Projek 99 East Langkawi... akan ranapkan sama sekali imej BN Kedah yang sedang nazak
Kegagalan
Projek 990East Langkawi bisa bikin Pak Najib kepala pusing memikir
nasib BN Kedah
Projek 990 East Langkawi bermula sejak
15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham
ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang
berpangkalan di England. Pemegang utama saham Tera Monda ialah pelabur dari
Swiss yang memegang 51 peratus kepentingan.
Ketua Pegawai Esekutif KCB pada masa itu ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana KCB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut tetapi hanya mendapat 20 peratus saham, sedangkan Terra Monda yang membiayai projek memegang 80 peratus saham. Nisbah keuntungan sangat tidak seimbang, terang-terang KCB jadi pecacai pihak asing. Masalahnya tanah yang dijanjikan KCB itu bukan miliknya. Yang menanggung beban itu tentulah kerajaan negeri. Maklumat awal, premium tanah sahaja yang terpaksa ditanggung (kerugian?) oleh kerajaan negeri ialah RM36 juta.