TERKINI :

Thursday, October 18, 2012

Ibu Khyril meninggal dunia... al fatihah..


Page facebook JPJ kena maki dengan rakyat bila buka topic AES...


Pelaburan di PAPUA - kerugian bukan RM134 juta tetapi sebenarnya RM4 juta lebih

ada komen dari sahabat kedahlanie pada artikal bab pelaburan di PNG yang di audit oleh Jab Audit Negara.. cuba baca dan teliti akan komen beliau itu....jika dilihat PINJAMAN RM134 JUTA itu telah di hentikan manakala kos rugi sebenar hanya RM4 JUTA...mana satu betul pun kita tak tahu.. Yg pasti KERAJAAN NEGERI kena buat penjelasan yang telus dalam bab nie..
 
KLIK SINI
 
naning56 said... 
 
Kedahlanie juga Malaysiakini telah mengeluarkan komen yang tidak tepat berkaitan isu pembabitan anak syarikat PMBKed, KCB berkaitan projek pembalakan di Papua New Guinea.

Sebagai bekas pegawai anak syarikat tersebut, saya terpanggil untuk memperbetulkan maklumat yang di keluarkan sementara pihak kami menunggu keputusan peguam untuk tindakan selanjutnya,

Maklumat yang disebutkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara ini jauh berbeza daripada kebenaran. Kenapa percanggahan tersebut berlaku?

Kemungkinan disebabkan kerajaan negeri atau pihak PMBKed tidak mahu kebenaran kerana ianya menunjukkan kegagalan atau kelemahan mereka. Pegawai2 anak syarikat yang ditugaskan sebaliknya telah dipersalahkan.

AUDIT 2011: RAKYAT DISERU SELAMATKAN AMANAH YANG HILANG

“AUDIT 2011: RAKYAT DISERU SELAMATKAN AMANAH YANG HILANG – KETUA PEMUDA PAS”


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru  seluruh rakyat khususnya golongan muda supaya bersikap cakna dan prihatin terhadap kualiti urustadbir kewangan negara dan negeri sebagaimana yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Peranan yang dimainkan oleh pihak Ketua Audit Negara adalah sangat penting di dalam menjunjung prinsip keadilan dan hisbah (ombudsman) yang menuntut pihak kerajaan supaya mengamalkan dasar dan sistem pengurusan khazanah negara dengan amanah dan akauntabiliti yang tinggi demi menjaga dan mengawasi kemaslahatan seluruh rakyat. Laporan ini juga adalah selaras dengan peruntukan yang telah ditetapkan di dalam Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki Ketua Audit Negara untuk mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti kementerian serta agensi kerajaan, dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya laporan itu dibentangkan di Parlimen.

Ku Li kata Mahathir nie bukan cerdik sangat dan suka curi idea orang...

Mahathir Bukan Cerdik Sangat, Suka Curi Idea Orang Lain - Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis. 

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Soi Lek mereben lagi pasal HUDUD..!!!


 Soi Lek: Hudud akan jejas pekerjaan 1.2 juta rakyat


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.

FAX bahasa FRANCE yang mana NAJIB sahaja faham..!!

EDISI SERGAH: Salinan Faks Yang Najib Takuti Telah Tiba

Perlukah aku guna Google Translate untuk terangkan isi kandungan ini? Mana cai cai Parti Haramjadah yg beriya kata Kes Scorpene x dibicarakan di mahkamah Perancis?
Nak aku tepek kat muka korang sekor sekor? Ngan muka pak Menteri sekali aku tepek salinan fax ni!!!

Cicak mengkarung belaan Umno termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan polis menyerbu pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) cuba mencari apa saja bukti bagi menakut-nakutkan NGO tersebut dari meneruskan pembongkaran skandal komisen kapal selam kelas Scorpene yang membabitkan perdana menteri Najib Altantuya. Puas mencari namun nampaknya tiada apa yang dapat menghalang Suaram dari terus membongkar dan mendedahkannya kepada umum.

Laporan Audit Isu Claim - Adakah itu bukti kelemahan pentadbiran PAS di Kedah..?

 MB Kedah ko mai sini kejap. 


Yup.

Gambar blur. Aku pun tatau macam mana nak cam dia neh. Kalau gambar macam neh ko bagi kat aku silap2 seme orang bermisai aku suspect sebagai dia.

kah kah kah

Aku tertarik dengan penerangan yang diletakkan oleh blogger kedahlanie.

3) Dia adalah KCS yang memegang jawatan penting di bahagian Perumahan Pejabat SUK dan pembuat keputusan dalam banyak perkara penting di bahagian tersebut.

4) Dia adalah orang kanan, rakan rapat dan kroni kepada Dato' Rasli Basir SUK Kedah yang didesak meletakkan jawatan.

Aku ada kedai.


Aku ada pekerja. Pekerja aku buat salah. Engkar. Takmo dengar cakap. Melawan. Mencurik. Biadap. Songlap. Apa yang aku boleh buat untuk menyelamatkan kedai aku daripada hancur?

Pecat la dia.

Berambos ko dari kedai aku oii mangkok ayun.

Ko takan desak pekerja ko letak jawatan. Tapi ko akan nyahkan dia by any means. Ini kedai aku bukan kedai dia. Kuasa atas aku bukan atas dia. Pasai apa aku kena desak dia lepaskan jawatan plak?

Mazlan: 'Anak tidak mahu asas Tun Razak dikhianati'

Ruzy Adila Idris
17 Oktober 2012
Mazlan: 'Anak tidak mahu asas Tun Razak dikhianati'
Mazlan menunjukkan peta lokasi untuk projek Rapid di Pengerang, Johor. - 
Foto oleh jurugambar Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki 
 
NAMA Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang sinonim dengan perjuangan mempertahankan hak-hak anak peneroka Felda yang ada kalanya kelihatan ‘agak’ agresif. Di sebalik cabaran dan kontroversi yang membabitkan beliau, beliau kelihatan seolah-olah tidak tegar dengan beberapa halangan dalam usaha untuk menyampaikan maklumat kepada warga Felda khususnya.

Dalam temu bual bersama Sinar Harian Online semalam, Mazlan menekankan bahawa beliau konsisten dalam perjuangannya. Katanya, walaupun sudah lama kali ditahan, beliau tidak akan patah semangat untuk meneruskan perjuangannya.

Mazlan, yang juga pemimpin Pas Pusat menekankan: "Bagi kami ada hasil perjuangan kami itu."

Dalam Laporan Audit 2011 kali nie ada Isu yang perlu Kjaan Negeri Kedah jelaskan kenapa ada "kebocoran"

Lagi butiran terperinci kegagalan pentadbiran negeri kedah - Laporan Audit.

Ada yang minta bukti. So kat bawah neh adalah serba sedikit laporan yang berkaitan. Ini bukan tuduhan dan rekaan dari barisan nasional la. Ini laporan yang terdapat dalam laporan audit bagi negeri kedah untuk tahun 2011. 

Ada pula yang tuduh2 cakap benda neh adalah fitnah dan propaganda. Hak eney. Benda dah tertulis dan direkodkan. Time mendedahkan kepincangan diri sendiri mula la meraban cakap orang fitnah. Time audit dedahkan kepincangan bn laju je p sebar satu fb. 

Yang neh nak sebarkan ke tak? Harakah yang islamik + adil + telus + tak selindung2 maklumat, tak masukkan perkara neh dalam news. Sama cam isu dap kedah balon pas kedah atas isu iklan sopan. Takdak dalam harakah. Yang pongpang2 pasal gerakan aje. Siap report polis wa cakap lue. 

Korang la p sebarkan. Bleh

Menyanggah Fitnah Terbaru Puak UMNO - "YB Dato Amirudin dipinggirkan lagi oleh PAS Kwsn Kola Kedah"

Assalamualaikum warahmatulLAH.

Penjelasan Rasmi Fitnah Johari Din terhadap PAS Kawasan Kuala Kedah di wall FB beliau yang berbunyi:

"YB Dato Amirudin dipinggirkan lagi oleh PAS Kwsn Kola Kedah"

Sebenarnya, pada tarikh 17 Oktober 2012, YB Dato Ir. Amirudin Hamzah ada diluar negeri atas urusan rasmi kerajaan, sementara tempat diadakan ceramah iaitu Pusat Komuniti Taman Sri Putra adalah dalam cawangan beliau (PAS Cawangan Taman Seri Putra, Kuala Kedah) dan beliau juga adalah selaku Ketua PAS Cawangan tersebut.

Laporan jahat Utusan, DAP lapor Polis isu putar belit 'Papan Iklan Gambar Pakaian Sopan'


Shahnon Kasi Musuh Pas Kontoi

Laporan penjelasan Shahnon yang dipetik.
Masa Pak Shahnon Ahmad keluar dalam sebuah telivesyen (tv) penjilat buntut, yang kononnya melahirkan rasa kesal dengan Pas yang berkawan dengan DAP dan takut kepada parti Cina itu, saya terus membuat catatan di dalam blog menjelaskan apa sebenar yang berlaku dari pengamatan saya. Tujuannya supaya tidak ada yang 'terbolah' terus marahkan Shahnon dengan laporan berkenaan yang jelas berunsur jahat dan khianat.

Saya mengamati butiran kata-kata Shahnon dan melihat mimik wajahnya semasa bercakap dan disuluh oleh camera tv berkenaan. Saya amat dan depnuh cermat.

Sebagai orang yang ada sedikit ilmu dalam bidang wartawan, dan juga memahami ilmu dan keadah puter belit (spin) saya menasihat orang Pas agar jangan tidak marah kepada Shahnon. Saya sudah mengagak bahawa bukan semua yang Shahnon ucapan disiar oleh tv berkenaan dengan penuh tanggungjawab dan beretika. Saya yakin beliau ikhlas ketika mengeluarkan pendapatnya itu.

Saya juga ada masuk tv beberapa kali dan menghadapi masalah sama. Saya faham sangat dengan perangai tv atau media Malaysia yang tidak bersikap profesional dan menjadi pentaksub melampau kepada pihak tertentu. Mereka akan eksploikan apa saja asalnya boleh menggembirakan hati taukeh mereka. Sikap inilah menyebabkan bergemanya laungan mengatakan media negara ini tidak bebas dan telus.

[Kantoi] Laporan mengenai rasuah pun media BN nak bohongi rakyat...

Laporan mengenai rasuah pun media BN nak bohongi rakyat... baik kunun, walhal penyamun2 rasuah berhimpun kat Malaysia

Malu weh!! Berita Harian dikantoikan oleh Wakil PBB..


Ketika aku terbaca apa yang dilaporkan oleh Berita Harian 7 Oktober lalu, aku tertanya-tanya apakah betul apa yang dilaporkan oleh Berita Harian dengan tajuk seperti dalam gambar di atas..

Kerana setahu aku.. dari apa yang dilaporkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M)kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini.

Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Kalau rasuah semakin meningkat bagaimana pula Malaysia boleh dilabel sebagai pakar memerangi rasuah?

Rupa-rupanya apa yang dilaporkan oleh Berita Harian tentang komen Wakil PBB itu mengenai rasuah disalah lapor oleh pihak Berita Harian..

Jepun bayar pampasan perang RM207juta tapi Kerajaan UMNO BN sapu masuk poket depa...!!!!

RM207 Billion pampasan Buruh Paksa Zaman Jepun pun UMNO sapu??

Pada 1 September 2012 yang lalu, Utusan Malasyia menyiarkan satu artikel tentang penderitaan Pak Embong, yang pernah menjadi buruh paksa semasa pemerintahan Jepun dulu.

Ianya hanya berkisar tentang keadaan Abdullah Said,yang kini mencecah 84 tahun bapa kepada lapan anak itu sangat uzur dan sudah tidak mampu menguruskan diri. Malah, ada ketikanya dia sudah tidak mengenali sesiapa lagi.

Kira-kira enam tahun yang lalu, Abdullah Said ataupun Pok Embong menceritakan kepada media pengalamannya dibawa oleh tentera Jepun dari Terengganu menuju ke Burma.. baca di ( SINI )

Antara apa yang disiarkan oleh Utusan ialah..
Jelas Mariam, sepanjang pengetahuannya, lelaki itu juga kerap berulang-alik ke Kota Bharu, Kelantan ketika masih sihat kerana aktif sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam ke Burma 1942-1946 Malaysia. 
"Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan. 
"Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi," katanya di akhir perbualan kami. Apa yang dimaksudkan oleh Mariam tentang "Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi,"?

Ini ada Idea nak bagi NAJIB UMUM pilihanraya awai...!!

oleh: Madie

Wa rasa ramai di kalangan kita yang dah tak sabar2 menanti tarikh pemgumuman pembubaran parlimen yang menjadi hak eksklusif PM Najib@Rosmah Mansor. Semua rakyat ternanti2 dengan penuh debaran siapa yang bakal mendapat mandat untuk ke Putrajaya selepas selesai pembuangan undi.

Tapi ianya masih menjadi misteri kerana tahap keyakinan PM Najib@Rosmah belum mancapai peratusan yang tinggi. Tu pasal la PRU 13 masih tetap menjadi teka teki, isu yang paling membuntukan rakyat demi membuat keputusan yang bijak.

Wa cadangkan kita semua amalkan tips ni jika kita semua mahu PRU 13 di adakan dalam masa terdekat ni.
Memula sekali kita kena puji kepimpinan PM Najib@Rosmah ke tahap yang paling maksimun. Kalau boleh pujian tu bagi nampak real supaya tak kelihatan seperti memperli pulak. Kalau perli, maka makin lambat la PRU 13 akan di adakan.

Makhluk yang sedut duit rakyat Kedah seperti AUDIT dedahkan tu akan di dakwa oleh SPRM bila-bila masa....

Kerajaan Negeri Kedah diserang isu penyelewengan di Bahagian Perumahan, rupanya yang terbabit ialah orang kuat UMNO!!!!!!!!


1) Orang ini adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah (kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam UMNO.

2) Dia merupakan orang kuat bekas MB Kedah Dato' Seri Mahdzir Khalid.

3) Dia adalah KCS yang memegang jawatan penting di bahagian Perumahan Pejabat SUK dan pembuat keputusan dalam banyak perkara penting di bahagian tersebut.

4) Dia adalah orang kanan, rakan rapat dan kroni kepada Dato' Rasli Basir SUK Kedah yang didesak meletakkan jawatan.

Salahuddin: Johor penting bagi PR tawan Putrajaya

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
SHAH ALAM –  Hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini mungkin satu misi yang mustahil sekiranya tiada “perubahan landskap politik di Johor”, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Anak kelahiran Kampung Serkat, Johor ini juga berkata, negeri ‘deposit tetap’ Barisan Nasional seperti Sabah dan Sarawak juga harus diterokai parti pembangkang jika mahu menjejakkan kaki ke Putrajaya.

“Mereka cukup selesa di tiga negeri itu,” ujar Salahuddin dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian yang disiarkan hari ini.

Siapa penulis yang meminjam nama Zaini Hassan di Utusex... Dia bercita-cita besar dengan plotnya itu....

Oleh: Saiburi Sudin


Siapa penulis yang meminjam nama Zaini Hassan di Utusex... Dia bercita-cita besar dengan plotnya itu....

1. Dengan mendedahkan rekod perjalanan Puat ke luar negara, penulis plot di utusex mengharapkan ada pihak mendedahkan rekod perjalanan Rasli pula. Bila dua-dua terdedah... Dia punya harapan untuk mengambil tempat.

2. Dengan merangka plot Puat yang bermuka-muka dengan PAS Kedah untuk menjadi SS, mengeksploitasi hubungan sepupu dengan MB, dia mengharapkan kita melondeh plot Rasli pula... Bila keduanya sudah telanjang, dia saja yang berseluar.

3. Dengan membesar-besarkan kumpulan yang menentang Rasli, dan Puat digambarkan sedang mengaut laba dari penentangan itu, malah menjadi dalang dalam penentangan itu... Kedua-dua nombor 1 dan 2 itu akan terpelanting bila istana bersuara...dialah paling beruntung.

Ust Firdaus lepaskan Konvoi R Tuntut Royalti: Jelajah Malaysia Utara

 Konvoi tuntut royalti jelajah Perlis-Kedah
ROSLINDA HASHIM
17 Oktober 2012
Konvoi tuntut royalti jelajah Perlis-Kedah
Sebahagian peserta konvoi tiba di Alor Setar.
 
ALOR SETAR - Gelombang merah membanjiri jalan raya sekitar bandar raya ini apabila lebih 500 peserta dari kalangan mahasiswa dan anak Kelantan perantauan berkonvoi menaiki 300 motosikal dan kereta, dalam usaha berkempen tuntutan Royalti Kelantan.

Setiausaha Konvoi R Tuntut Royalti: Jelajah Malaysia Utara, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, konvoi anjuran Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) atau lebih dikenali ‘R’ serta Sekretariat Mahasiswa Kelantan Utara R (SAKU-R), berkonvoi ke Kedah-Perlis untuk memperjelaskan isu berkaitan tuntutan royalti Kelantan.

“Kempen R memfokus kepada penerangan isu tuntutan yang kini berjumlah lebih RM10.4 bilion, termasuk serahan 160,000 tandatangan dan memorandum kepada Perdana Menteri pada 3 Oktober lalu di Putrajaya dan Parlimen,” katanya.

Kulim panas dengan jenayah 'pukau' diketika ini..!!

Dipukau wanita berjubah hitam


SITI SHAMSHIAH menunjukkan beg tangan yang menjadi tempat dia menyimpan barangan kemas di Kulim semalam.

KULIM – Seorang bekas pekerja Telekom Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai di sini Jumaat lalu.

Mangsa, Siti Shamshiah Ahmad, 60, mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana telah dipukau oleh wanita tersebut.

Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan keperluan di pekan Padang Serai kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ujarnya, ketika singgah di sebuah gerai menjual ubat tradisional, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya.

MKK jangan makan elaun buta !!!

Tanggungjawab MKK sangat penting

SUNGAI PETANI – Kerajaan Negeri begitu prihatin dengan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) dalam usaha bersama-sama membangunkan negeri ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, YB. Dato’ S. Manikumar, peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh MKK amat penting ke arah mensejahterakan negeri ini.

“Peranan MKK amat penting dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian elaun kepada Ketua Kampung dan Setiausaha MKK di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), di sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...