TERKINI :

Friday, November 2, 2012

JIKA TAK TIRU BUKAN BN NAMANYA..


JIKA TAK TIRU BUKAN BN NAMANYA..

HE HE HE HE.......

Pilih satu dari dua jenis permuafakatan: yang hak atau yang bathil

Saya selalu bercakap tentang memulakan perubahan dan menjadikan negara ini kembali kepada keadaan asalnya, iaitu sebuah negara yang mempunyai tahap politik, budaya kehidupan dan ‘ambience’ yang baru, maksud saya keadaan seperti yang pernah kita alami dahulu.

Kita mahukan politik ini menjadi hak rakyat semata-mata dan bukannya ditentukan serta dibentuk oleh pimpinan yang mewujudkan suasana yang tidak sihat dalam politik negara. Kita mahukan sebuah negara yang mana kita akan tidak henti-henti menaruh harapan dan semua pihak berusaha untuk mencapai sebuah negara yang bersatu padu di antara kaum, cara hidup dan agama yang berbilang-bilang.

Hakikatnya Tuhan telah menjadikan kita berkaum-kaum dan berbangsa-bangsa serta berlainan budaya hidup untuk mengenali di antara satu dengan yang lain dan seterusnya menghormati sesama rakyat yang berbilang bangsa dan cara hidupnya ini. Usaha awal sedang berlaku di mana rakyat melalui parti-parti politik mereka sekarang mula melakukan dan bermuafakat untuk mencapai matlamat yang baik, walaupun mereka ada perbezaan samada cara hidup dan kepercayaan serta bangsa-bangsa yang berbeza-beza.

Kita telah berjaya dengan permuafakatan di antara parti-parti di dalam BN dahulu, tetapi sekarang cara dan kaedah itu telah tidak lagi mampu untuk mengekalkan keadaan kesatuan di antara kaum kerana setiap parti masih lagi terikat dengan semangat perkauman yang tinggi dan ini amat merbahaya untuk generasi yang akan kita tinggalkan setelah kita tiada lagi di dunia ini.

Keadaan ini lebih meruncing lagi apabila pemimpin tidak lagi memimpin dengan cara kepimpinan yang dituntut oleh rakyat, yakni dengan mentadbir pentadbiran yang bersih dan tanpa rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Oleh kerana elemen kotor ini sudah menular dan rakyat sudah sedar tentang kekotoran pimpinan hari ini maka rakyat sudah mula meninggalkan pimpinan BN yang telah memerintah sebegitu lama. Oleh kerana UMNO telah menjadi teraju kepada pemerintahan yang begitu lama ini maka UMNOlah yang mendapat bahangnya dari penolakan rakyat yang kian hari kian jelas itu.

Penang buat AES sendiri..!!!

AES Pulau Pinang sasar basmi kemiskinan 2013

GEORGETOWN: 'AES' atau 'Agenda Ekonomi Saksama' menjadi tema Bajet 2013 Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sasaran utamanya untuk menghapus kemiskinan pada tahun 2013.

Agenda ini memfokuskan bebebarapa perkara bagi meningkatkan ekonomi serta mengekalkan langkah-langkah kebajikan kepada rakyat.

Pagi tadi semasa membentangkan Rang Undang-Undang Pembekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2013 di persidangan Kedua Penggal Ke Lima Dewan Undangan Negeri Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) mengkhabarkan bahawa dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) telah berjaya membuka mata pemimpin agar tidak lagi mengamalkan dasar lama yang merugikan setiap kali pembentangan bajet.

Kali ini, kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM970, 561,310 untuk dibelanjakan tahun 2013 nanti.

Guan Eng berkata, kerancakan ekonomi penting untuk menjadikan negeri ini berstatus maju di arena antarabangsa dengan pendapatan tinggi meskipun ekonomi global tidak menentu.

Mengiatkan sektor pelaburan dan perinsdustrian bukan perkara mudah bahkan memerlukan strateji yang kukuh, katanya.

Untuk meningkatkan ekonomi rakyat pembangunan terhadap Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tidak diabaikan malahan mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Penasihat Pasaran, sumber dan latihan khusus kepada peserta.

Isu PAPUA : Tak kira dia bernama Azizan Razak, Akashah atau sesiapa saja... Jika bersalah sila dakwa mereka..!!

Mengapa UMNO beriya-iya pertahan Akashah Ismail?

Oleh: Saiburi Sudin

Penyokong UMNO yang pertama sekali mempertahankan bekas CEO Kedah Corp. iaitu Akashah Ismail ialah Zamil Ibrahim. Kenyataannya tersiar dalam lidah rasmi UMNO iaitu akhbar Utusan Meloya. Ia mermberi isyarat yang jelas bahawa dalam isu kerugian balak di Papua, Be End mempertahankan Akashah.

Kini hampir semua media maya Be End muncul mempertahankan kegiatan Akashah. Pelbagai hujah diberikan bahawa Akashah tidak bersalah tetapi yang 100 peratus bersalah ialah Menteri Besar, Ustaz Azizan.

SS bersikap adil tidak akan mempertahankan siapa yang bersalah dalam isu kerugian projek balak di Papua. Sebab tu SS bersama Pemuda PAS Kuala Kedah buat report haritu desak polis dan SPRM siasat siapa bersalah dalam berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, heret mereka ke muka pengadilan. Tak kira dia bernama Azizan Razak, Akashah atau sesiapa saja.
(SS bersama rakan-rakan membuat laporan polis dan SPRM desak diambil tindakan terhadap penyeleweng)

SS rasa kalau MB yang dilihat ada kes untuk disabitkan, maka SPRM atau polis akan terkam dekat Ustaz AAzizan laju roket Apollo sebab yang akan diheret ke mahkamah nanti ialah MB PAS. tapi kalau selepas 5 hari bekerja, siasatan belum dilakukan maka menang tiada kes depa nak siasat.

AES: BN makin lemah dan nyanyuk, perlu ditukar

KUALA LUMPUR: PRU13 adalah pilihan terbaik buat rakyat menukar daripada kepimpinan tua BN yang terbukti gagal dan lemah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi harapan rakyat.


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, ini kerana projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah menjadi polemik dan bahan cemuhan rakyat.

Kali ini, ujarnya bukan setakat Pakatan Rakyat yang menentang, tetapi ia juga ditentang oleh Ahli Parlimen kerajaan.

“Semakin banyak suara yang bangkit menentang pelaksanaannya, kerana merasakan ia tidak wajar dibuat buat waktu ini.

“Paling tidak ada yang mendesak menangguhkan pelaksanaannya supaya ianya benar-benar difahami oleh segenap lapisan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, AES nampak seperti cantik pada nawaitu tindakannya, iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, juga untuk mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Blogger UMNO : PAS KEDAH guna strategi diumpamakan seperti ‘air masuk telinga’

UMNO KEDAH KINI MENERIMA AKIBAT KERANA MELETAK KETUA BAHAGIAN SEBAGAI PENGERUSI GLC. 

Depan rakyat kita CANGKUL, Belakang rakyat kita main GOLF
MB Kedah Ustaz Azizan Razak sekarang di dalam rangka melondeh segala kelemahan Kerajaan BN yang terdahulu di bawah pimpinan Ketua Pembangkang, Mahadzir Khalid- Link. Tindakan ini dilihat sebagai kesiapsiagaan persiapan untuk menghadapi PRU13 yang tidak berapa lama lagi. Sedikit demi sedikit kecurangan dahulu akan dapat rakyat nilai dengan waras siapa betul siapa salah. 
Strategi PAS ini diumpamakan seperti ‘air masuk telinga’. Apabila air sudah masuk telinga maka air juga diperlukan untuk masuk kembali di dalam telinga dan telinga ditunggang kembali bagi mengeluarkan air yang terperangkap. Jika tidak saban hari telinga akan berdengung menganggu perkerjaan harian. 
Di antara isu yang terbesar yang melibatkan bebillion ringgit ialah pendedahan pegangan tanah Kerajaan Negeri di Langkawi oleh Kedah Corporation Bhd dan Syarikat Singapura yang melibatkan padang golf di Langkawi. Mantan Pengerusi KCB dan Group Managing Director telah membuat penjelasan-Lihat Penjelasan di dalam usaha menjernihkan tohmahan ini. Walaubagaimanapun penjelasan-penjelasan rambang sebegini akan membuka ruang yang lebih besar kepada PAS untuk mencungkil lebih dalam lagi kepincangan projek tersebut. Ibarat membuka lapang sasar untuk ditembak. 

Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 November tidak langgar Akta Perhimpunan Aman 2011

 
KUALA LUMPUR 2 NOVEMBER: Pakatan Rakyat tetap meneruskan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya antara jam 4 petang hingga 12 tengah malam, pada 3 November ini yang dijangka akan dihadiri 50,000 peserta dari seluruh negara.

Mengikut laporan Sinar Harian 30 Oktober lalu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberi amaran bahawa polis boleh mengambil tindakan kerana pihak penganjur tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Katanya, polis sudah dimaklumkan mengenai perhimpunan itu dan permohonan penganjur tidak dapat diproses memandangkan pengisian borang dilakukan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Mengulas mengeni perkara itu, Pengerusi Bersama Penganjur Himpunan, Anthony Loke ketika dihubungi berkata, buat masa ini semuanya berjalan lancar dan sepatutnya tidak timbul sebarang masalah.

“Mengikut Akta Perhimpunan Aman, kita hanya perlu beritahu pihak polis dan tidak perlu memohon permit,” katanya.

Beliau merujuk kepada  Fasal 9(1)  Akta Perhimpunan Aman 2011 bahawa; Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.

Utusan nak kait Dr Badrulamin dengan Al-Arqam - Ini penjelasan beliau..

Ditahan di Majlis Al-Arqam.. Ini penjelasan dari Dr. Badrulamin..


Nama Dr. Badrulamin hari ini terpampamg di muka hadapan Utusan Malaysia dengan tajuk besarnya 'Cubaan hidupkan Al-Arqam.


Sekali lalu ianya menggambarkan seolah-olah Dr. Badrulamin dari PKR telah bersama dalam satu majlis untuk menghidupkan semula Al-Arqam yang telah diharamkan oleh Kerajaan.

Lebih hebat lagi Utusan melaporkan bahawa Dr. Badrulamin adalah tetamu kehormat konsert itu, ini sebahagian laporannya.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.

Be End membisu isu penyelewengan RM2.55 juta?

Be End membisu isu penyelewengan RM2.55 juta? Awat berok tiba-tiba berhenti hinggut pokok cermai?


Oleh SAIBURI SUDIN

Mulanya puak2 cai BN bukan main melompat isu penyelewengan RM2.55 juta di Bahagian Perumahan pejabat SUK. Habih dogiang pokok cermai, luruh sekali dengan daun, dengan buah depa hinggut. Tiba-tiba bila Kedah La dedahkan bahawa orang penting di Bahagian Perumahan yang dikaitkan dengan penyelewengan itu ialah:

1) Orang kuat UMNO peringkat Bahagian dan Negeri
2) Sekutu rapat rapat SUK Kedah Dato' Rasli Basir

3) Orang kepercayaan dan kroni kepada bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid

4) Ketua PSU di Bahagian Perumahan.

Maka habih senyap sepi juak-juak Be End yang melompat sakan. Tang Keng Liang yang gila publisiti tu pun hanya berani pi report polis isu balak Papua, isu RM2.55 juta tak masuk report sekali. Ni lah yang dikatakan perjuangan hipokrit. Kena suku sakat sendiri, senyap sepi.

Mereka tahu kalau gagah nak kacau jugak bukan setakat pegawai tu sorang yang kena... mungkin sekali dengan Datuk Rasli SUK dan Dato' Fuad Pegawai Kewangan. BN penin...

Basi tak basi...UMNO KEDAH wajib jawab mana pie duit rakyat Kedah

 BN masih belum jawab soalan mudah ini. Perlu berapa ratus tahun lagi untuk beri penjelasan?


Oleh: Tok Non

Lebih satu setengah tahun lalu, dalam Sidang DUN singkat selama tidak sampai setengah jam, Ketua Pembangkang bertanya soalan mengenai prestasi beberapa GLC utama di Kedah. Dalam menjawab soalan ADUN Pedu itu, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah mendedahkan penggunaan wang secara tidak wajar oleh syarikat Seri Temin Development Corporatin (STDC) di bawah item 'sumbangan' yang tidak menyebabkan STDC mendapat pengecualian cukai sebanyak RM7.5 juta.

Antara yang disebutnya sepintas lalu (Nota: Antara maksudnya bukan senarai keseluruhan, sebab kalau nak senarai semua sumbangan RM7.5 juta tu mungkin perlu masa selama beberapa jam)... ialah sumbangan terhadap parti politik bernama UMNO.

Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

[HEBAT] Setiap 17 minit 17 saat ada satu pendaftaran anak luar nikah...


Kitaran Ekonomi : kerajaan bayar sewa kepada diri mereka sendiri.

Hot : Sewa rumah PM dan TPM RM49juta setahun.

Ramai yang kurang arif apabila melihat angka-angka besar yang melibatkan perbelanjaan perdana menteri malaysia. Sebenarnya kos ini adalah munasabah. Kerana ia membantu ekonomi syarikat bumiputera. Walaupun ramai yang tertanya-tanya apakah relevantnya membina putrajaya dan kemudian nya terpaksa membayar sewa rumah perdana menteri tiap-tiap bulan, aku percaya mereka ada jawapan yang tersendiri.
Contohnya begini, ko ada tapak. Ko bagi tapak ko kat orang untuk dia bina rumah. Kemudian tiap-tiap bulan ko bayar sewa rumah yang dibina atas tapak ko. Ini memang bagus + bijak + bernas + pandai + cemerlang kerana bukan semua pemimpin mampu melakukan hal ini. Tahniah kerajaan malaysia. Baca bawah ;

Kjaan Negeri : ‘Program Sawah Gemilang’ program tingkatkan hasil padi


ALOR SETAR - ‘Program Sawah Gemilang’ yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah adalah langkah terbaik dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil tanaman padi yang diusahakan oleh petani-petani di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah berkata, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah melaksanakan Program Sawah Gemilang di Projek Kelompok Padi Kampung Tanjung Belit, Sik.

“Daerah Sik merupakan daerah pertama melaksanakan program ini di negeri Kedah. Peserta yang terlibat di dalam melaksanakan projek berkelompok ini adalah seramai 16 orang dengan keluasan 28 hektar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Konvensyen Peladang Peringkat Negeri Kedah Tahun 2012 di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Menurutnya, dengan usaha gigih di kalangan peserta projek berkelompok berkenaan serta pelaksanaan Sistem Pengembangan Teknologi Pertanian (SPTP) oleh Jabatan Pertanian, projek ini mampu mencapai pengeluaran hasil antara tiga hingga enam tan sehektar.

PENCERAHAN TENTANG ISU PAS KEDAH BOIKOT PROGRAM PIMPINAN PUSAT


Salam ,

Penerangan PAS Kedah terpanggil untuk membuat penjelasan tentang satu artikel yang diterbitkan di Kedahlanie"Dalam PIMPINAN PAS KEDAH ada manusia yang berhati 'HITAM''klik sini

Betulkah PAS Kedah sabotaj Ahli pergi ke Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 November di Negeri Sembilan??

Ini PENCERAHANNYA :-

1. Ijtimak PAS Kedah adalah program tahunan menjelang Muktamar PAS bagi membolehkan ahli parti memberi pendapat,teguran,saranan dan cadangan yang perlu untuk dibahas dalam Muktamar 16-18 November nanti.Ia juga sebagai medan muhasabah ahli dan pimpinan menjelang PRU tak lama lagi.

2.Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri akan diadakan pada 7 Disember 2012 seperti yang diputuskan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat  seperti berikut :-

MB Kedah tidak akan bela pegawai rasuah

NURUL FATIHAH SULAINI
1 November 2012
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak akan membela mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat dengan sebarang kegiatan rasuah.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, projek lembu serta 99 East di Langkawi.

“Biar dia (Tan Keng Liang) buat laporan, saya tak mau layan dah. Kita akan bagi kerjasama dengan SPRM, lagipun sudah banyak kali mereka datang.

“Tak kan kamu pegawai SPRM sekarang ini? Kamu wartawan…biar SPRM yang tanya,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

Beliau juga bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan sebarang siasatan berhubung dakwaan kemungkinan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...