TERKINI :

Friday, October 19, 2012

Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali..

Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali..

Takziah Meen. Moga Meen sekeluarga tabah di atas dugaan ALLAH pada kali ini. Kami doakan agar roh ibu Meen dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan2 yang ALLAH kasihi *di sana*. Allahumma ameen.

Kredit kepada Kenari Fans Squad di atas foto ini.

Audit: 13 GLC tak bayar dividen kepada kerajaan

Abdul Aziz Mustafa, 19 Okt 2012


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut kerajaan menjelaskan ke mana perginya wang dividen yang tidak dibayar kepada kerajaan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan hanya 10 dari 23 GLC yang membayar dividen kepada kerajaan.

Pada Laporan Audit Ketua Negara 2010 sebelum ini pula menyatakan sebanyak 37 daripada 47 GLC tidak membayar dividen kepada kerajaan.

"Persoalan terpenting yang perlu kerajaan jawab dan bertanggungjawab ialah ke mana perginya wang itu semua?" kata beliau.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kalau 10 GLC boleh membayar dividen sebanyak RM109.364 bilion kepada kerajaan bagi tiga tahun berturut-turut, tentulah jumlah yang tidak dibayar lebih besar lagi kerana GLC yang tidak membayar dividen lebih banyak dari yang membayar.

Beliau berpendapat, semua jumlah dividen yang tidak dibayar oleh GLC kepada kerajaan itu boleh menampung peratusan yang sangat besar dari anggaran belanjawan tahunan negara.

KASE Kedah sambut baik keputusan Kerajaan Negeri Kedah

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh YB Ust Mohd Firdaus Jaafar menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Kedah untuk menangguhkan sementara pemasangan kamera dan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu sehingga kajian mengenainya dilakukan.

Keputusan tersebut sudah pasti akan memberikan kelegaan kepada rakyat di negeri ini dan mereka yang merancang untuk berkunjung ke Kedah dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, KASE Pusat dan KASE Kedah akan menganjurkan Siri Jelajah KASE ke Zon Utara bagi memberi dan membekalkanmaklumat berkaitan AES kepada rakyat di Kedah dan Perlis pada 2 November 2012 nanti.

Butiran lanjut berkaitan program tersebut akan diumumkan melalui Laman Kempen Anti Saman Ekor (KASE) apabila ianya telah diputuskan kelak.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa KASE Negeri Kedah

Umno tidak dakwah Chua Soi Lek isu hudud

KUALA LUMPUR: Kenyataan berterusan oleh pimpinan MCA mempertikaikan hukum-hakam dan perundangan Islam membuktikan Umno tidak menjadikan perkongsian kuasa Barisan Nasional sebagai medium dakwah.

“Walaupun setelah berpuluh tahun Umno berpakat dengan parti bukan Islam untuk memerintah Malaysia, mereka masih gagal memberi penjelasan tentang Islam yang sebenarnya kepada rakan-rakan politik mereka di kalangan bukan Islam,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A. Razali (gambar).

Katanya, kenyataan terkini Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja adalah satu lagi bukti kegagalan Umno menyampaikan dakwah Islam.


S'wak bina jambatan RM20 juta ke belukar

NONEJabatan Kerja Raya (JKR) membina Jambatan Batang Strap di Sri Aman Sarawak bernilai RM20.43 tetapi melupakan jalan jalan di seberang sungai yang menghubungkannya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Hasilnya, jambatan konkrit sepanjang 182.4 meter itu hanya menghubungkan pekan berdekatan di Pantu dengan belukar di seberangnya.

"Lawatan audit pada 17 Disember 2011 ke tapak projek di Pantu, Sri Aman mendapati projek jambatan konkrit bernilai RM20.43 juta ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan setelah disiapkan disebabkan jalan di seberang sungai sepanjang 10 kilometer untuk menghubung rumah panjang dan sekolah belum dibina," laporan itu dipetik.

Tanpa jalan itu, kira-kira 3,000 penduduk di 23 rumah panjang serta empat sekolah di situ tidak mempunyai akses kepada jambatan untuk menyeberang ke Pekan Pantu.

Pada 7 Mac, jabatan itu dalam maklum balasnya berkata, pihaknya akan mencadangkan pembinaan jalan itu yang dianggarkan sebanyak RM50 juta dalam rolling plan bawah rancangan Malaysia Kesepuluh.

AES - KEDAH juga tangguh pemasangan sementara



KUALA LUMPUR : Kerajaan Negeri Kedah mengambil pendirian untuk menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga taklimat dan kajian dibuat ke atas sistem itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, keputusan itu dibuat setelah mendengar keluhan rakyat yang tertekan dengan pelaksanaan sistem AES oleh Kerajaan Pusat.

Soi Lek: Pelik Umno, Perkasa diam...setujulah tu...

Mohd Dasuki Mohd Lebar,


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkenal dengan dua benda iaitu aksi lucahnya bermukah dengan perempuan yang bukan isterinya dan mempersendakan Islam terutama hukum hudud.

Terbarunya, konon menerima SMS tentang negara bakal kehilangan 1.2 kerja akibat hukum hudud kerana penutupan rumah urut, pusat judi, kilang arak dan tempat maksiat.

Kita melihat kesemua benda yang Soi Lek membela dan mempertahankannya adalah yang bersangkutan dengan aktiviti samseng, gangster, kongsi gelap, pembunuhan dan dadah.

Juga kesemuanya adalah punca berlaku keretakan rumah tangga, anak isteri kehilangan kasih sayang, bapa pemabuk, ibu bapa tahi judi, isteri mangsa sepak terajang suami, anak mangsa penampar suami. Mengapa Soi Lek begitu bersemangat mempertahankan aktiviti begitu?

Kita lihat tiada paderi, sami Buddha dan sami Hindu yang sokong langkah Soi Lek ini. Apakah agama Soi Lek?

[Audit] Blogger UMNO Kedah sedang syok ganyang Kjaan Negeri sedangkan yang mentedarah tu puak 'depa'..!!

Rasli ni barua UMNO? Lepas laporan Audit babitkan penyelewengan orang Rasli... pikiag ambiklah!


Oleh ENGGANG QADHA

Tindakan Utusan Meloya cuba mengheret KCS untuk berperang dengan PAS adalah percubaan yang tidak matang. Bunyi hasutan oleh akhbar racis itu dalam kolum Cuit Zaini Hassan ialah: "Bagi UMNO negeri pula mengapa senyap sepi saja? Sokonglah KCS...!"

PAS dituduh lawan KCS? Jawapan bagi hasutan jahat media pecacai UMNO itu sangat mudah, kalau PAS (yang sepatutnya disebut ialah Ahli-ahli majlis kerajaan tempatan atau pihak pendesak) menentang KCS mengapa mereka mempertahankan Encik Ahmad Fisol Md Nor sebagai YDP MDKP? Bukankah beliau juga adalah KCS?

Yang ditentang oleh PAS (lantaklah nak sebut PAS pun..) ialah Dato' Rasli Basir. Rasli ada enam orang penting kelilingnya iaitu Mi, Man, Mat, Din, E dan Na (6 orang tapi bukan 6 jahanam), itu pun pihak pendesak tak mahu kacau buat masa ini.

Tak semena-mena beberapa hari terakhir ini media maya UMNO menyerang kerajaan PAS negeri Kedah kerana kononnya menyonglap duit sebanyak RM1.55 juta, ekoran Laporan oleh Ketua Audit Negara 2011.

[Gempar] Anak pimpinan pembangkang tokey arak rupa-rupanya..!!

Pembangkang di KEDAH..!!

Jui Meng gesa Soi Lek mohon maaf pada Umat Islam..!!

Jui Ming : Umno Makin Lemah Punca Soi Lek Sanggup Hina Islam

SHAH ALAM, 19 OKT : Datuk Chua Jui Ming mengesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam di dalam blog video dan Facebook.

Sebelum ini,Soi Lek yang juga Presiden MCA mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Soi Lek yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan.

Jui Ming yang juga Naib Presiden PKR menambah Presiden MCA itu sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Soi Lek sendiri tidak memahaminya.

“Dia dan pemimpin MCA sekarang semakin lebih keras ‘menyerang’ agama(Islam) dan saya pada hari ini menuntut beliau memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia,” kata Jui Ming ketika dihubungi TVSelangor.

Jika tak tangguh atau kaji semula kita akan SERKOP KAMERA TU DENGAN GUNI BAJA DACING..!!

SAMM: Tangguh dan kaji semula AES
EDY NOOR REDUAN

SOLIDARITI Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar kerajaan Barisan Nasional menangguh dan mengkaji semula pelaksanaan sistem AES yang meragut wang rakyat sepanjang 24jam sehari, 7 hari seminggu.

Tidak dinafikan, kadar kemalangan jalan raya yang tinggi memerlukan tindakkan drastik yang ideal kepada semua, bukan hanya terhadap poket kerajaan dan kroni.

Kerajaan sebagai penerima cukai jalan dan cukai kepala pemandu (lesen memandu) sepatutnya mengeluarkan dana untuk keselamatan rakyat di atas jalanraya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila modal yang dikeluarkan kerajaan hanya untuk mengoyakkan poket rakyat dengan sistem saman AES.

AES juga tidak disebut sebagai sistem keselamatan, tetapi lebih kepada sistem saman-menyaman. Malah telah banyak kali dibangkit betapa lokasi kamera AES tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan tetapi lebih berfungsi sebagai perangkap.

Mahathir berak tengah jalan tapi tak mengaku..!!!

Orang Berak Tengah Jalan Tidak Akan Mengaku...

Mahathir Mohamad sangat percaya beliau seorang yang perfect dan bijak. Kebijaksanaannya mengatasi daripada semua orang bijak di negara ini. Dia juga seorang yang bukan mudah mengaku dan insaf dengan apa-apa kesilapan yang dilakukan. Hampir tidak ada langsung pengakuan terbuka daripada Mahathir apa-apa kesilapan yang beliau lakukan dalam tempoh 22 tahun menjadi perdana menteri walaupun ada yang jelas kesalahannya.
Mahathir, licit.
Mengenai perpecahan Melayu yang berlaku serang ini, dunia sudah menerima bahawa puncanya disebabkan oleh politik diktator beliau. Kerana sikap dan ketamakan kuasanya menyebabkan berlaku perpecahan di dalam masyarakat Melayu. Tetapi beliau tidak pernah mengakuinya dan tetap mahu menunding jari kepada pihak lain.

Kalau beliau menuduh Anwar Ibrahim sebagai licit dan bijak mempengaruhi rakyat bagi melindungkan perbuatan rendah moralnya (seperti mana kata Mahathir), maka beliau juga begitu tidak lebih dan tidak kurang dengan Anwar. Mahathir juga ada tektik atau cara tersendiri untuk menghilangkan keraguan rakyat ke atas apa-apa perbuatan jahat dan buruknya.

Salah satu tektik digunakan Mahathir ialah dia akan mengaku secara sinis apa-apa tuduhan ke atasnya. Misalnya kalau ada orang mengatakan pemimpinnya lemah, beliau akan menjawab dengan mengakui; iya pimpinan saya lemah, awak yang kuat. Kalau orang menuduh dia korupsi, merompak harta rakyat, dia akan menjawab; ia saya memang korupsi.

Dengan menjawab secara sinis begitu menyebabkan beliau terlepas dari tuduhan itu. Jawaban sebegitu juga menjadikan orang akan lebih simpati kepadanya. Walhal jawaban merupakan pengakuan itu sesuatu yang benar dilakukannya. Inilah kelicitan Mahathir yang jarang diketahui atau disedari umum.

[GEMPAR] Mahkamah kata UMNO parti 'HARAM'..!!


Kawasan ISMAIL SABRI @ negeri PM ayaq pun tak dak juga dok sebok Selangor & Kelantan... pieerahhhhh..!!!


Penyokong UMNO tumbuk pegawai kerajaan



Haji Anuar Hashim, Pegawai Perhubungan di Pejabat Ketua Menteri berkata sikap penyokong UMNO yang menyerang seorang Pengawai Penyelaras kurang bijak dan tidak bertamaddun.

Pada 18 Okt 2010, sekumpulan penyokong UMNO yang berjumlah lebih dari 50 puluh orang telah cuba merosakkan rancangan Pegawai Penyelaras, Latif Abdullah dan Ustaz Roshidi untuk mengedarkan terbitan buletin Kerajaan Pulau Pinang, Suara CAT.

Seorang dari mereka yang dikenali sebagai Zuri telah menumbuk Latif di pipi kiri dan kanan. Walaupun Latif cuma bersabar, dia diserang lagi dengan tendangan lutut. Anggota polis yang bertugas menjaga lalu-lintas di jalanraya telah cuba merenggangkan keadaan. Di dalam pergelutan itu, Latif telah terjatuh ke dalam longkang. Akibatnya, butang baju dia tertanggal dan kakinya luka.

Latif telah membuat laporan polis dan dia ditemani anggota polis ke hospital untuk pemeriksaan.

Haji Anuar dan Latif berharap Adun DUN Bertam akan memberi nasihat kepada penyokong UMNO mereka supaya jangan bertindak kasar begini di masa hadapan.

Pemuda PAS: Soi Lek dirasuk 'syaitan yang dikenali'?

Pemuda PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai “meracau” dan cuba menjadi “hero kartun” apabila mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Ketuanya Nasrudin Hassan mempersoalkan kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu ekoran ia hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali, sekali gus dianggap tidak profesional dan tidak bernilai akademik.

“Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk 'syaitan yang dikenali' sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali?” katanya.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
http://www.malaysiakini.com/news/212062

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Dalam kenyataannya semalam, Nasrudin berkata, Pemuda PAS mendesak Dr Chua segera memohon maaf kepada umat Islam dan seluruh rakyat kerana didakwa mencetus keresahan masyarakat.

“Ini adalah fitnah yang melampau. Sedangkan rakyat yang beragama Islam wajib menerima hukum Alah SWT ini, sementara non-Muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka,” katanya.

Nasrudin juga menyeru supaya rakyat bijak memilih pemimpin masa depan negara, sekali gus menolak “syaitan yang dikenali bersama komponennya yang semakin meracau di usia lewat”.

Istilah “syaitan yang dikenali” digunakan meluas oleh pembangkang bagi menyindir BN ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribahasa Inggeris “better to choose the devil you know than the angel that you don’t know” (terjemahan langsung: lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali).

Cemuhan serupa turut disuarakan ketua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon yang berkata Chua "berkhayal" sehingga mengeluarkan dakwaan "mengarut" seperti itu.

"Dr Chua seperti meludah ke langit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, maka semua premis arak, judi, kafe siber dan refleksologi akan ditutup.

MENANTI HARI-HARI YANG DITAKUTI.........

RENCANA : IBN ABDULLAH AL AWAB
18 OKTOBER 2012 / 02HB ZULKAEDAH, 1433

MENGENALI HARI-HARI DITAKUTI

Secara berseloroh atau bergurau bahasa, tiger ataupun hari mau adalah
diantara hari-hari yang ditakuti oleh sebilangan manusia yang akalnya
cerdik. Hari mau sekalipun anak berumur sebulan atau harimau mati yang
diawet. Ianya masih terus rasa ditakuti secara psikologinya dan
digeruni harimau tersebut kerana belang, ghaumnya yang menaik bulu
tengkok tegak jadi seram sejuk. Dan kita masit takut dengannya
seolah-olah harima itu terkam dan cengkam kita. Itu namanya takut
kepada harimau kerana tersemat dan diletak dikepala kita bahawa
harimau ini adalah raja rimba pak belang, yang perkasa dibelantara.
Dan harimau sarkas dan harimau zoo itu pun kalau terlepas pasti ia
mengganas dan belangnya tentu berselerak jadinya.

Umat Islam walau walau selemah-lemah imannya ia yakin mempercayai akan
saat kematianya bila sampai, tidak terawal maupun terlewat walau suku
saat. Ia juga percaya pasti berada didalam alam kubur dan akan
berdepan dengan soalan dari malaikat, tentang buruk baiknya semasa
dimuka bumi Allah sebelum ia berhijrah sebaik roh berpisah dengan
jasadnya. Dan dia yakin juga semasa hidup hayatnya, akhirnya hari
kiamat pasti berlaku dan berlanjutan dengan hari akhirat, hari hisab
dan hari pembalasan. Semuanya akan diodit oleh Allah berkesudahan
dihumban ke neraka atau ditempat diletak kedalam syurga sebaik selesai
odit dijalankan keatas setiap individu. Akan baik dan jahat bekalan
kita semasa hidup didunia dahulu. Itulah diantara seculis hari, yakni
hari ditakuti manusia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...