TERKINI :

Thursday, October 25, 2012

Simpati kepada bakal haji, petugas Tabung Haji...

http://lanh14.blogspot.com/, 25 Okt 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan "Wafatkanlah aku dan keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang saleh." (Maksud Ayat 101 Surah Yusuf)

TERSENTUH hati ini apabila mendengar khabar sejumlah bakal haji musim 1433 Hijrah (sekarang ini) yang nama mereka sudah tersenarai (ada yang sudah diberikan rantai tangan) dibatalkan pemergian mereka ke Tanah Suci. Seorang ustaz bercerita, ada seorang jemaah datang kepadanya, menangis teresak-esak menyatakan dia menerima panggilan telefon menyatakan dia tidak dapat 'lampu hijau' ke Tanah Suci sehari sebelum dia dijadualkan berlepas. Maka menangislah dia mengadu nasib.

Seminggu dua ini berdesing-desing telinga ini mendengar kisah bakal haji yang tak dapat ke Makkah dan juga kisah jemaah haji yang 'last minute' (waktu terakhir) dapat juga akhirnya ke sana.

Pelbagai pihak memberitahu 'suasana kelam-kabut' dalam mengatur jemaah ke Tanah Suci tahun ini disebabkan pihak berkuasa Malaysia gagal mendapat kuota tambahan jemaah haji. Biasanya selain kuota biasa 28,000 jemaah (1 peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta orang), pihak Arab Saudi membenarkan tambahan jemaah, ada kalanya sehingga 10,000 orang.

Orang Melayu dikelirukan oleh UMNO

oleh Aspan Alias

Jika kaum Cina telah menentukan sikapnya untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang bersih dan cekap dengan menolak terus parti yang mewakili mereka, MCA, orang Melayu juga sudah menampakkan sikap ingin berubah itu walaupun setengah daripada mereka masih terkongkong dan dipenjara oleh partinya, UMNO. Kaum Cina telah menunjukkan sikap serius inginkan perubahan dan ini adalah sikap yang amat bertanggungjawab.
Dalam perjumpaan saya dengan ramai rakan kenalan dari kaum ini, saya dapat merumuskan yang mereka sangat serius dan inginkan perubahan berlaku. Jika perubahan tidak berlaku mereka merasakan yang negara akan terjerumus ke dalam lembah kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki dan akan memakan masa yang lama untuk memperbetulkannya.
Semasa negara mencapai kemerdekaan negara kita merupakan sebuah yang miskin tetapi dalam jangka masa yang agak cepat negara kita telah berubah menjadi sebuah negara yang sedang membangun. Untuk membangunkan negara ia memerlukan penyertaan dari rakyat yang menyeluruh dan kaum Cina yang telah begitu lama terlibat dalam perniagaan dan perindustrian memainkan peranan yang begitu jelas dalam penyertaan mereka membangunkan ekonomi negara. Kaum Cina merupakan kaum yang paling banyak menyumbang kepada kerajaan dan negara melalui kutipan cukai perniagaan dan pendapatan mereka.

Mahathir tidak pernah mungkir janji?

oleh Aspan Alias

Semalam Utusan Malaysia dapat RM1.50 dari saya kerana buat pertama kali saya membeli senaskhah akhbar propaganda UMNO itu setelah lima belas tahun tidak membeli atau melanggannya. Saya membeli rokok di sebuah stesyen minyak di Subang Jaya dan saya ternampak ‘headline’ muka depan akhbar itu yang menarik hati saya untuk berbelanja sebanyak RM1.50. Apa yang menarik kepada saya ialah tajuk ‘Dr M tegur Nik Aziz’ di muka depan akhbar itu. Setelah berfikir seminit dua saya relakanlah RM1.50 untuk membeli akhbar ini. Kali ini terpedaya juga saya oleh Utusan kerana tajuknya yang menarik perhatian saya apatah lagi ia melibatkan nama Dr M di muka depan itu.
Dalam liputan Utusan itu, Dr M telah menegur TGNA kerana telah memberitahu rakyat yang Tok Guru itu akan bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang. Dr Mahathir menuduh TGNA tidak menepati janji-janji beliau (TGNA) untuk mengundurkan diri dari menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang dan meminta rakyat supaya menolak TGNA. Dr M berkata memilih orang yang tidak menunaikan janjinya akan membawa banyak masalah kepada negara. Apa masalah yang dimaksudkan Dr M itu tidak pula saya ketahui kerana saya tidak membaca laporan itu sehingga habis walaupun saya telah membeli akhbar itu dengan berat hati.
Saya tidak hendak sentuh tentang janji TGNA itu buat kali ini untuk memendekkan tulisan saya ini. Saya mahu memberikan fokus kepada mungkir janji Dr Mahathir yang telah membawa masalah kepada UMNO dan seterusnya kepada rakyat dan negara. Selalunya orang yang sentiasa mengintai-ngintai kesalahan pihak lawan ini akan terlupa kepada janji-janji beliau yang beliau tidak mahu menunaikannya selama ini. Dr M tentu telah terlupa apa yang beliau janjikan kepada rakyat khususnya ahli-ahli UMNO semasa beliau mengambilalih kepimpinan parti itu dari Hussein Onn pada tahun 1981 dahulu.

Siri Jelajah KASE di KEDAH - Kenali dan Bangkit Lawan AES

Kenapa MUSUH ANWAR sering menembak beliau dengan peluru kapur..!!!

Penentang Anwar Alami Krisis Peribadi

Apakah erti semua ini dan bagaimana anda mentafsirkannya? Semua orang bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi.

Apakah pandangan mereka itu benar dan tindakan mereka itu suci dan sahih? Ini perlu ditilik dan direnungi sebaik mungkin agar semua orang tidak terkeliruan dan berada dalam kepungan zalim mereka.
Mahathir, Ibrahim dan Sanusi: Tidak pernah diam kutuk Anwar.
Apa yang menjadi konfius mereka yang bangkit bersatu menentang Anwar adalah mereka yang ada masalah atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka perjuangkan menjadi tandatanya apakah fakta atau hujah penolakan mereka kepada Anwar benar-benar ikhlas ataupun kerana mereka kecewa disebabkan tidak dapat sesuatu dari Anwar.

Orang-orang besar Umno itu boleh dikatakan mereka yang menjadi penggerak utama parti suatu masa dulu dan juga bersekongkol dengan Anwar dalam parti sekular redikal Melayu - Umno. Mereka setengahnya bersama Anwar, bahkan menerima Anwar sebagai dewa dan hero ketika itu, tetapi menjadi renggang disebabkan perbezaan fahaman, pegangan dan keyakinan kepada agama dan bangsa. Perbezaan political will atau nawaitu perjuangan mengenai bangsa juga menjadi penyebab berlaku krisis peribadi. Dan ada juga yang meninggalkan Anwar kerana melihat Anwar tidak berpelung mempunyai tangan panjang bagi menyuap nasi ke mulut mereka.

In dia punca NAJIB ponteng sidang dewan baru-baru ini

KANTOI! Punca Najib Altantuya Ponteng Sidang Parlimen Terbongkar! 


Dalam kesibukkan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya menteri dan timbalan menteri berhempas-pulas menjawab soalan bertulis dan lisan yang dikemukakan ahli parlimen Pakatan Rakyat, rupanya perdana menteri Najib Altantuya ponteng sidang semalam semata-mata mahu bertarung dengan pemain golf nombor dua dunia, Tiger Woods!

Kejohanan yang dianjurkan oleh CIMB milik adiknya, Nazir Razak memperlihatkan betapa Najib Altantuya hanya menghabiskan wang pembayar cukai tanpa memikirkan nasib jutaan rakyat yang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga.
Diadakan di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, dekat sini, Najib Altantuya sebelum ini pernah menyatakan hasrat sedemikian bagi meraikan kehadiran bintang golf terkemuka dunia itu yang kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia 13 tahun lalu, ketika itu untuk Piala Dunia.

BN Kedah sudah start kena 'londeh' dengan Azizan..sapa suruh hangpa kacau Naga Sedang Tidoq..

 MB Kedah dedah penyelewengan projek BN
ROSLINDA HASHIM
24 Oktober 2012
AZIZAN
AZIZAN 
 
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak.

“Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park.

Cukai rokok dan AES cara pantas jana hasil pendapatan untuk NAJIB...

A Kadir Jasin
24 Oktober 2012-+


SAYA merokok ikut-ikutan selama dua tahun apabila mula bekerja pada tahun 1969. Selepas itu berhenti terus. Saya nasihati orang yang rapat dengan saya jangan merokok, berhenti merokok atau kalau tak tahan sangat, cuba kurangkan merokok.

Saya benci sikap penghisap rokok yang tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Mereka tidak peduli orang yang tidak merokok. Mereka buang puntung rokok yang masih menyala sesuka hati.

Pengotor.

Jadi, saya sepatutnya mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok dengan persetujuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Mengapa semua projek-projek yang berkaitan dengan penerbangan yang ditujukan kepada keluarga MP ini..?

KANTOI! Skandal Malindo Airways Terbongkar!


Salah satu daripada syarikat-syarikat di sebalik syarikat penerbangan bajet terbaru, Malindo Airways, dikawal oleh keluarga ahli parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis, kata seorang ahli parlimen DAP.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendedahkannya hari ini pada sidang akhbar di Parlimen. Turut hadir ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pua berkata syarikat pemegang saham majoriti, National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi), terdiri daripada empat syarikat, termasuk salah satu dipanggil DZJJ Sdn Bhd.

"Antara pengarah dalam DJZZ ialah Nur Anis Jamaluddin yang berusia 27 tahun dan adiknya yang berumur 25 tahun Ikhwan Hafiz Jamaluddin," kata Pua.

Kelaku FATHUL BARI nie 2X5 ja dengan NAJIB.. penakut nak mampos..depan penakut belakang bukan main 'gah

Asri Bidas Fathul Bari: Suruh Datang Berwacana Tak Mahu, Lepas Tu Komen Tak Puas Hati


Mantan mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Asri Zainal Abidin semalam telah memberikan jawapan yang pedas kepada Ulamak Muda UMNO, Fathul Bari Mat Yahaya berhubung dengan kenyataan ulamak muda itu yang menolak hujjan Dr.Asri bahawa ulamak-ulamak yang menyertai UMNO telah hanyut.

Di dalam datu mesejnya melalui Twitter, Dr. Ari menyelar ulamak muda berkenaan dengan menulis:

Bla dijemput berwacana x dtg, lepas tu komen tak puashati. Politik wang disebut sendiri oleh wakil (UMNO) sendiri
Dr Mohd Asri sebelum ini berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Pas desak Soi Lek mohon maaf


Leonard Tan Soon Huat -  Idris Ahmad - Khairul Faizi
Setiausaha Pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat (kiri) menerima memorandum bantahan oleh ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad dan Khairul Faizi 
 
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas Pusat hari ini mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum Islam secara terbuka.

Setiausaha Pemuda Pas Pusat, Khairul Faizi memberi tempoh seminggu kepada Presiden MCA itu untuk mengemukakan permohonan maaf.

Sekiranya Soi Lek enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat jika Soi Lek berdegil tidak mahu minta maaf.

"Kami juga akan berbincang dengan para peguam untuk mempertimbangkan tindakan mahkamah jika perlu," kata Khairul kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kenyataan Presiden MCA yang menghina Islam di pekarangan Wisma MCA di sini hari ini.

Selamat Ulang Tahun ke 68 MB Kedah..

 Azizan nekad lawan musuh politik
Azizan
Azizan memotong kek hari lahir sambil diperhatikan Faekah.
 
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak nekad untuk terus ‘melawan’ musuh politik dengan mengemudi angkatan tentera, terdiri daripada barisan Exco dan pegawai Kerajaan Negeri untuk pastikan pentadbiran negeri lancar.
 
Katanya, itu antara amanat beliau sempena sambutan hari lahir ke-68 yang jatuh esok.
 
“Saya harap kesihatan saya makin baik sebab ramai rakan-rakan seusia uzur. Saya syukur pada usia 68, saya masih mampu jalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan lancar. Saya akan terus terajui barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah menewaskan musuh politik,” katanya, pada media, selepas majlis kejutan hari lahir, yang diadakan di Wisma Darul Aman, sejurus selesai mesyuarat Exco, semalam.
 
Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah.
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...