TERKINI :

Sunday, October 21, 2012

Umno mesti keluar BN

Nasrudin Hassan, 21 Okt 2012

 

1. Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2. Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

3. Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan “sebantal” dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.

DAP pulak smash Soi Lek sebab hina hudud...!!!

DAP bidas Soi Lek manipulasi isu hudud
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang didakwa menyifatkan “kalau pilih UBAH maksudnya pilih untuk hudud” sebagai kenyataan keterlaluan.

Loke ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “MCA kini sekarang terpaksa menggunakan pembohongan untuk meraih undi” di kalangan masyarakat Tionghoa.

“Adalah tidak benar dan tipu apabila kalau kita pilih UBAH, ia bermakna kita pilih untuk hudud. Tujuan beliau cakap ini dalam kempen mereka untuk burukkan Islam.

“Walaupun DAP tidak setuju hudud, tetapi kita tidak burukkan Islam. Hudud ialah perjuangan Pas dan kita DAP hormati,” tambah beliau.

UMNO & BN akan jatuh kerana pelakon porno..!!

Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini

KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.
“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.

“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.

Siapa Izin Chua Porno dok hina HUDUD..??

Siapa izin Soi Lek terus bebas kritik hudud, soal PKPIM
Wartawan Sinar Harian
21 Oktober 2012
SHAH ALAM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPIM) hari ini mempersoalkan “kebebasan” diberikan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sehingga beliau dengan sewenang-wenangnya bebas mengkritik berhubung isu hudud.

Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menerusi satu kenyataan media berkata, "adakah beliau diberi keistimewaan dan hak oleh kerajaan untuk bercakap secara bebas mengenai hudud seolah-olah beliau mewakili umat Islam terbanyak?”

“Atau adakah disebabkan prinsip kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi atau kerana MCA sebagai parti dalam gabungan Barisan Nasional,” katanya lagi.

PKPIM katanya, hairan walaupun persatuan itu dan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan sudah beberapa kali membuat siri bantahan, menghantar memorandum dan artikel kepada Soi Lek berhubung hukum hudud, namun ia gagal difahami oleh pemimpin tersebut yang terus mempersendakannya.

Orang UMNO yg mandi, orang PAS yang basah..mana boleh mcm tu...

Muhammad Sanusi Md Nor
IKLAN SAHAJA NIE
Masa di PKB pada 2007 -2008, dia dituduh terbabit dengan kes penyelewengan RM10 juta dalam projek Bangunan Baru MPSPk. Masa dia kena cekup dengan SPRM kita tak pernah kaitkan dia dgn UMNO pun...

Masa jadi KPSU Bahagian Perumahan SUK, dia bayar RM2.5 juta kepada kontrakor yang tak buat kerja, buat kerja tak ikut spec, dan tak ikut kadar harga dalam jadual kadar harga JKR.

Exco Perumahan panggil mesyuarat dia tak pernah hadir. Exco Jemput untuk berbincangisu2 perumahan, dia tak pernah mai. Dia hanya tau sebut "Aku penin laaaa" di Cafe Wisma...

Sampai perlu acu pistol ke kepala?

Oleh Izmil Amri




Khairy Jamalauddin, adalah Ketua Pemuda United Malays National Organisation yang sampai kiamat tidak akan insaf dan menyedari bahawa politik berasaskan kaum itu adalah tinggalan sejarah zaman lampau. Manusia spesis ini tidak akan pernah bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kecuali kalau diletakkan pistol ke kepalanya.

Ya itulah yang disebut Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau yang tampan bergaya dengan kemeja merah jambunya tatkala disoal tentang yang mana lebih dia dahulukan, Melayu atau Malaysia. Sang menantu mantan Perdana Menteri terpaksa mengambil hampir tiga minit untuk sampai kepada jawapan tidak ikhlasnya yang mafhumnya, ‘Kalau diletak pistol ke kepala saya, saya akan kata bahawa saya Malaysian first, kemudian Melayu.’

Macam tu sekali?

Sampai kena acu pistol ke kepala kau Khairy? Sampai macam tu sekali baru kau nak mengaku kau ‘Malaysian first‘?

Kerjasama Umno Dengan PAS: Kenapa PM Senyap?


"Semakin dekat dengan Pilihanraya semakin bertubi-tubi serangan ke atas komponen Pakatan Rakyat. PKR, DAP dan PAS diserang seolah-olah parti komponen Pakatan Rakyat ini sudah membuat onar kepada negara Malaysia. Berbagai cara busuk digunakan hanya untuk menggagalkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

UMNO bersama-sama komponen jahatnya mengatur strategi menyerang Pakatan Rakyat. Strategi yang paling popular ialah mengatur muslihat untuk bekerjasama dengan PAS.

Kerjasama dengan PAS dilihat sebagai muslihat UMNO untuk terus berkuasa. UMNO dapat mengesan yang partinya serta komponennya sudah nazak. UMNO kini sudah kehilangan kepercayaan orang Melayu ,manakala komponennya sudah kehilangan sokongan kaum masing-masing.

Chua Soi Lek timbul isu hudud untuk hadapi PRU 13

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terus membangkitkan isu hudud dengan memperbesarkan apa yang didakwa ancamannya kepada ekonomi negara, mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan jika undang-undang itu dilaksanakan.

Kenyataan terbaharu Chua itu tidak banyak perbezaan dengan kenyataannya sebelum ini berhubung hudud, termasuk mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dijalankan.

Kenyataan Chua kali ini, dengan memetik sumber teks pesanan ringkas melalui telefon, menampakkan isu hudud sengaja ditimbulkan lagi untuk meneruskan kehangatan debat isu ini dalam politik negara.

Dari sudut strategi, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, isu hudud yang menjadi satu isu yang boleh menentukan undi kaum Cina perlu dimainkan lagi untuk kepentingan MCA.

Kejayaan pertama Chua ialah isu ini telah hangat menjadi perhatian di media, dan dijangka akan turut menjadi perhatian khusus media berbahasa Cina, kerana debat ini melibatkan parti-parti mewakili kepentingan Cina.

Perhatian pengundi Cina terhadap isu ini, mengikut kepentingan MCA, perlu diteruskan dan dijadikan isu yang menjadi faktor pengundian mereka.

UMNO, MCA dan Gerakan sama-sama 'berlidah biawak'?

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Ramai yang tidak faham isu sebenar mengapa pakatan ahli-ahli majlis PR mendesak Dato' Rasli Basir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah meletakkan jawatan, lalu mendesak saya membuat penjelasan dalam kolum Harakah. Saya mengambil masa hampir separuh hari untuk mencari sudut fokus yang tepat dan 'selamat' (pada kedudukan saya) untuk menulis tetapi gagal.

Saya memimpin sebuah unit di bawah SUK dan bekerja melaksanakan misi seorang Menteri Besar. Justeru setiap ayat yang boleh difahami maksudnya maka ia membayangkan imej MB. Maka saya membuat ketetapan untuk tidak mengulasnya. Biarlah gerombolan ahli majlis yang diketuai oleh Basir Ismail menjalankan kerja mereka dan saya menjalankan kerja sendiri.

Isu kedua yang kecoh di Kedah ialah isu pelaksanaan Islam yang kemudian mengundang kenyataan-kenyataan kontroversi. Segalanya bermula dengan persepakatan MCA dan Gerakan Kedah menyerang kerajaan negeri Pakatan dengan menggunakan isu perkauman. Hampir tiga tahun mereka mengasak dengan isu yang sama iaitu kuota perumahan 50-50, 'kegagalan' membina semula kandang pemotongan babi yang telah diruntuhkan berhampiran kampung Melayu dan dakwaan kononnya PAS memaksa papan iklan menggunakan tulisan jawi. Antara yang membangkitkan isu tersebut ialah Dato' Chor Chee Heung (MP Alor Setar), Dato' Chong Itt Chew (Pengerusi MCA Kedah) dan Tan Keng Liang (Ketua Pemuda Gerakan Kedah).

Di sebalik cerita Kedah Corp Bhd & Papua New Guinea

oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Beberapa fakta berkaitan kes Kedah Corp Berhad (KCB) dan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) dan 99 East Langkawi (2007).

1. Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan dalam beberapa aktiviti dan kos pengurusan pinjaman, bukan penyelewengan atau rasuah.

2. RM134 juta (USD44 juta) ialah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bai membiayai aktiviti lain KCB. Pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa penilaian yang dilantik oleh MBI mendapati ia akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat.

3. Pinjaman ini tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah KCB, tidak dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat MBI dan perjanjian perniagaan tidak dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri.

4. Pelaburan perniagaan di PNG ditamatkan di pertengahan jalan untuk mengelak risiko yang lebih besar.

Tan Keng Liang digesa letak jawatan


Wan Salleh Wan Isa
Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa

ALOR SETAR - Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang digesa meletak jawatan kerana didakwa gagal berperanan sebagai pemimpin politik di sebuah negara pelbagai kaum, ekoran membangkitkan isu sensitiviti agama Islam.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, Keng Liang disifatkan sebagai pemimpin yang cuba memporak-perandakan hubungan baik yang terjalin antara Islam-bukan Islam, dan tindakannya itu adalah tidak matang.

“Pelbagai pihak cuba menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini, tetapi beliau biadap menyentuh isu agama Islam. Jika tidak memahami sesuatu perkara mengenai Islam, lebih baik diam sahaja, daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat,” katanya.

Menurutnya, PKR dan Pas Kedah sepakat mahu tindakan undang-undang diambil terhadap kelantangan Keng Liang kerana sengaja menimbulkan isu terbabit.

Kelantan julang Piala M'sia, lengkapkan trebel



Kelantan melakar kejayaan cemerlang apabila menjulang Piala Malaysia 2012 setelah menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.

Indra Putra Mahayuddin muncul wira pasukan 'The Red Warriors' apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sepenuh masa 90 minit.

Kemenangan bersejarah itu sekali gus melengkapkan kejuaraan trebel buat pasukan Kelantan selepas muncul juara Piala FA dan Liga Super musim ini, iaitu sesuatu yang kali terakhir dilakukan Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Awat Audit kata Kedah negeri yang teruk dari sudut ketelusan..

oleh depakata.co.cc
  • Mungkin MB bagi muka sangat kot kat puak UMNO buat onak dalam pentadbiran
  • Mungkin MB tak cengei kot dengan puak UMNO yang buat onak dalam pentadbiran
  • Mungkin MB takut kot dengan puak UMNO yang buat onak dalam pentadbiran
  • Mungkin MB ada kawteem kot dengan puak UMNO yang buat onak dalam pentadbiran
  • Mungkin MB tak ambik peduli kot dengan puak UMNO yang buat onak dalam Pentadbiran 
  • Mungkin MB tau tau kot puak UMNO yang dok buat onak dalam pentadbiran




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...