Tidak sempat angkat barang
Keadaan antara rumah yang dinaiki air hampir 0.3 meter.
KUBANG PASU - Masalah sistem perparitan di Taman Desa Tanjung di sini, dipercayai menjadi punca berlakunya banjir kilat, kelmarin.

Kawasan perumahan terbabit mula dinaiki air selepas hujan lebat kira-kira jam 5.30 petang sehingga mengakibatkan penghuni sembilan rumah terpaksa menanggung kerugian kerana dimasuki air.

Setiausaha Taman Desa Tanjung, Juraidi Mohd Nor berkata, perumahan terbabit dilanda banjir kilat sudah hampir lapan kali kerana sistem perparitan tidak mampu menampung air sekiranya berlaku hujan lebat dalam tempoh beberapa jam.

Menurutnya, kejadian ini merupakan yang terburuk pernah berlaku dan untuk pertama kalinya sebanyak sembilan rumah dimasuki air.