TERKINI :

Saturday, November 3, 2012

Senarai MAHATHIR hina Islam...


Kerajaan bermentaliti zaman batu wajar ditolak

oleh Aspan Alias


Malam ini akan berlangsung program Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat di Seremban dan dijangka lebih dari 50,000 orang akan hadir. Seperti biasa apa sahaja yang dilakukan oleh PR akan mendapat halangan dari pihak berkuasa dan penyokong-penyokong mereka kerana ketakutan mereka melihat kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan yang sejati dalam negara kita.

Program ini telah terpaksa berpindah sebanyak tiga kali untuk mendapatkan tempat yang sesuai kerana penganjur himpunan ini tidak diberikan permit oleh pihak polis. Walau bagaimana pun ia akan tetap diadakan dan lokasi yang dipilih ialah Seremban Jaya yang mampu menampung kehadiran seramai 50,000 orang peserta itu. Ada pihak yang telah mengugut yang program ini akan mencetuskan pergaduhan jika pihak Polis tidak menghalang program ini diadakan.

Beberapa NGO dan ketuanya di kenalpasti sebagai Major (bersara) Razali Zakaria telah mengugut jika program ini masih di teruskan mereka akan menghalangnya seratus peratus dan jangan salah pihak NGO ini jika berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Ugutan pihak ini jelas menunjukkan bagaimana terdesaknya pihak yang mereka sokong sehinggakan mengugut untuk mengganggu program ini serta menghalangnya untuk berlaku.

Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah

SEREMBAN: Program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini bermula meriah petang ini.

Biarpun hujan lebat turun sejak jam 2 petang tadi, namun kehadiran orang ramai ke sini tidak putus-putus sejak tenga hari.

Tirai program dibuka kira-kira jam 4 petang ini sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini.

Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Pada ketika ini, sudah hampir 5,000 orang memenuhi tapak program biarpun program utama dengan kehadiran pemimpin utama PAS, PKR dan DAP hanya malam ini.

Menganalisa sistem politik BN

Oleh Datuk Yahya Lampong

Ramai orang bertanya saya, apakah bentuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)? Ini kerana, sistem BN hanya satu di dunia dan sangat berbeza dengan sistem politik atau kepimpinan negara demokrasi.

Raja berkuasa mutlak, kerajaan diktator, kerajaan komunis atau kerajaan totalitarian (berkuasa secara total atau berkuasa mutlak) adalah setaraf dengan kepimpinan BN sekarang. Sistem ini telah menyebabkan BN kekal berkuasa sejak dahulu dan akan berterusan jika tidak diubah.

Nasib baik rakyat sekarang ada pilihan selain BN iaitu gabungan antara PKR-PAS-DAP untuk mengganti Barisan Nasional bagi memerintah negara.

Apa ciri-ciri kepimpinan BN? Bagi saya, antara cirinya adalah:-

Ciri pertama

Sistem politik Barisan Nasional atau BN berpaksikan kepimpinan autokrasi. Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional ialah Perdana Menteri. BN bertanding dalam pilihan raya umum. Anggota komponen seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, PBS, UPKO, PBRS dan LDP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik, semuanya ada pada BN.

Sungguh pun UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi Presiden UMNO ialah Pengerusi BN. Presiden UMNO dan Pengerusi BN ialah Perdana Menteri.

Cara Pakatan Rakyat menurunkan harga kereta apabila memerintah nanti

Satu daripada isu paling hangat adalah harga kereta yang terlalu mahal.

Oleh Rafizi Ramli


Saya mengalu-alukan maklumbalas Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan cadangan #turunkanhargakereta memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.

Beliau juga dijangka akan memenangi persaingan Ketua Pemuda Umno yang akan datang, jadi pandangan beliau mengenai isu-isu yang ada kesan besar kepada orang muda bakal memberi gambaran nasib orang muda kelak jika Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya umum akan datang.

Dalam banyak-banyak kepayahan ekonomi yang dialami orang muda, satu daripada isu paling hangat adalah harga kereta yang terlalu mahal.

Datuk Mukhriz bertanya satu soalan mudah kepada saya: bagaimana mungkin harga kereta boleh turun jika permit import kereta (AP) dilelong kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi?

Soalan itu begitu mudah hinggakan mula-mula saya mengesyaki beliau ada muslihat politik besar untuk memerangkap saya, bukannya kerana beliau mahu memahami kaedah menurunkan harga kereta yang kami cadangkan.

Bila beliau terus sahaja mengulangi soalan ini dalam sidang media dan di laman Twitter, maka saya mula menyedari bahawa beliau betul-betul tidak faham.

Oleh itu, saya berlapang dada akan cuba menerangkan kaedahnya kepada seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.

Cuma Nyanyuk Jenis Mahathir Tidak Ecer Tahi..

oleh MSO

Mahathir Mohamad berkokok lagi menghentam dan merendah-rendahkan Pakatan Rakyat. Kali ini dia berkokok di luar negara di Khartoum, Sudan. Tepat Mahathir memilih untuk bercakap perkara ini di Sudan bukannya di Amerika atau London. Jauh sekali kalau di Jepun atau Australia, kalau dia bercakap di Amerika atau London, Jepun atau Australia orang akan ketawa geli hati.

Perkatana diucapkan mengenai aspirasi Pakatan Rakyat yang inginkan kuasa dan menang dalam pilihan raya.

Kata Mahathir Pakatan Rakyat adalah pakatan sementara saja bukan seperti Barisan Nasioal yang sudah 55 tahun. Orang akan marah kalau saya kata Mahathir bodoh... atau pun tidak ada nilai dalam membuat andaian politik. Dia kata BN sudah 55 tahun, memanglah gabungan itu wujud sejak tahun tahun 1971 lagi. Pakatan Rakyat hanya digagasan dua tiga tahun lepas. Buatlah macam mana sekali pun termasuk Mahathir menungging balik dengan Siti Hasmah Md Ali di stadium merdeka usia Pakatan Rakyat dengan BN tidak akan selari.

Orang cerdik akan dapat membezakan keadaan ini tetapi orang seperti Mahathir tidak nampak. Penyokong dan poentaksub ubi kayunya akan marah kalau kita kata Mahathir sudah nyanyuk. Kenyanyukan dalam memahami ini tidak dirasai oleh pentaksubnya kerana nyanyuk jenis Mahathir ini bukan jenis ecer tahi.

Kita tidak marah kalau dia hendak terus bercakap, mengulas politik dan membela Umno dan bagi menjamin anaknya Mukhriz meneruskan legasinya sebagai perdana menteri. Tetapi dengan terus memperbodoh-bodohkan rakyat ia sesuatu sangat dikesali dan memalukan negara.

PEKAN BERGEGAR, PWTC & PUTRAJAYA MACAM DILETUP DENGAN PELEDAK C4.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
Sabtu: 3 November, 2012




 Sebaik saya sampai kerumah dengan ditemani oleh isteri semalam
(kelmarin) Jumaat di GH PP untuk pemereksaan dan rawatan susulan sakit
dari jam 9.00 - 4.30 petang. Bila anak membukakan saya laptop purba,
meninjau  kelaman Harakah Daily, maka mata saya fokas dan tertumpu
kepada tajuk: PRU13: Presiden PAS sedia bertanding di Pekan. Saya
sebak ketika membaca tajuk bersekali dengan beritanya. Secara positif
saya menerima berita tersebut, macam sebahagian daripada penawar
mujarab jantung saya. Saya melihat disudut positif dan bertepatan pada
masanya.

Terkeluarnya berita tersebut dari lidah Presiden PAS Tuan Guru Abdul
Hadi Haji Awang dalam majlis PAS sendiri, ianya macam peledak C4
mengena gadis Monggolia Altanttuya Saaribbu empat lima tahun yang
lepas yang berkecai, maka itulah musoh politik PAS-PR menerima
ledakkan tersebut. Atau macam topan yang menganas Amerika Syarikat
sekarang yang merencatkan kempen calun Presiden USA pada 6 November
ini. Begitulah dengan berita ditanah air kita. Presiden PAS
mengeluarkan hasratnya yang murni dari hati nurani seorang pemimpin
Parti Islam penuh dengan tanggungjawab dan bertanggungjawaban diatas
intisari dan falsafah ucapannya yang terpancar.

KEADILAN hari ini melancarkan poster-poster kempen untuk Pilihanraya Umum ke 13


KEADILAN hari ini melancarkan poster-poster kempen untuk Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Poster-poster kempen itu dilancarkan oleh Presiden KEADILAN, Datin Seri Dr Wan Azizah di ibu pejabat KEADILAN di tropicana.

Kempen Pilihanraya KEADILAN bertemakan "Harapan untuk rakyat" dengan latar belakang biru sempena bendera parti KEADILAN. Berikut poster-poster yang dimaksudkan.



HARAPAN RAKYAT - Harga Minyak Turun
HARAPAN RAKYAT Wanita Dihargai Caruman Wanita Malaysia

Berikut Aturcara Himpunan Kebangkitan Rakyat Hari Ini....


Berikut Aturcara Himpunan Kebangkitan Rakyat Hari Ini:-

ATURCARA PETANG

3.00 ptg - Konvoi motorsikal berkumpul di perkarangan Stadium Paroi

3.30 ptg - Konvoi bergerak menuju ke tapak Himpunan

4.15 ptg - Konvoi tiba di tapak Himpunan, Sambutan Gendang India, Kompang & Tarian Singa

4.30 ptg - Karnival Rakyat

1. Pidato Rakyat
2. Bakat Seni @ Konsert Rakyat
3. Persembahan Kebudayaan Rakyat
4. Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

6.30 ptg - Tamat program petang

ATURCARA MALAM

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT nie khas untuk BN sahaja..!!!

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT MEMANG DIGUBAL UNTUK LINDUNGI PEMIMPIN UMNO-BN


Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang digubal Kerajaan Umno-BN memang tidak boleh diguna pakai dalam mana-mana kes untuk melindungi pembocor maklumat kerana akta tersebut dicipta khas untuk melindungi kebobrokan pemimpin Umno-BN, tegas Rafizi Ramli.

Beliau tidak teperanjatkan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz menegaskan akta itu tidak terpakai dalam kes berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFC) kerana undang-undang tersebut diwujudkan untuk melindungi 'perompak' dan perasuah, kata Pengarah Strategi KeADILan kepada Harakah.

"Amat terang akta ini untuk melindungi pemimpin Umno-BN kerana telah ditetapkan seseorang itu hanya boleh memberi maklumat mengenai isu rasuah kepada SPRM dan polis.

"Ia berbeza dengan di beberapa negara lain yang tidak menetapkan kepada siapa, isu rasuah itu boleh dilaporkan sama ada kepada media atau kepada ahli parlimen," tegas beliau.

Menangkan PAS pada PRU13 - Tuan Guru Salleh Musa

SIK: Para pejuang Islam perlu bangun meninggikan semangat juang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi memastikan kejayaan PAS menguasai pemerintahan, demikian taujihat tokoh ulama, Tuan Guru Salleh Musa. 
 
Tegasnya, para pejuang PAS perlu meningkatkan kesabaran dalam menempuh ujian dan halangan perjuangan yang bakal dihadapi dan menghayati perjuangan para anbiya.
 
Bagi mencapai cita-cita itu, beliau menyeru agar munajat diadakan terus menerus oleh ahli PAS di mana sahaja mereka berada.
 
Tegasnya, teladan itu adalah sepertimana Nabi Ibrahim AS yang berhijrah dari Iraq ke Palestin kerana tekanan daripada Raja Namrud dan ayahnya sendiri sebelum berhijrah pula ke Makkah.
 
Mudir Madrasah Ar-Rahmaniah itu berkata, dari susur galur pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail AS dalam perjuangan dan peribadatan itulah lahirnya Nabi Muhammad SAW.
 

Majlis Guru Pondok tolak YPP1M

JITRA: Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di negeri ini sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim.

Pengerusinya, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir memaklumkan, semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, sekaligus mendesak agar nama pondok-pondok mereka dikeluarkan serta merta dari senarai YPP1M.

Dalam satu deklarasi yang dikeluarkan selepas majlis pertemuan bersama anggota-anggota majlis tersebut mereka menegaskan, sebagai tanda kepada penolakan tersebut semua anggota majlis tidak akan hadir ke majlis bersama Perdana Menteri yang dijadualkan pada 8 November ini.

“Bahawa kami amat menyedari penubuhan ini bermotifkan politik khususnya kepada Umno yang semakin tenat di hujung usia. Malah kami amat mempersoalkan penubuhannya di saat hampir menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dilihat lebih menjurus kepada tarikan undi.

“Dengan tegas kami menyatakan bahawa pihak Kerajaan Malaysia pimpinan BN sedang cuba memperalatkan guru-guru pondok dan pengaruh mereka bagi tujuan berkaitan,” demikian petikan deklarasi yang termeterai selepas pertemuan tersebut di Madrasah Manabi’ Al-Ulum Ad-Diniah, Telaga Batu, di sini 1 November baru-baru ini

Al Fatihah - walaupun pemandu lori sudah kesal tapi ianya telah berlaku..

Kekesalan si pemandu lori


JENAZAH empat beranak yang maut dalam kemalangan di Pokok Sena kelmarin dikebumikan dalam satu liang lahad.


ALOR SETAR – Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan di Pokok Sena kelmarin hingga mengakibatkan nyawa empat beranak melayang manakala seorang lagi kritikal merasa sungguh kesal selain bingung bagaimana tragedi tersebut berlaku.

Remaja berusia 19 tahun tersebut mendakwa kemalangan di Jalan Tualang dekat Kampung Permatang Limau tersebut berlaku secara tiba-tiba.

“Saya sungguh kesal dan tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku. Saya memandu lori milik saudara saya secara sambilan ketika musim menuai padi sahaja.

“Saya mempunyai lesen tetapi masih baru memandu lori itu. Laluan di situ kerap berlaku kemalangan termasuk yang melibatkan kehilangan nyawa kerana jalan berlopak,” dakwanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Alor Setar.

TH sumbang zakat RM50,000 kepada pelajar miskin di Kedah

ALOR SETAR - Tabung Haji (TH) menyampaikan zakat pendidikan berjumlah RM50,000 kepada 100 pelajar miskin di empat buah sekolah dalam daerah Kota Setar, hari ini.

Pengarah TH Kedah, Mohd Sawal Abong berkata setiap pelajar menerima sumbangan RM500 iaitu RM200 dalam bentuk kelengkapan persekolahan dan RM300 bantuan wang tunai.

"Saya berharap sumbangan ini mendorong pelajar dari keluarga miskin supaya berusaha lebih kuat mengejar ilmu bagi mengubah kehidupan keluarga mereka," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian sumbangan zakat itu, di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Setar, Jalan Langgar di sini, hari ini.

Tiga lagi sekolah yang terlibat ialah SK Kuala Lanjut, SK Tunku Raudhah dan SK Tunku Abdul Halim.

Mohd Sawal berkata RM50,000 itu merupakan sebahagian daripada RM350,000 peruntukan wang zakat untuk negeri Kedah, tahun ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata pemilihan pelajar yang layak menerima zakat tersebut ditentukan Guru Besar sekolah masing-masing dengan kriteria utama dari keluarga fakir dan miskin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...