walhal ianya tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk rebat cukai.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen terlalu banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Jabatan Zakat Negeri Kedah mula agih bantuan persekolahan

7 November 2012

ALOR SETAR - Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) mula mengagihkan bantuan pakaian dan kasut sekolah kepada pelajar miskin di seluruh negeri sebagai persediaan sesi persekolahan tahun depan.

Setiausahanya Datuk Syeikh Ghazali Yaacob berkata agihan dilakukan secara berperingkat mengikut daerah bermula dengan Kota Setar bulan lepas dan kini di Pendang dengan peruntukan RM5,000 setiap sekolah.

Di Kota Setar sebanyak 78 sekolah menerima 7,800 pasang pakaian seragam sekolah dan 3,900 pasang kasut, manakala 33 buah sekolah di Pendang menerima 3,300 pasang pakaian seragam dan 1,650 pasang kasut, katanya.

"Bantuan ini diberikan kepada pelajar miskin dari golongan asnaf yang layak sahaja," katanya selepas penyampaian Dermasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan dan Luar Negara serta penyampaian bantuan pakaian seragam sekolah di Bangunan JZNK, di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...