TERKINI :

Tuesday, October 23, 2012

Perhimpunan Agong tahunan MCA mengesahkan BN akan tersungkur di depan rakyat


Saya agak sibuk dua tiga hari berada di Kedah bersama-sama rakan-rakan dan sahabat dari PAS dan PKR mengadakan majlis penerangan dan ceramah. Saya bersama rakan saya Ahmad Rosli Ibrahim dari Kelantan dan Tamrin Ghaffar berjumpa dengan orang ramai di negeri jelapang padi itu. Majlis-majlis makan malam dan ceramah itu telah mendapat sambutan ramai terutamanya di Jerlun dan Padang Terap.

Dalam pada sibuk mengadakan ceramah kami juga sibuk mengikuti perhimpunan agong parti MCA selama dua hari dan mengikuti apa yang berlaku dalam persidangan itu. Persidangan tahunan MCA itu memang menjadi tumpuan buat saya kerana persidangan itu merupakan sidang tahunan yang terakhir bagi parti itu sebelum pilihanraya umum ini dan ia mungkin juga menjadi persidangan yang terakhir yang diadakan dalam keadaan semeriah dua hari yang lepas.

Selepas pilihanraya nanti parti ini mungkin akan mengadakan perhimpunan agongnya dalam suasana hambar kerana parti ini dijangka akan kalah lebih teruk lagi dalam pilihanraya kali ini. Ramai yang meramalkan yang MCA akan kehilangan lebih daripada separuh saki baki kerusi yang ada sekarang yang jumlahnya hanya 15 sahaja. Suasana di dalam perhimpunan parti itu jelas menunjukkan yang MCA sedang bertungkus-lumus dan bermati-matian untuk bertahan walaupun tidak ada siapa pun yang mempunyai keyakinan yang parti itu akan berjaya menarik sokongan rakyat khususnya dari kaum Cina.

Awatlah KHIR TOYO dok mohon Ampon kat EXCO DAP nie...!!!

 Kenyataan penuh Khir Toyo minta maaf dari Ronnie

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew (gambar) berkaitan tuduhannya yang mendapat Ronnie menyekat usaha menutup premis pelacuran.

Penyataan minta maaf ini dibuat Khir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Khir Toyo:

Saya, MOHAMAD KHIR BIN TOYO, dengan ini memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW , Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Pandamaran dan juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor kerana telah menyebabkan dicetak dan disiarkan di suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 sebuah Artikel bertajuk “Khir Membongkarkan Laporan Polis Liu Tian Khiew Pernah Bercampur Tangan Dalam UrusanMenghapuskan Kegiatan Pelacuran ” di mana saya merujuk YB RONNIE LIU TIAN KHIEW sebagai telah menghalang pegawai-pegawai MPSJ dan polis dalam operasi menutup sebuah hotel di Puchong di mana saya gambarkan sebagai sebuah pusat pelacuran.

Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam

Chua boleh kata apa, Umno akan pertahankannya

KUALA LUMPUR: Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam. Dia tahu Umno pasti melindunginya.

"Sekarang bolehlah Umno, ulama-ulamanya termasuk lebai-lebai pecacai terbarunya dan semua yang mengampu bodek parti itu memeriahkan lagi sepuas-puasnya pesta mengutuk dan menghina Islam," katanya sambil menyifatkan Chua seolah-olah ditabalkan sebagai 'mursyidul am' Umno dalam pakatan jahat mereka menghina Islam.

Mohamad mengingatkan bahawa pakatan jahat mengutuk dan menghina Islam diasas dan dimulakan oleh para pemimpin Umno dan semakin menjadi-jadi apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990.

"Semua kutukan, penghinaan dan persendaan mereka direkodkan dalam sejarah.

"Contohnya, merekalah mencipta istilah 'sup tangan' untuk menghina dan mempersendakan hukum potong tangan seperti yang diperintahkan di dalam al-Quran," katanya.

DARI FB SETPOL MB KEDAH - Pencerahan tiga isu besar sehari dua nie..

Pemimpin yang bohong dan kencing macam KHIR TOYO nie pun ada orang suka..!!!

Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah

Bekas Selangor Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo memohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah bahawa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.

Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan lapuran polis Liu Tian Khiew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.

Artikel itu disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.

Siapa yang masukan PENDATANG DARI BURMA untuk PARLIMEN LANGKAWI..??


WARKAH TERBUKA KEPADA PEMIMPIN DARI RAKYAT YANG "LEMAIH PERUT"

WARKAH TERBUKA KEPADA PEMIMPIN

Kemajlis Yang Dihormati
Dato’ Seri / Dato’ (termasuk wanita)
Ustaz / Ustazah / Tuan / Puan

Para pemimpin yang dihormati – Semoga anda kalian dijaga oleh Allah dan masih mengharapkan redha Allah SWT.

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh

Saya layangkan warkah terbuka ini dengan harapan Tuan/Puan (maaf takut panjang sangat kalau guna gelaran lain) berada dalam keadaan sehat wal afiat serta diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjalankan amanah “kepimpinan” dengan rasa yang insaf bahawa amanah itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Saya layangkan warkah ini dengan kesedaran yang penuh bahawa Tuan/Puan semua adalah golongan terpilih dikalangan jutaan para pendokong, Tuan/Puan Allah sempatkan untuk memengang teraju “kepimpinan”, ertinya Tuan/Puan telah mempunyai laluan “Smart Tag” untuk ke syurga Allah sekiranya amanah “kepimpinan” itu Tuan/Puan tunaikan dengan jayanya. Sekiranya tidak! Saya sebagai ahli bawahan dan rakyat marhaen ingin ingatkan Tuan/Puan bahawa masa masih ada untuk tujuan Islah.

Tujuan surat ini dilayangkan kepada Tuan/Puan untuk memberitahu kepada Tuan/Puan bahawa kami orang bawahan ini berasa “lemaih perut” (perasaan ini dikongsi bersama dengan rakan2 yang bersembang di kedai2 kopi pagi ini) apabila tengok lenggok gaya sebahagian Tuan/Puan, kami juga naik “lemaih perut” apabila membaca dan cuba memahami “apa sebenaqnya” kehendak Tuan/Puan dalam memberi kenyataan. Kadang-kadang kami rasa bertambah keliru apabila baca kenyataan Tuan/Puan berbanding dengan dengan arahan dari pemimpin kecil di bawah yang suruh kami buat perkara sebaliknya.

Penempatan polis di kuarters punca jenayah naik

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mendekatkan diri dengan rakyat dan tidak memahami situasi yang dihadapi rakyat Malaysia yang rata-rata mengakui bimbang dengan kadar jenayah di dalam negara ketika ini.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat pagi ini, ahli parlimen DAP tersebut berkata peranan pihak PDRM masih lemah dan tidak mampu memberi keyakinan kepada rakyat.

“Indeks persepsi rasa takut jenayah dalam kalangan masyarakat masih 60 peratus, ini membuktikan PDRM tidak memberikan keyakinan kepada rakyat,” kata Kulasegaran semasa membidas penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop (gambar).

Kulasegaran juga membidas pelaksanaan menempatkan anggota polis di dalam kuarters sebagai antara salah satu punca pihak PDRM tidak memahami situasi yang dihadapi oleh rakyat ketika ini.

“Dahulu kebanyakkan anggota polis di tinggal bersama rakyat, perkara ini berbeza sama sekali dengan sekarang dimana banyak anggota polis banyak ditempatkan di kuarters.

“Pihak polis juga bersalah atas masalah ini, kita lihat selama 20 tahun kebelakangan ini dimana mereka tinggal sekarang ini?

“Jadi bagaimana mereka (PDRM) boleh mengetahui permasalahan jenayah yang dihadapi oleh rakyat ini?,” tambah ahli parlimen DAP itu lagi.

Pimpinan dan Ahli PAS perlu jaga etika balas serangan musuh

Para pemimpin dan ahli PAS diminta hadapi serangan UMNO-MCA-Perkasa dengan berhemah dan ingat operasi Lalang

PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus.

Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.

Tujuan mereka menyerang adalah untuk mengharapkan kita memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.

Umat ISLAM wajar & wajib menolak calon-calon MCA masa PRU 13 nanti..!!

Bagi setiap orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, menjadi tanggungjawab anda semua menolak calon2 MCA serta memastikan kekalahan calon-calon ini dalam pilihanraya ke 13 nanti.
 
 Mengapa? 
Kerana mulut cabul Presiden mereka bernama Chua Soi Lek yang telah memaki serta menista hukum agama Islam. Tidak cukup dengan maki, fitnah juga dihamburkan kepada hukum Islam yang diturunkan Allah SWT dari langit.
Kalau ada orang Islam yang terus mengundi calon-calon MCA dibawah ini serta di kerusi-kerusi di bawah ini, maka tidak layaklah anda mengaku diri anda Islam.


TULANG BESI

Hasil pendedahan Laporan Audit... isu skandal RM2.55juta akhirnya terbongkar..!!!

Yang ini pun hasil karya pegawai Bahagian Perumahan orang kuat UMNO yang terbabit skandal RM2.55 juta tu...

Masihkah kau ingat isu di bawah ini...?

Orang yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan wang rakyat di atas ialah Pengarah Urusan Permodalan Kedah Berhad (PKB) pada waktu itu yang juga merupakan orang kuat dan orang kepercayaan MB Datuk Mahdzir Khalid. 

Pegawai itulah yang dikaitkan dengan isu penyelewengan RM2.55 juta di bahagian Perumahan seperti dilaporkan oleh Audit Negara. Orang kuat UMNO Bahagian Kuala Kedah itu tidak lain dan tidak bukan ialah Abd Rahman Mohd Saad.

Dulu ada orang kata Exco Perumahan Si Pakrol malas buat kerja namun hakikatnya kini.......

oleh depakata.co.cc



Dulu masa lepas seattle krisis EXCO & MB masih ada suara-suara sumbang yang dok hina EXCO TERSEBUT terutama kepada si Pakrol kerana tamak nak jadi MB.. tak sabaq nak tunggu masa MB turun... malas buat kerja sampai mai masa isu Perumahan akan ada seorang dua pencacai bawa cerita bahawa EXCO ini malas buat kerja... tak laksanakan potfolio belia yg diamanahkan oleh MB...sebab itu isu perumahan tersangkut....

Tapi kini rasanya kita semua dah tahu siapa yang bersalah... dengan terdedahnya skandal RM2.5juta tuntutan kelaku huduh si RAHMAN KCS Perumahan yang BIRU PEKAT yang susah nak bagi kerjasama dengan kerajaan negeri...

AES kawasan sekolah tak sesuai

MOHD RIZAL ABDULLAH
23 Oktober 2012
Zulhazmi Sharif
Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Sharif

SIK - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Jalan Gulau, Sik pada kelajuan 30 kilometer sejam disifatkan tidak relevan kerana alat itu dipasang berhampiran laluan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau.

Pemasangannya seolah-olah menjadi perangkap automatik di mana alat berkenaan tetap berfungsi seperti biasa walaupun bukan lagi waktu kemuncak sesi persekolahan.

Berdasarkan perancangan asal pemasangannya di longitud 100.816212 dan latitud 6.0022178, alat itu berada antara persimpangan Jalan Belantik dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau.

Jalan berkenaan juga digunakan penduduk untuk ke Naka, Nami dan Alor Setar.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati tidak terdapat papan tanda had laju 30 kilometer sejam dan pemasangan AES di sepanjang Jalan Gulau-Nami itu.

Komen Edisi Mat Bashah tentang Isu Laporan Audit

Kerajaan Kedah perlu jelaskan kerugian syarikat berkaitan kerajaan

iklan ja nie saja nak habaq...
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah perlu memberi penjelasan mengenai kerugian dialami syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata segala ketirisan dan kerugian yang dilaporkan itu tidak bolehditutup kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah cemerlang dan penyampaian sijil kanak-kanak Tabika Kemas dan Taska Permata peringkat Parliman Alor Setar di sini, semalam, Ahmad Bashah berkata perkara tersebut menjadi isu kerana banyak lagi projek kerajaan negeri juga mengalami kerugian.

Mangsa kemalangan kereta bomba terima sumbangan kerajaan negeri

MERBOK -  Waris mangsa serta mangsa kemalangan Kereta Bomba Sukarelawan Semeling menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri yang diadakan di kediaman salah seorang mangsa kemalangan terbabit di Pekan Merbok baru-baru ini.

Majlis penyerahan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB. Tan Chow Kang menyampaikan.

Kerajaan Negeri Kedah sumbang rumah

Alhamdulillah, dapat rumah lebih selesa

BALING - Hasrat sebuah keluarga di Kampung Guar Reban untuk menikmati kediaman yang lebih selesa tercapai setelah menerima sumbangan rumah daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Keluarga yang menetap di sebuah rumah bersaiz reban ayam sebelum ini bersyukur kerana tidak perlu lagi hidup dalam keadaan berhimpit.

Shahrizan Yusof, 32 tahun bersama isteri, Noraishah Ramli, 26 tahun dan empat anak mereka berusia dua hingga lima tahun menetap di situ sejak setahun lalu.

Disebabkan factor usia, Shahrizan tidak berjaya mendapat sebarang rumah bantuan bagi menggantikan rumah lamanya itu.

Shahrizan yang hanya bekerja kampung itu lega setelah dimaklumkan akan menerima sumbangan kediaman yang akan didirikan bersebelahan rumah lamanya itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...